Thursday, August 23

THANKS CIK KEMA!!!

i have a dedicated entry specially for me in kema's blog.

rasa diri ini sangat dihargai.

kerana diriku begitu berharga.

:)

p/s: nanti bila2 aku free, aku akan post entri hari kejadian, ok?
















Thursday, August 16

ku terpesona!

proton pesona terbaru sangat classy dan murah. bak kata mawi, saya terpesona!

aku tau ramai yang baru beli kereta tempatan yang lain menggigit jari dan kuku-kuku tangan serta kaki kerana menyesal tak tunggu kehadiran pesona ini.

selamat hari jadi buat diriku yang baru menginjak usia 26 tahun. takda apa yang special sangat. mungkin bahang bertunang telah overshadow birthday aku hari ni.

ibu dan ayah sangat beria2 bila nak nyambut family bakal besan mereka. ibu sebok beli bunga orkid baru, pasang kabinet dapur baru dan beli set kamar tidur baru. ayah pula sebok mengulit kolam ikan kesayangannya supaya batu2 di dalam kolam tu sentiasa putih berseri. harap2 segala persiapan berjalan dengan lancar.

persiapan aku? aku tak bersiap apa2 pon..cuma hadirkan diri pada hari kejadian, dah ok la kan? ngehngeh....

oh ya! aku dapat hadiah birthday pertama pada hari semalam. dapat hadiah dari bos yang aku tak berapa nak berkenan tu..beliau telah mengonfirmkan perkhidmatan aku dalam company nih. alhamdulillah... :)

FAT sangat sebok. nak pi toilet pon kena tahan2. tapi nasib baik bukan aku orang penting sangat masa FAT nih. cuma jadik tukang catit kejadian yang tidak diingini sahaja.

ok noks, mak sebok nih. u ols jaga diri ya!

mmmuuuuuuuuuaaaaaahhhhhhhhh!!!!!!!

Thursday, August 9

21 Things I Want In a Lover

xoxo tag aku..ntah bile pon tak pasti. sebab server kat ofis nih terlalu slow dan menyakitkan hati, so lambat sket la nak jawab tag tu. nape la banyak no perkara yang kena jawab..takpe, aku coba ek!

1. dia suka manjakan aku - aku ni mengada lebih, so kena selalu dimanjakan dan dimengadakan.

2. banyak2 bersabar - aku punyai mood yang pelbagai, ikut suka je nak gelak2, nak nangis2, nak marah2..kesabaran pada kaum adam adalah unsur penting yang wajib ada.

3. tak banyak kerenah - tak kisah aku nak wat apa2 benda mengarut dan boleh layan ngan kerenah aku yang bukan2.

4. tak hensem sangat, sedap mata memandang - aku serik ada boyfriend hensem, cepat je kena kebas. so, dapat yang sedang2 pon dah kira ok.

5. hati yang besar, sangat baik hati - tak kedekut dan pemurah.

6. lebih berumur dari aku - tapi nak wat camne kan, aku nih dah ada cop kat dahi "hanya 25 tahun ke bawah sahaja" kot. previous boyfriend is 2 years younger than me. korang caye tak, alang is 21 years old! 5 years younger than me! hehe..mak suka anak ikan noks!

7. tenang - biar pon aku tengah mengamuk sakan camna pon, dia still leh maintain cool lagik.

8. senyuman yang sangat manis - untuk aku tak mudah marah. kalau nak marah jek, terus tak jadik..heee...

9. punya 5 C (cash, condo, car, credit card and...apa ek?) - again my alang tak punya antara 3C (condo, car, credit card) tu lagik, cash ada la..he is 21 wat!

10. keyakinan - punya keyakinan untuk melakukan segala keputusan. aku sangat tak pandai nak wat decision...

11. tak kesah aku gemok - badan aku memang cenggini tau..tak tau nak wat camne lagi dah.

12. soft spoken - aku senang jatuh hati pada orang yang cakap lembut2..tapi bukan nyah tau!

13. romantik - jangan la terlalu berbunga sangat, sket2 bleh la...

14. kuat makan - kalau aku masak, aku tak suka makan, tapi aku suka paksa orang tu makan..hahahha!

15. tahan sikap aku yang sangat suka 'melekat'. mana2 pegi pon suka berdua jek..

entri di atas ditulis semalam, tapi sebab server lembab macam kurekure, aku sambung hari ni..

16. smart sentiasa - biarpon muka tak ensem, tapi kalau pakai kemas2, mesti sejuk mata memandang.

17. pandai ambil hati parents aku.

18. terima aku seadanya..biarpon aku nih dah tahap obes, tapi still sayang kat aku.

19. pandai berlawak - tapi jangan selalu sangat, cuma untuk selingan tatkala boring, bolehla..selalu sangat kang ingat clown plaks.

20. dulu2 suka chinese look, pastu suka yang rempit look tapi skang nih aku tak kesah, apa2 pon boleh, asalkan smart sentiasa (sila rujuk no. 16)

21. yang paling penting...seseorang yang SAYANG AKU!!!

nak tag sape plak ek...aku nak tag dalie, azim2u, ahyeop, cik bwg ngan cik kema.

sabtu ni aku kena sambung kemas2 umah..ibu aku ni over sangat, dah macam ada orang nak menikah plak. aku terpaksa la melayan kerenah ibu aku ni. setiap corner umah dia nak ubah..penat tau!

ahad plak nak pi umah parents alang nak hantar dulang2 hantaran berserta hantarannya sekalik. aku kesian kat mak alang, kerja teruk2 takkan la nak dia buat gubahan hantaran kan, so aku dengan tidak ada sebarang skill dalam gubahan mengambil risiko untuk menggubah hantaran untuk kedua2 pihak sekalik. nanti, lepas majlis, aku post gambar2 hantaran ye, boleh la korang komen2, kutuk2...aku memang tak kreatif! heeee....

ok ya, jaga diri ya korang! selamat berhujung minggu...

Monday, August 6

aku telah gemok yang teramat!!!!

nak kurus pon kena mintak izin...pada mulanya alang tak bagi aku kuruskan badan, risau aku saket2 kemudian hari katanya. tapi, oleh kerana aku ni pandai sangat memujuk orang, last2 alang lembut hati gak..

korang tau tak berat aku dah brape skang nih? 8x.x kg...kenapa? tak pecaya? semalam baru aku timbang berat badan, sangat terkejut, boleh naik 10 kg dalam masa 5 bulan...huh!



*aku risau kalau2 aku jadik macam akak kat atas nih...takuttttttttttt.............

maybe aku nak amek produk biohealth...but maybe nak amek sendayu tinggi...

takpon aku pi slimming centre..buat body wrap ke, sauna ke...

skang nih lutut wat hal, takleh la nak exercise, aerobik bagai kan...but yoga sound interesting! i should consider yoga too..kat maybank manjung nih ada kelas yoga baru bukak. :)

auuummmmm........auuuuuummmm......tarik nafas panjang2....hembusssssssssssssssss..........

best kan?

skang nih aku dah rasa stress tentang hidup yang teramat sangat...fikir pasal engagement ceremony, pasal kerja yang aku rasa tak abis2, dahla skang nih kiranya aku ditakluki oleh 2 department..tu pon nasib baik dept commercial tak rebutkan aku gak...

mak glamer nyah! hikhik...(gatal!)

i have to finish all ISO's stuff before friday. kalau tak mati mak! next week FAT (Factory Acceptance Test) dah nak start...mak suka FAT, sebab mak suka dok saje2, buang masa gitu...hahahaha!

lunch tadik makan tomyam sedap bersama dalie, shah and ahyeop. makan tak hingat donia, kalau ikut kata hati tadik, dah lama aku tambah nasik...huhuhu.

weekend tak wat ape2, sabtu just chilling at home, tgk tv, karaoke sorang2..sebab ibu, ayah, ngan adek pi penang. ajiq lak pi mmu cyberjaya. so, dok kat umah tunggu alang balek kerja, petang baru pi kuar jalan2 ngan dia. sangat penat tau! semua pasaraya kat sitiawan-manjung-lumut kitorg pegi...

ahad plak wat spring cleaning..almaklumlah kan, ada majlis tak lama lagik, so bilik my parents telah didecidekan untuk menjadik bilik rasmi majlis nanti. senang, sebab bilik tu kat depan. so bermati-matian la kemaskan bilik tuh..heee...yang klakarnya, ayah cuma duduk kat tv hall jek. aku, ibu ngan ajiq yang beria2 wat segala pengubahsuaian. korang jemput la datang umah ek!

okla..nak pi sambung wat keje nih...jaga diri ya noks!





Thursday, August 2

mabuk coklat

semalam, aku ngan alang makan nih kat secret recipe...


korang perasan tak? semua di atas bermotifkan coklat? hahahha...kitorang tak perasan yang kitorang order sume coklat sampaila menu2 tu sampai kat kitorang..


20 minit kemudian kami berdua mabuk coklat.


cakap merepek2, jadik horny semacam jek...huuuuuuu....


nasib baik tak wat tiger show kat secret recipe tuh!

:D