Tuesday, December 11

murung





pagi ni, aku bangun2, rasa diri sebesar dia ni. serius. aku tak tipu.
sebab tu aku pakai baju kurung bagak untuk cover segala lemak2 berlebihan.


pagi tadi aku ingat nak minum soya je. malas nak amek breakfast. tapi disebabkan pagi2 tadi ibu masak nasi lemak special just for family, aku pon telah tercedok nasi ke dalam pinggan dan tercedok tomyam smalam untuk di makan dengan nasi lemak.
pelik tak? pelik ke?
aku kan tak makan cili merah, so automatically aku tak makan sambal.
faham tak?
tak faham?
takpela....


dan skarang perut aku rasa penuh sangat2. tak boleh ak masuk apa2 lagi dah. ada satu bag biskut weetameal depan pc ni cuma hanya boleh jadi sajian mata je. perut dah ketat.

ntah kenapa dah 2 hari ni aku rasa mood aku macam roller coaster. kejap happy, kejap murung. buat keje kat ofis ni pon macam ala2 esok dah last day keje je. gile malas! happy2 depan orang ramai hanya dibuat2 untuk menggembirakan orang lain.

aku murung.
aku rasa nak tidor.
tidor sepanjang hari.
sepanjang minggu.
sepanjang bulan.
sepanjang tahun.
sepanjang hidup.


aku serius.



cepat2la citer cuci ni ada kat pawagam. aku tak sabar nak tgk gelagat diorang ni. sebab aku enjoy. dan aku akan lupa semua masalah aku. masalah kami. biarpon untuk seketika.

untuk sinopsis citer ni, sila klik di sini.




aku taknak keje sampai ujung bulan ni bleh ke ha?
aku dah bosan pegang jawatan skarang ni.
aku tak rasa inila kerjaya yang aku inginkan.
aku perlukan kerja yang lebih mencabar.
lebih lasak.
lebih menggunakan otak.


boleh?


sebab skang ni aku makan gaji buta. hari2 datang kerja, tunjuk muka, rehat, buat2 sebok depan pc, cukup time balek.
bos aku pon buat tak tau je ngan aku. dia pon dah malas nak suruh2 aku. sebab aku dah ilang minat.
ya, aku hilang minat nak kerja macam ni. bos aku pon nampak.



so, aku rasa next penilaian nanti aku nak mintak bos aku tambahkan kerja aku. dan tambah gaji. jadi hr ke, keje macam dalie ke. aku tak kesah.
biar aku sebok. aku suka. biar la aku merungut takde masa. aku suka. sebab aku takkan ada masa nak bermurung. takde masa nak fikir masalah peribadi. takde masa nak mengunyah2 setiap masa.


ya, aku tekad. aku akan usulkan perkara ni pada bos aku nanti. suatu ketika nanti.

Monday, December 10

LIMA!

pagi jumaat aritu,
pi LIMA.

ya, LIMA yang kat langkawi tu. itupon setelah termakan pujuk DALIE yang beria2 mengajak. jam 9++, kami bertolak dari stewan. kami pi bertiga. aku, dalie dan shah.

sampai kuala perlis jam 12++pm. dapat tiket feri jam 1.30pm. sampai langkawi jam 2.45pm.

amek teksi pegi porto malai, sampai sana terus pi kat booth company.

letak bag, jalan2, round2 satu expo. orang punyalah ramai tak terhingga. tapi tak rasa penat lagi. rasa excited.

balek apartment jam 6pm. mandi2, lepak2 jap, pastu pi dinner.

dinner tak la memberangsangkan sangat. makanan tak best. dan suara2 manusia yang berkaraoke pon takle best.

layan je la...

abis dinner, terus balek apartment, tido. tido macam orang mati. tak sedar apa2 pon. sangat letih.

SABTU,

breakfast disediakan pihak apartment. lepas amek2 makanan, cari budak2 ni nak duduk sama. nak tau aku terserempak ngan sapa? dan buatkan aku ternganga mulut kekaguman?




Juruterbang jet pejuang TUDM Kapten Patricia Yapp Syau Yin.

Rupa dia sebijik macam kat atas tu. Baju pon sama. comel!dan dia duduk makan bersama2 semua pilot2 lelaki yang gagah2 lagi ensem. masa aku terserempak ngan dia, diorang beramai2 baru nak bangun, baru lepas makan.

aku masa tu tgh pegang pinggan. memang rasa nak pi salam dia. cuma sempat bertukar senyuman je. takkan la sebelah tangan pegang pinggan, sebelah lagi nak salam orang yang aku kagum kan?

macam ada yang tak kena je. hehehehe...

criter selanjutnya tentang Kapten Yapp ni, sila klik di sini.

sepanjang hari aku rasa macam nyesal tak pi kejar dia, salam2 tanya kabar. rasa rugi ooooo.....


lpas breakfast, jalan2 kat kawasan expo tu lagik. niat hati nak sangat pi tgk expo udara, tapi diorang kata kena bayor. tu yang rasa malas tu.

around tgh hari, pi jeti beli tiket feri. amek tiket kul 5.30pm. pastu, lunch.

dah lepas kenyangkan perut, pi shopping kat pekan kuah. aku cuma beli coklat. budak 2 orang tu beli macam2.

pas soping, naik feri, sampai kuala perlis dah maghrib. off to changloon, pekena mihun sup kat sana. dalie, mihun tu memang sedap la!

sampai stewan dalam kul 11++pm.

jumpa en.alang, borak2, pujuk2, romen2 sket.
dia merajuk sebab aku pi langkawi tak ajak dia.
camne la nak ajak, dia keje.
lepas je dia dah ok, dia balek umah.
aku pon masuk tido.


AHAD,

pi tepeng. sebab nak pujuk en.alang punya pasal.
jalan2 area tasik, bosan.
pi makan, then pi ipoh tgk wayang.
citer HEARTBROKEN KID.
best gak. aku bagi 3.5/5 star.
en.alang gelak berdekah2. sangat klakar.
lepak2 jusco,
sampai umah kul 8 mlam.


PAGI NI,
aku rasa penat.
sebab asik terkejar2 sana-sini.
keje yang memaksa aku untuk turun naik tangga setiap waktu.
fotostat dan asah pensel.
ayah baru kol tadik.
pujuk aku amek cuti next week, nak pi HATYAI.
wah!!!!!!!!!!
peluang keemasan tuuuuuuuuuuu........
hehehehe......
apa2 pon, aku tunggu approval dari bos dulu. tgk dulu camne.




ok korang, slamat hari isnin ya!
daa!

Thursday, December 6

mari makan!

smalam adalah hari makan sedunia.

sebab semalam asek la ingat nak melantak je. tensen tul!

ok..breakfast, makan roti dan air soya.

pagi, tak dapat nak makan apa2 sebab takde mende nak makan. huhuhuhu......

lunch, mc d satu set! spicy chicken mcdeluxe. fries, and light coke. luckily tak amek bubur. sebenornya ada hati nak amek bubur lepas tu. huhuhu... (this meal dibelanja oleh dalie..thanx nyah!)

ok, minum petang, segelas air mineral.

lepas keje, at first nak ajak en.alang pi padang. tapi, en.alang tgh tensen pasal keje. so, ajak dia pi makan.

menu kami berdua: nasi 3 pinggan, tomyam special, tauhu goreng cendawan, telur dadar.

lepas makan, pi giant, shopping. foods, foods, foods!

beli weetameal biscuits 2 tin (1 aku, 1 en.alang), air soya 5 kotak, sneakers mini 1 peket (this one for adik2), sneakers biasa 1 untuk aku+en.alang, satu balang kentang goreng jenama wise. ni semua untuk bekalan perut aku untuk minggu nih.

teruk kan? banyak sangat la makan2...

oh ya, lepas shopping, minum milo. lpas tu, dah nak sampai umah, bleh plak singgah kedai makan. makan sate 20 cucuk.

haiihhhhhhhh........buruk noo perangai!


sampai umah, ingat nak tido. tapi perut meragam plak. so, ulang-alik bilik-toilet sebanyak 5-6 kali.

lepas tu takleh tido. layan ibu borak sambil tgk Jangan Tidor Lagi (JTL).

kutuk2 azwan, puji2 adlin, puji2 lagik pierre andre ngan marsha, kutuk2 sket ajai, pastu puji2 plak ajai. sambil makan biskut weetameal dan minum coke.

bleh?

abis JTL, tido.


pagi ni plak,

ngidam nak makan sausage burger mcd.
pi mcd, masuk drive-tru, beli set rm4 tu.
kenyang.

sebelum tu, kat umah,
dah bungkus 2 peket nesvita+kira2 10 keping biskut weetameal.
dan skang kat ofis tgh taip sambil makan weetameal.



saya sangat kuat makan.
saya dah gemok macam mak giant.
matila...camne nak muat baju kawen ni?
eh, lambat lagi kawen..sempat..sempat..
oit!lagi 8 bulan je la..
tensen!
makan lagi...
dan lagi......
dan lagi.......



matilaaaa.............

Wednesday, December 5

demam..pening..batuk2..saket tekak..

semalam aku mc. bangun2 tido, pale pusing banget. plak tu, ingus tak berenti2 kuar. tensi! tensi!

then, trus pi klinik. daftar, then baru nak duduk, nama dah kena panggil. aku heran gak, sekeliling aku punya la ramai org, nama aku yang dipanggil dulu.

doktor suruh duduk. aku duduk. tanya saket apa, aku cakap maybe aku demam. dia suruh aku nganga, aku nganga. dia masukkan termometer bawah lidah aku. aku tutup mulut. then, dia stetoskop dada aku depan blakang. amek termometer, tengok suhu, kata badan aku panas, then terus kata aku bleh amek mc 2 hari. aku kata nak sehari jek. then dia suruh amek ubat dan mc kat luar.

macam tu je.

takde soal jawab lebih2.

doktor cam malas jek.

hmmmm..........





ok, citer hari wiken yang lepas.

sabtu,

awal2 pagi, jam 7pagi aku ngan en.alang dah bertolak ke penang. konon2 sebab nak start shopping untuk hantaran tahun depan. korang rasa cepat sangat ke? aku rasa cam cepat gitu.....


sampai kat penang around 10 camtu. ya, aku tau kitorg lambat sampai sebab ada accident kat highway melibatkan sebuah lori dan.........(tak tau. tapi yang pastinya kepala lori tu bleh penyek sepenyek2nya. tak tau kena hempap ngan apa. stuck kat situ je dah dekat 1 jam. hangin tul!)

1st destinantion: usm, penang. bawak en.alang jalan2 pusing2 satu kampus. en.alang sangat kagum ngan kampus aku. dia kata memang nampak relaks je kampus ni, banyak pokok2..sebab tu la kampus ni dinamakan kampus dalam taman. serius macam dalam taman ok!

2nd destination: bukit bendera@penang hill. ok, masa ni sangat klakar. on way nak ke sana, aku tengok minyak kereta ada la dalam half tank gitu. tapi disebabkan aku ni suka amek langkah berjaga2, aku pon pi la isi minyak kat caltex. then, masa aku nak isi minyak, aku suruh la en.alang pi beli map penang. sebab aku dah lupa camne nak pi bukit bendera.

bila aku dah isi minyak, dia pon masuk kete ngan satu map yang agak besar. aku tanya kat dia, takde map lagik kecik ke? dia jawab, besar2 la best. bukit bendera sure ada dalam map besor ni. so, aku pon malas nak amek pot, aku pon sruh la dia carik kat mana location tempat tu sambil aku drive. bayangkan, dia pusing2 map tu, tgk depan, belakang tak jumpa2. sampaikan aku terpaksa pull over cari sama kat mana lokasi bukit bendera tu. serius! map besar bagak, tapi tempat pelancongan yang fames cam bukit bendera tu takde dalam map. pelik tak? aku dah bising2 kat en.alang. tapi pastu dia pujuk2 kata kita takyah pi la, kita trus pi shopping jek.

aku ni memang jenis kpala batu, aku kata, takpe, aku nak cari gak jalan nak ke sana. dekat 1/2 jam jugak pusing2 kat area gurney, at last, jumpa gak signboard ke bukit bendera. pada yang tak biasa pi penang, bukit bendera terletak di air hitam. ya, signboard ke air hitam punya la banyak, tapi aku tak tau bukit bendera tu kat air hitam rupanya.huh!

sampai2 je kat sana, masalah parking plak. parking punya la penuh ya rabbi. aku pusing tempat tu 2 kali baru dapat. itu pon kena menapak agak jauh nak pi kaunter tiket. masa nak beli tiket, adala dalam 7-8 orang tgh beratur jugak. aku tgk ada ramai orang tgh duduk2 kat kerusi2 yang disediakan. macam pelik gak, apa la yang diorang tunggu tu agaknya. aku pi toilet, sambil en.alang beratur nak beli tiket. lepas je aku kuar toilet, en.alang tanya aku, nak naik jugak ke? diorang buat announcement tadi, kalau beli tiket skang, (masa tu pukul 11.30am) pukul 3.15pm baru dapat naik. wth? apakah?

selepas berbincang2 dan bertolak ansur sesame kami, kitorang putuskan untuk naik lain kali. sebab takkan nak tunggu 4 jam kat situ. dahla panas melahang. gile betul! kesian kat en.alang je, dia teirngin sangat nak naik bukit bendera tu.

3rd destination: prangin mall dan komtar. sampai je kat sini, kitorang trus pi beli tiket wayang. tgk citer enchanted. heee..lama dowh tak dapat dok couple seat. rasa best je. privasi gitu. tapi aku rasa agak terganggu sebab seat sebelah kanan aku sebok wat 'projek'. hishh..diorang ni, tak senonoh tul! en.alang pon perasan diorang cam sebok tukar2 tempat duduk (nak cari posisi best agaknya nak senang raba2). tension tul!

lepas tgk movie, kitorang jalan2 jap kat prangin. then, disebabkan desakan perut yang amat kebulur, kitorang jalan kaki pi kedai mamak makan nasi kandar kat bawah komtar. best gile! nyum! nyum! ;)

then, pastu kitornag masuk parkson prangin, beli perfume. murah gile beb! rasa cam nak kaut je semua jenis yang ada kat situ. hehehehe....

4th destination: pi gurney plaza. sampai sini around kul 4pm. gile best kat situ. dulu2 4 tahun lepas, takle banyak kedai yang bukak. panggung pon takde lagik. skang ni, aku rasa first place yang aku akan pi bila sampai penang, aku akan pilih gurney plaza. queensbay mall tu cam ala2 klcc. mahal2 kat sana. buat tensen jek. masuk2 je, nampak habib jewel bukak kaunter jualan kat ruang legar. masa tu aku tengok2 camtu je. rasa cam mahal sangat. yela, rm3000,rm40000 sebentuk cincin. mana le mampu kan. then, aku mintak broucher je. bila bukak2 je broucher tu, terus terkenan kat satu wedding band untuk lelaki. simple and nice. potongan harga 50% plak tu! terus aku tanya kat budak jaga kaunter. dia tunjuk, en.alang trus suka. then trus beli. senang kan? lepas tu, en.alang paksa2 aku pilih cincin untuk aku plak. aku dah kata, mahal kat situ. tapi dia berkeras gak. last2 aku beralah, aku tanya kat budak kaunter tu cincin mana yang paling murah. dia tunjuk kat aku cincin harga rm2500. oit! gile mahal! then, dia tgk muka aku cam malas nak layan, dia tunjuk kat aku satu cincin yang sangat affordable dan cantek (pada mata aku la..). aku tanya kat en.alang, dia kata ok, trus kitorang amek cincin tu. aku rasa kitorang la pasangan yang paling senang pilih barang kemas. yela, dah jumpa, trus beli. senang kan? budak jaga kaunter tu senyum tak abis2 sebab senang sangat berurusan ngan kitorang.

lepak kat gurney sampai kul 8pm (sebab tunggu diorang besarkan cincin aku). sambil2 tu lepak2 kat starbucks sejam, en.alang isap rokok ilangkan ketagih dia. nak ajak dia pi redbox nak melalak2, tapi skali tu tgk rate dia cam mahal sangat rm40 sejam. kalau ramai2 takpela jugak. ni berdua jek. gilo ape? just jalan2 pusing2 satu plaza, amek cincin. then terus bertolak balek.

sampai umah around 11pm sebab kitorang sampai stewan, pi singgah kedai mamak pekena mee goreng dulu.


penat gile wei! tapi sangat seronok jugak. ;)



ahad,

rasa cam nak demam. tapi gagahkan diri gak layan ibu kat dapur awal2 pagi. pas breakfast, tgk tv sampai kul 10am, then sambung tido sampai kul 1pm.

itupon setelah dikejutkan en.alang. makan lunch ngan en.alang kat umah, lepak2 tgk tv, then pi pasar malam ngan dia. sangat terkejut bila dapat jumpa coconut shake kat manjung. korang penah rasa? air klapa+eskrem. sedap ooo! dulu first time jumpa masa kat penang. en.alang pon dah suka kat coconut shake nih. heeeeeeee.......


demam agak kebah. tapi pale pening2 lagik. risau gak kalau tetiba aku rebah tak semena2 kang. okla, nak lepak jap. c ya!

Monday, December 3

tag, tag dan tag lagik.

7 perkara pelik tentang diriku.

okey, tag ni dibuat disebabkan aku telah di tag oleh 2 orang manusia bernama peej dan hajarss, so terpaksa la jugak jawab kan. kang maunya dema band blog aku, takmo singgah dah. oohhh..terasa diri ini dipaksa2. heheheheh...


so, mari kita mulakan.


1) aku tak suka tengok lecah2 dan kotor kat dapur atau bilik air. biarpon aku pakai slipar rumah, aku akan terjengket2 kegelian. ya, aku seperti peej ada masalah geli2 nih. hakikat yang sebenar, antara aku suka pada en.alang, rumah family dia walaupon rumah kampung, tapi kebersihan sangat la tip-top! bersih, kering dan selesa.



2) aku tak makan cili merah. tapi cili hijau sangat la suka. lagi pedas lagi bagus. tapi, yang peliknya aku sangat suka makan kari mamak. sebab diorang hanya gunakan rempah ratus dan cili pon pakai cili serbuk. oh ya, cili serbuk aku tak kesah. tapi tolong la jangan ada cili merah bersepai2 dalam pinggan aku. sampai kesudah tak akan aku makan guna pinggan tu.



3) aku tidor suka pakai selimut. biarpon hari panas melahang pon aku suka selimut badan. tak tau nape. slimut tu macam satu keselesaan dan rasa selamat. masa kecik2 dulu aku suka tido berselubung satu badan. tapi skang ni cukup syarat ada atas badan pon dah cukup. percaya tak, aku dapat selimut besar blanket baby pon dah mencukupi. untuk syarat jek.



4) one thing pasal tido ni, aku jenis cam peej gak, suka tido peluk mende. apa2 pon tak kesah asalkan dapat peluk. bolster yang ada skang ni tak yah la cakap kan, dah macam bantal leper yang panjang jek. dah takde rupa bantal peluk pon. tapi dapat en.alang yang kurus kedengking, takle huggable sangat la kan. tapi, aku skang ni tgh paksa dia main gym balek. dulu2 dia rajin workout, badan dia memang berotot kekar bagai la kan. skang je dia cam dah malas. mungkin sebab dapat aku yang susah nak workout agaknya. huuuuuu...



5) apa ek..oh! aku sangat suka kari ayam dalam tin. tak tau nape, kari ayam tu rasa cam best gile! kalau tambah cili padi..woooo masyuk ooo!




6) tak berapa nak makan sardin (sardin yang dibuat sebagai lauk, sandwich sardin..etc). tapi sardin roll aku makan pulak. korang tau ke sardin roll tu apa? sesape yang penah satu maktab ngan aku dulu, familiar sangat la ngan sardin roll nih. sardin yang di'roll' dalam roti dan kemudian dicelup dalam telur yang telah dipukul kemudian goreng. masa kat maktab dulu, kawan2 aku punya sardin roll slalu aku kibab (sapu)! hehehehe.




7) selalu sangat dapat 'jodoh' ngan orang yang lebih muda dari aku. kalau stakat muda bulan atau setahun dua takpe lagik. ni dah sampai 3-5 tahun beza. gile ah! korang tau kan en.alang muda 5 tahun dari aku? hmm...slalu sangat rasa diri ni macam mak hayam. yela, jalan ngan anak ikan. glamer mak noks! wakakakakakaka! (slalu sangat aku terfikir, aku ni nampak muda sangat ke sampai orang2 muda ni bleh buta hati minat kat aku?)



lagi satu tag, di tag oleh shasha.

First Name- Intan
Nickname- Intan, Lynn (family sahaja), Along, Along Lynn, Intan Hez.
Name you wish you had- Sarah. tak tau nape, suka sangat nama ni.
What do people normally mistake your name as- Hezliana, Hezliaya (ye, dah 2 kali orang silap tulis camni.)
Birthday- 16 Ogos 1981
Birthplace- Hospital Besar JB
Time of Birth- menurut dokumen sijil beranak, 5.20pm. tgh panas hari tu. sebab tu aku panas baran. hehehehe...
Parents together or divorced- together2 gitu..
Get along with them- yup.
Single or taken- engaged maaa....
Zodiac sign- Leo

-Your Appearence-

How tall are you- tak hingat la...
Wish you were taller- yup
Eye color- light brown
Eye color you want-blue as the sky..
Natural Hair color- black
Current Hair color- black
Short or long hair- very2 short. tomboy short.
Ever dye your hair a bizarre color- hari tu inai rambut. tapi kaler tak naik pon.
Curly,Straight,Wavy- very curly. kerinting kecik2..macam anak kels.
Last time you did something dramatic with your hair- potong sangat pendek. dan menyesal.
Glasses or contacts- glasses. tak reti pakai cl.
Do you wear make-up- sometimes.
Ever had hair extensions- yeak! geli!!!!
Paint your nails- berdosa la...

-In the opposite gender-

What color eyes- grey..i wish!
What color hair- black. hitam gaya keunggulan.
Shy or Outgoing- mana2 pon tak kesah. i'm very flexible!
Looks or personality- personality definitely! rupa paras yang manis2 dahle.
Sexy or Cute- sexy...aauuummm!
Serious or Fun- serious+fun
Older or Younger than you- kalau boleh lebih tua. tapi jodoh tetap yang muda jugak dapat. hmm...
A turn on- muat muka seposen mintak simpati maafkan dia. memang takleh tahan!
A turn off- kentut..kentut...!

-This or that-

Flowers or Chocolate- chocolate
Pepsi or Coke- coke!
Rap or Rock- rock
Relationship or One night stand- relationship
School or Work- school!
Love or Money- money+love
Movies or Music- movie
Country or City- country
Sunny or Rainy days- sun shiny day!
Friends or Family- friends and family. macam package digi tuu...

-Have you ever-

Lied- yes
Stole something- yes
Smoked- no
Hurt someone close to you- yes
Broke someones heart- yes
Had you heart broken- no..slalunya aku yang patahkan hati orang.
Wondered what was wrong with you- hmm...always!
wish you were a prince/princess- kalaulah..
Liked someone- not always
Liked someone who was taken- jarang-jarang
Shaved your head- no..never
Been in love- i am in love!
Used chopsticks- i like!
Sang in the mirror to yourself- hmm..slalula jugak. perasan sore sedap la konon..

-Favorites-

Flower- tuba rose
Candy- clorets
Song- seribu tahun. by imran ajmain.
Scent- elizabeth arden. 5th avenue.
Color- pink, white, black, green
Movie- yang best je la..
Singer- yang best je la..
Word- comel
Junk food- chips
Website- blogger
Lotion-olay
Animal- cat, rabbit, hamster..
Ever cried over someone- yes. saya sangat cengeng
Is there anything you wish you could change about yourself- i wish i have smaller body figure.
Your biggest fear- death
Do you think you're attractive- maybe. bila rasa seksi.
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose- heroin citer enchanted tu..
Do you play any sports- tenis, baminton, lompat getah, batu seremban, congkak, ting-ting, konda-kondi..




ok..itu sajork. tak nak tag orang lain. aku tau seksa nak jawab tag2 nih. hehehe...