Tuesday, October 23

raya pertama

okeh, pagi raya kitorang berada kat umah mak long. mak long ni kakak ipar ayah, arwah pak long dah lama meninggal, tahun 1986 kalau tak silap. biarpon arwah pak long dah lama takde, tapi hubungan dengan mak long tetap diteruskan, ibu aku sangat serasi ngan mak long aku nih. (ekceli ibu sangat baik ngan ipar-duai nya..)




pagi raya, sambil menunggu kaum lelaki balik dari solat raya. masa ni dah makan-makan pon. kitorang takde tema kaler pon tahun nih. semua pakaian semborono jek. hahaha!


3 dara pinggitan. penat posing, at last, aku gak yang nampak bagak jugak. haaaiiihhh....




okeh, lpas ayah ngan ajik balik solat raya, kitorang pon off to umah pak uteh plak. kat atas tu dari kiri, ayah, ibu, pak uteh ngan mak uteh. tahun ni raya umah diorang agak suram sebab 3 anak diorang dah kawen, plaknye sume beraya umah mertua dulu. sunyi la sket...



dalam perjalanan ke singapura, umah mak ana. nenek ngan atuk tinggal ngan diorang jugak. mak ana aku ni adik ibu aku second bongsu, umur baru 33 tahun, anak dah 7 orang. kawen umur 19 tahun, sebab tu ramai dah anak2nya..



kawasan umah mak ana kat sembawang close. beraya kat singapore ni rasa sunyi, aman damai je. dan takla meriah macam kat malaysia la kan. yela, nak bertakbir pon takleh nak pakai microphone. cuma orang dalam masjid je bleh dengar takbir tu. kalau rasa2 nak dengar takbir kat umah, bukakla radio atau tv je.




see my atok ngan kain pelikat tu? masa ni dia seronok sangat kitorang balek, sebab ayah suka belikan dia tembakau. mahal ek tembakau skang, rm18 satu tin cap nenas kecik tu. atok aku ni suka isap paip.




anak-anak mak ana. aku suka yang kecik tu, sangat manja dan comel! ada 3 orang lagik, tapi tak abis2 beraya kat umah kawan2 diorang.




hehehe...banyak lagi kejadian yang berlaku dan jadik masa ni, masakan nenek aku yang power asik lupa amek gambor jek. kari ayam ngan asam pedas ikan nenek adalah menu wajib setiap kali kitorang satu family balek sini. kami kat singapore ni 2 hari 1 malam je..sebab masuk hari isnin tu dah kena bayar fee entry. sing dollar 20 tau! kalau convert duit malaysia, dah rm 45.40. tu tak kira lagik tol kat kastam singapore ngan kastam malaysia. sume pakai duit jek. huhuhuhu....



malam raya

okeh, dengan tanpa membuang masa lagi, aku ingin post segala mak nenek gambar2 dan kejadian yang berlaku sepanjang cuti raya. enjoy! (tak banyak pon, ada 3 jek..). hehehehe......



muka sengal masing2 dalam kereta. masa ni, dah nak sampai muar pon. oleh kerana manusia yang tak boleh puasa hanyalah aku, so, dengan suka hati aku makan2 dan minum2 dalam kereta. adik2 aku sume bengang jek.. hehehehe...


masa dah sampai kat air hitam, muar. masa kitorang sampai kat sini, baru kul 4.30ptg. so, macam lambat la nak berbuka kan. sampai2 je, salam2 ngan sume orang, terus amek bantal, tido kat ruang tv. konon2 sambil nak menunggu berbuka. bila aku terjaga pukul 6ptg, pi kat dapur, semua dah terhidang. adat orang jawa ni diorang akan 'monjong-monjong'. monjong-monjong ni aku takle tau apa translationnya plak, tapi dengan maksud yang serupa adalah memberi makanan pada jiran2 tetangga. so, adala 2-3 rumah yang bagi makanan kat rumah pak uda aku nih, so, mak uda takpayah la masak. tapi yang hampanya tak dapat makan ayam ungkep. huhuhu......

gambar kat atas tu ayah aku dengan sedara mara aku yang lain tengah syiok makan tak berhenti2. masa ni, aku pon baru je sudah makan. masakan jawa memang first class! ;)



anak-anak sepupu aku yang makin membesar. aku tak tau berapa ramai dah anak sedara yang aku ada (dari sepupu-sepupu).


selepas berbuka kat umah pak uda ni, kitorang bergerak ke rumah maklong yang terletak kat parit payong, muar.


okeh, next post adalah kejadian raya pertama. ok?

Monday, October 22

sori!

sori kengkawan, siaran tergendala sebentar untuk 2-3 hari nih.

kalau bernasib baik, bleh la post gambor raya banyak2 ye.

intenet connection kat ofis sangat la sucks! bencik btol!

Friday, October 19

malas nak ke ofis....

sangat la malas dan kelesa sekalik nak ke ofis hari ni. ye la kan, dah syok bercuti2 sakan..sangat best dan penat percutianku kali ini. sekarang ni pon tengah menentang virus selsema yang melanda diri ini.


haaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhh..................................



penat laaaa.......nak demam plak tuh..




kitorang bertolak balek kampong pada 11 oct. sampai semula kat stewan nih pada 16 oct. bayangkan selama 6 hari aku tidor atas tikar@toto@karpet. saket pinggang tau! adeh!



nanti2 aku post gambor plak ek. akak tak la vogue pon masa raya aritu..selekeh jek. sebab dah saket2 pinggang kan, plaknye asik jadik PDA diorang. semua barang2 dalam kereta tu aku kena ensure semua cukup. adik2 aku nih semua suka tinggal2 barang kat umah orang. penat dok remind je kat diorang nih..



okla korang, ni aku tgh penat lagik nih. esok2 aku sambung update k? nak pi blog hopping sat..hehehe............




Wednesday, October 10

SELAMAT HARI RAYA!

kepada rakan-rakan bloggers, aku minta ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata dan terguris hati. semoga bergembira di hari mulia ini dan berhati2 di jalan raya..ok!


kepada en. 13 may dan cik kema, terima kasih di atas pemberian kad raya anda. tahun depan bleh la bagi lagi ye! ;)