Monday, March 24

majlis perkahwinan puan intan dan en alang I

okeh, seperti yang dijanjikan, inilah dia entri tentang majlis perkahwinanku. simple dan meriah. camno tu? hahaha......

sebenarnya gambar2 ni ehsan dari azim. sebab gambar2 dari personal camera aku tak banyak sangat. adik aku yang pegang kamera ni, sebab tu la gambar sket sangat. huhuhu.

apa2 hal pon, enjoy these pictures ya!

akan ada episod lain untuk gambar2 lain. gambar nikah akan upload lain k?


pelamin yang agak comel. aku suka banget ngan pelamin ni. sebab menggunakan warna-warna yang sangat harmoni. tapi mungkin sempit sikit. pengapit tak tau nak berdiri kat mana. hahaha..cian kat pengapit.


renjis-renjis dipilis..ditepungi la tawar...




hantaran-hantaran dariku untuk si dia...


diriku dan rambutku yang sangat kelakar. masa ni tgh trim kening. masa akad nikah, kening memang serabut ya amat. makcik2 aku semua tegur, tak nak kemaskan kening dulu ke? abih tu nak wat camne, memang tak sempat nak wat. bangun pon dah lambat. huhuhu..tapi nasib baik sempat solat subuh.


ehem. amacam? cantek tak hijau ni? nampak 'cool' kan? aku suka sangat hiasan kat meja pengantin ni. sangat best! oohh..pasal makan, aku bukak criter kat episod akan datang k?


kesian en alang dan rombongan. datang dalam hujan yang agak lebat. tapi lepas je masuk umah, ujan turun mencurah-curah! huhuhuhuuhuuuu......

takpe, takpe, hujan rahmat agaknya tuu...

ni sebenarnya nak tunjukkan yang pihak lelaki baru sampai depan umah. masa ni en alang dan rombongan tgh di'pow' oleh sepupu aku, kak mas duit tol. biarpon majlis diadakan di perak, tapi disebabkan aku dilahirkan dan kampung berada di johor, adat orang johor tetap jalan. kalau tgk betul2, kak mas tengah telek duit dalam envelope. hahahhaa! masa ni kak mas memang macam mak andam dulu2. siap mintak tambahan tol lagik.


aku suka gambar ni. nampak happening. yang bersongkok berbaju melayu tu pak uteh aku. abang ayah aku. dia jadi saksi orang jauh. wakil johor katanya. heee... masa ni dia tgh jenguk pihak lelaki tengah di'pow' duit tol oleh kak mas. --> korang boleh tgk lantai tu tgh basah. ujan lebat dek non!


flower boy dan flower girl ni adalah adik-beradik. anak kepada sepupu aku. plan awal nak suruh diorang tabur2 bunga. tapi dah ujan lebat kat luar, tak jadila plan tu. just berarak je. kesian kat budak berdua ni. berhujan dan dipaksa duduk kat tangga pelamin. heee... oh ya! nama diorang adalah kimi dan chiqah.


ehem. sedang bersanding. masa ni, en alang kata kaki dia terketar-ketar. kalau sesape yang perasan, tgk dekat2, leh la tgk ketaq suamiku ni.. :)


tgk la si dalie ngan ceera ni. apala yang diorang gossipkan agaknya. tapi baju diorang memang sedondon. macam rancang-rancang je. heheheheeeeeee.......


inilah suasana rumahku yang sangat pack dengan sedara mara dan kawan-kawan. meriah u ols! rugi tau tak datang..


hadiah yang nanonano beri tu adalah sebuah lampu tidor berbentuk hati. sangat comel! en alang yang tak sabar2 nak guna malam tu. hahahhaha!!!!!
korang jangan fikir yang pelik2 pulak. kesian kat nanonano tau!


to be continued ...

jeng jeng jeng......!!!


nantikan kemunculan ku...

hehe..

sebenarnya, blogger tgh wat hal. baru dapat update sekeping gambar sajork. sila tatap jari gebuku ini.

;)

telah kembali..

.....ke ofis.

dengan baju dan tudung yang telah aku iron, tapi masih nampak keronyok sana-sini.

adakah aku atau seterika itu yang bersalah? hmmm.......




korang,
gambar2 nanti aku update ya. ekceli gambar dari personal cam tak banyak sangat.

bz sket, banyak kerja kena update.

Monday, March 17

hari ke tiga bergelar seorang isteri.

ngeh ngeh ngeh..

apakah yang aku lakukan tika ini?

sebenarnya skarang ni mata pedih, otak blank, badan lenguh2 dan badan yang semakin gemok.



baru sebentar tadi aku, en alang serta ibu hantar last group sedare yang ada kat umah ke stesen bas. nenek, uncle hadi, firdaus dan atok balek ke singapura.

angkut barang sket ke rumah sewa, dan terus ke cyber cafe untuk check blog dan jengah2 blog kawan2.


tak dapat nak update banyak2, belum ada gambar. nanti bila gambar dari personal camera dah siap, aku upload kat sini ok? gambar dari pro cameraman maybe lambat lagi. kalau nak tgk gambar sket, (ala2 sneak preview gitu), sila ke blog azim dan ceera.




di kesempatan ini, aku ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada rakan blogger yang hadir, ucapkan ucapan secara sms dan membuat penghatanran hadiah secara courier. mereka adalah,

dalie,
sanggup menemani aku ke majlis pernikahan.
menjadi 'inang' aku. segala apa yang aku perlukan waima segelas air pon dia ambilkan. thanks babe!
menjadi peneman aku tatkala aku dalam kerunsingan. ye, aku sedikit blur pada hari tersebut.
menjadi pembawa kotak tisu untuk aku.
jadi driver aku dan bawakkan bekas cincin.
pegangkan tangan aku tatkala aku berdebar menantikan saat en alang sedang akad nikah.
aku really sayang ko nyah!!!

ceera,
datang jugak awak ke majlis kawen kite k. kite rasa happy sangat dapat jumpa awak at last. hehehehe..... salam for ciput k? kite suka sangat hadiah yang awak beri kat kite. akan kite letak gambar cantek2 dalam frame gambar tu. thanks ya!

hajarss,
awak, sori awak dapat jumpa kite dalam keadaan yang tak sempurna masa tu. len kali kite leh jumpa lagi dan lepak2 k? oh, dan sori salah teka awak masa tu. sri wak, kite blur gile masa tu! maafkan kite ye.

nanonano,
awak sanggup courierkan kite hadiah kat kite ek. terima kasih banyak2 kat awak! kite dah guna hadiah awak masa malam pertama. ahaks! ;)

lindosh,
awak orang pertama sms kat kite rasanya. thanks ye. nanti2, kite jumpa len kali k?

shasha,
awak pon antara orang terawal wish kite tru sms. insyaAllah, bulan jun kite jumpa k?

kema,
kite harap sangat awak datang, tapi dah awak ada kesulitan sket, kite faham. takpe kema, ada rezeki lain, kite jumpa ya!

azim,
bro, thanx banyak2 sebab sanggup amek gambor kawen aku. aku really have fun amek gambar ngan ko dan waq and the gang. :)



terima kasih jugak pada korang yang wish selamat kat aku kat blog aku ni. doa kalian semoga diperkenankan Tuhan.


edit 6.32pm, 19 Mac 2008

kredit kepada aarin juga,
bersusah payah buatkan cross stitch (betol ke ejaan ni?) - ala, silang pangkah tuuu...untuk aku.
cantek sangat!
thanks ye awak!
ha..dah jumpa ni,len kali boleh la kite jumpa ek?
kite lepak2 kat kopitiam ke..ok?



esok kami berdua akan ke langkawi untuk honeymoon kami yang tak seberapa.
ada sesiapa nak join?
;)

Tuesday, March 11

nak promote sket!

adik perempuanku dah ada blog sendirik!! congrats sis!

sila ke ---> farynn.blogspot.com




buat dalie, thanks banget buat satu post khas untuk aku. aku sayang ko sangat2 tau!

sebak siot!

huhuu...

untuk entri khas buat aku di blog dalie, sila ke-----> crookedlittlemind.blogspot.com





hari ni hari last aku update sebelom aku bercuti panjang start esok sampai 23hb Mac. ini bermakna aku hanya akan update pada 24 mac 2008 sahaja nanti. isk..isk..sedih la nak tinggal korang lama2.

doakan yang terbaik untuk majlis aku nanti ye. jumpa lagi!