SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!
oi! oi!
apa azam tahun baru ni?
azam aku untuk tahun 2008 ini adalah;
1. untuk menjadi muslimah yang lebih bertaqwa.
2. membayar ptptn dengan kadar yang sepatutnya. tahun lepas aku bayar pon lobang2. tgk kemampuan selalunya.
3. nak keje ngan lebih bersungguh2. taknak kutuk2 bos dah. nanti rezeki tak berkat. (ececemak!)
4. kalau boleh nak tukar kereta lain. sebab nanti , cam kurang sesuai dengan keperluan untuk orang berumahtangga kalau dengan kereta skang ni. tgk dulu cam mana. azam ini adalah azam spare namanya. wakakakakkakka.
5. menjadi isteri yang baik. tak nak marah2 en alang lagi. perlu patuh ngan segala arahan dan permintaan suami. ohhh!!!
6. nak lawa2 kan umah kami. tak sabar nak dok sekali. ;P
harapan tahun 2008,
semoga kami bertemu jodoh dan berkekalan sampai mati. itu saja. tak nak harap banyak2.
aktiviti musim cuti akhir tahun;
sabtu,
pagi2 lagi dah bertolak ke penang. jam 0630 dah kuar umah.
sampai penang around kul 0900, jumpa zaza, salam2, antar naik barang2 dia, terus kitorg blah.
zaza hangin je. jumpa 10 minit sajork.
ayah la..nak cepat2.
biasala bekas tentera laut, memang cenggitu la disiplinnya. walaupon dah bersara.
gerak ke ipoh,
sampai ipoh around 1100.
lambat sampai sebab ajik kena cirit birit. kitorg banyak berenti. tensen je!
jumpa katerer. nama awie.
nama company dia, awie katering.
orang kata katering dia ni femes. aku tak tau la plak.
ok la, org nya baik, humble je.
ayah pon naik seronok borak ngan dia. plaknya, apa2 yang si awie ni cadangkan, ayah setuju je.
nama wife awie ni ella.
macam serasi kan?
awie-ella.
hahahaha........
then, kitorg pekena mi kicap.
famili aku sorang pon tak penah rasa mi kicap ni.
lepas dah rasa sekali, terus diorg suka.
korang penah makan mi kicap ni ke?
aku rasa kat perak je ada mi ni.
gerak dari ipoh around 1330 camtu.
then bergegas ke kl sebab ayah ada jemputan kawen anak kawan dia.
tapi jemputan tu untuk diorg berdua je.
so, sampai2 je kl around 1500, ayah turunkan kitorg adik-beradik kat ampang point.
hohoho...aku telah borong t-shirt plain giordano sampai 4 helai.
sebab sehelain harga rm10.45.
murah kan?
:D
pastu,
lepas diorg dah abis kenduri,
amek kitorg, terus ke sogo.
sebab iqa nak beli barang skolah kat sana.
ngada2 kan?
nak barang skolah dari sogo..ntahapehapentah.
ayah plak, layankan je.
mentang2 tinggal sorang je yang bersekolah.
diorg semua sebok pilihkan baran2 iqa,
aku pi cari handbag.
nak yang besor2 sket.
bleh campak semua benda dalam tu.
hehehehe.
abis soping, kul 1800 camtu.
pastu, ayah tanya kitorg, nak ke mana lagi.
kitorg diam je. sebab dah penat.
ayah tanya lagi, nak tgk sehati berdansa final atau tgk world drums festival.
kitorg pilih tgk org main drum.
aku ingatkan diorg ni macam main drum macam citer drumline tu. dah la aku suka gile ngan citer ni.
rupa-rupanya bukan.
orang main gendang mewakili setiap negara.
ada yang main muzik kontemporari, ada tradisi.
best gak.
tapi sambutan macam ala2 je.
soi korang.
gambar ada amek, tapi cam plak ayah dah cilok bawak balek kl.
aku tgh hangin nih.
abis tgk org main gendang tu,
terus kitorg balek umah ayah kat lestari putra, bangi.
sampai umah ayah, mandi2, terus tido. mata memang tak leh bukak dah.
ahad,
pagi2 bangun, lapar.
aku wat megi. makan senyap2 depan tv.
tunggu sorang2 bangun, lambat gile!
around kul 0900, gerak dari umah ayah,
pi umah kawan ayah, dia jemput breakfast kat umah dia.
lepas breakfast tu,
terus gerak gi nilai 3.
sampai sana kul 1200.
tak beli apa2 pon kat sana.
sebab biasala kan, pegi ngan org lelaki ni.
diorang ni bukannye jenis penyabar.
so, tak lama kat situ.
then, terus gerak balek perak.
sampai perak around 1800.
kemas2 umah, bilik, mandi2,
around 1900, jumpa en alang.
makan dan jalan2 ngan dia.
plannning nak ke kuala kangsar dan ipoh esok harinya.
nak cari barang2 sket.
isnin,
pi kuala kul 1200.
ngan ibu dan en alang.
sampai kuala dalam kul 1400. terus pi makan kat benteng.
lepas tu, baru cari barang2.
dah lepas membeli, kitorg gerak ke ipoh lak.
sampai ipoh, dalam kul 1600.
pi parkson, sebab ibu ada voucher parkson rm200.
sebok sangat nak beli kuali tefal.
dah dapat beli tu, jalan2 kat sekitar ipoh parade,
then, balek umah.
sampai umah kul 1930.
around 2100 kitorang pi umah kawan ayah ni, nama ebby rizal dan rose.
diorang wat bbq. sempena menyambut tahun baru.
aku ngan en alang pi asing kete ngan ibu.
sebab lpas bbq tu, kitorg ingat nka lepak lumut plak.
abis bbq, lepas sambut2 new year,
dalam kul 0200, aku ngan en alang pi lumut.
lepak2 kat bistro, sambil dengar org karok.
kul 0300, balek umah.
terus tido.
semalam,
tolong ibu masak. sebab sepupu aku, abg ajim dan isteri, kak ita akan pindah ke kl esok.
so, ibu wat makan2 kecil2an.
lepas je lunch ngan diorg, aku ngan en alang terus pi econsave.
beli barang2 housekeeping untuk umah baru.
umah sewa je.
umah abg ajim pon.
so, skang ni en alang akan dok sorg dulu umah tu.
lepak2 ngan en alang sampai kul 2200,
aku dah ngantuk,
terus halau dia balek.
itu je aktiviti aku.
tak banyak pon.
nak wat keje ni. banyak sangat benda nak kena settle. bloghopping dari tadi pon tak abis2 lagi.
13 comments:
hello orang sitiawan,
nie sy nak tanya nie...
HOTEL LEAD-VIEW kat Taman Samudera, Sri Manjung, yang di bawahnya Billion Shopping Plaza tu masih bukak lagi ker ?
saja jer..nak lepak kat situ lah..
x banya aktiviti katanya???
pija yg baca nih pun naik penat..
boleh bayangkan penatnya tuh..pengsan ok..
tp xpe la kan..happy2..beli brg kawin semua..so penat pun bole hilang..
macho-guy,
hotel lead view tu ada lagi. datang je. lagipon, kat area manjung-lumut ni dah banyak hotel2 camtu ada.
peej,
hehehehe..
memang penat. tapi tak puas sebab tak dapat nak lama2 kat nilai 3. huhuhuhuhu........
Selamat tahun baru! ;P
amboi...jenuh nak membacanyer...
beg ko lawa!!! hihi
happy new year my darling best.. ;)
eeii banyaknye ektibiti dia.. jelesh ai! :P
datang penang yee.. neh yg nak babap neh! eehehe
xoxo,
u too! mmuuah! ;*
mama,
ye ke? tak banyak la mama..
dalie,
thanx darl!
happy new year! ;*
kemborku,
jeles? penat la..
datang penang jap je. 10 minit je pon. huuuuuhuuuuuuuu........
uikss..tak shopping brg kawin ke?..ingat intan dah sibuk ngan brg kawin...
Puteri Kure-Kure,
Guess what, masa kenduri kawen my husband side kat ipoh dulu pung kiter org pakai awie catering. Lauk dier memang best especially rendang tok dier. Memang berbaloi, tak salah I catering dier RM5 per head kan. Masa tuh kiter org pengantin makan pung, tak ingat dunia ler, sebab lauk best giler. Ha ha...
Pasal mee kicap, memang kat Ipoh ajer I pernah jumpa mee kicap. Memang best. Try sekalik nak try lagik kan...
Anyway peeps..Happy new year, banyak nyer aktiviti u masa tahun baru. Well, enjoy the new year ahead kay.
shasha,
beli barang2 kat kuala tu beli barang kawen la sayang.
zie,
really? memang sedap ek? hee...tak sabor nak kawen. hahahaha!
skang ni diorg amk rm7.50 perhead. mana ada rm5 dah skang.
happy new year to u too!
waaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhh neh ker sikit kurekure..kalo camtuh aktiviti kite zero lah neh..hahaha dah byk sopping brg kawen?
kak intan selamat tahun baru yerh... kite pon tompang hepi kalo akak hepi...:D
salam,
nak tanya, akak ada simpan lagi x no telefon awie catering ni kak??
-hana-
Post a Comment