Monday, February 11

masak dan makan nasi goreng saja.

ini je la aktiviti aku sepanjang cuti raya cina selama 4 hari...

ibu ngan ajik pi kl, jumpa ayah kat sana, terus balek kampung dan spore pi 'menjemput'.
korang tau ke menjemput tu apa?
ini istilah orang tua2 untuk berbahasa sebagai menjemput kenduri kawen.
hehehehe...

oh ya, kampung aku kat johor merata2 ok!
kesian kat ayah kena drive sorang2. kalau aku ada, lama dah aku drive.
tapi diorang sangat2 tak bagi aku ngikut.
sebab diorang kata mana ada pengantin ikut menjemput.


so, yang ada kat umah hanya aku, iqa dan zaza.
sib baik zaza ada jugak.
kalau tak, maunya aku sangap berdua je ngan iqa.
dahla budak tu suka memerap je dalam bilik.
bila time nak makan je dia kuar, lain2 time, dia berhibernasi dalam bilik je.


meh sini aku nak citer menu weekend aku yang panjang nih.



khamis,
hantar ibu ngan ajik ke stesen bas.
masa ni aku ngan zaza je. iqa takmo ikot. (see?)
lpas ibu ngan ajik naik bas, kitorang pi lumut pekena roti bakar ngan telur rebus separuh masak.
note: orang2 ke pangkor sangat ramai! dan semua parking lot di lumut penuh!
then, ke giant untuk beli barang2 dapur sket.
sebab perlu isikan peti sejuk penuh2. zaza suka memasak.
(yeay! jimat duit makan aku! ;))

lpas je abis shopping,
balek umah, tanak nasi dulu,
pastu, karok puas2 ngan zaza.
dah puas karok, baru la zaza start masak.
menu tgh hari: nasi goreng tomyam dan telor goreng mata kerbau.
simple je.
sebab iqa suka sangat nasik goreng.
petang,
lepak2 umah.
menu dinner: mee goreng mamak (ini dibeli di kedai mamak. sebab semua malas masak)

jumaat,
karok lagi. pepagi lagi dah memekak.
jiran sebelah umah pon dok pelik kitorg dok berkarok2.
dialog jiran aku kepada iqa yang sedang menyidai baju,
"ramai ke kat umah?"
iqa menyengih je, as usual.
sebab segan, kat umah bertiga je, cam ada 12 orang kat umah.
menu tgh hari: nasi goreng kampung dan telur mata.
petang, jalan2 ngan zaza.
macam biasa, ajak iqa, takmo ikut.
menu dinner: kuey teow kung fu. sedap oo! zaza buat. along dia tgk sajork.


sabtu,
bangun pepagi aku masak breakfast.
menu breakfast: mihun goreng kaw2.
sengaja buat tak bubuh sayur, sebab zaza tak makan sayur.
tapi, oleh kerana dia ngan ex dia dok tgk cd korea sampai kul 5 pagi,
secara otomatiknya, dia kurang berselera.
so, around 10.20am kitorang bertolak dari umah.
nak antar zaza pi stesen bas. dia nak balek penang dah.
bas dia kul 11am, so dok lelama kat stesen bas sambil baca paper dan minum milo.
bas datang kul 11.20am, zaza naik,
aku blah terus.
balek umah,
lepak2 depan tv,
tak sedar sampai kul 1pm.
iqa sampai kata,
"along, perut iqa dah menggigil nih"
hehehhehehe...
cian adik aku tuh.
so, aku pon masak la.
menu tgh hari: nasi goreng cendawan, kentang goreng+ikan bilis goreng+cili padi, ayam panggang.
ha ko, amek! memang meriah menu tgh hari tu.
dok lepak2 tgk tv,
petang2 sket tu, aku ajak en alang pi pasar malam.
beli dinner.
menu dinner: aku-char kuey teow. en alang-nasi ayam. iqa-nasi goreng kerabu dan secucuk pedal ayam goreng.
makan dinner sambil tgk tv.
bersenang lenang baring2 tgk tv,
tertido kat situ jugak.
apa da!


ahad,
en alang keje petang.
so, aku la kena masak awal2 kan.
kul 11am dah tercongok kat dapor. kemas2 dan masak2.
menu lunch: nasi putih, sup cendawan, ayam (dipanggang separuh) dan kemudian digoreng bersama cendawan butang dan cili padi.
hasilnya: en alang dan iqa makan sampai 2 pinggan sorang. walla! (terer gak aku masak..hehe..)
lpas makan, en alang pi keroje.
aku plak, as ususal layan tv.
pastu, masuk bilik, ngorok.
tido dalam 2 jam gitu.
en alang abis keje, datang umah aku, ketuk2 pintu sorang pon tak sedar ok.
sampai aku dapat miss call 3 kali.
huhuhu.
sangat la pekak kan.
aku terjaga tido,
kol dia, suruh dia datang sebab aku nak masak.
so, dia kena jadi QC aku.
menu dinner: kuey teow goreng.
nyum!
teringat2 plak.
hehehehehhe.

ha, apa kata korang?
menu yang lebih kurang sama tapi tak serupa kan?


korang nye cuti mesti lagi happening kan?
aku je yang dok melangut kat umah. huhu..........

5 comments:

Ceera said...

hehehe... semua goreng2 je ke awak makan... susah gak makpak jauh nie eks...

Mak Su said...

eerrkkkk, burp... eehhmmm. baca baca baca trus kenyang

hajarss said...

ayam panggang ngn cendawan butang satu!!!


wat org tingin je la awak ni.. hohoho

Anonymous said...

puteri,

syok betui cuti dia. cuti makan2 sedunia ;)

who i am? said...

mari belajar memasak !