perkahwinan abang iparku.
perkahwinan abang kepada en alang.
hohohoho...lom jadik abang ipar lagi sebenarnya, tapi dah rasa macam family dah.
terlupa bawak kamera, jadik takde la gambar2.
just cerita-ceriti je la ye. memang takde gambor.
(kalaula bawak kamera, mesti best nak cerita kat sini..)
haiiihhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!
sabtu,
dah janji ngan en alang nak balek kampong skali ngan dia. tapi, aku yang terhegeh2 masa ni, en alang dah tercongok kat umah aku kul 9, aku je yang tak siap2 lagi. huhuhuuuu...
isi minyak, isi angin kereta, dan terus ke kampung gelong pepuyu. sampai2 umah mak, hanya ada pengantin lelaki (uda) yang sedang baring-baring kat buaian jaring, dan adik bongsu (adik) en alang tengah bagi ayam makan.
mak ngan abah pi mengundi. bagus kan diorang ni? rakyat yang bertanggungjawab gitu...
aku ngan en alang je yang tah hape2. aku la, terlupa nak daftar. huhu..
sampai2, aku isi telur yang dah siap direbus ke dalam bunga telur. pastu, cucuk2 kat bekas pahar.
sebelum tu, aku tanya kat uda, bila nak pi umah pengantin perempuan?
dia boleh cakap, kalau dah siap nanti, kita gerak la..
camtu..
cam tak ready apa2 je. aku pon terkocoh2 isi telur dalam bunga telur.
then, tetiba aku dengar adik jerit,
"uda! pakcik ____ (tak ingat nama..heheheh) dah tunggu kat bawah! cepatlah siap!"
rumah parents en alang kan atas bukit,
so, orang2 yang nak menghantar ni just tunggu bawah bukit je, malas nak turun naik.
mak ngan abah plak masa ni baru lepas balek ngundi.
mak tergesa-gesa mandi, aku yang tolong mekapkan dan pakaikan tudung kat dia.
then, disebabkan uda sebagai pengantin lelaki tak pernah pakai sampin,
aku jugak la penyelamat keadaan kan.
memula aku tengok sampin tu, cam tak kena je.
aku suruh dia bukak balek,
aku praktikkan ilmu pakai sampin masa kat maktab (mrsm) dulu.
story lain, nak selit jugak.
dulu, masa kat maktab,
hari jumaat kan boys kena pakai baju melayu dengan sampin.
so, aku ni la yang slalu kena pakaikan sampin budak kelas.
dah rasa cam kakak je.
tapi, diorang tau, aku ni senang dipujuk.
belanja gula2 sebijik je pon, aku dah leh tolong.
hahahhaha!
kat sini la aku tau pakaikan sampin kat orang lelaki.
ok?
sambung citer tadik.
then, bila aku dah pakaikan sampin tu kat uda,
en alang pon sebok je tanya kat aku,
"betol ke ni sayang? camni ke pakai sampin?"
aku lak..
"hello! 5 tahun tau ayang pakaikan sampin kat bebudak classmate ayang. ayang tau la!"
hahahaha!
masa ni baru la pecah rahsia,
pastu en alang tak habis2 tanya,
siapa yang aku pakaikan sampin,
tinggal kat mana,
dah berapa lama kenal...
huhuhu...
teruk ek jelesnya?
aku malas nak jawab soklan2 en alang tu. aku sengih je.
then, aku terus bawak barang2 hantaran,
bawak masuk dalam kereta.
aku bawak pengantin ye!
cuak gile masa tu, yela, kalau kereta buat hal ke,
tayar pancit ke,
tak ke haru!
alhamdulillah, perjalanan yang tak lama tu (dalam 10 minit) selamat.
aku lega.
sampai kat umah penganti perempuan,
aku tak dengar apa2 bunyi-bunyian pon.
takde radio, atau p.a system mainkan muzik,
takde kompang sambut kami.
senyap sunyi je.
ala2 kurang meriah gitu...
masa pengantin tengah bersanding tu,
adala satu group perempuan (sedara-mara belah perempuan agaknya)
dok usha en alang je.
~masa ni en alang jadik pengapit..~
diorang tak tau agaknya en alang ada lagi seminggu je nak jadi laki aku.
yang en alang pulak, dok tersipu2 atas pelamin.
pengapit perempuan cun gile ok!
kalah mak!!!!
aduihhh laa...
aku ni pon leh tahan jelesnya.
tapi ku kontrol cun jugak. taknak la buat perangai kat majlis orang kan?
tapi aku saje je cakap kuat2,
"abang, jangan la kaku je, kipaskanla uda tuu.."
tapi yang 'group girls miang' tu dok usik2 en alang ngan pengapit perempuan,
"eh, padanla korang ni...sepadaaaaaannnnnnn!!!!!!"
e'eh, sesoka hati mak bapak korang la kan nak pasang-pasangkan laki aku ngan member korang!
yang pengantin perempuan lak dah jeling2 kat kawan2@sedara mara dia tu.
bagi signal yang en alang tu kepunyaan orang.
huhuhuhu....
then, tiba saat bergambar.
aku pon apa lagi, terus naik pelamin, amek gambar dengan pengantin dan en alang.
'group girls miang' tu terus terdiam.
tak sangka agaknya tunang en alang ni ada jugak dalam ruang bilik yang sama..
ha ko!
ambik!
then, aku terus cakap,
"abang, nanti kite amek gambar berdua je atas pelamin ni ek.."
hahahhahha! saje nak bakar diorang.
jahat kan aku?
lepas je kitorang turun dari pelamin tu,
tetiba ada sorang adik manis comel lote tegur en alang..
"eh! alang! ni yang kawen abang alang ke? alang dah makan? datang ngan siapa?"
oit! lagi satu pesaing nih!
aku pon dengan tangkasnya cepat2 hampiri en alang ngan adik manis comel lote itu,
"abang, ni siapa ni? taknak kenalkan kat ayang ke?"
masa ni, aku tengok muka dak pompuan ni terus berubah.
agaknya, dia ingat en alang ni single-mingle kot.
yang en alang pulak, dengan coolnya mengintroducekan aku ngan dak pompuan tu,
"awak, ni tunang saya. minggu depan kitorang nak kawen dah. awak jemput la datang kenduri kat rumah saya ye. 16 hb ni."
aku tengok muka adik manis comel lote tu berubah gile!!!
aku rasa la kan, kalau girl tu tak pakai tudung, mesti leh nampak telinga dia merah.
heheh...en alang pulak lepas je cakap macam tu, mintak diri kat adik manis comel lote tu,
tarik tangan aku pi kat satu sudut rumah,
cakap slow2 kat aku,
"abang tau ayang jeles. dak pompuan tu bukan ada apa2 ngan abang. dia ex-girlfren amy (dak amy ni bestfren en alang). tu je."
"tapi, nape muka dia cam terperanjat je dapat tau abang dah bertunang? dia tak tau ke? dah 7 bulan kita bertunang, takkan dia tak tau? mustahil la!"
ye, aku memang cemburu buta.
"abang dah lama tak nampak dia. dia berhenti kilang ayam dulu sebelom ayang masuk lagi. sebab tu dia tak tau."
aku diam. malas nak bertekak. start dari tu, en alang asik la pegang tangan aku je. tak nak lepas. dia taknak orang ingat dia single.
hahahaha! mak soka!!!!
bila kitorang kuar umah nak makan ngan pengantin,
aku tengok, lengang je suasana.
takde orang!
tak macam kenduri kawen pon!
then, aku call ibu, cakap tak perlu datang umah pengantin pompuan sebab nanti takde siapa nak sambut diorang.
orang elek.
takde.
huhuhuhu....
cian gak tengok majlis diorang. lengang je. harap2 masa majlis aku nanti, meriah laaa...
aku harap sangat2!
so, korang, sila datang bawak sedara mara dan kawan2 ye.
aku suka ramai2.
rupa2nya, ibu pi kenduri kawan dia pon, lengang jugak.
yela kan, hari mengundi. memang la orang tak berapa nak ramai.
lepas je makan, kitorang bertolak balek umah parents en alang,
lepak2 umah sampai kul 6pm,
pi pekan beruas ngan mak,
lepak kat kedai makan,
makan2 minum2, borak2,
hantar mak balek,
then terus aku ngan en alang balek stewan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ahad,
lepak2 umah,
then dalam kul 10am kuar ngan en alang,
pi umah sewa kami,
bersih2kan apa yang patot,
sebab minggu ni nak pindah barang masuk.
dalam kul 12pm,
kitorang bersiap kat umah memasing, nak pi kenduri kawen member aku kat kilang ayam,
aza. kawen ngan navy. seorang tukang masak.
senang idup kawen ngan tukang masak ni. tak payah susah2 pening kepala nak masak2 bagai.
hahahhaha!
lepas pi kenduri,
pi cari salon. en alang nak wat facial. aku suruh. sebab muka dia dah banyak blackhead.
susah ooo...
yang bukak, nak caj mahal,
yang murah, tak bukak plak.
penat pusing2 stewan-manjung,
pi the store belikan hadiah untuk iqa.
birthday dia 9 mac.
ayah 10 mac.
belikan teddy bear kat dia.
then,
terus balik umah.
lepak2 tgk tv.
malam pulak,
pi makan besar kat restoran d'muara kat lekir.
seafood kat sini memang best!
nyum2!
then,
balek umah,
tido.
hehehehe...
nak pi jumpa orang wat pelamin ni.
nanti2 aku blog hopping kat blog korang ek.
:)
12 comments:
huhuhu,
pompuan xley lari la dr peel jeles menjeles tu,
payahhhhhhhh !!
ishk..tp ape nk buek,
seb bek en alang memahami.. huhu
gud job :D
err takkan sedara2 takde amek gambo. pow ar depa ehehe.
hihi. bestnye en alang. tak lupakan akk. isk, klw diya kat tpt akk, memang jeles plus saket ati gile babeng dh. huhu.
nasib baik nak kawin minggu depan, kalau lambat lagi, mesti panjang majuk awak kan, hehehehe....
jelesnye dia...
ohh..kejap je lagi kamu nak kawin dah intan oii..jgn le jeles2...ahakss..
heheh...
ko pon sama dgn mak,nyah...
mak ni pon kaki jeles okeh !
nak2 dpt laki yg muke glam kan..
huk huk!
expert ikatkan samping style p ramlee ker nordin ahmad ker latif borgiba?
kembo.. kite rasa takleh gi la kenduri kamu nanti.. kawan kite kat sini kawin.. dua kenduri lak tu.. sori yang.. uhuks
hohoho jelesnye dia.. ehehe
awk, senang x nak pi umah awk? kita tak pnah smpai sana tanpa mak bapak. takut sesat. huhu. tp pangkor konpem tahu. ahahaha
nano,
jeles tu memang ada had la kan. takkan nak membab* buta jek. hehehe.
tapi kengkadang kite ni cam saiko. alang dah tau sangat perangai kite. kalau jantan lain, maunye lari bertempiaran lihatkan perangai awek macam nih. hehehehe....
ad3ck,
memang ada. kat kamera adik. tapi pakai filem. kena tunggu cuci dulu la gamaknya.
diya,
kan? kan? saket jiwa kan? :)
ceera,
hehehhe..tu la pasal..
kite ni memang cenggini perangainya. nak2 dak pompuan yang negur dia tu lagi cun dari kite haruslah rasa tercabar kan?
shasha,
hehehehe...nak2 kawen ni la kena jaga dia betul2. kang dia lari ikot pompuan tu karang, tak ke haruuuu...
fealize,
haa..tu la pasal! hahaha!
laki mak kan ala2 fahrin ahmad gitu. hahahha! matilaaa..statement panas nih! :)
maksu,
ala, cam biasa2 saje. nak buat bunga seketul besor tu, tapi abang dia tak mo pulak. huhuuuu..
lin,
awak memang tauu! kecik hati ku ini. takpela kembor, nanti2 kalau datang stewan ni, leh la kite berjompa ye! ;)
hajarss,
kalau nak tau, nak ke pangkor tu kena lalu sitiawan dulu, baru manjung dan barula sampai lumut. rumah kite tu senang je directionnya. nanti kite suruh adik kite bubuh signboard dari lekir. :)
cemburu ye awak...
hehhe...
biasalah tu kan...
Post a Comment