Monday, April 7

exam SPA dan balek kampung mertua

terlalu banyak nak diceritakan,
aktiviti aku sabtu dan ahad.

sabtu,
ada exam SPA. korang tau exam SPA ni? pada sesiapa yang ada dan pernah minta jawatan kerajaan, kena amek exam SPA ni. nak tau dah brape kali aku amek exam ni? since tahun 2003 sampai 2008 aku amek exam ni. every year! tak pernah miss. tapi tak pernahnya aku lepas sampai interview. tension gak. tapi, nak wat camno, aku tak nak la pulak nama kena blacklist. nanti, lagi haru. tapi, 2 tahun kebelakangna ni je dah 4 kali aku amek exam ni. dahsyat kan? soalan2 yang diberi tak banyak beza dari soalan2 yang lepas2.


pada mulanya, aku tak beri en alang ikut sama. sebab exam ni dari pagi santak ke petang. tapi, dah dia yang beria2 sangat nak mengekor aku, aku pon ngalah je la. malas nak gaduh2 pasal benda kecik.


exam kali ni diorang bagi aku kat Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. ni kali kedua aku amek exam kat sini. so, takla sesat2 macam dulu. nak ke sini makan masa gak la. aku bertolak dari manjung kul 7am, sampai kat matriks ni jam 8.30am. adakah aku yang bawak kereta macam kurekure? hmmmm.....



pemandangan dari atas bukit kat matriks perak ni. cam tenang je. seronok la bebudak yang blajo kat sini. matriks ni sangat besar!



sambil menunggu giliran masuk dewan peperiksaan. lepak kat tangga jap. masa ni, aku ngan en alang kelaparan! tapi tgh kontrol perut gak sebab dah lambat nak masuk dewan. cari parking tu yang agak lama. huhuu....


lepas first kertas abis, en alang bawakkan aku roti dan air. okla. dia ingat gak kat bini dia ni. huhuhuu. tapi nak tau apa yang dia makan? dia makan kueyteow goreng ok! cis! aku diberi roti je?


exam diadakan jam 9.30am sampai ke 4pm. lunch kat dewan makan bebudak ni. makan ala kadar je sebab orang ramai sangat ya rabbi. tak selesa sangat.



lepas je exam abis, kitorang terus ke ipoh parade. sebab en alng nak sangat tonton kl drift. aku layankan aje. sebab tgk preview citer ni macam best gak. dapat tiket jam 5.10pm. memang cantek sangat la. sampai2, beli tiket, beli popcorn-yang buatkan aku batuk tak henti2 sampai skang..oohhh!!!~, tunggu dalam 10 minit terus masuk panggung.




aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk rate filem melayu. lakonan yang hidup, drift yang sangat la real dan sound sistem diorang buat cam agak best jugak.


lagi 0.5 bintang aku jatuhkan sebab lakonan syamsul agak kontrol ensem. pesanan untuk syamsul-'wa tau la lu hensem beb! tapi takkan la kena tumbuk pon muka still nak ensem2, rambut takkan tak gegar?' huhuhuhu...


aku ni tak la berapa kenan sangat ngan fasha. nak tau sebab apa? sebab suara dia tu cam keluar tak lepas. geram je! tapi, memang lakonan dia best. cuma bab suara je aku tak kenan. hahahhaha....


joke yang dibuat buzen pon memang menjadi. sebab apa? sebab aku ni bukannya suka sangat lawak2 tak jadi nih. tapi bila buzen bukak mulut je, aku dah nak start gelak. sebab dia memang klakar!


abis je tgk wayang, pusing2 ipoh parade, then terus balek umah mak mertua aku. sampai umah sana jam 9.30pm. umah dah gelap beb! hehehe...biasala, umah kampung. kul 9pm je dah ada orang masuk tido. huhuhu.


dapat jumpa ngan kakak en alang yang stay kat sabah. dia balek sebab sini sebab ada masalah family.




ahad,
aku tak sehat.
pening kepala dan batuk2 tak berhenti2.


en alang jaga aku bukan main lagi. lepas breakfast je, terus aku rasa nak tumbang. mak mertua dan en alang suruh aku baring je. at first aku gagahkan diri gak nak wat kerja2 kat dapur, tapi lepas je aku sapu sampah, kepala dah berat tak hingat. terus aku naik umah, masuk bilik dan tido.


aku tersedar hanya bila terasa tangan en alang dok tepuk2 badan aku. suruh makan panadol. aku telan panadol, tapi batuk2 still tak nak kurang. makin teruk adala. ni semua gara2 popcorn. en alang tak habis2 salahkan popcorn yang aku makan.


then, mak mertua aku plak masuk bilik. sapukan balm kat dahi. memula memang rasa tak selesa, tapi bila angin dari balm tu menusuk hidung, aku rasa lega plak. berat kepala pon tak rasa sangat lpas tu.


lepas lunch, kitorang balek manjung. sebelum tu, en alang dah bising2 sebab kepala dia gatal2 banyak kelumumur. dia tanya aku, nak botak licin je. aku setuju. then, terus je kitorang ke kedai mamak gunting rambut.



en alang setelah dibotakkan.



close-up sket abang botakku ini. lepas je dia dibotakkan, senyum je dia. sebab dia kata kepala dia ringan sangat. hehehehhe.....


memula ingat nak singgah umah ibu, tapi en alang dah bising2 kata gatal leher, badan. nak mandi. so, terus je singgah kedai, beli ayam. sampai umah, lepak2 depan tv, then makan megi.


malam aku masak mihun goreng je. sebab dah malas nak kuar. hehehhe. ingat nak masak yang best2, tapi cam malas pulak.


lepas makan je, nak tau kitorang wat ape?


main batu seremban.
hehehe..
ye, main batu seremban.
sebab en alang cabar aku, dia kata dia terer sangat main batu seremban.
aku kata la ok, kite tgk siapa lagi hebat.
then, malam2 tu dia gagahkan diri gak cari batu kat depan umah.
nak tau resultnya?


aku:200 mata
en alang: 48 mata



dah sah2 la aku ni lagi terer kan? so, dia kalah bet, dia kena tolak trolley untuk shopping barang umah malam ni. hehehehe..




kitorang ni ngarut2 je kan? nak wat camne, dok berdua ni agak bosan la sket. tu yang cari alternatif lain. hehehhe....

21 comments:

peej said...

tp syamsul tuh mmg handsome kan..mcm manly je..*ke aku rasa die handsome sbb aku tau die kaya??haha*

pasal kelemumur tuh kan kak..try gi farmasi..tanya shampoo ..nizoral..mahal sikit la..kecik dlm rm33..tp mmg berkesan la..lepas dah ok tuh..continue je pakai apa2 shampoo tp anti dandruff la.. =)

Anonymous said...

huih! terernya main batu seremban.
kita... hampeh! hehe ;)

nanonano said...

ahahaha
korg ni mmg bes la..
xsia 2 kawen. *eyhh betul ke ayat ni??*
huhuhuhu
oowhh blagak ea..
jum lawan dua plak tgn sape byk mate ;p
ai juara kampung tao, wahhaha :D

nk g tgk gak ar citer tu,
cm bes je..

Ceera said...

awak tengok citer tu ker?? best ker?? tapi memang takder niat ku nak tengok citer tu, hahaha.. i tak suka fasha la, tetiba..

Intan and The Boys said...

pija,
yup. dia memang jenis ensem yang mengagumkan. kalah bapak dia. hahaha! dan jugak jutawan.
eh, thanks bagi info pasal ubat kelumumur tu. nanti nak gi cari. cian gak kat alang, asik tergaru2 je. hehehe....

kema,
ala, baru ingat nak celen awak! hehehe...

nano,
ye, kami ni pasangan spastik.
huhuu.......
eh, jom! kite tgk sape yang leh menang..
sape kurang mata, dia kena blanje makan kat restoran seafood!
jadik? ada berani?

ceera,
citer tu okla. rasa tak macam citer melayu yang lain. mutu tu ada. :)

applepie said...

huiishh..jauhnyer g exam..kite pun amik gak exam tuh..try n error je arr ek..mana tau ade rezki..hehhe..

Qaseh Bidadari said...

sian die demam ye!

jgn lupo makan ubat taU!

zie said...

kure-kure...good luck for the exam!!

Intan and The Boys said...

applepie,
err..memang jauh pon. nak wat camne, kite dok kat ulu ni...

mama,
thanks mama. :)

zie,
thanks zie! :)

Yours Truly ... XOXO said...

sangat kiut ar korang dua...bleh main batu seremban bagai...
issshh saye sgt jeles!
;P
Semoga bahagie sampai bile2... ;P

RaFFLeSiA MeRaH said...

akak pun x suke ngan sore si fasha tu, memang tul pun, cam x kuar abih, sore kat dlm jer yg kuar pun, huhuhuhu...dah botak dah yer hero hang ni? cam baby baru pas acara cukur jambul jer rupa dia...wekekeke....ai, dah mabuk2 ni kot2 dah ader isi kot...ne tau...

flush said...

aku stim dgr suara fasha tu.. hahahah..

Intan and The Boys said...

xoxo,
kami ni memang sangat ting-tong..hehehe...

rafflesia,
kan kak kan? geram je kat sore si fasha tuh. hehehe....
berisi? tak mungkin la kak! maam cepat sangat kot!

flush,
ko stim azim? umang haihh..aku tak berkenan sangat2 sore si fasha tuh!

Unknown said...

alahai bahagia nye kome.. neh yg wat ai jeles terasa nak kawen plak hahha

Intan and The Boys said...

dosh kemborku,
hehe..bahagia? baru 23 hari kawen yang..memang la perasaan berbunga lagik. ahaks!

~ mizzAmy ~ said...

~ amy nak g tgk citer KL drift tuh tapi tak dek saper nak temankan. semua org gelakkan amy. :(

kawan2 kat ofis nie pun sibuk g test SPA tuh last wekend. susah ekh soalan dier? ~

hajarss said...

x nampak sgt en alang botak. sila close up yg lebih dekat yek ;)


SPA kita pnah pegi utk PTD jek. tak lepas,. 2nd time panggil trus x pegi, malas sbb tau x lepas. ahaha

Intan and The Boys said...

mizzamy,
ala, persetankan diorang je amy. hang pi ja. :)
soklan takla susah dek non. rasa2nya semua orang leh jawab dengan jayanya..
hhehehhee.... :)

hajarss,
la..tak nampak ke? takpe, nanti2 kite amek gambar dia yang lain k?

PTD tak sama ngan jawatan lain. sebab PTD ada exam yang lagi susah. kite penah lulus skali je. kali kedua, fail! hhahaha..
jawatan yang kite pohon skang ni pegawai tadbir. harap2 dapat la kali ni. huhuhhuhuuuuu.....

KeL@T said...

pegawai tadbir... fuyohhh...

IEKAN78 said...

meintak kali nih ko dpt kije gomen sbb ko tk putus asa ngambik exam. akak lak tk putus asa isi borang kt website spa, tapi exam tk pegi2 jugak...hhhuuu....hhhuu....

emellia said...

aku pun teringin nak tgk kehensoman si shamsul dalam cite tu.. memang 100% aku tak suka fasha tu.. macam nak lepuk je kepala dia biaq kuar suara dia tu..