Showing posts with label ajakan. Show all posts
Showing posts with label ajakan. Show all posts

Saturday, December 15

hatyai..........tak jadi la!


hello peeps!

mesti korang pelik aku blogging hari sabtu kan? sebenarnya aku temankan zaza ngan iqa pi cc, kebetulan ada cc nama imax baru bukak kat stewan ni. pulaknya, diorang bagi pakai free untuk hari ni. apa lagi, sorang conquer satu pc la ! wakakakakaka! sangat best!

bagi orang yang dok kat ulu2 cam aku ni, dapat masuk cc yang punyai setiap pc ada sofa memang rasa jakun teramat sangat. heh.

oi orang2 stewan, manjung, lumut, ayer tawar, pantai remis, bota, bruas! moh le try cc kat imax stewan nih! best wooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!




ayah dah confirmkan ketidakjadian kami untuk ke hatyai. so, diorang sume decide nak pi langkawi jek. aku kan baru balek dari sana, so cam malas nak ikot. yeay! sorang2 kat umah! best...best!


skang ni tgh layan youtube band hujan. wakakakaka! ni si azim la ni pengaruh aku.



so, cuti aku cancel. aku akan bekerja seperti biasa. korang tak payah rindu2 aku k? ;)





en alang bila dapat tau aku tak jadik pi hatyai, dia punyala seronok tak terkata. jerit2 sambil lompat2. aku plak muncung sedepa dah. sib baik dia pujuk aku plak pastu. :D




hari ni pagi2 pi antar ibu ngan ajik pi stesen bas. ibu ngan ayah ada jemputan kenduri kawen kat kl. lpas tu, malamnya plak diorang ada jemputan gathering batch ayah masa mula2 masuk navy dulu. so, kami 3 anak dara je la kat umah. main masak2 dan main tidor2 kat umah. skang ni je la baru nak kuar umah. tu pon sebab nak amek kasut iqa kat cobbler.




tak tau nak wat pe weekend ni. at first, nak pi ipoh, konon2 nak wat movie marathon kat sana. tadi pagi bagitau kat ibu, ibu tak bagi pulak. so, aku bagitau en alang, dia pon cam tak sedap hati kalau nak jalan jauh2 tak dapat restu orang tua ni. jadiknya, kitorang tangguh aktiviti tgk wayang next week je.

antara movie yang aku nak tgk,
1. Anak Halal
2. Alvin and the Chipmunk
3. The Golden Compass
4. Lagenda Sundel Bolong


tak sabarnyeeeeeee.............

sabar..sabar...




ini la hakikat yang aku kena terima bila tinggal ngan parents. biarpon tinggal hitung bulan je aku nak kawen, tapi setiap pergerakan, aku memang kena mintak izin diorang. en alang pon dah biasa minta restu dulu dari ibu ayah aku kalau nak kuar mana2 ngan aku.

adakah kami ini boleh dikategorikan antara anak yang soleh?

takla....aku ni rajin gak protes.

:)

bagi dalie makan hati jap..hehehehe........



korang, aku stop dulu la ek. makin ramai orang plak kat cc nih. rasa rimas plak. c ya on monday!

Friday, May 25

entri seorang budak gumuk

hello semua! lama kan aku tak hapdet menatang nih. nak wat camne, aku dah 'bz' sket bila dah pindah tempat ni, plus ide nak tulis pon macam tersekat2..nanti kalo tulis gak, memaksa otak namanya..macam entri skang nih..huhu.


akceli skang ni bos aku ngan engineer2 lain tengah meeting, so aku selaku pembantu tak bertauliah ni ada la sedikit masa untuk dicuri nak masukkan entri punya pasal..kekekeke. baru tadi call alang, ajak dia pi padang astaka nuu haa. konon2 nak jejalan, jejoging kat sana. nak ajak pi pasar malam, jauh la plak..kat lumut nun. jom kengkawan, kite berjalan-jalan di tengah padang!


weekend ni rasa taknak wat ape pon..nak tido je. ntah apasal aku sejak dua menjak ni asik tido je..malam je aku tido lebih dari 7 jam..kadang2 rehat tengah hari pon aku take a little nap jap. sume orang kata aku nak tambah gemok lagik. entahlah..bila aku kurangkan makan, penyakit tido plak yang melanda. skang ni musim kurekure berhibernasi ke? produktiviti aku pon macam makin kureng. tadi pagi aku wat photostat + bind satu set buku pon amek masa 4 jam. bukannye tebal sangat pon, ada la dalam 200 m/s, depan-belakang, separuh A4. korang rasa logik tak aku amek masa sebanyak tu? aku ni macam dah mengong kan? bende senang macam tu pon amek masa yang tak munasabah.
ntahla, nak kata aku fikir benda bukan2, tak la plak. nak kata aku tak fikir apa2 pon, mungkin jugak. sekarang ni aku lebih senang untuk memilih tidak berfikir dari berfikir benda2 yang boleh buatkan aku nampak tua. korang rasa btul tak apa aku buat nih?

Monday, May 14

karaoke...lalalala...

semalam aku pegi karaoke ngan alang. kat pusat latihan nyanyian merdu belakang billion seri manjung.



sangat-sangat puas hati, biarpun hanya menyanyikan 7 buah lagu. heee..sore tak sedap pun boleh melalak-lalak kat bilik sempit tu. lepas tension beb..boleh rasa kepala ringan je lepas menjerit-jerit tu. menyanyi ni bagai satu terapi bagi aku dan alang. dah tak ingat nyanyi lagu apa semalam..cuma ingat lagu last je..lagu my heart. hee..sebenarnya my heart tu saje je nak nyanyi..konon-konon berangan jadik macam ebi-mila..heee...






kepada kengkawan ku dalie, azim ngan ahyeop...tak lupa juga pada cik kema..moh le kite bernyanyi-nyanyian..i dah jatuh chenta nak menyanyi-nyanyi nih...



Thursday, April 12

jemputan

di atas permintaan seorang rakan kerja (en. azim), aku ingin membuat satu pengumuman dan jemputan untuk berkelah dan bersuka-ria sambil mencuci mata dan menyejukkan halwa pandangan. makan-makan sampai perut meletup dan minum-minum sampai perut kembung. disertakan di bawah agenda yang bakal disediakan:





perkelahan




tempat: air terjun air laga (tak tau spelling ni betul ke tak)




tarikh: 29 april 2007




acara: makan-makan, minum-minum (bukan untuk mabuk2 tau!), bermain air, sesi mencintai alam sekitar.




jemputan: semua dijemput hadir! lagi ramai lagi bagus..!




nota: mungkin collection akan dibuat.




segala pertanyaan sila majukan pada aku atau en.azim. digalakkan membawa makanan dan minuman dengan jumlah yang gigantic untuk memuaskan nafsu tekak dan perut. harap maklum.




terima kasih daun papaya, jangan malu-malu join ya!