ok tak template baru ni?
saje pilih yang simple-simple..rasa serabut plak mata ni bila tengok blog sendiri sebelum ni yang kaler macam kels. bila dah tukar yang baru ni, rasa tenang pulak mata. heh, nampak tak header kat atas tu ada 2 kaler? sebenarnya kaler betul kaler biru, tapi aku tukar jadik pink. sebabnya, dulu aku penah la wat satu ujian aura warna masa kat usm dolu. makcik tu kata aku ni lemah pada warna kuning, tapi kuat pada warna pink. heh, masa ni aku dah terpikir dah, takkan la aku nak interview pi pakai kaler pink plak kan? oleh kerana aku alah pada kaler kuning, aku&alang dah sepakat tanak pakai kuning masa hari bersejarah nanti..(tapi kaler kuning cantik!).
korang penggemar kucing? ahad aritu saje je aku temankan ibu dan adik2 aku pi shopping. abis satu stewan-manjung kitorang jelajah. nak dijadikan cerita, masa baru kuar dari econsave, aku ternampak sekor anak kucing yang comot sangat main sekor2 kat kawasan sampah. aku tunjuk kat adik2 aku, diorang terus nak bawak anak kucing tu balek. (huh..diorang ni memang pantang jumpa kucing!). lepas bawak balek kucing tu, mandikan ia, wah..comel sangat! bulu kembang2, ekor kontot jek..nanti, aku senangsket, aku upload gambar kucing comey tu ye! lupe bawak cam lagi la...(tepuk2 dahi..). anak kucing ni ibu aku bagi nama pussy, sempena puss in boots dlm shrek 3 tu..sangat aktif, asik nak main je. boleh pulak bila dah penat main, tiba2 dia tido..macam TIBA-TIBA JE! masa mula2 dia buat macam tu, kitorang ingatkan pussy ni dah mati, rupa2nya dia ni memang pesen cenggini. hehehe....kaler pussy ni sama macam tommy (sila rujuk gambar kucing oren di kolum sebelah). bermakna, ada 3 ekor kucing kat umah aku yang kalernya sama je. tapi yang berbeza cuma saiz je.