mari makan tomyam poktek!
kehkeh..mari makan!!! aku ngan alang memang cukup suka makan tomyam. abis dah satu kawasan daerah dinding ni kitorang cari yang tersedap. akhirnya, last week kitorang telah terjumpa satu restoran di lumut yang menghidangkan tomyam yang teramat happening skali! sampai licin kuah tomyam tu aku ngan alang dok rebut..heeee...
tomyam poktek, mempunyai pelbagai isi dalam tomyam ini, antaranya; ketam kecil seekor, udang sedang 4 ekor, kepingan kecil ayam dan daging.
udang goreng tepung yang tergolek-golek; semuanya berjumlah 6 ekor.
tada! ini lah dia satu set makanan untuk 2 orang. sila-sila makan, tambah la ye, jangan malu-malu..