Wednesday, January 9

korang try la ek.

aku baca blog yatie nih,
pasal dubaimlm
memula aku rasa macam tak perlu je,
tapi kalau skali kite cuba apa salahnya kan?
jom cuba!

korang daftar la,
pastu kite tgk apa akan jadik pastu.
tak rugi, cuba je.

sila klik sini------> http://puterikurekure.dubaimlm.com

kalau kaya, kite kaya la beramai2..
tul tak?
hehehehe...

antara benefitnya adalah,
1. Daftar Free mendapat bonus $50DubaiMLMDollars
2. Satu Penajaan dapat $10DubaiMLMDollars
3. Setiap ahli dalam group kita dapat $1DubaiDollars

ayat berikut aku amek dari ayat yatie, (yatie, minta izin pinjam ayat sat naaa...)

"Semua yang mendaftar sekarang akan dimasukan dibawah group kita secara automatic.. jangan laaa korang tunggu lagi.. daftar dulu sekarang sebelum 30 Januari 2008 kerana lepas pelancaran nanti mmg dah takde dah lagi pendaftaran secara percuma..!!

DubaiMLMDollars ni nanti kita boleh cashkan di mana-mana mesin ATM bank seluruh dunia termasuk Malaysia la kan dengan menggunakan kad kredit atau kad debit DubaiMLMDollars

DAFTAR PERCUMA SEKARANG
REBUT PELUANG INI !!"


ok korang? try la ek. mana la tahu..
tuah ayam nampak di kaki, tuah badan sape la yang tahu kan?
hehehehe...

Monday, January 7

post yang terpaksa..

aku rasa terpaksa bila orang tanya aku 'dah update ke belum?'

so, dalam keterpaksaan, aku update gak walaupon kerja aku menimbun2.

aktiviti(s) di hari minggu.

sabtu,
pagi2, tak wat apa2 sangat.
just tengok tv, melantak puas2.
sebab petang, dah janji ngan en alang nak basuh umah sewa.
so, around kul 5pm
kitorang bertolak pergi ke rumah sewa kami
ececemak
umah kami tuuuuuuu.......


barang2 nak basuh umah dah beli awal2 (seminggu awal)
punyala bersemangat!
hahahahaha...
aku first tempat, bilik kitorang la kan
basuh bilik tu sungguh2, then basuh toilet dalam bilik lak.
masyaAllah..punyala seksa
setiap penjuru cam berlumut
saket tangan aku berus lantai ngan dinding toilet tu
sampaikan jari2 aku naik kecut



en alang pulak bersemangat berus living hall
sampai berkilat2 muka dia
hahahaha
masa ni bila aku tgk kesungguhan dia,
terus aku rasa nak kawen skarang gak dengan dia
sangat comel ok!
tgk muka sungguh2 dia tu.
rasa nak gigit2 je.
ooppppss!




lepas aku wat toilet tu,
which is sangat berkilat selepas dikerjakan aku
aku wat lak dapur
tu satu lagi tu
sangat la berminyak tempat tu
so, aku pon apa lagi
singsing lengan
berus kuat2 tempat2 berminyak tu
sampai tingkap pon aku pakai berus dawai kuali tu
susah gile minyak nak tanggal
dah tebal sangat.




tgh gosok2 tingkap tu,
aku rasa geli2 je kat jari kaki aku
aku tgk ada sekor lipas.
aku ni takla takut lipas. geli pon tak.
aku pon apa lagi, en alang tgh pegang kayu berus lantai,
aku suruh dia hancurkan lipas tu.
sambil2 tu,
aku ni nak pedajal,
campur clorox ngan sikit air,
curahkan kat dalam lubang air keluar
sekali tu,
lipas kuar dalam 6-7 ekor,
apa lagi
aku jerit la
en alang kelam kabut cari shieldtox
aku punyala geram,
terus sembur kat lipas2 tu tak berenti2
sampai botol tu rasa ringan je.



oleh sebab dah terlalu banyak sangat menyembur,
ngan aku2 skali terasa lemas.
so, aku asik terbatuk2
en alang soh aku minum air bebanyak
so, aku dengan nak cepatnya
berlari ke bilik nak amek air.
tgh lari2 anak tu, terus tergelincir
pulaknya
aku ni kalau jatuh memang tak jerit ke apa ke
en alang tau pon
sebab dengar bunyi aku jatuh
aku kan berat 50 tan
harusla dia dengar aku jatuh



masa aku jatuh tu,
tuhan je tau betapa paniknya en alang
cian kat dia
muka nak nangis
aku gelak2 je
sebab aku jatuh terduduk
aku kan bonbes (bontot besar)
then slow2 aku letak kepala atas lantai
yang en alang plak ingat aku jatuh terhentak kepala
muka dia toksah kata la kan
aku rasa kalau toreh memang takde darah la.
pucat lesi.
aku bagitau dia, aku ok.
tapi dia paksa2 gak ajak pi klinik
aku sampai kena jerit kat dia kata aku ok baru dia percaya.
hehehehe.
ala,
tgh baru lagi kan
aku rasa, lagi 5 bulan lepas kawen je,
aku jatuh parit besar pon ntah2 dia tak perasan.
kan? kan?



lepas basuh2 umah,
aku hantar en alang balek umah dia
soh dia mandi, tukar baju
sebab dia ajak aku pi makan
aku rasa masa makan haritu la masa yang sangat sebok bagi aku
otak aku ni dok fikir macam2 rancangan masa depan
untuk rumah kami, plan masa untuk berdua,
ye la kan, dia kan keje shift
so, aku la rasa macam ditinggal2kan nanti
maybe aku nak amek keje part-time
lagipon, dah kawen nanti banyak nak pakai duit
so, dia dan aku decide nak berkorban untuk masa depan yang gemilang, cemerlang dan terbilang gitu..



ahad,
pagi, aku tak wat apa2 jugak.
just chill depan tv, tgk movie
'akeelah and the bee'
menjejeh2 airmata aku tgk citer tu
apsal ntah
hehehe
best gak la citer tu
not bad.



petang lak,
actually dah janji ngan en alang nak cat umah
tapi disebabkan kesengalan aku ni,
rasa malas nak cat2
aku ajak ibu dan iqa pi ipoh
pastu ibu soh tanya en alang plak
aku tanya dia
dia on je
so, around kul 4pm kitorg pi ipoh
ala, pi jusco jek
pusing2, beli barang2 umah sket2,
makan2,
kul 10pm sampai stewan balek.
then,
en alang lepak kat umah aku sampai kul 11pm
itupon bila aku dah puas pujuk soh balek
aku dah ngantok sangat.



ok,
itula kisah weekend aku.
sebenarnya draft ni dah dibuat semalam
tapi baru harini aku post
aku kan sengal
hahahahahaha!

Friday, January 4

ngehngehngeh...

aku skang ni tgh sengih sorang2. sebab kejadian semalam.

aku nak criter, tapi mesti korang rasa budak nih ntahape2 ntah. tak kawen lagi pon dah wat benda2 camni.
aku nak citer gak.
pedulik apa aku.
hahahahhhahaha!

camni,
semalam, lepas keje, aku dah janji ngan en alang nak kuar.
cari cat. nak cat umah sewa kami.

then, lpas beli cat, hantar cat tu ke umah sewa tu.
en alang tak duduk kat situ lagi, sebab dia tunggu kitorg basuh umah tu dan cat elok2.
baru dia dok kat situ.
lepas tu, pi makan.
aku makan fish and chips, en alang makan mihun tomyam.

then, dah kenyang, balek umah aku.
alang solat maghrib, aku dok melahu depan tv.
adik2 aku ngan ibu aku ada kat umah ok!
korang jangan nak menyimpang plak.
lpas je dia solat,
kitorang lepak2 la depan beranda.
ada privacy sket.
lagipon kawasan umah aku tu memang sunyi.
memang best kalau nak bercengkerama. hehehehehe..

memang kitorang biasa, tgh borak2, mula2 duduk.
pastu, baring.
baring je tau, tak wat apa2 pon.
sambil borak2, tgk2 bintang.
ntah camne smalam,
en alang tgh cakap2,
aku bleh tertidor.
pulaknya, sambil mengorok la tu.
korang tau ke ngorok tu apa?
dengkur la!
kuat lak tu.

aku masa tu memang nyenyak gila la tido.
tak sedar yang kitorg ni kat beranda sambil ditemankan nyamuk2.
tetiba je aku dengar suara lelaki cakap kat aku,
"B, abg nak rogol ni.."
terus aku terjaga.
takut wei...
ntah sape2 nak rogol aku.
aku terjaga sambil tangan aku menggawang2.
then, tertampar en alang.
en alang pelik, nape aku tampar dia?
aku cakapla, aku terdengar org cakap nak rogol aku.
pastu dia gelak.
memang dia cakap macam tu,
sebab dia kejutkan aku, aku tak sedar2.
dah goncang2 badan aku, suruh bangun,
tapi aku wat dek je.
dahla ngorok kuat2.

lepas tu, en alang cakap,
senang je la nak kejutkan aku,
cakap je nak rogol
mesti aku terjaga punya
hahahahaha!

aku pon tak sangka dia bleh cakap macam tu.
nak rogol2 bagai.
sebab dia bukan org macam tu ok!


hah..mesti korang fikir aku nak citer blue kan?
hohohoho...
citer tu akan kuar bila dan hanya bila aku dah kawen ok?
tapi aku rasa aku tak citer kot.
mana leh citer hal rumahtangga kat org kan?

selamat hari minggu korang!

Thursday, January 3

kerispatih-Mengenangmu

suka sangat ngan video clip dan lagu ni. sedih...






skang ni aku ngan dalie tengah kerispatih mania. hohohoho!

skang ni aku terfikir, kalau aku mati, en alang akan sedih macam ni tak? sampai buat lagu?
tapi aku tak nak lagu. dapat surah yasin pon jadik la.

dalie, this one is for u. i know u really love this song!





enjoy!

Wednesday, January 2

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!

oi! oi!
apa azam tahun baru ni?


azam aku untuk tahun 2008 ini adalah;

1. untuk menjadi muslimah yang lebih bertaqwa.

2. membayar ptptn dengan kadar yang sepatutnya. tahun lepas aku bayar pon lobang2. tgk kemampuan selalunya.

3. nak keje ngan lebih bersungguh2. taknak kutuk2 bos dah. nanti rezeki tak berkat. (ececemak!)

4. kalau boleh nak tukar kereta lain. sebab nanti , cam kurang sesuai dengan keperluan untuk orang berumahtangga kalau dengan kereta skang ni. tgk dulu cam mana. azam ini adalah azam spare namanya. wakakakakkakka.

5. menjadi isteri yang baik. tak nak marah2 en alang lagi. perlu patuh ngan segala arahan dan permintaan suami. ohhh!!!

6. nak lawa2 kan umah kami. tak sabar nak dok sekali. ;P

harapan tahun 2008,
semoga kami bertemu jodoh dan berkekalan sampai mati. itu saja. tak nak harap banyak2.





aktiviti musim cuti akhir tahun;

sabtu,
pagi2 lagi dah bertolak ke penang. jam 0630 dah kuar umah.
sampai penang around kul 0900, jumpa zaza, salam2, antar naik barang2 dia, terus kitorg blah.
zaza hangin je. jumpa 10 minit sajork.
ayah la..nak cepat2.
biasala bekas tentera laut, memang cenggitu la disiplinnya. walaupon dah bersara.


gerak ke ipoh,
sampai ipoh around 1100.
lambat sampai sebab ajik kena cirit birit. kitorg banyak berenti. tensen je!
jumpa katerer. nama awie.
nama company dia, awie katering.
orang kata katering dia ni femes. aku tak tau la plak.
ok la, org nya baik, humble je.
ayah pon naik seronok borak ngan dia. plaknya, apa2 yang si awie ni cadangkan, ayah setuju je.
nama wife awie ni ella.
macam serasi kan?
awie-ella.
hahahaha........


then, kitorg pekena mi kicap.
famili aku sorang pon tak penah rasa mi kicap ni.
lepas dah rasa sekali, terus diorg suka.
korang penah makan mi kicap ni ke?
aku rasa kat perak je ada mi ni.


gerak dari ipoh around 1330 camtu.
then bergegas ke kl sebab ayah ada jemputan kawen anak kawan dia.
tapi jemputan tu untuk diorg berdua je.
so, sampai2 je kl around 1500, ayah turunkan kitorg adik-beradik kat ampang point.
hohoho...aku telah borong t-shirt plain giordano sampai 4 helai.
sebab sehelain harga rm10.45.
murah kan?
:D


pastu,
lepas diorg dah abis kenduri,
amek kitorg, terus ke sogo.
sebab iqa nak beli barang skolah kat sana.
ngada2 kan?
nak barang skolah dari sogo..ntahapehapentah.
ayah plak, layankan je.
mentang2 tinggal sorang je yang bersekolah.
diorg semua sebok pilihkan baran2 iqa,
aku pi cari handbag.
nak yang besor2 sket.
bleh campak semua benda dalam tu.
hehehehe.


abis soping, kul 1800 camtu.
pastu, ayah tanya kitorg, nak ke mana lagi.
kitorg diam je. sebab dah penat.
ayah tanya lagi, nak tgk sehati berdansa final atau tgk world drums festival.
kitorg pilih tgk org main drum.

aku ingatkan diorg ni macam main drum macam citer drumline tu. dah la aku suka gile ngan citer ni.

rupa-rupanya bukan.
orang main gendang mewakili setiap negara.
ada yang main muzik kontemporari, ada tradisi.
best gak.
tapi sambutan macam ala2 je.

soi korang.
gambar ada amek, tapi cam plak ayah dah cilok bawak balek kl.
aku tgh hangin nih.


abis tgk org main gendang tu,
terus kitorg balek umah ayah kat lestari putra, bangi.
sampai umah ayah, mandi2, terus tido. mata memang tak leh bukak dah.


ahad,
pagi2 bangun, lapar.
aku wat megi. makan senyap2 depan tv.
tunggu sorang2 bangun, lambat gile!
around kul 0900, gerak dari umah ayah,
pi umah kawan ayah, dia jemput breakfast kat umah dia.

lepas breakfast tu,
terus gerak gi nilai 3.
sampai sana kul 1200.
tak beli apa2 pon kat sana.
sebab biasala kan, pegi ngan org lelaki ni.
diorang ni bukannye jenis penyabar.
so, tak lama kat situ.
then, terus gerak balek perak.
sampai perak around 1800.
kemas2 umah, bilik, mandi2,
around 1900, jumpa en alang.
makan dan jalan2 ngan dia.
plannning nak ke kuala kangsar dan ipoh esok harinya.
nak cari barang2 sket.


isnin,
pi kuala kul 1200.
ngan ibu dan en alang.
sampai kuala dalam kul 1400. terus pi makan kat benteng.
lepas tu, baru cari barang2.
dah lepas membeli, kitorg gerak ke ipoh lak.

sampai ipoh, dalam kul 1600.
pi parkson, sebab ibu ada voucher parkson rm200.
sebok sangat nak beli kuali tefal.
dah dapat beli tu, jalan2 kat sekitar ipoh parade,
then, balek umah.
sampai umah kul 1930.


around 2100 kitorang pi umah kawan ayah ni, nama ebby rizal dan rose.
diorang wat bbq. sempena menyambut tahun baru.
aku ngan en alang pi asing kete ngan ibu.
sebab lpas bbq tu, kitorg ingat nka lepak lumut plak.

abis bbq, lepas sambut2 new year,
dalam kul 0200, aku ngan en alang pi lumut.
lepak2 kat bistro, sambil dengar org karok.

kul 0300, balek umah.
terus tido.


semalam,
tolong ibu masak. sebab sepupu aku, abg ajim dan isteri, kak ita akan pindah ke kl esok.
so, ibu wat makan2 kecil2an.
lepas je lunch ngan diorg, aku ngan en alang terus pi econsave.
beli barang2 housekeeping untuk umah baru.
umah sewa je.
umah abg ajim pon.
so, skang ni en alang akan dok sorg dulu umah tu.


lepak2 ngan en alang sampai kul 2200,
aku dah ngantuk,
terus halau dia balek.


itu je aktiviti aku.
tak banyak pon.


nak wat keje ni. banyak sangat benda nak kena settle. bloghopping dari tadi pon tak abis2 lagi.