Monday, March 10

perkahwinan abang iparku.

perkahwinan abang kepada en alang.
hohohoho...lom jadik abang ipar lagi sebenarnya, tapi dah rasa macam family dah.

terlupa bawak kamera, jadik takde la gambar2.
just cerita-ceriti je la ye. memang takde gambor.
(kalaula bawak kamera, mesti best nak cerita kat sini..)
haiiihhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!



sabtu,
dah janji ngan en alang nak balek kampong skali ngan dia. tapi, aku yang terhegeh2 masa ni, en alang dah tercongok kat umah aku kul 9, aku je yang tak siap2 lagi. huhuhuuuu...
isi minyak, isi angin kereta, dan terus ke kampung gelong pepuyu. sampai2 umah mak, hanya ada pengantin lelaki (uda) yang sedang baring-baring kat buaian jaring, dan adik bongsu (adik) en alang tengah bagi ayam makan.

mak ngan abah pi mengundi. bagus kan diorang ni? rakyat yang bertanggungjawab gitu...
aku ngan en alang je yang tah hape2. aku la, terlupa nak daftar. huhu..
sampai2, aku isi telur yang dah siap direbus ke dalam bunga telur. pastu, cucuk2 kat bekas pahar.

sebelum tu, aku tanya kat uda, bila nak pi umah pengantin perempuan?
dia boleh cakap, kalau dah siap nanti, kita gerak la..
camtu..
cam tak ready apa2 je. aku pon terkocoh2 isi telur dalam bunga telur.
then, tetiba aku dengar adik jerit,
"uda! pakcik ____ (tak ingat nama..heheheh) dah tunggu kat bawah! cepatlah siap!"
rumah parents en alang kan atas bukit,
so, orang2 yang nak menghantar ni just tunggu bawah bukit je, malas nak turun naik.

mak ngan abah plak masa ni baru lepas balek ngundi.
mak tergesa-gesa mandi, aku yang tolong mekapkan dan pakaikan tudung kat dia.
then, disebabkan uda sebagai pengantin lelaki tak pernah pakai sampin,
aku jugak la penyelamat keadaan kan.
memula aku tengok sampin tu, cam tak kena je.
aku suruh dia bukak balek,
aku praktikkan ilmu pakai sampin masa kat maktab (mrsm) dulu.


story lain, nak selit jugak.
dulu, masa kat maktab,
hari jumaat kan boys kena pakai baju melayu dengan sampin.
so, aku ni la yang slalu kena pakaikan sampin budak kelas.
dah rasa cam kakak je.
tapi, diorang tau, aku ni senang dipujuk.
belanja gula2 sebijik je pon, aku dah leh tolong.
hahahhaha!
kat sini la aku tau pakaikan sampin kat orang lelaki.
ok?



sambung citer tadik.
then, bila aku dah pakaikan sampin tu kat uda,
en alang pon sebok je tanya kat aku,
"betol ke ni sayang? camni ke pakai sampin?"
aku lak..
"hello! 5 tahun tau ayang pakaikan sampin kat bebudak classmate ayang. ayang tau la!"
hahahaha!
masa ni baru la pecah rahsia,
pastu en alang tak habis2 tanya,
siapa yang aku pakaikan sampin,
tinggal kat mana,
dah berapa lama kenal...
huhuhu...
teruk ek jelesnya?


aku malas nak jawab soklan2 en alang tu. aku sengih je.
then, aku terus bawak barang2 hantaran,
bawak masuk dalam kereta.
aku bawak pengantin ye!
cuak gile masa tu, yela, kalau kereta buat hal ke,
tayar pancit ke,
tak ke haru!

alhamdulillah, perjalanan yang tak lama tu (dalam 10 minit) selamat.
aku lega.
sampai kat umah penganti perempuan,
aku tak dengar apa2 bunyi-bunyian pon.
takde radio, atau p.a system mainkan muzik,
takde kompang sambut kami.
senyap sunyi je.
ala2 kurang meriah gitu...


masa pengantin tengah bersanding tu,
adala satu group perempuan (sedara-mara belah perempuan agaknya)
dok usha en alang je.
~masa ni en alang jadik pengapit..~
diorang tak tau agaknya en alang ada lagi seminggu je nak jadi laki aku.
yang en alang pulak, dok tersipu2 atas pelamin.
pengapit perempuan cun gile ok!
kalah mak!!!!
aduihhh laa...
aku ni pon leh tahan jelesnya.
tapi ku kontrol cun jugak. taknak la buat perangai kat majlis orang kan?


tapi aku saje je cakap kuat2,
"abang, jangan la kaku je, kipaskanla uda tuu.."
tapi yang 'group girls miang' tu dok usik2 en alang ngan pengapit perempuan,
"eh, padanla korang ni...sepadaaaaaannnnnnn!!!!!!"

e'eh, sesoka hati mak bapak korang la kan nak pasang-pasangkan laki aku ngan member korang!
yang pengantin perempuan lak dah jeling2 kat kawan2@sedara mara dia tu.
bagi signal yang en alang tu kepunyaan orang.
huhuhuhu....

then, tiba saat bergambar.
aku pon apa lagi, terus naik pelamin, amek gambar dengan pengantin dan en alang.
'group girls miang' tu terus terdiam.
tak sangka agaknya tunang en alang ni ada jugak dalam ruang bilik yang sama..
ha ko!
ambik!
then, aku terus cakap,
"abang, nanti kite amek gambar berdua je atas pelamin ni ek.."
hahahhahha! saje nak bakar diorang.
jahat kan aku?


lepas je kitorang turun dari pelamin tu,
tetiba ada sorang adik manis comel lote tegur en alang..
"eh! alang! ni yang kawen abang alang ke? alang dah makan? datang ngan siapa?"
oit! lagi satu pesaing nih!
aku pon dengan tangkasnya cepat2 hampiri en alang ngan adik manis comel lote itu,
"abang, ni siapa ni? taknak kenalkan kat ayang ke?"
masa ni, aku tengok muka dak pompuan ni terus berubah.
agaknya, dia ingat en alang ni single-mingle kot.
yang en alang pulak, dengan coolnya mengintroducekan aku ngan dak pompuan tu,
"awak, ni tunang saya. minggu depan kitorang nak kawen dah. awak jemput la datang kenduri kat rumah saya ye. 16 hb ni."
aku tengok muka adik manis comel lote tu berubah gile!!!
aku rasa la kan, kalau girl tu tak pakai tudung, mesti leh nampak telinga dia merah.
heheh...en alang pulak lepas je cakap macam tu, mintak diri kat adik manis comel lote tu,
tarik tangan aku pi kat satu sudut rumah,
cakap slow2 kat aku,
"abang tau ayang jeles. dak pompuan tu bukan ada apa2 ngan abang. dia ex-girlfren amy (dak amy ni bestfren en alang). tu je."
"tapi, nape muka dia cam terperanjat je dapat tau abang dah bertunang? dia tak tau ke? dah 7 bulan kita bertunang, takkan dia tak tau? mustahil la!"
ye, aku memang cemburu buta.

"abang dah lama tak nampak dia. dia berhenti kilang ayam dulu sebelom ayang masuk lagi. sebab tu dia tak tau."
aku diam. malas nak bertekak. start dari tu, en alang asik la pegang tangan aku je. tak nak lepas. dia taknak orang ingat dia single.
hahahaha! mak soka!!!!


bila kitorang kuar umah nak makan ngan pengantin,
aku tengok, lengang je suasana.
takde orang!
tak macam kenduri kawen pon!
then, aku call ibu, cakap tak perlu datang umah pengantin pompuan sebab nanti takde siapa nak sambut diorang.
orang elek.
takde.
huhuhuhu....
cian gak tengok majlis diorang. lengang je. harap2 masa majlis aku nanti, meriah laaa...
aku harap sangat2!
so, korang, sila datang bawak sedara mara dan kawan2 ye.
aku suka ramai2.
rupa2nya, ibu pi kenduri kawan dia pon, lengang jugak.
yela kan, hari mengundi. memang la orang tak berapa nak ramai.


lepas je makan, kitorang bertolak balek umah parents en alang,
lepak2 umah sampai kul 6pm,
pi pekan beruas ngan mak,
lepak kat kedai makan,
makan2 minum2, borak2,
hantar mak balek,
then terus aku ngan en alang balek stewan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ahad,
lepak2 umah,
then dalam kul 10am kuar ngan en alang,
pi umah sewa kami,
bersih2kan apa yang patot,
sebab minggu ni nak pindah barang masuk.
dalam kul 12pm,
kitorang bersiap kat umah memasing, nak pi kenduri kawen member aku kat kilang ayam,
aza. kawen ngan navy. seorang tukang masak.
senang idup kawen ngan tukang masak ni. tak payah susah2 pening kepala nak masak2 bagai.
hahahhaha!

lepas pi kenduri,
pi cari salon. en alang nak wat facial. aku suruh. sebab muka dia dah banyak blackhead.
susah ooo...
yang bukak, nak caj mahal,
yang murah, tak bukak plak.
penat pusing2 stewan-manjung,
pi the store belikan hadiah untuk iqa.
birthday dia 9 mac.
ayah 10 mac.
belikan teddy bear kat dia.
then,
terus balik umah.
lepak2 tgk tv.


malam pulak,
pi makan besar kat restoran d'muara kat lekir.
seafood kat sini memang best!
nyum2!
then,
balek umah,
tido.

hehehehe...
nak pi jumpa orang wat pelamin ni.
nanti2 aku blog hopping kat blog korang ek.
:)

Friday, March 7

syukur nikmat!

akhirnya ayah beralah juga dengan aku pasal jurugambar.
semalam aku pegi la jumpa jurugamar yang ayah sangat2 rekomenkan,
aku tengok, gambar dia ok2 je la. taklah hebat sangat. cuma dia boleh amek gambar ngan kadar centre yang tepat dan tiada bayang. tapi tiada seni fotografi langsung.

dan dia nak charge ayah aku RM1000.
berbanding ngan jurugambar yang aku beria nak ambil tu hanya RM800++. (tak ingat exact price)
heh!
(sambil tersengih berlagak!)


aku ambil jurugambar yang ini.
aku rasa gambar2 yang diambil cukup citarasa, berseni dan ada jalan cerita.
itu saja yang aku nak.
aku tak pandai posing2, so ambil gambar candid sudah!
hehe!!!!!


esok bakal abang ipar aku (abang kepada en alang) kahwin.
kena balek gelung pepuyu la gamaknya.
tak pasti lagi macam mana perancangan untuk esok.
ada banyak jemputan kawen untuk esok, tapi kena fokus pada satu majlis esok.
macam mana ek..hmmm....



selamat berhari weekend korang!
mmuuaahhh!!!!!

Thursday, March 6

8 hari menuju puncak!

menuju puncak???!!!

nak tuju ke puncak mana lak nih? puncak menara gading dah pegi dah..

saje je..tak tau nak tulis tajuk apa. tapi jari ni gatai nak taip gak. hehehehehee....



trimas diucapkan kepada korang-korang yang prihatin tentang kesihatan gigi aku nih. sayang korang kat aku ek. sayang korang jugak! (big hug!)


skarang ni umah parents aku dah mula rasa semak. kat sudut tv ada bekas telur, kat sudut komputer ada bakul-bakul, kat atas meja makan ada langsir yang telah dibasuh, tapi tak digantung lagik.

ye, umah parents aku skang ni sarat dengan benda cinonet seperti bunga telor, bekas telur, tuala2 kecil, labu sayung mini...etc..etc..etc....
ditambah pula dengan reben2 yang bersepah-sepah kerana kawan ibu bawa anak kecil 'tolong' buat keje. dan menambahkan keje aku. harap maklum.


apa yang aku buat?takde apa2!!!

ya, tiada apa2 kerja langsung ya!



sebab ibu macam tak heran je bila aku balek keje. langsung tak mintak aku tolong2 dia apa2 yang patot. cuma aku kemas2 sket umah je. itu saje.

skang ni bila aku nak pi keje, rasa cam berat hati. sebab tengok umah berserabut. cian kat ibu. sib baik kawan2 dia ada datang tolong2. takpe, nanti pas kawen, nak blanja ibu makan kat sc. dari haritu dia nak sangat pi secret recipe, tapi bila aku nak bawak dia ke sana, dia asik kata, harga kat situ mahal. abis tu camno???


kepada korang2 yang telah beri alamat umah dan aku dah hantar kad jemputan, sila la datang ye. pada korang2 yang takde kad jemputan aku pon dialu-alukan datang. korang cakap je korang tu kawan aku. kawan intan. ok?






kenapa lagi nak dekat hari, lagi aku suka wat perangai ek? semalam aku ada gaduh sket ngan en alang sebab perangai aku yang mengong nih. cian kat en alang. tak pasal2 kena marah ngan aku semalam. uhuhuhuhuhuu.....

Tuesday, March 4

saket gigi!!!!!

semalam gigi ini sangat la sakitnya. terlalu sakit mencucuk2 dalam gusi.

sampai aku terpaksa pergi 2 klinik gigi. sebab nak betul2 pastikan yang gigi aku ni perlukan surgery. minor surgery. kuarkan gigi bongsu.



klinik pertama,
jumpa doktor. aku critekan masalah aku. dia tengok2, kata gigi bawah aku yang problem. perlukan minor surgery untuk cabut kedua2 batang gigi sebab tak cukup ruang untuk gigi tu tumbuh.

tapi, dia tak boleh buat skarang. kena tunggu next week, 12 Mac sebab dia satu family nak pi vacation.

wth?????!!!!!!!!!!!!! aku dah sakit macam nak mati dah nih!!!!!!!!!!!

aku malas nak cakap banyak, aku suruh dia cuci je gigi aku. aku tak tau camne dia cuci, maybe dia polish jek.

huhu. doktor dah bermood nak vacation katanya.


aku balek ofis, mangadu nasib kat K.Ani, dia kata kalau cabut gigi geraham, perlukan 2 minggu nak baik. kena makan moi/bubur nasi saja ye. matilaaaa...kurus mak camnih.



then, k.ani suruh aku pi klinik lain. lepas je rehat lunch (yang mana aku tak pi lunch pon..sebab saket yang teramat ok!), terus aku chow ke klinik lain.



klinik kedua,
ada masalah pendaftaran. sebab kampeni bagi list pekerja dan no.ic tak tally. camno? ada ke patot elok-elok no.ic aku start ngan 81..... tiba-tiba jadik 63......

i nampak tua sangat ke cik adik? huh!!!!


lepas selesai masalah pendaftaran yang tak logik tu, tiba giliran aku jumpa doktor.

doktor yang peramah, baik, memberikan penjelasan yang sebenar-benarnya lalu aku terlebih faham.

ini la yang akak nak. bagus doktor ni. akak suka. abis semua gigi akak dia telek. semua karang2 gigi dia tonyoh. dia agak terkejut bila aku kata doktor sebelum ni dah cuci gigi aku. sebab dia kata masih banyak putih-putih kat gigi aku.


camno?

bila dah lepas semua acara memutihkan gigi aku nih, doktor advice mintak aku cabut gigi geraham bongsu belah atas pulak. sebab diorang (??) tumbuh menghala ke pipi.

hah??? atas pulak? matilaaaaaaaa........

ini maknanya secara automatiknya 4 batang gigi geraham bongsu aku perlu dicabut.

tapi yang perlu dicabut sekarang adalah belah atas. belah bawah lak doktor cakap tunggu dulu. sebab dia tumbuh tak abis. tgk keadaan. ke hala mana gigi tu nak tumbuh.

aku wat appoinment cabut gigi atas tu 1 April nanti sebab kalau nak wat skarang, tak sempat nak baik. nanti, masa majlis aku, maunya aku tgk je orang makan. pengantin makan moi jek. huhuhuhuuuuuuuuuu...



takot tak? aku dengar ni pon dah seriau. berdiri bulu roma. huhuhuuuuuuu............

Monday, March 3

semoga kalian berada di dalam keadaan sehat sejahtera.

aku skarang ni menanggung sakit gusi. bengkak. gigi bongsu nak tumbuh agaknya. susah nak makan. tapi tetap makan banyak.


huhuhuuuuu.


hari ni bos tiada. pi kapal. meeting. aku je bersama sorang lagi engineer terkulat2 berdua dalam department ni.

best jugak!

heheheheeeeeeeee........


terlalu banyak nak diceritakan, tapi otak aku berkecamuk. idea berlaga-laga. pastu hilang tiba-tiba. hmm.

sabtu,
ke ipoh dan kampong gajah bersama ibu, ayah dan ajik. pi menjemput sedara mara dan kawan-kawan ayah. iqa takde sebab pi panjat bukit larut. excited sangat dia. bas bertolak 5 pagi, pukul 4 pagi dah kejutkan ibu. padahal jarak umah dan skolah hanya 5 minit berkereta.


dalam perjalanan, ayah bertanyakan aku tentang jurukamera. aku dengan excitednya menceritakan tentang betapa cantiknya gambar-gambar yang diambil dan sudah tentu perihal kos. ayah kata tak masuk akal. rm899 untuk 5 jam? dia kata kawan dia yang punya kedai gambar di lumut caj harga yang sama untuk 2 hari penggambaran.


aku malas nak bertekak. aku terus cancel jurukamera yang dah 2 bulan aku tempah. sedih tau! hukhuk.


sepanjang hari sabtu, tak jumpa en alang langsung. sebab ayah macam ikat kaki aku untuk melekat je dengan dia. aku tak kesah. tapi en alang merungut2. aku tau dia rindu kat aku. dah 2 malam tak jumpa. maunya tak rindu! ;)



ahad,
luangkan hari sepenuhnya dengan en alang. balek gelung pepuyu. hooray! gile ko, dah 2 bulan aku tak jenguk mak abah dia. mak dia nampak je aku, muka excited tak hingat. ehem! (sambil buat muka ala2 berlagak sket.. ;P )


hantar barang-barang hantaran ke sana. aku dah siapkan hiasan sikit2. tapi ada lagi yang macam kureng. takpe. nanti makcik2 dan jiran2 en alang pandai2 la dekorasi hantaran tu.



petang kul 6, balek stewan, pi pasar malam kat manjung, dinner kat restoran teluk muroh dan jalan-jalan kat lumut. kul 10 malam, balek umah, lepak2 kat beranda dan kul 11 malam, dia pon bertolak balek ke rumah sewanya.




hari ni.
aku sedang menahan sakit gusi.
sambil menaip blog.
sebentar lagi akan ke blog kamu semua.
takde keje sangat.


oh ya.
ada aku beritahu kalian majlis nikah ditunda ke 15 mac pagi?
dibuat pada pukul 10 pagi di masjid kampung sitiawan. huhu.
takpela. asalkan semua berjalan dengan lancar.