Tuesday, April 8

jiwa kacau

hari ni jiwa cam tak brape tenang sangat.

sebab ada masalah domestik. huhuhuhu......



pagi2 tadi, dalie hantar mms. dia dah sampai puncak gunung kinabalu. very happy for her! :)




kepala buntu, pening, pusing. en alang pon sama. doakan yang terbaik untuk kami ya!

Monday, April 7

exam SPA dan balek kampung mertua

terlalu banyak nak diceritakan,
aktiviti aku sabtu dan ahad.

sabtu,
ada exam SPA. korang tau exam SPA ni? pada sesiapa yang ada dan pernah minta jawatan kerajaan, kena amek exam SPA ni. nak tau dah brape kali aku amek exam ni? since tahun 2003 sampai 2008 aku amek exam ni. every year! tak pernah miss. tapi tak pernahnya aku lepas sampai interview. tension gak. tapi, nak wat camno, aku tak nak la pulak nama kena blacklist. nanti, lagi haru. tapi, 2 tahun kebelakangna ni je dah 4 kali aku amek exam ni. dahsyat kan? soalan2 yang diberi tak banyak beza dari soalan2 yang lepas2.


pada mulanya, aku tak beri en alang ikut sama. sebab exam ni dari pagi santak ke petang. tapi, dah dia yang beria2 sangat nak mengekor aku, aku pon ngalah je la. malas nak gaduh2 pasal benda kecik.


exam kali ni diorang bagi aku kat Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. ni kali kedua aku amek exam kat sini. so, takla sesat2 macam dulu. nak ke sini makan masa gak la. aku bertolak dari manjung kul 7am, sampai kat matriks ni jam 8.30am. adakah aku yang bawak kereta macam kurekure? hmmmm.....



pemandangan dari atas bukit kat matriks perak ni. cam tenang je. seronok la bebudak yang blajo kat sini. matriks ni sangat besar!



sambil menunggu giliran masuk dewan peperiksaan. lepak kat tangga jap. masa ni, aku ngan en alang kelaparan! tapi tgh kontrol perut gak sebab dah lambat nak masuk dewan. cari parking tu yang agak lama. huhuu....


lepas first kertas abis, en alang bawakkan aku roti dan air. okla. dia ingat gak kat bini dia ni. huhuhuu. tapi nak tau apa yang dia makan? dia makan kueyteow goreng ok! cis! aku diberi roti je?


exam diadakan jam 9.30am sampai ke 4pm. lunch kat dewan makan bebudak ni. makan ala kadar je sebab orang ramai sangat ya rabbi. tak selesa sangat.



lepas je exam abis, kitorang terus ke ipoh parade. sebab en alng nak sangat tonton kl drift. aku layankan aje. sebab tgk preview citer ni macam best gak. dapat tiket jam 5.10pm. memang cantek sangat la. sampai2, beli tiket, beli popcorn-yang buatkan aku batuk tak henti2 sampai skang..oohhh!!!~, tunggu dalam 10 minit terus masuk panggung.




aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk rate filem melayu. lakonan yang hidup, drift yang sangat la real dan sound sistem diorang buat cam agak best jugak.


lagi 0.5 bintang aku jatuhkan sebab lakonan syamsul agak kontrol ensem. pesanan untuk syamsul-'wa tau la lu hensem beb! tapi takkan la kena tumbuk pon muka still nak ensem2, rambut takkan tak gegar?' huhuhuhu...


aku ni tak la berapa kenan sangat ngan fasha. nak tau sebab apa? sebab suara dia tu cam keluar tak lepas. geram je! tapi, memang lakonan dia best. cuma bab suara je aku tak kenan. hahahhaha....


joke yang dibuat buzen pon memang menjadi. sebab apa? sebab aku ni bukannya suka sangat lawak2 tak jadi nih. tapi bila buzen bukak mulut je, aku dah nak start gelak. sebab dia memang klakar!


abis je tgk wayang, pusing2 ipoh parade, then terus balek umah mak mertua aku. sampai umah sana jam 9.30pm. umah dah gelap beb! hehehe...biasala, umah kampung. kul 9pm je dah ada orang masuk tido. huhuhu.


dapat jumpa ngan kakak en alang yang stay kat sabah. dia balek sebab sini sebab ada masalah family.




ahad,
aku tak sehat.
pening kepala dan batuk2 tak berhenti2.


en alang jaga aku bukan main lagi. lepas breakfast je, terus aku rasa nak tumbang. mak mertua dan en alang suruh aku baring je. at first aku gagahkan diri gak nak wat kerja2 kat dapur, tapi lepas je aku sapu sampah, kepala dah berat tak hingat. terus aku naik umah, masuk bilik dan tido.


aku tersedar hanya bila terasa tangan en alang dok tepuk2 badan aku. suruh makan panadol. aku telan panadol, tapi batuk2 still tak nak kurang. makin teruk adala. ni semua gara2 popcorn. en alang tak habis2 salahkan popcorn yang aku makan.


then, mak mertua aku plak masuk bilik. sapukan balm kat dahi. memula memang rasa tak selesa, tapi bila angin dari balm tu menusuk hidung, aku rasa lega plak. berat kepala pon tak rasa sangat lpas tu.


lepas lunch, kitorang balek manjung. sebelum tu, en alang dah bising2 sebab kepala dia gatal2 banyak kelumumur. dia tanya aku, nak botak licin je. aku setuju. then, terus je kitorang ke kedai mamak gunting rambut.



en alang setelah dibotakkan.



close-up sket abang botakku ini. lepas je dia dibotakkan, senyum je dia. sebab dia kata kepala dia ringan sangat. hehehehhe.....


memula ingat nak singgah umah ibu, tapi en alang dah bising2 kata gatal leher, badan. nak mandi. so, terus je singgah kedai, beli ayam. sampai umah, lepak2 depan tv, then makan megi.


malam aku masak mihun goreng je. sebab dah malas nak kuar. hehehhe. ingat nak masak yang best2, tapi cam malas pulak.


lepas makan je, nak tau kitorang wat ape?


main batu seremban.
hehehe..
ye, main batu seremban.
sebab en alang cabar aku, dia kata dia terer sangat main batu seremban.
aku kata la ok, kite tgk siapa lagi hebat.
then, malam2 tu dia gagahkan diri gak cari batu kat depan umah.
nak tau resultnya?


aku:200 mata
en alang: 48 mata



dah sah2 la aku ni lagi terer kan? so, dia kalah bet, dia kena tolak trolley untuk shopping barang umah malam ni. hehehehe..




kitorang ni ngarut2 je kan? nak wat camne, dok berdua ni agak bosan la sket. tu yang cari alternatif lain. hehehhe....

Friday, April 4

rumahku, syurgaku...

aku ada beberapa permintaan supaya tunjukkan rumahku setelah berkahwin ni. meh sini aku nak tunjuk.

diingatkan disini, aku bukan nak menunjuk2, tapi cuma berkongsi pengalaman aku yang tak seberapa ni sebagai isteri en alang.

kalau korang ada cadangan nak tambahkan barang hiasan atau ubah kedudukan perabot kat umah aku ni, aku alu2 kan. ok?



ni lah keadaan depan rumahku ini. biasa2 saja. rumah ni ada 3 bilik, 2 bilik air. okla kan?




pepagi tadi ada 6 biji helikopter berterbangan atas bumbung umah aku. sambil mendongak kekaguman, sempat jugak aku ambik gambar heli nih.




masuk2 je umah aku, korang leh tengok suasana camni. ada set sofa indonesia kaler ijau. set ni la yang parents aku beri. nak tau brapa lama dah family aku guna perabot ni? dah 17 tahun ye.. harap maklum.

tv tu plak dari kawan2 dari ofis aku. diorang kongsi duit 5 orang belikan aku tv. thanks korang!




close up sket furniture ni. throw pillow tu sebenarnya digunakan masa aku kawen dulu, letak kat bilik pengantin.




ini dapur. dapur ni dinding nya tak semenggah rupa ye. sebab orang yang duduk sebelom kitorang suka tampal2 benda. huhuhu..

ini lah keadaan dapur kitorang skang. dalam periuk tu rasa2nya sup cendawan kot..





3-3 benda ni orang beri hadiah kawen. yang paling aku suka, mesin air ni. senang mak, nyah..tak payah masak2 air gitu. :D



frame gambar dari ikea ni ceera beri. suka sangat! tapi, gambar takde lagi. so, letak dulu kat bilik.






ni plak di courier khas dari pahang. nanonano beri. tiap2 malam kitorang guna. sebabnya? en alang tak suka tido bergelap. dia suka tgk muka bulat aku sebelom tidor. hahahhaha!





ni plak, dari aarin. aku andaikan dia buat sendiri cross stitch ni. comel tak? aku suka sangat2 mende alah ni. :)




nak dikatakan 85% barang2 dalam umah kitorang semua pemberian orang. bahkan langsir pon atas ehsan orang tau!

alhamdulillah, biarpon umah kami tak seberapa, tapi stakat ni kami bahagia tinggal dalam umah ni. harap2 kalau ada rezeki lebih nanti, boleh la difikirkan nak tambah harta plak. beli umah la pulak kan. tak best la sewa2 umah orang ni. rasa cam kureng je.



p/s: gambar bilik tidak dapat disiarkan kerana tidak mendapat keizinan en alang. sori la korang ek. kalau nak tgk gak, marile ke manjung! :)

Thursday, April 3

benci laaa!!!!!!!

pagi2 ni, bangun pagi,
gosok gigi,
masak breakfast dan lunch untuk en alang,
tengok tv sambil golek2,
dan lepas tu mandi,
pakai baju, siap2 ala kadar,
kiss goodbye kat en alang,
masuk kereta,
lambai2 en alang,
reverse kereta,




dan... 'BAMMMM!!!!!!'






ye, aku langgar kereta orang.
sebab aku nak cepat dan leka lambai2 kat en alang.
bodoh je kan?


kereta tu kepunyaan orang depan umah aku.
tak pernah bertegur sapa pon, tapi oleh kerana accident tu,
dengan lajunya makcik yang punya kereta tu kuar.
nasib baik aku tak kena sembur ngan makcik tu.
cuak jugak sebenarnya.



rupa2nya kereta tu anak dia yang punya.
so, tak settle lagi hal ni.
aku suruh en alang bagi je no phone aku kat makcik tu.


pasal aku _______,
tak lah!
saje je aku wat korang gabra..hahahaha!
takkan la baru 2 minggu kawen dah berisi kot?
huhuhuhu..
apa la korang niii........




buat pengetahuan korang,
aku cuti mc 2 hari.
sebab hari selasa pi cabut gigi bongsu.
sebatang je baru.
so, bile2 plak aku kena cabut yang lagi sebatang.
doktor risau sebab kat pipi aku dah putih2 sebab bergesel ngan gigi yang tumbuh melencong tu.
selasa dah mc, rabu plak aku demam sebab mebi badan tak tahan terima gigi yang ilang.


sedang menghela nafas yang sangat panjang tika ini.
memikirkan brapa rm yang perlu dikeluarkan untuk beri pada owner kereta yang aku langgar tu?

Tuesday, April 1

korang...

.......aku terpaksa cabut gigi hari ni. dua batang gigi bongsu atas.

takut oooooooooooo!!!!!!!!!

doakan aku ek. maybe aku akan mintak mc hari nih.

post2 yang lain akan ku update sejurus balek ke ofis. okeh?






semalam en alang demam kuat.

sebab tu aku cuti, jaga dia. cian aku tgk. wat apa2 pon tak lalu. huhuhuhu...





dah dua pagi (pagi hari ni dan semalam) aku bangun ngan perasaan loya2 dan pening kepala yang teramat.

adakah ini bermakna aku _________?

ohh...aku tak bersedia lagi!!!!

jeng jeng jeng!!!!!