Monday, April 30

guna ayat

perhatian: dialog dibawah mungkin berlainan dari yang kalian lihat. ini kerana aku tak ingat sangat semua dialognya, cuma yang penting-penting je aku ingat..ok!

seorang anak lelaki yang kelihatan baik memberitahu ibunya yang dia mahu ke kedai..


anak lelaki: mak, saya nak ke kedai

mak: tolong belikan sos cili ye.

anak lelaki: ok.


anak lelaki melihat pada sebuah helmet yang terletak atas meja dan hatinya berkata, 'tak payahlah. dekat saje.'


beberapa minit kemudian, anak perempuan pulang dari sekolah,


anak perempuan: mak, tadi adik tengok ada accident motor, sos cili tumpah melanda, macam darah.


anak perempuan terpandang helmet abangnya di atas meja lalu mengangkat helmet tersebut..


anak perempuan: mak, abang mana?

ibu: motor? sos cili? panggil ayah!


ibu berlari keluar untuk mendapatkan anak lelakinya...


korang perasan tak budak pompuan tu guna ayat sos cili tumpah melanda..ada ke orang guna ayat macam tu? heeee...aku terkesima kejap bila first time dengar budak tu cakap macam tu..korang rasa macam mana?


aku ni nak katakan pakar bahasa tu taklah, tapi bila budak tu pakai ayat macam tu, aku gelak sakan. sos cili tu melanda atas apa? ataupun budak tu memang nak guna ayat bombastic agaknye..heeee...ntahla..

cameron highlands, gambar ni aku tak tangkap, wikipedia punya yang aku cilok dari..haaa...(ape punya ayat daaa...)

sabtu & ahad aku, ibu, ayah dan iqa ke cameron untuk join sedare maraku yang dah berada di sana dari pukul 8 pagi lagi. kami sampai di sana pukul 7pm, sebab ayah terlalu asyik dengan kerjanya..hee..masa ni muka bapak aku kuar teevee ngan paper. yang pasti dalam harian metro ada pic dia, tapi dalam internet ni takdela plak. kalo nak tahu lebih lanjut, sila klik di sini. Bapak aku bukan Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Utara tu, dia cuma orang di bawah pak cik Zammani tu je.. sebab tu nama dia tak kuar kat paper. yang ada cuma muka dia je yang enter frame dalam paper & berita.

pergi cameron, iqa mabuk, muntah2 bila hanya tiba di destinasi.. sangat kelakar! depan blok apartment baru tehegeh-hegeh carik plastik nak muntah. aku plak on way back balek umah baru rasa mabuk, muntah2 bila sampai kat simpang pulai. berlambak siot! hahaha!!! (sorry..rangkap perenggan ni memang tak senonoh sket ye!)

gambar2 dah amek, tapi tak bawak cam la plak ari ni. takpe, pas cuti ni bleh aku tunjuk kat korang yek! dan details kat cameron aku sertakan sekali bersama gambar2 yang tak semonggeh tu ye! heeee...

ok geng, selamat bercuti sakan ye! selamat hari buruh (hari pekerja), selamat hari wesak dan selamat selama-lamanya!


Monday, April 23

hari minggu yang amat memenatkan!

ibu: takde kat umah, pergi bukit tinggi indonesia bersama kawan-kawan gosipnya..
ayah: takde kat umah jugak, keje, keje, keje...

zaza: final exam..takde kat umah jugak.


aku, iqa & ajiq: kat umah sepanjang minggu..tv, tidor, tv, makan, tv, tidor, tv, makan, makan, makan,makan....


yang jadi mangsa last weekend, aku la..adek2 aku tu sangat2 la kuat makan..keje aku asek masak je..penat sangat. dah la demam2..saket2 satu badan melayan kerenah adek2 aku yang sangat mengada bila ibu&ayah takde kat umah. nak dating ngan alang pun tak larat..last2 aku suruh je alang stay kat umah aku..dia la dok mengadap muka aku santak dari pagi sampai malam..hahaha!! start breakfast sampai dinner dia dok berkampung kat umah aku. cian gak dia, yelah dia takut gak kalo tiba2 bpm (badan pencegah maksiat) datang umah..ishh..umah aku tu banyak tingkap, banyak pintu, sume aku bukak..orang sebelah umah pun tahu umah aku ada tetamu..lagipun adek2 aku sentiasa ada dalam umah tu..takde masalah la..sorry ye, tak main la buat maksiat kat dalam rumah sendiri..tak kuasa tau!


maybe this weekend family besor aku yang kat muor ngan kl nak berkampung kat cameron highland. hmm..plan nak pi piknik kat allaga tak jadik la ek! family aku ni memang cenggini..pantang ada cuti panjang sket, kalo takde kenduri-kendara, mesti pi bercuti2 malaysia. last year pi langkawi..padahal tahun tu je 2 kali kitorg pi langkawi..besala, kaum ibu2 ni tak puas shopping..


patrick dan spongebob jadi peneman hidup iqa skang..comel kan? spongebob tu aku belikan masa aku pi penang aritu, patrick tu pulak kawan dia yang bagi.


Friday, April 20

nama-nama ku

Your French Name is:
Jacqueline Belard
Your German Name is:
Anneliese Viki
Your Average American Name Is...
Linda Lynn Clark
Your Irish Name Is...
Roisin O'Donovan

Monday, April 16

seringgit mu, seringgit ku jua..

dulu. aku bersekolah di sekolah kebangsaan pekan satu, w.p. labuan dari darjah satu (1988) hingga darjah tiga(1990). ayah seorang tentera laut, kami sekeluarga mengikut saja ke mana saja tempat dirinya bertugas. pergi dan pulang dari skolah menaiki trak, menunggu trak sejak jam 6 pagi. jarak rumah dan skolah agak jauh (mungkin dalam 20km). selalunya aku adalah orang pertama yang dijemput oleh pemandu trak tersebut dan aku slalunya juga dapat duduk di kepala trak. amat bernasib baik kerana aku tak perlu berhimpit dengan kawan2 lain dan mengalami pening kepala yang teramat kerana hentakan dan bumping yang perlu dialami bila duduk di belakang. tiba di skolah jam 7++, bergegas ke kelas dan mula mengira rakan-rakan kelas yang lain untuk mengesahkan kehadiran semua murid. aku tatkala itu darjah satu dan memegang tanggungjawab sebagai ketua darjah. (aku sendiri taknak jawatan tu, aku bukan seorang yang gile kuasa!). terjadi satu peristiwa yang amat aku kenang sampai skarang dan peristiwa ini terjadi pada suatu waktu rehat @ recess;



aku baru hendak melangkahkan kaki keluar dari kelas, tiba-tiba aku terdengar satu suara menjerit;



budak lelaki nerd: WEI! pulangkan la balek duit saya tu..mak saya suruh beli lencana skolah.. (sambil sore tersekat-sekat nak nangis)


budak lelaki sengal: HAH! lencana tu ko boleh beli lain kali. aku lapar ni, aku pinjam duit ko aja.


budak lelaki nerd: nanti mak saya marah, bagi la kat saya balik..


budak lelaki sengal tu dengan muka belagaknye nak kuar dari kelas dengan duit budak lelaki nerd tu dikepal2.


aku: eh, awak. (sambil jari telunjuk menghala pada budak lelaki sengal) pulangkan la balik duit dia. tu bukan duit awak.



budak lelaki sengal: nak sangat duit ni?? nah amik.

(sambil tangan nye mengoyakkan duit kepada 2 bahagian dengan muka bangga riak sebab dapat koyakkan duit tu. sebelah duit tu diberi pada budak lelaki nerd tersebut.sebelah lagi dipegangnya.)




budak lelaki nerd: terima kasih ye awak.


aku: eh, mana boleh guna dah duit ni kalo dah koyak..makcik kantin tak terima la. duit ni dah tak laku.


budak lelaki nerd: WAAAAAAAAAAAA!!! NANTI KITE BAGITAU CIKGU!!!!!

(nangis-meraung-sambil berlari untuk dapatkan cekgu)


nak tau ape jadik lepas tu? aku ngan budak lelaki sengal tu kena marah ngan cekgu. ishh..ada ke aku yang tak bersalah pun kena marah ngan cekgu. dahlah tak dapat nak rehat, pulaknye free2 je kena marah. heeee...

tapi tu la, seronok sangat bila kenangkan balek zaman skolah rendah ni. tak semua yang aku ingat, tapi cukup bekalan kenangan untuk aku simpan sampai mati. heheh..yang bestnya, balek skolah je, sampai umah, terus campak beg, pi pantai, cari remis. remis tu aku tak bagi pun kat mak aku, aku beri ngan kawan aku sebab mak dia rajin masak remis. mak aku taknak amek remis aku sebab dia kata remis tu sikit sangat, tak berbaloi nak masak. kalau air laut surut, aku suka ikut penduduk tempatan cari tiram. aku tak pasti diorg wat pe ngan tiram tu, makan ke, amek mutiara ke..ntahla. kecik lagik masa tu, dah tak hingat. tempat yang aku paling suka masa kat skolah dulu adalah kelas muzik. kelas tu tinggi, kena naik tangga pastu tempat kelawar berkampung. kengkadang tgh2 blajar, adala 3-4 ekor kelawar kuar masuk kelas. mula2 rasa takut gak, dah lama2 tu rasa biasa, seronok pulak ada binatang skali dalam kelas. heh!

kalo aku citer kat adik2 aku pasal pengalamn aku berskolah kat sana, mesti diorg ternganga dengar. hik..kengkadang aku auta je lebih kat diorang. suka tengok muka diorang yang macam percaya je sume ckap aku..heee...

Friday, April 13

mari makan tomyam poktek!

kehkeh..mari makan!!! aku ngan alang memang cukup suka makan tomyam. abis dah satu kawasan daerah dinding ni kitorang cari yang tersedap. akhirnya, last week kitorang telah terjumpa satu restoran di lumut yang menghidangkan tomyam yang teramat happening skali! sampai licin kuah tomyam tu aku ngan alang dok rebut..heeee...
tomyam poktek, mempunyai pelbagai isi dalam tomyam ini, antaranya; ketam kecil seekor, udang sedang 4 ekor, kepingan kecil ayam dan daging.



udang goreng tepung yang tergolek-golek; semuanya berjumlah 6 ekor.





tada! ini lah dia satu set makanan untuk 2 orang. sila-sila makan, tambah la ye, jangan malu-malu..