Thursday, March 29

bertuah kita di bumi ini

aku merasa sangat bertuah hari ini kerana:-

  1. dapat tidur yang cukup - siap mimpi dapat surprise wedding dari ayah..macam mustahil je nak dapat impian yang satu nih..





  2. dapat makan yang terlebih cukup - lunch di KLG sangat best! sape kata KLG tak sedap?





  3. ada cukup duit untuk shopping di KAMDAR, memang berbaloi! - aku telah membeli satu boxer dan satu t-shirt yang sangat cute!





  4. mempunyai seorang teman lelaki yang sangat memahami - aku telah merungut betapa ketidak best nya hari ini bagi diriku, dan dia sanggup balik awal dari kerja untuk luangkan masa dengan aku..thanx bee!





  5. mempunyai seorang kawan yang membuatkan hari-hari di tempat keje amat bermakna - credit for u lia!





  6. mempunyai kerja yang senang dari orang lain - biar pun sekarang ni aku tgh pening nak fikir macam mana nak buat kerja yang satu nih..




*teringin sangat nak makan jajan yang suka banget nih..tersangat-sangat perlukannya di saat ini! - frust sebab mimpi semalam hanyalah mimpi...

Tuesday, March 27

kan ke best kalo dapat membunuh hari ni...




huh...ntah nape arini rasa macam nak bunuh orang. dapat ke bunuh? best ke?






tapi korang jangan risau, aku tak la senekad dan segila tu untuk bunuh orang..bunuh nyamuk & lalat bleh la..






ntah apsal rasa sangat2 tak best arini. punyai perasaan yang amat sebu dan kosong. korang penah rasa tak? bila ada perasaan macam ni, korang nak buat apa pun tak leh, biar pun korang ada bertimbun-timbun keje yang nak kena antar by end of this week. payah kan?






aku sangat-sangat perlukan bantuan tatkala ini......TOLONG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


*sesungguhnya aku tidak pandai berenang...

buat la keje tu!

*yeah...even though u don't have any good moods..

swingeeee.........................

*me - this happens every seconds, every minutes, every hours, every day

Monday, March 26

peristiwa hujung minggu

sabtu


9 am - breakfast with alang
10 am - balek umah, kemas-kemas bilik sket, pastu zzzzz......
12pm - bangun tido, tgk teevee, have lunch
6 pm - tido, tido, tido..zzzzzzzzzzz...........
7 pm - have dinner with parents, tiba-tiba...PRANGGG!!!KEDEBUSH!!!!
iqa telah membuatkan sinki toilet kitorg pecah and the sink hempap kaki.
hehehe...apela..sink pun bleh pecah..aku tak tau ape dia buat ngan sink tu. kaki iqa bengkak tahap dewa..








*sinki yang telah roboh, meninggalkan rangka support je..lepas ni terpaksala aku gosok gigi di sink dapur. harap maklum.








*kaki iqa yang berbalut..bengkak tak hingat punya..








ahad

7.30 am - breakfast with alang again. ibu, ayah ngan iqa pi spital sebab bengkak kaki dia bertambah.
9 am - dah terpacak depan giant. konon-konon nak beli batt untuk cam. tapi alih2 bertambah la plak senarai perbelanjaan. (harap maklum - giant dibuka pukul 9.30 am, so selama 1/2 jam tu aku ngan alang membuang masa depan gate giant tu..)
11.30 pm - bersiap-siap nak pi kenduri kawen zul. zul ni best friend alang. rasa excited plak pi kenduri kawen orang ni.
12.30 pm - sampai kat umah pengantin, makan-makan, borak2 ngan kengkawan kilang ayam dulu sambil2 tunggu pengantin sampai..



* nampak tak mamat baju putih pegang bunga pahar tu? budak ni cute, sama2 keje kat kilang ayam dulu. kalau alang x ngorat aku dulu, dah lama aku ngorat budak ni..hahahaha! nama budak ni badrul, adik pada zul.




*susah nak jumpa udang panjat skang nih..



1.50 pm - kitorang bertolak pulang. tapi, on way tu aku teringin plak nak singgah kat teluk senangin. best jugak lepak2 kat sini..

* cantik tak? so pada korang-korang yang rasa nak ada tourist guide untuk ke lumut-pangkor-sitiawan-bota, boleh la contact me ya! aku boleh bawak korang jalan-jalan makan angin kat area-area sini..

5 pm - bertolak pulang. sampai umah terus je aku memengsankan diri..tak sedar beb!

Friday, March 23

tidak bersyukur?

1. Dulu, aku keje kat shah alam, tapi ibu & ayah suruh tinggal dan cari keje kat stewan ni. alasannye, supaya duit gaji aku tak le terbazir ngan sewa umah dan kos makan. yela kan, tinggal ngan parents kan 'makan tanggung, berak cangkung'..tapi, kebebasan pulak tersekat. nak ke mana-mana kena mintak izin, buat full report sebelum keluar. tapi bila dah lama (around 2++ years) tinggal dengan diorang, diorang dah tak kesah sangat ngan aktiviti aku. lagipun diorang dah kenal ngan alang dan diorang tau aku kurang kawan kat stewan ni.. (almost all my friends in kl). tapi sejak dua menjak ni aku rasa nak pindah keluar dari rumah parents aku..tak tau nape, takde alasan kukuh..cuma teringin nak tinggal berdikari semula. adakah aku tidak pandai bersyukur?

2. Dulu, aku punya seorang boyfriend yang menepati ciri-ciri lelaki idaman..seorang lelaki yang ala-ala rock star, ramput panjang, kemas, tinggi, hensem, pandai ambil hati perempuan, gentleman, baik hati and so on..tapi yang kurengnye dia dah ada pilihan mak dia..seorang nurse, jauh berbeza dengan aku tatkala itu, aku hanya bekerja di kilang plastic moulding..dia bawak aku jumpa mak dia, maknya tak berkenan sebab bagi mak dia pilihan hati dia lebih tepat, seorang yang berkerja dengan gomen, punya pencen bila tua nanti, senang hidup kelak. aku pada masa tu sangat2 buta hati, terus bercinta dengan milik orang selama 2 tahun (kerana dia terlalu baik dan pandai mengambil hati aku), sehinggalah aku berpindah balik ke stewan (tanpa pengetahuan dia) dan terus hilangkan diri dari hidup dia kerana tatkala itu dia hanya menghitung hari untuk bertunang dengan pilihan hati bondanya. last aku dengar pasal dia, dia sangat-sangat patah hati dan ketagih ganja..aku rasa sangat2 bersalah.

Setelah setahun aku bekerja di kilang memproses ayam yang agak terkenal di stewan ni, aku bertemu dengan seorang lelaki yang agak cute, baik dan ala2 nerd sket (jauh berbeza dengan ciri-ciri lelaki idaman aku!). Skarang ni lelaki ini menjadi sultan dalam hidupku, sangat memahami..tapi kadang-kadang aku rasa aku macam tak layak nak terima kasih sayang dia kerana dia teramat baik. selalu utamakan diri aku. baik dari soal duit, keluarga dan so on.. ntahla, sejak dua menjak ni dia selalu beritahu, rindu yang teramat pada diriku..(ini kerana aku telah tukar tempat keje)..aku pulak rasa biasa2 je... adakah aku tidak pandai bersyukur?

3. Dulu tempat keje aku sangat-sangat hectic, datang keje tak sempat nak relax, terus bergegas buat itu dan ini. Keje 12 jam sehari, 7 hari seminggu (aku pernah keje 20 jam sehari..). Hari-hari kena marah ngan asst. bos besar yang gila kuasa tu dan sampaikan aku kena black list ngan dia sebab aku pernah bertekak dengan dia pasal dia ni asyik nak kerah tenaga je. aku ni rebel orangnya tau! sejak hari bertekak tu, dia sendiri tak berani nak gaduh ngan aku lagi..yang kesian kat manager aku la..terpaksa dengar bebelan tua kutuk tu hari-hari..menggantikan tempat aku..hahaha!

Skarang pulak aku dapat tempat keje yang sangat-sangat selesa, ada little cube sendiri, ada pc, ada phone, tapi keje tarak! ishh..masa takde keje ni la aku sangat-sangat rasa macam nak keje balek kat tempat lama..kat sini aku asek ternak lemak jek..sume orang kata aku dah makin gemok..(tapi alang tak kata macam tu..dia kata.."lagi gemuk la lagi abang sayang..")..haa...tapi aku sendiri dah tak larat nak bawak badan sendirik..dah macam mak giant dah..adakah aku tidak pandai bersyukur?

*kadang-kadang aku terfikir jugak, apa-apa pun yang jadik dalam hidup kita ni ada saja yang kita nak keluhkan..memang kita ni tak pandai nak menikmati segala apa yang diberikan oleh-Nya..setiap hari jugakla aku ni terlalai nak ucapkan syukur atas segala yang diberikan daripada-Nya. semoga aku akan menjadi insan yang lebih bersyukur dan lebih menerima segala apa yang diberi tanpa sebarang keluhan. semoga.

Thursday, March 22

nape ntah ngan alang

sejak dua menjak ni ntah apsal ngan alang..setiap 2 jam je asek2 tipon..rindula, miss u la..






aku je yang macam biasa..adakah cintaku padanya telah berkurang?








...................








tidak! tidak! x mungkin..aku masih sayangkan dia..terlalu sayang..









tapi kenapa la kadang2 aku rasa macam tak layak je dapat kasih sayang dia? pelik ke aku rasa macam ni?















*ini hanya perasaan penulis..jangan baca kalau rasa nak muntah yek..hehehehe.....

Wednesday, March 21

mana ni?

skang ni terlalu rindu kat mimi, keding ngan bam. ntah mana plak diorg pi. tiap2 pagi aku bukak pintu mesti aku cari diorg dulu..tiap2 malam sebelum tutup pintu pun carik gak.. .................... .....................





.....sedihla.....






......................................................














*nanti kena upload gambar diorg..tu je la yang ada skang...

Tuesday, March 6

allo..allo...anybody home?

first time nih..heheh..saje je nak try..ok ke tak..testing, testing 1, 2, 3...allo....alloo...anybody home?