tidak bersyukur?
1. Dulu, aku keje kat shah alam, tapi ibu & ayah suruh tinggal dan cari keje kat stewan ni. alasannye, supaya duit gaji aku tak le terbazir ngan sewa umah dan kos makan. yela kan, tinggal ngan parents kan 'makan tanggung, berak cangkung'..tapi, kebebasan pulak tersekat. nak ke mana-mana kena mintak izin, buat full report sebelum keluar. tapi bila dah lama (around 2++ years) tinggal dengan diorang, diorang dah tak kesah sangat ngan aktiviti aku. lagipun diorang dah kenal ngan alang dan diorang tau aku kurang kawan kat stewan ni.. (almost all my friends in kl). tapi sejak dua menjak ni aku rasa nak pindah keluar dari rumah parents aku..tak tau nape, takde alasan kukuh..cuma teringin nak tinggal berdikari semula. adakah aku tidak pandai bersyukur?
2. Dulu, aku punya seorang boyfriend yang menepati ciri-ciri lelaki idaman..seorang lelaki yang ala-ala rock star, ramput panjang, kemas, tinggi, hensem, pandai ambil hati perempuan, gentleman, baik hati and so on..tapi yang kurengnye dia dah ada pilihan mak dia..seorang nurse, jauh berbeza dengan aku tatkala itu, aku hanya bekerja di kilang plastic moulding..dia bawak aku jumpa mak dia, maknya tak berkenan sebab bagi mak dia pilihan hati dia lebih tepat, seorang yang berkerja dengan gomen, punya pencen bila tua nanti, senang hidup kelak. aku pada masa tu sangat2 buta hati, terus bercinta dengan milik orang selama 2 tahun (kerana dia terlalu baik dan pandai mengambil hati aku), sehinggalah aku berpindah balik ke stewan (tanpa pengetahuan dia) dan terus hilangkan diri dari hidup dia kerana tatkala itu dia hanya menghitung hari untuk bertunang dengan pilihan hati bondanya. last aku dengar pasal dia, dia sangat-sangat patah hati dan ketagih ganja..aku rasa sangat2 bersalah.
Setelah setahun aku bekerja di kilang memproses ayam yang agak terkenal di stewan ni, aku bertemu dengan seorang lelaki yang agak cute, baik dan ala2 nerd sket (jauh berbeza dengan ciri-ciri lelaki idaman aku!). Skarang ni lelaki ini menjadi sultan dalam hidupku, sangat memahami..tapi kadang-kadang aku rasa aku macam tak layak nak terima kasih sayang dia kerana dia teramat baik. selalu utamakan diri aku. baik dari soal duit, keluarga dan so on.. ntahla, sejak dua menjak ni dia selalu beritahu, rindu yang teramat pada diriku..(ini kerana aku telah tukar tempat keje)..aku pulak rasa biasa2 je... adakah aku tidak pandai bersyukur?
3. Dulu tempat keje aku sangat-sangat hectic, datang keje tak sempat nak relax, terus bergegas buat itu dan ini. Keje 12 jam sehari, 7 hari seminggu (aku pernah keje 20 jam sehari..). Hari-hari kena marah ngan asst. bos besar yang gila kuasa tu dan sampaikan aku kena black list ngan dia sebab aku pernah bertekak dengan dia pasal dia ni asyik nak kerah tenaga je. aku ni rebel orangnya tau! sejak hari bertekak tu, dia sendiri tak berani nak gaduh ngan aku lagi..yang kesian kat manager aku la..terpaksa dengar bebelan tua kutuk tu hari-hari..menggantikan tempat aku..hahaha!
Skarang pulak aku dapat tempat keje yang sangat-sangat selesa, ada little cube sendiri, ada pc, ada phone, tapi keje tarak! ishh..masa takde keje ni la aku sangat-sangat rasa macam nak keje balek kat tempat lama..kat sini aku asek ternak lemak jek..sume orang kata aku dah makin gemok..(tapi alang tak kata macam tu..dia kata.."lagi gemuk la lagi abang sayang..")..haa...tapi aku sendiri dah tak larat nak bawak badan sendirik..dah macam mak giant dah..adakah aku tidak pandai bersyukur?
*kadang-kadang aku terfikir jugak, apa-apa pun yang jadik dalam hidup kita ni ada saja yang kita nak keluhkan..memang kita ni tak pandai nak menikmati segala apa yang diberikan oleh-Nya..setiap hari jugakla aku ni terlalai nak ucapkan syukur atas segala yang diberikan daripada-Nya. semoga aku akan menjadi insan yang lebih bersyukur dan lebih menerima segala apa yang diberi tanpa sebarang keluhan. semoga.
3 comments:
memang macam ni kan roda hidup. kita tak penah puas dan bersyukur dengan apa yang kita ada. selalu merasakan hidup org lain lagi bagus.
my life sucks bigtime right now.
uwaaaaaaaaaaa....
aku pun rasa macam x best je akhir-akhir ni..nape ntah!
dengan bersyukur hati kita akan jadi sgt tenang...
tapi aku ni pun kadang2 jarang sgt bersyukukur dgn apa yg kita ada ...ntah la apa yg menghalang nye ek...
sgt2 musykil....?????
Post a Comment