Thursday, June 28

~oo~

nape title di atas macam tu? korang tafsirkan saja sendirik yek..aku saja jek buat cenggitu...heee...

semalam aku mimpikan 2 bestfren aku ketika skolah (sampai skang still my bestfren!). tersedar je dari mimpi, terus aku hantar sms pada budak berdua tu, nyatakan yang aku sangat2 merindui mereka. ada la dalam setahun tak bersua muka. last jumpa masa sorang antara mereka berkahwin.

di atas adalah entri yang tak penting.

tadik pergi pasaraya Ceria bersama dalie. berjalan2, meronda2 pasaraya tu sampai tak tau nak beli apa. tgh berjalan2, aku ternampak satu baju tidur yang agak cantik. aku acukan pada badan, dalie pon dok memuji2..dah abis sesi memuji dan menolak pujian (keh..keh..), tiba2 dalie perasan, ada signboard 'maternity ' kat situ. hahaha!!! boleh tak??

  • malam ni nak makan chicken chop kfc. cik kema, bleh dapat discount tak untuk set menu ni?
  • kaki ku sangat keletihan gara2 terlebih jog kat padang astaka..(ekceli takla jog sangat, cuma berjalan dengan laju dan jog anak je).
  • sangat teringin pergi ke korea bersama cik kema untuk berjumpa dengan cik bawang. sangat cemburu pabila mata ini terpandang segala macam mak nenek menu dan makanan di korea nun..
  • dalie, esok ada date ke? kalau takde, kite ngedate berdua ye?
ok korang..nak pi sambung wat keje sket nih. nanti bila2, hanya bila aku dipaksa untuk update blog lagi, aku akan buat entri baru pulak. daaaa!

Monday, June 25

di tag oleh diya!

semasa berumur setahun ++. ini adalah pakaian rasmi ketika berjalan2 ketika itu.


semasa berumur 3 tahun, di zoo negara.


haa...aku "terpaksa" buat sume ni sebab diya la! dia yang suruh.. oleh kerana aku ni bersifat ingin tahu, aku nak la jugak kan tgk kengkawan aku yang lain semasa mereka kecil2 dulu. aku nak tag:

1) cik kema
2) cik bawang
3) peeja
4) dalie
5) azim2u
6) ad3ck
7) semua la yang kat dalam list R&R aku tuh..

hehh...aku nak tgk jugak camne korang dolu2 kala..okeh?

Friday, June 22

hati ini..

aku saket hati bila...

1) orang lambat
2) kena marah atas kesalahan orang lain
3) gaduh ngan orang lain- esp. alang
4) orang ambil kesempatan atas diriku yang comey ini
5) orang berpura2 baik (ni kes belakang cakap lain..huh..)

aku susah hati bila...

1) kesempitan kewangan
2) orang tak sukakan aku (ye..aku jenis orang yang pentingkan pendapat orang lain..keji kan?)
3) ibu, ayah atau alang merajuk
4) tengok orang susah..(rasa macam nak tolong sume orang..kalau la aku ni jutawan..)
5) lamaaaaaa sangat tak jumpa alang

aku senang hati bila...

1) ada duit banyak (ye..saya sangat sukakan duit!)
2) ramai orang sayang aku
3) bersama alang
4) dapat bersama my bestest friend!
5) pergi vacation ngan family!

aku puas hati bila...

1) selesaikan kerja ofis
2) dapat selesaikan satu movie kat tv (latey ni susah nak tgk movie)
3) dapat masak2..(sape nak rasa masakan saya? meh..meh..datang umah)
4) basuh toilet hingga bersinar dan berkilau (aku buat keje nih bila dan hanya ketika aku sedang marah sahaja..harap maklum)
5) dapat makan masakan ibu!!!

apakah motif entri ini sebenarnya? TIADA MOTIF! hee...saja je suka2 wat entri nih. nanti kalau aku tak hapdet, korang bising plak kan? heee..aku tau korang sayang aku..sayang korang jugak! *muaaaahhhhhh!*

apa kata aku tag korang sume yang membaca entri ni? buatla yek..saaaaayang korang!

Monday, June 18

paling panjang

did all of you know that the word "pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis" is the longest common word in english?

nak tahu apa translation nya?

penyakit paru2 daa.....

heeee...panjang sangat kan?

aku ingatkan perkataan "supercalifragilisticexpialidocious" yang paling panjang..

hmmmm........

Thursday, June 14

tagging!

hmm..ni bukan tag kat blog tau. pagi ni aku ngan rakan2 keje yang lain dapat satu tugasan..mengetag setiap item kat ofis ni. yang kelakarnya, kitorang dapat sorang satu list barang2, then kitorang kena recognize setiap barang2 tu dan letak tag pada barang tersebut. aku mula2 dapat keje ni dah macam2 terfikir..."dah xdek orang lain ke nak wat keje ni?", "nape kena wat?", "macam b*d*h jekk"...boleh tak?

tapi kan, lepas je abis sesi taklimat (yang hanyalah dipenuhi sesi makan2), kitorang pon mencarilah setiap item tu untuk di tag. rasa macam buat treasure hunt tau! Tapi lagi mencabar la sebabnya item2 dalam list dah bercampur aduk, tak tersusun, pening gak la nak fikir kat mana nak letak tag tu. buat masa ni, baru 25% je aku buat. masa yang ada sampai petang ni jek. den dah poning dah ni haa..oleh kerana dah pening, aku pon blog hopping and buat satu entri nih.

rasa sangat bertuah sangat ada korang2 yang sangat prihatin kat aku. terima kasih ye kawan2! bile la dapat jumpe korang, kan?

Monday, June 11

bahgia ku rasa!

"di atas bumi ini ku berpijak, ada cinta yang tenang di hari ku, tak pernah ada dusta yang terlintas, KU BAHAGIA!!!"
tadi alang jumpe aku, memberitahu satu berita yang sangat gumbira bagi diriku..apakah ia?

BIARLAH RAHSIA..

*pssttt...kalu korang nak tahu lebih lanjut, mmmm...tak leh tau!

Thursday, June 7

fight!


penah gaduh dengan boyfren/girlfren/isteri/suami/anak/mak/abah dll? semalam aku dah alami kejadian ini bersama kekasih HATIKU itu..ntah..start hanya remeh saja, tapi boleh berlarutan sampai ungkit-mengungkit..penat TAU!

selalunya, lepas je gaduh, aku mesti nangis2..ala2 macam cite hindustan. tapi semalam, aku langsung buat tak hirau je kat dia, boleh suruh dia balek umah camtu je. teruk kan aku ni?

so folks, toksah la kawan ngan aku ni..sesungguhnya aku ni memang sangat teruk.
kat mana ye nak dapatkan love potion atau minyak senyonyong? sekurang-kurangnya aku nak bagi kat alang supaya dia boleh calit kat aku bila aku start nak cari gaduh..taklah asik nak bermasam muka je. boleh tolong aku tak kawan-kawan?

Tuesday, June 5

ok tak template baru ni?

saje pilih yang simple-simple..rasa serabut plak mata ni bila tengok blog sendiri sebelum ni yang kaler macam kels. bila dah tukar yang baru ni, rasa tenang pulak mata. heh, nampak tak header kat atas tu ada 2 kaler? sebenarnya kaler betul kaler biru, tapi aku tukar jadik pink. sebabnya, dulu aku penah la wat satu ujian aura warna masa kat usm dolu. makcik tu kata aku ni lemah pada warna kuning, tapi kuat pada warna pink. heh, masa ni aku dah terpikir dah, takkan la aku nak interview pi pakai kaler pink plak kan? oleh kerana aku alah pada kaler kuning, aku&alang dah sepakat tanak pakai kuning masa hari bersejarah nanti..(tapi kaler kuning cantik!).


korang penggemar kucing? ahad aritu saje je aku temankan ibu dan adik2 aku pi shopping. abis satu stewan-manjung kitorang jelajah. nak dijadikan cerita, masa baru kuar dari econsave, aku ternampak sekor anak kucing yang comot sangat main sekor2 kat kawasan sampah. aku tunjuk kat adik2 aku, diorang terus nak bawak anak kucing tu balek. (huh..diorang ni memang pantang jumpa kucing!). lepas bawak balek kucing tu, mandikan ia, wah..comel sangat! bulu kembang2, ekor kontot jek..nanti, aku senangsket, aku upload gambar kucing comey tu ye! lupe bawak cam lagi la...(tepuk2 dahi..). anak kucing ni ibu aku bagi nama pussy, sempena puss in boots dlm shrek 3 tu..sangat aktif, asik nak main je. boleh pulak bila dah penat main, tiba2 dia tido..macam TIBA-TIBA JE! masa mula2 dia buat macam tu, kitorang ingatkan pussy ni dah mati, rupa2nya dia ni memang pesen cenggini. hehehe....kaler pussy ni sama macam tommy (sila rujuk gambar kucing oren di kolum sebelah). bermakna, ada 3 ekor kucing kat umah aku yang kalernya sama je. tapi yang berbeza cuma saiz je.



*my brother - accident motor, kete tu cil*n*t tul! belok tak bagi signal. sian adik aku nih, terpaksa bertongkat selama 6 minggu..