Thursday, August 30

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-50!


The Malaysian flag or Jalur Gemilang consists of 14 horizontal red and white stripes of equal width; a dark blue canton occupying the upper left quarter of the flag; and within the canton, a crescent, and a 14-pointed star.

The stripes represent the equal status in the federation of the 13 member states – namely Johor, Kedah, Kelantan, Malacca, Negri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Penang and Terengganu – and the Federal Government, as represented by the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan.

The colours red and white symbolise courage and purity respectively.



The canton symbolises the unity of the people of Malaysia. The crescent is the symbol of Islam, the official religion of Malaysia; and the 14 points of the star signify the unity of the 13 states of the federation with the Federal Government. The colour yellow signifies the royal colour of the Rulers.

After 40 years without a name, the Malaysian flag was officially named Jalur Gemilang on the 40th anniversary of the country's independence, Aug 31, 1997. Malaysia's fourth Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad made the announcement at midnight in conjunction with the National Day celebrations.

The name Jalur Gemilang is the Bahasa Malaysia term for “Stripes of Glory”.


The tallest free-standing flagpole in the world (100 metres) is situated at Merdeka Square (Independence Square), in Kuala Lumpur, the very spot where the Union Jack was lowered for the last time at midnight on Aug 31, 1957 and the Malayan flag hoisted up for the first time


*copy and paste from AllMalaysia.info


Ikrar Rukunegara :

"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan"


semoga kita dapat mengecapi kedamaian, kebahagiaan, kemakmuran dan kenikmatan yang lebih lagi untuk 50 tahun yang akan datang..insyaAllah!

*harap-harap masa tu aku hidup lagi. heee...

Wednesday, August 29

boleh tak?

tak tau kenapa sejak aku dah jadik tunang orang nih, ibu slalu je nak menangkan bakal menantu dia tu..sangat la geram! apa yang aku buat salah, apa yang en. alang buat semuanya betul. abisla aku...

meh sini aku nak citer satu kejadian yang berlaku membuktikan ibu lebih sayangkan bakal menantunya itu...

di suatu petang yang indah sambil menonton tv dengan ibu.

baru lepas dapat text message from alang..
me: hikhik..cian alang, tengah tunggu nasik masak.
ibu: nape ko je yang tak masak untuk dia, pastu hantar je kat umah dia tu. sian dia ibu tengok, balek kerja penat2 nak kena masak plak.
me: *sangat terkejut!!!* eh, ada plak. perut dia, biarla dia je yang masak. dia yang nak makan. lagipon bukannya dah dok satu umah ngan dia.
ibu: suka hati ko la. nanti bila alang tu dah larik carik pompuan lain, baru ko ternganga.
me: *sangat tak puas hati* biarla dia nak carik pompuan lain pon. orang bukannya gila nak berlaki sangat.
ibu: *diam jek..muka tak puas hati jugak*

boleh tak? takkan la aku nak manjakan en.alang tu lebih2 kan? nak masak2 bagai...kalau dah sah tu lain la citer. petang yang indah tu terus jadik petang yang paling tak best.

apa kata korang? dah jadik tunang ni tanggungjawab kena lebih ke? bagi aku la kan..maintain apa yang ada ni pon dah cukup bagus. at least aku sayang kat dia, ambil tahu hal dia.

entahla....susah rupanya bila dah tukar title nih. kengkadang rasa nak single balek je.


ayah aku telah dinaikkan pangkat dan ditransferkan ke kl. maybe sampai dia pencen. ada lagi dalam 5-6 tahun lagi. sempat ayah aku punya cucu 2-3 orang agaknya. aku tahu ayah berat hati nak tinggalkan kerja dia. skang ni tiap2 pagi aku tengok dia pi ofis, macam ala2 sayu je. next week dia dah start keje kl. so, umah aku dah kurang sorang lagik. ibu dah start berkira2 nak pindah kl bila iqa abis skolah. iqa ada 3 tahun lagik nak tamatkan persekolahan. so, aku rasa last2 yang tinggal kat stewan ni cuma aku sorang jek..huwwaaaaaaaaaa!!!!!!! sedih ooo.....


okeh, skang nih nak jawab tag peej plak...here we go!

4 things that scare me:
1) tinggal kat umah sengsorang
2) hantu
3) ulaq dan apa2 sahaja yang menjalar
4) apa ek...tak tau la..


4 people who make me laugh:
1) family
2) alang
3) the nanny sitcom
4) cousins


4 things I love:
1) family!
2) en. Alang of course!
3) all my cats
4) my phone and my car – itu saja harta yang ada setakat nih.


4 things I hate:
1) orang bodoh sombong
2) tak tepati masa
3) siakap sinohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama2 mencuri!
4) selekeh


4 things I don't understand:
1) why people love me?
2) why do I love people?
3) why I have to work everyday?
4) why we have to use money to buy things?

4 things on my desk:
1) handphone
2) pencil case with complete stationary-sampai takleh nak zip case tuh.
3) mouse
4) personal work diary

4 things I’m doing right:
1) typing this tag
2) thinking what to eat lunch nanti
3) thinking how to spend our time in kl this holiday
4) playing with my pen

4 things I want to do before i die:
1) ask apology to every single person I’ve known in my life
2) banyakkan beribadat
3) makan best2
4) to hug and kiss everyone I love!

4 simple things to describe my personality:
1) suka gelak and senyum!
:)
2) bila dengan orang yang aku tak brape nak suka, aku berlagak formal
3) bila dengan orang yang aku suka, aku suka kutuk2 dia.(inilah kasih sayang ku yang sejati!)..kehkeh…
4) simple and easy going

4 things I can't do:
1) workshop things – like dalie do. She looks so hot in that uniform and do what men do..so cool!!!
2) ride a motorcycle – bonceng boleh la.
3) menjahit – jahit butang pon tak pandai.
4) exercise dan beraerobik – lutut nih semakin saket plak..aduhhh…



Friday, August 24

perkara-perkara yang berlaku pada hari kejadian...

okeh kengkawan, pada hari jumaat yang mulia ini, di sini dengan secara rasminya aku mempersembahkan hari kejadian yang tak la seberapa sangat..tapi sorry ye kengkawan, mungkin ada gambar yang agak blur,dan gambar2 yang tak berapa banyak sangat. the photographer (my sis) tu agak tak pandai nak amek gambar.

apa-apa pon, kita layannn....ooppsss, lupa nak bagitau, hantaran kaler maroon dari aku untuk dia, hantaran putih dari dia untuk aku. okehs?




songkok dan sejadah..semoga lebih beriman la bakal laki aku nih..



the potpourri..




buah-buahan




coklat and sweets di dalam gelas..macam 'kels' kan? tu idea ibu aku tuh..aku ikutkan jek.. *sweets tu terpaksa aku beli untuk kali kedua pulak sebab anak2 sedare aku sebok dok mengendeng.



baju melayu dan sampin...sampin tak nampak, sebab kotak kecik..kehkeh..




di atas, dari kiri: Mak Uteh, Mak Long ngan Mak Usu..

gambar bawah: my sis, aka the photographer






gambar atas: my youngest sister, Iqa and our niece, Chiqah.

gambar bawah: another niece, Akma. (p/s: Cik Kema, kita panggil budak ni Kema tau!)




hantaran-hantaran yang ada.



ketika sesi perbincangan..ntah apa la yang diorang cakap ek..aku tak dengar satu hape pon..





gambar atas: tengah berdebar tunggu kehadiran pihak lelaki masa nih. risau diorang tak sampai jek..

gambar bawah: my new nephew, Fakri.




gambar atas: semua orang tanya aku ape mende nih, cantik kan 'bawang putih' ni? dalam bawang ni ada gula. tapi makcik2 aku cakap, ada orang bubuh garam jugak..kreatif kan?

gambar bawah: cincin pertunangan yang dipilih bersama en. alang. cantek tak?





gambar atas: buah-buahan. gambar bawah: ayahandaku berbaju batek biru itu..sangat hensem tau!





gambar atas: berbaju pink tu Pak Uteh aku, baju putih tu abah en. alang. beria-ia berbincang..

gambar bawah: dicium oleh bakal mak mertuaku...sangat sporting dia nih, senyuuuum jeekkk...







gambar atas: ketika penyarungan cincin.

gambar bawah: deretan hantaran dari pihak en. alang.






hantaran-hantaran lagik!




gambar atas: lihat, diriku begitu HAPPYYY!!!!!

gambar bawah: cuba korang tengok muka anak2 sedara aku tuh..tak sabar nak makan kek..sebok panggil, "MAK LONG!MAK LONG! Cepatla potong kek niiiiiiii!" (gambar ini diambil setelah majlis selesai, harap maklum)





makan time! menu: nasi putih, asam pedas ikan, lemak nenas dengan ikan masin, ulam-ulam, ayam goreng berempah, kuih seri muka, kuih talam keladi, karipap, puding jagung (k.ani bagi), buah tembikai dan pisang.

p/s: rugi korang tak datang!




hantaran-hantaran lagik...












okeh, sampai kat situ je gambar-gambar masa hari siang. ada lagi sebenarnya, tapi banyak gambar peristiwa di balik tabir jek.. setelah penat bertungkus-lumus menghidangkan orang makan dan mengemas rumah, ayah adakan barbeque sebagai kredit untuk sedara mara ku ini.


makan, makan, jangan tak makan!




gambar 1: ikan
gambar 2: ayam
gambar 3: udang yang sangat banyak dan besar2 ok!
gambar 4: en. alang pon ada.
gambar 5: sedang dibakar...nyum!nyum!



ayah dengan cool nye menggolek-golekkan semua juadah di atas grill..grill nih pakai letrik jek..senang!





okey kawan-kawan, puas hati tak? aku nak ucapkan beribu-ribu terima kasih pada mereka yang sempat menghadirkan diri pada majlis aku ni dan pada yang tak datang tu, korang RUGI! hahahahaha!!!! takdela, aku ucap thanx jugak kat korang sebab ingat jugak kat aku dengan hantar sms, call aku. thanx again!






debab kan? ni yang buatkan diriku begitu beria-ia nak kuruskan badan..



hari jumaat dan selamat berhujung minggu. sayang korang! mmmuuuuaaahhh!!!



Thursday, August 23

THANKS CIK KEMA!!!

i have a dedicated entry specially for me in kema's blog.

rasa diri ini sangat dihargai.

kerana diriku begitu berharga.

:)

p/s: nanti bila2 aku free, aku akan post entri hari kejadian, ok?
















Thursday, August 16

ku terpesona!

proton pesona terbaru sangat classy dan murah. bak kata mawi, saya terpesona!

aku tau ramai yang baru beli kereta tempatan yang lain menggigit jari dan kuku-kuku tangan serta kaki kerana menyesal tak tunggu kehadiran pesona ini.

selamat hari jadi buat diriku yang baru menginjak usia 26 tahun. takda apa yang special sangat. mungkin bahang bertunang telah overshadow birthday aku hari ni.

ibu dan ayah sangat beria2 bila nak nyambut family bakal besan mereka. ibu sebok beli bunga orkid baru, pasang kabinet dapur baru dan beli set kamar tidur baru. ayah pula sebok mengulit kolam ikan kesayangannya supaya batu2 di dalam kolam tu sentiasa putih berseri. harap2 segala persiapan berjalan dengan lancar.

persiapan aku? aku tak bersiap apa2 pon..cuma hadirkan diri pada hari kejadian, dah ok la kan? ngehngeh....

oh ya! aku dapat hadiah birthday pertama pada hari semalam. dapat hadiah dari bos yang aku tak berapa nak berkenan tu..beliau telah mengonfirmkan perkhidmatan aku dalam company nih. alhamdulillah... :)

FAT sangat sebok. nak pi toilet pon kena tahan2. tapi nasib baik bukan aku orang penting sangat masa FAT nih. cuma jadik tukang catit kejadian yang tidak diingini sahaja.

ok noks, mak sebok nih. u ols jaga diri ya!

mmmuuuuuuuuuaaaaaahhhhhhhhh!!!!!!!

Thursday, August 9

21 Things I Want In a Lover

xoxo tag aku..ntah bile pon tak pasti. sebab server kat ofis nih terlalu slow dan menyakitkan hati, so lambat sket la nak jawab tag tu. nape la banyak no perkara yang kena jawab..takpe, aku coba ek!

1. dia suka manjakan aku - aku ni mengada lebih, so kena selalu dimanjakan dan dimengadakan.

2. banyak2 bersabar - aku punyai mood yang pelbagai, ikut suka je nak gelak2, nak nangis2, nak marah2..kesabaran pada kaum adam adalah unsur penting yang wajib ada.

3. tak banyak kerenah - tak kisah aku nak wat apa2 benda mengarut dan boleh layan ngan kerenah aku yang bukan2.

4. tak hensem sangat, sedap mata memandang - aku serik ada boyfriend hensem, cepat je kena kebas. so, dapat yang sedang2 pon dah kira ok.

5. hati yang besar, sangat baik hati - tak kedekut dan pemurah.

6. lebih berumur dari aku - tapi nak wat camne kan, aku nih dah ada cop kat dahi "hanya 25 tahun ke bawah sahaja" kot. previous boyfriend is 2 years younger than me. korang caye tak, alang is 21 years old! 5 years younger than me! hehe..mak suka anak ikan noks!

7. tenang - biar pon aku tengah mengamuk sakan camna pon, dia still leh maintain cool lagik.

8. senyuman yang sangat manis - untuk aku tak mudah marah. kalau nak marah jek, terus tak jadik..heee...

9. punya 5 C (cash, condo, car, credit card and...apa ek?) - again my alang tak punya antara 3C (condo, car, credit card) tu lagik, cash ada la..he is 21 wat!

10. keyakinan - punya keyakinan untuk melakukan segala keputusan. aku sangat tak pandai nak wat decision...

11. tak kesah aku gemok - badan aku memang cenggini tau..tak tau nak wat camne lagi dah.

12. soft spoken - aku senang jatuh hati pada orang yang cakap lembut2..tapi bukan nyah tau!

13. romantik - jangan la terlalu berbunga sangat, sket2 bleh la...

14. kuat makan - kalau aku masak, aku tak suka makan, tapi aku suka paksa orang tu makan..hahahha!

15. tahan sikap aku yang sangat suka 'melekat'. mana2 pegi pon suka berdua jek..

entri di atas ditulis semalam, tapi sebab server lembab macam kurekure, aku sambung hari ni..

16. smart sentiasa - biarpon muka tak ensem, tapi kalau pakai kemas2, mesti sejuk mata memandang.

17. pandai ambil hati parents aku.

18. terima aku seadanya..biarpon aku nih dah tahap obes, tapi still sayang kat aku.

19. pandai berlawak - tapi jangan selalu sangat, cuma untuk selingan tatkala boring, bolehla..selalu sangat kang ingat clown plaks.

20. dulu2 suka chinese look, pastu suka yang rempit look tapi skang nih aku tak kesah, apa2 pon boleh, asalkan smart sentiasa (sila rujuk no. 16)

21. yang paling penting...seseorang yang SAYANG AKU!!!

nak tag sape plak ek...aku nak tag dalie, azim2u, ahyeop, cik bwg ngan cik kema.

sabtu ni aku kena sambung kemas2 umah..ibu aku ni over sangat, dah macam ada orang nak menikah plak. aku terpaksa la melayan kerenah ibu aku ni. setiap corner umah dia nak ubah..penat tau!

ahad plak nak pi umah parents alang nak hantar dulang2 hantaran berserta hantarannya sekalik. aku kesian kat mak alang, kerja teruk2 takkan la nak dia buat gubahan hantaran kan, so aku dengan tidak ada sebarang skill dalam gubahan mengambil risiko untuk menggubah hantaran untuk kedua2 pihak sekalik. nanti, lepas majlis, aku post gambar2 hantaran ye, boleh la korang komen2, kutuk2...aku memang tak kreatif! heeee....

ok ya, jaga diri ya korang! selamat berhujung minggu...

Monday, August 6

aku telah gemok yang teramat!!!!

nak kurus pon kena mintak izin...pada mulanya alang tak bagi aku kuruskan badan, risau aku saket2 kemudian hari katanya. tapi, oleh kerana aku ni pandai sangat memujuk orang, last2 alang lembut hati gak..

korang tau tak berat aku dah brape skang nih? 8x.x kg...kenapa? tak pecaya? semalam baru aku timbang berat badan, sangat terkejut, boleh naik 10 kg dalam masa 5 bulan...huh!



*aku risau kalau2 aku jadik macam akak kat atas nih...takuttttttttttt.............

maybe aku nak amek produk biohealth...but maybe nak amek sendayu tinggi...

takpon aku pi slimming centre..buat body wrap ke, sauna ke...

skang nih lutut wat hal, takleh la nak exercise, aerobik bagai kan...but yoga sound interesting! i should consider yoga too..kat maybank manjung nih ada kelas yoga baru bukak. :)

auuummmmm........auuuuuummmm......tarik nafas panjang2....hembusssssssssssssssss..........

best kan?

skang nih aku dah rasa stress tentang hidup yang teramat sangat...fikir pasal engagement ceremony, pasal kerja yang aku rasa tak abis2, dahla skang nih kiranya aku ditakluki oleh 2 department..tu pon nasib baik dept commercial tak rebutkan aku gak...

mak glamer nyah! hikhik...(gatal!)

i have to finish all ISO's stuff before friday. kalau tak mati mak! next week FAT (Factory Acceptance Test) dah nak start...mak suka FAT, sebab mak suka dok saje2, buang masa gitu...hahahaha!

lunch tadik makan tomyam sedap bersama dalie, shah and ahyeop. makan tak hingat donia, kalau ikut kata hati tadik, dah lama aku tambah nasik...huhuhu.

weekend tak wat ape2, sabtu just chilling at home, tgk tv, karaoke sorang2..sebab ibu, ayah, ngan adek pi penang. ajiq lak pi mmu cyberjaya. so, dok kat umah tunggu alang balek kerja, petang baru pi kuar jalan2 ngan dia. sangat penat tau! semua pasaraya kat sitiawan-manjung-lumut kitorg pegi...

ahad plak wat spring cleaning..almaklumlah kan, ada majlis tak lama lagik, so bilik my parents telah didecidekan untuk menjadik bilik rasmi majlis nanti. senang, sebab bilik tu kat depan. so bermati-matian la kemaskan bilik tuh..heee...yang klakarnya, ayah cuma duduk kat tv hall jek. aku, ibu ngan ajiq yang beria2 wat segala pengubahsuaian. korang jemput la datang umah ek!

okla..nak pi sambung wat keje nih...jaga diri ya noks!





Thursday, August 2

mabuk coklat

semalam, aku ngan alang makan nih kat secret recipe...


korang perasan tak? semua di atas bermotifkan coklat? hahahha...kitorang tak perasan yang kitorang order sume coklat sampaila menu2 tu sampai kat kitorang..


20 minit kemudian kami berdua mabuk coklat.


cakap merepek2, jadik horny semacam jek...huuuuuuu....


nasib baik tak wat tiger show kat secret recipe tuh!

:D