kejap je pose, dah nak raya dah...
dah siap ke persiapan raya korang? aku biasa2 je. cuma kubur arwah angah, Allahyarham Noorrul Fakheer, aku tak pegi2 lagik. ingat nak pi petang ni. nak bersihkan sket kubur nya. biarpon ada orang masjid yang bersihkan, tapi aku sebagai kakak arwah, mestila nak tgk keadaan kuburnya kan? ada aku bagitau nape arwah angah meninggal?
arwah meninggal kerana pneumonia. masa tu dah tahap kritikal. kami keluarga tak tau, dia empunya diri sendiri pon tak tau yang dia saket. cuma dia ada batuk2 dan pening2. tu je.
arwah meninggal dunia pada umur 17 tahun. keesokan paginya arwah ada paper ekonomi spm tahun 2000. diam tak diam, arwah dah 7 tahun meninggalkan kami. ingat lagi sewaktu keputusan SPM dikeluarkan, sorang pon tak berani nak ambil keputusan exam arwah. yang aku tau, banyak sangat offer uni swasta dan awam datang kat umah. setiap kali offer tu datang, ibu mesti sedih sangat.
kawan2 ibu kata, arwah pergi dulu sebab dia nak orang ingat dia selalu muda, hensem je.
pernah kami berdua berangan, arwah angah pernah cakap, 'along, nanti angah dah abis blajar, along bukak je bengkel motor, along jadik bos, kira duit je. biar angah yang buat keje repair2 motor. angah blajar tak pandai, bleh wat keje2 camni je'. pastu, dia sambung lagi, 'takpon, along bukak restoran, angah yang masak. along tunggu kat kaunter je. ok?'. arwah angah sangat baik hati, cuma kadang2 tu ada sedikit degil. biasala, remaja mana yang tak degil kan?
setiap ahad dia la orang yang sangat rajin. masakkan breakfast untuk kami sekeluarga. arwah sangat suka memasak. pernah juga dia berangan nak buka warung burger.
jap..jap..rasa sedih plak.
okla. taknak la ingat2 arwah lagi. banyak sangat kenangan aku ngan dia. masa kecil dulu, perkataan 'kite geng!' slalu jadik ungkapan terbaik kami. beza aku dan arwah hanya setahun setengah.
okay, smalam pi umah bakal mertua aku. rasa sangat excited dan sangat penat okay! sampai2 je umah sana, terus tolong mak kat dapur dari pukul 2 ptg sampai kul 4ptg. (di sini, aku sebut bakal mertua ku mak dan abah, untuk menyenangkan aku menaip. harap maklum.) then, bawak mak dan abah pi pekan bruas, shopping barang dapur sket dan ronda2 pasar ramadhan. param kat sini sangat awal ok! kul 4.15ptg hampir semua gerai dah bukak. kalau param kat manjung, kul 5 baru terhegeh2 nak bukak.
sepanjang kat param tu, nak dijadikan crite, orang2 kat situ memang kenal sangat ngan abah. abah pulak asik introduce kat orang2 kat situ, 'ni anak,menantu kite ni'. bleh tak? malu sangat ok! tak tau nak letak kat ne muka ni. belom kawen lagi la abah! pepandai je abah aku nih.
lepas shopping2 tu, sambung tolong masak lagik. mak ni kalau aku datang, ada je lauk yang nak dimasak. bayangkan, kat param tu je, abah ngan mak beli kuih-muih sampai rm6! gile banyak! aku memang kuih2 ni kureng la sket, sebab masa berbuka tu dah terbayang nasik dulu. tolong mak sampai kul 6.30ptg, then amek adik en.alang, anjang kat kedai. anjang ni keje jadi pembantu kedai runcit kat pekan bruas tu. so, skali lagi aku pegi ke pekan. tapi kali ni hanya bersama en.alang. beli lagi barang dapur sket, then amek anjang, terus balek umah. sampai je kat umah, dah sampai waktu berbuka. apa lagi, 3 gelas air aku taram. gila haus! masa ni makan nasik pon dah rasa nak terkeluar balik. hahhaha! buruk bebenor rupanya!
bertolak dari gelung pepuyu tu kul 9.30pm. sampai umah around 10.30pm. kete banyak, jadinya kena la bawak slow2. sampai2 je kat umah, terus baring kat beranda. en alang sampai dok goyang2 badan aku soh aku bangun. aku serius takleh bangun, angkat kepala apa lagi la kan. last2, en alang ketuk pintu umah aku, mintak bantal kat iqa. then, dia letak kepala aku atas bantal, dia duduk sebelah aku baca paper. hahahaha! teruk kan? ntah hape2 perangai aku buat semalam. aku terus tertidor kat situ sampai kul 12.30 tgh malam. tu pon aku terjaga sebab ada bunyi guruh kuat sangat. aku tengok en alang dah terbongkang atas krusi. aku masa tu baring atas lantai je. aku kejut dia, soh dia balek. dengan muka mamai dan comel, dia slow2 ikat tali kasut, start motor pon ntah brape ribu kali. yela, orang tgh mamai nak bawak moto, harusla terhegeh2 kan.
overall, semalam hari yang sangat memenatkan. dan juga hari yang best.
hari ni nak pi berbuka ngan singles ADT kat restoren telok muroh kat lumut. tadi try kol restoren tu, takde orang jawab plak, jawabnya, kena gak pi sana petang nih. hehehe...
hari ni aku takdek keje. cuma kacau2 orang je.