Tuesday, October 23

raya pertama

okeh, pagi raya kitorang berada kat umah mak long. mak long ni kakak ipar ayah, arwah pak long dah lama meninggal, tahun 1986 kalau tak silap. biarpon arwah pak long dah lama takde, tapi hubungan dengan mak long tetap diteruskan, ibu aku sangat serasi ngan mak long aku nih. (ekceli ibu sangat baik ngan ipar-duai nya..)




pagi raya, sambil menunggu kaum lelaki balik dari solat raya. masa ni dah makan-makan pon. kitorang takde tema kaler pon tahun nih. semua pakaian semborono jek. hahaha!


3 dara pinggitan. penat posing, at last, aku gak yang nampak bagak jugak. haaaiiihhh....




okeh, lpas ayah ngan ajik balik solat raya, kitorang pon off to umah pak uteh plak. kat atas tu dari kiri, ayah, ibu, pak uteh ngan mak uteh. tahun ni raya umah diorang agak suram sebab 3 anak diorang dah kawen, plaknye sume beraya umah mertua dulu. sunyi la sket...



dalam perjalanan ke singapura, umah mak ana. nenek ngan atuk tinggal ngan diorang jugak. mak ana aku ni adik ibu aku second bongsu, umur baru 33 tahun, anak dah 7 orang. kawen umur 19 tahun, sebab tu ramai dah anak2nya..



kawasan umah mak ana kat sembawang close. beraya kat singapore ni rasa sunyi, aman damai je. dan takla meriah macam kat malaysia la kan. yela, nak bertakbir pon takleh nak pakai microphone. cuma orang dalam masjid je bleh dengar takbir tu. kalau rasa2 nak dengar takbir kat umah, bukakla radio atau tv je.




see my atok ngan kain pelikat tu? masa ni dia seronok sangat kitorang balek, sebab ayah suka belikan dia tembakau. mahal ek tembakau skang, rm18 satu tin cap nenas kecik tu. atok aku ni suka isap paip.




anak-anak mak ana. aku suka yang kecik tu, sangat manja dan comel! ada 3 orang lagik, tapi tak abis2 beraya kat umah kawan2 diorang.




hehehe...banyak lagi kejadian yang berlaku dan jadik masa ni, masakan nenek aku yang power asik lupa amek gambor jek. kari ayam ngan asam pedas ikan nenek adalah menu wajib setiap kali kitorang satu family balek sini. kami kat singapore ni 2 hari 1 malam je..sebab masuk hari isnin tu dah kena bayar fee entry. sing dollar 20 tau! kalau convert duit malaysia, dah rm 45.40. tu tak kira lagik tol kat kastam singapore ngan kastam malaysia. sume pakai duit jek. huhuhuhu....



9 comments:

me3n said...

wah2 raya kat singapore tuh. komain lagi ko eh. takde gambo main merchun ke hehe.

Mak Su said...

memang macam tu ker kat sana? tak leh pakai mike? oohh... tak per ler.. anyway, siok ek, jauh pi beraya ek, sampai ke oversea

shasha said...

tak syok la tak leh dengar takbir raya...issk..issk..kejam..kejam..hehehe

dedalie said...

kekure,
mak tak suka...mak nak komen dr semlam tak boleh..uhuhu

ko mmg terbaik la nyah, raya sampai oversea..bestnyaa..

aku rasa kalau aku makan asam pedas nenek ko mesti aku dah taknak balik mesia dah..ahahah..

ko tak bagak la..cute.. :)

Intan and The Boys said...

ad3ck,
kat singapore mana leh main mercun. nak main bunga api pon kena sorok2..huhuhuu...

maksu,
memang tiap2 tahun kena balek, kalau tak orang tua kat sana merajuk.

shasha,
nak wat camne kan, negara orang...

dalie,
tenet mengong kan!

mak memang tiap2 tahun balek sana, tak rasa special pon.

yup, aku memang rasa kalau ko dah makan asam pedas nenek aku, sure ko teringat2 sampai bila2..hehehhe..

flush said...

bila nak bwk asam pedas ko ni.. diorg kata best sgt, aku nak merasa jgk..

RATNA RAHIM said...

waaaaa jauhnyeee jalan raye~sampai Singapore sane ekkk~haha

Intan and The Boys said...

flush,
tu la..aku soh datang umah, ada jek hal ko tu..

cik bawang,
tu la..kalau kampong kite kat korea, lama dah singgah jumpe cik bawang..hehehehe..

aria ayumi said...

waaa akk raya kat spore yek. nnt klw akk nak gi raya kat spore agi, ajak diya tau! :D