aku patut bahagia........
aku rasa aku patot bahagia kerana;
i) ada orang yang ambil berat tentang aku. contohnya, aku makan apa tadi, makan banyak mana, nape aku makan banyak, nape aku dah jarang pi padang, dan sebagainya.
oi! suka hati aku la nak wat apa pon! korang sebok apsal? aku pakai duit mak bapak korang ke makan banyak2? aku ada mintak sedekah ke kat korang? easfjbvhgaeivbnc'KNFAlawsgv!!!!!!
ii) aku punya perut 3 lapis. boleh simpan makanan dengan kadar yang banyak. lagipon, ianya amat berguna apabila aku berhibernasi.
ya la sangat! hibernasi konon..
MAKAN+MAKAN+MAKAN+TIDO=GEMOK SEBESAR TRAK NAVY. ya, aku sangat besar ok!
iii) punya kereta yang nampak ganas. apabila memotong jalan dan membelok tak perlu bagi signal. kan kereta aku ganas!
sebenor2nya signal kereta aku dah rosak. gagagagaggagagagagagagagaga!
iv) punya adik perempuan yang sangat baik. semua kerja2 rumah yang sepatotnya aku buat, dia tolong buatkan sebab skarang ni cuti skolah.
kena tadah telinga setiap kali aku balek keje. 'along ni malas la..semua nak orang buatkan'. mana taknya, amek air dari peti ais pon aku suruh dia. wakakakakkakaka!
v) punya ibu yang tak suka anak perempuannya berada di dapur. rimas katanya.
jangan komplen lelebih kalau masakan aku tak sesedap mana. kang aku ketuk kang!
vi) punya kucing jantan bernama bobby yang sangat manja. pagi2 dah mengiau depan pintu bilik minta makan. lepas aku bagi bobby makan, aku akan masuk bilik air dan bobby akan mengekor bontot besar aku nih masuk bilik air gak. ya, bobby adalah seekor yang suka pada air dan suka mengendap tuannya mandi. lepas aku mandi, bobby ikut aku masuk bilik tukar baju sambil golek2 atas katil aku. ya, aku bahagia punya kucing yang amat manja.
kengkadang rimas bila bobby mengekor aku ke mana2 saja aku pegi. slalu sangat terpijak kaki atau ekor dia. huhuhuhu...
vii) punya kawan yang baik. dalie. dia sanggup tadah telinga dengar semua kesah aku ngan en.alang. juga sanggup dengar semua caci maki aku terhadap segala kejadian yang berlaku di sekelilingku. thanx dalie! *wink!wink!*
tapi slalu sangat kena marah ngan aku. huahuahua..sori dalie daling! itula kasih sayang aku sebenornya...ngeeeeeeeeeee........
viii) selama 2 minggu ni aku makan lunch free sebab ada FAT. ohhh..bajet sungguh! ;)
lepas ni dah takdek FAT. makan pon kena duit sendirik la..huuuu....
ix) punya cuti lagi 3 hari untuk tahun ini. memang boleh sangat aku nak cuti panjang hari raya haji nih.
oi! oi! mana cukup 3 hari je lagik? nak pi jalan2 lagi, holiday kat ganu, nak bercuti panjang masa krismas...
x) punya tunang yang murah hati. en.alang pagi tadi awal2 datang umah aku untuk menanam pokok keladi dan mencantas pokok bunga kertas ibu yang merimbun. trima kasih abang! *muah!*
tu la...sape suruh offer diri kat ibu. kan dah kena kerah.
adakah aku patot bahagia?