Wednesday, November 28

aku patut bahagia........

aku rasa aku patot bahagia kerana;

i) ada orang yang ambil berat tentang aku. contohnya, aku makan apa tadi, makan banyak mana, nape aku makan banyak, nape aku dah jarang pi padang, dan sebagainya.


oi! suka hati aku la nak wat apa pon! korang sebok apsal? aku pakai duit mak bapak korang ke makan banyak2? aku ada mintak sedekah ke kat korang? easfjbvhgaeivbnc'KNFAlawsgv!!!!!!




ii) aku punya perut 3 lapis. boleh simpan makanan dengan kadar yang banyak. lagipon, ianya amat berguna apabila aku berhibernasi.

ya la sangat! hibernasi konon..
MAKAN+MAKAN+MAKAN+TIDO=GEMOK SEBESAR TRAK NAVY. ya, aku sangat besar ok!




iii) punya kereta yang nampak ganas. apabila memotong jalan dan membelok tak perlu bagi signal. kan kereta aku ganas!

sebenor2nya signal kereta aku dah rosak. gagagagaggagagagagagagagaga!




iv) punya adik perempuan yang sangat baik. semua kerja2 rumah yang sepatotnya aku buat, dia tolong buatkan sebab skarang ni cuti skolah.

kena tadah telinga setiap kali aku balek keje. 'along ni malas la..semua nak orang buatkan'. mana taknya, amek air dari peti ais pon aku suruh dia. wakakakakkakaka!





v) punya ibu yang tak suka anak perempuannya berada di dapur. rimas katanya.

jangan komplen lelebih kalau masakan aku tak sesedap mana. kang aku ketuk kang!





vi) punya kucing jantan bernama bobby yang sangat manja. pagi2 dah mengiau depan pintu bilik minta makan. lepas aku bagi bobby makan, aku akan masuk bilik air dan bobby akan mengekor bontot besar aku nih masuk bilik air gak. ya, bobby adalah seekor yang suka pada air dan suka mengendap tuannya mandi. lepas aku mandi, bobby ikut aku masuk bilik tukar baju sambil golek2 atas katil aku. ya, aku bahagia punya kucing yang amat manja.


kengkadang rimas bila bobby mengekor aku ke mana2 saja aku pegi. slalu sangat terpijak kaki atau ekor dia. huhuhuhu...





vii) punya kawan yang baik. dalie. dia sanggup tadah telinga dengar semua kesah aku ngan en.alang. juga sanggup dengar semua caci maki aku terhadap segala kejadian yang berlaku di sekelilingku. thanx dalie! *wink!wink!*

tapi slalu sangat kena marah ngan aku. huahuahua..sori dalie daling! itula kasih sayang aku sebenornya...ngeeeeeeeeeee........





viii) selama 2 minggu ni aku makan lunch free sebab ada FAT. ohhh..bajet sungguh! ;)

lepas ni dah takdek FAT. makan pon kena duit sendirik la..huuuu....





ix) punya cuti lagi 3 hari untuk tahun ini. memang boleh sangat aku nak cuti panjang hari raya haji nih.

oi! oi! mana cukup 3 hari je lagik? nak pi jalan2 lagi, holiday kat ganu, nak bercuti panjang masa krismas...





x) punya tunang yang murah hati. en.alang pagi tadi awal2 datang umah aku untuk menanam pokok keladi dan mencantas pokok bunga kertas ibu yang merimbun. trima kasih abang! *muah!*

tu la...sape suruh offer diri kat ibu. kan dah kena kerah.






adakah aku patot bahagia?

12 comments:

shasha said...

saya setuju...anda patut rasa bahagia..

Anonymous said...

kekure,

u deserve the happiness nyah..hehe

tapi aku tgk ko makin kurus je? serius..tak tipu.. kalau ko makan byk, aku pun makan byk la..sbb aku makan skali ngan ko.. takpe. kita duduk tpt sejuk. bakar lemak cepat sket. hehe

intan garang... hehehehe.aku yg garang pun digarangkan olehnya.. hehe. tp takpe. untuk kebaikan. wakaka..

peej said...

paling rimas if kucing ikut kat kaki kan...
dah la si sucre tuh suke buat no lapan okay kat kaki..x bole nak bergerak..if turun tangga..die lari laju2..pastuh benti betul2 depan kaki...arghhhh..tension okay..banyak kali nak jatuh...*ish tetibe aku lak yg emo*

ye..kite patut rasa bahagia..walaupun kadang2 rasa x puas hati ke apa..tp if x bahagia..atleast kite bersyukur yg apa yg ada.. ;p

Intan and The Boys said...

shasha,
hmm..agaknya la kot.

dalie,
mana kurusnya? perut aku ni makin kedepan tau. dah macam org pregnant 5 bulan. huhuhuhuhu.
ye, aku garang. tapi aku jugak lemah lembut. camne tu? hmm...

peej,
yup. kucing2 ni memang mengada tak bertempat. slalu jugak nak terjatuh. ishhh...
tapi rasa sayang tu lebih kat kucing2 ni. tu yang sayang nak pukul.

Mak Su said...

eh.. of course you should

aria ayumi said...

hoho. akk ni klaka la. diya slalu tergelak sowang2 bile baca entry akk :p

btw, yg nombor 4 tu sama ngan diya. diya seorang kakak yg kijam. huhu

kak, betul ke ape yg akk bitau kat blog diya? diya ukan pro kak. tkt akk nyesal lak nnt

hajarss said...

fat tu pe cik kekure?

hajarss said...

cik kekure, hajar ada something tuk cik kekure, sila tgk my page entri pelik kah aku ye.. :)

13may said...

sokong sokong!

:D

nanonano said...

ekekke,
hamboi !
bahgienye idup
:D

Intan and The Boys said...

maksu,
hehehehe...

diya,
nanti kalau akak confirm nak amek diya jadik photographer, akak bagitau la ek. nak amek pro, mahal sangat. paling murah pon rm1000. huuuu....

hajars,
FAT=Factory Acceptance Test. Nak citer macam panjang berjela plak. heee...
ok, kite akan datang tgk.

13may,
idup may! ;)

nano,
hmm..boleh dikatakan begitu la jugak. ;)

aria ayumi said...

perghh. sangat mahal.

takpe kak. diya nye khidmat diya kasik murah2 jek. *hehe nak pomot diri lak* :p