Monday, December 3

tag, tag dan tag lagik.

7 perkara pelik tentang diriku.

okey, tag ni dibuat disebabkan aku telah di tag oleh 2 orang manusia bernama peej dan hajarss, so terpaksa la jugak jawab kan. kang maunya dema band blog aku, takmo singgah dah. oohhh..terasa diri ini dipaksa2. heheheheh...


so, mari kita mulakan.


1) aku tak suka tengok lecah2 dan kotor kat dapur atau bilik air. biarpon aku pakai slipar rumah, aku akan terjengket2 kegelian. ya, aku seperti peej ada masalah geli2 nih. hakikat yang sebenar, antara aku suka pada en.alang, rumah family dia walaupon rumah kampung, tapi kebersihan sangat la tip-top! bersih, kering dan selesa.



2) aku tak makan cili merah. tapi cili hijau sangat la suka. lagi pedas lagi bagus. tapi, yang peliknya aku sangat suka makan kari mamak. sebab diorang hanya gunakan rempah ratus dan cili pon pakai cili serbuk. oh ya, cili serbuk aku tak kesah. tapi tolong la jangan ada cili merah bersepai2 dalam pinggan aku. sampai kesudah tak akan aku makan guna pinggan tu.



3) aku tidor suka pakai selimut. biarpon hari panas melahang pon aku suka selimut badan. tak tau nape. slimut tu macam satu keselesaan dan rasa selamat. masa kecik2 dulu aku suka tido berselubung satu badan. tapi skang ni cukup syarat ada atas badan pon dah cukup. percaya tak, aku dapat selimut besar blanket baby pon dah mencukupi. untuk syarat jek.



4) one thing pasal tido ni, aku jenis cam peej gak, suka tido peluk mende. apa2 pon tak kesah asalkan dapat peluk. bolster yang ada skang ni tak yah la cakap kan, dah macam bantal leper yang panjang jek. dah takde rupa bantal peluk pon. tapi dapat en.alang yang kurus kedengking, takle huggable sangat la kan. tapi, aku skang ni tgh paksa dia main gym balek. dulu2 dia rajin workout, badan dia memang berotot kekar bagai la kan. skang je dia cam dah malas. mungkin sebab dapat aku yang susah nak workout agaknya. huuuuuu...



5) apa ek..oh! aku sangat suka kari ayam dalam tin. tak tau nape, kari ayam tu rasa cam best gile! kalau tambah cili padi..woooo masyuk ooo!




6) tak berapa nak makan sardin (sardin yang dibuat sebagai lauk, sandwich sardin..etc). tapi sardin roll aku makan pulak. korang tau ke sardin roll tu apa? sesape yang penah satu maktab ngan aku dulu, familiar sangat la ngan sardin roll nih. sardin yang di'roll' dalam roti dan kemudian dicelup dalam telur yang telah dipukul kemudian goreng. masa kat maktab dulu, kawan2 aku punya sardin roll slalu aku kibab (sapu)! hehehehe.




7) selalu sangat dapat 'jodoh' ngan orang yang lebih muda dari aku. kalau stakat muda bulan atau setahun dua takpe lagik. ni dah sampai 3-5 tahun beza. gile ah! korang tau kan en.alang muda 5 tahun dari aku? hmm...slalu sangat rasa diri ni macam mak hayam. yela, jalan ngan anak ikan. glamer mak noks! wakakakakakaka! (slalu sangat aku terfikir, aku ni nampak muda sangat ke sampai orang2 muda ni bleh buta hati minat kat aku?)



lagi satu tag, di tag oleh shasha.

First Name- Intan
Nickname- Intan, Lynn (family sahaja), Along, Along Lynn, Intan Hez.
Name you wish you had- Sarah. tak tau nape, suka sangat nama ni.
What do people normally mistake your name as- Hezliana, Hezliaya (ye, dah 2 kali orang silap tulis camni.)
Birthday- 16 Ogos 1981
Birthplace- Hospital Besar JB
Time of Birth- menurut dokumen sijil beranak, 5.20pm. tgh panas hari tu. sebab tu aku panas baran. hehehehe...
Parents together or divorced- together2 gitu..
Get along with them- yup.
Single or taken- engaged maaa....
Zodiac sign- Leo

-Your Appearence-

How tall are you- tak hingat la...
Wish you were taller- yup
Eye color- light brown
Eye color you want-blue as the sky..
Natural Hair color- black
Current Hair color- black
Short or long hair- very2 short. tomboy short.
Ever dye your hair a bizarre color- hari tu inai rambut. tapi kaler tak naik pon.
Curly,Straight,Wavy- very curly. kerinting kecik2..macam anak kels.
Last time you did something dramatic with your hair- potong sangat pendek. dan menyesal.
Glasses or contacts- glasses. tak reti pakai cl.
Do you wear make-up- sometimes.
Ever had hair extensions- yeak! geli!!!!
Paint your nails- berdosa la...

-In the opposite gender-

What color eyes- grey..i wish!
What color hair- black. hitam gaya keunggulan.
Shy or Outgoing- mana2 pon tak kesah. i'm very flexible!
Looks or personality- personality definitely! rupa paras yang manis2 dahle.
Sexy or Cute- sexy...aauuummm!
Serious or Fun- serious+fun
Older or Younger than you- kalau boleh lebih tua. tapi jodoh tetap yang muda jugak dapat. hmm...
A turn on- muat muka seposen mintak simpati maafkan dia. memang takleh tahan!
A turn off- kentut..kentut...!

-This or that-

Flowers or Chocolate- chocolate
Pepsi or Coke- coke!
Rap or Rock- rock
Relationship or One night stand- relationship
School or Work- school!
Love or Money- money+love
Movies or Music- movie
Country or City- country
Sunny or Rainy days- sun shiny day!
Friends or Family- friends and family. macam package digi tuu...

-Have you ever-

Lied- yes
Stole something- yes
Smoked- no
Hurt someone close to you- yes
Broke someones heart- yes
Had you heart broken- no..slalunya aku yang patahkan hati orang.
Wondered what was wrong with you- hmm...always!
wish you were a prince/princess- kalaulah..
Liked someone- not always
Liked someone who was taken- jarang-jarang
Shaved your head- no..never
Been in love- i am in love!
Used chopsticks- i like!
Sang in the mirror to yourself- hmm..slalula jugak. perasan sore sedap la konon..

-Favorites-

Flower- tuba rose
Candy- clorets
Song- seribu tahun. by imran ajmain.
Scent- elizabeth arden. 5th avenue.
Color- pink, white, black, green
Movie- yang best je la..
Singer- yang best je la..
Word- comel
Junk food- chips
Website- blogger
Lotion-olay
Animal- cat, rabbit, hamster..
Ever cried over someone- yes. saya sangat cengeng
Is there anything you wish you could change about yourself- i wish i have smaller body figure.
Your biggest fear- death
Do you think you're attractive- maybe. bila rasa seksi.
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose- heroin citer enchanted tu..
Do you play any sports- tenis, baminton, lompat getah, batu seremban, congkak, ting-ting, konda-kondi..




ok..itu sajork. tak nak tag orang lain. aku tau seksa nak jawab tag2 nih. hehehe...

12 comments:

peej said...

no 1 & 4...yea yeay..kita serupaaa...kita serupa..la la la~ pija pun kalau dlm toilet tul..sambil2 'beris'..mesti sambil nak menyental lantai ke..dinding ke..x suke tgk kotor2..

pasal anak ikan tuh..i loike..sbb saya jumapa satu anak ikan yg est laaaa.... ;p~tuh yg berbunga2 tuh..huahuahua...awak org first tau..la la la~

flush said...

aku selalu cucikan toiletbowl rumah2 sewa member aku (kalau tido).. kira balas budi la tu kan..

Ceera said...

alang 5 taun muda ker? baru kita tau... ngeh~ mungkin awak nampak cam 18kot, la la la~

aria ayumi said...

erk, biar betik. en alang muda 5 thn dr akk? diya ingatkan muda 3 thn je. huhu. tershilaps lak diya.

bangga ape dpt yg muda dr kite. ngehh. sungguh akk bertuah :D

XRNH said...

ishh, tina sgt suka sardine..tiap2 hari makan sardin pun takpe..nasib baik ajib pun soka makan sardin..senang la tna nanti, hahahaha...

Zetty said...

rajin sungguh membuat tag .. nasib baik laa saya dah lama takde sapa nak tag .. kalau tak rasa cam tak sempat2 aje nak buat .. huhuuuu ..

dedalie said...

kekure,
aku suka sardin. hari2 aku bleh buat muka sardin. hehehe

dedalie said...

oh ya lupa plak. perangai kau yang tak makan cili merah itu sangat lah pelik. hahaha. serius. sgt pelik.

Anonymous said...

mine is 2 years younger..
nak wat camne, dh jodoh =)

Mak Su said...

hai sarah... (macam sumel gitu)

TedungS said...

sama la aku pun suka dipelok hoeheh

Intan and The Boys said...

peej,
hehehehe..tu la. kite ni banyak persamaan kan peej? hehehe..bleh jadik bestfren gitu. kan?kan?

jumpa anak ikan? kat mana? crite la dalam blog. klau ada gambar agi bagus! ;)

flush,
bagus..eh, sama la kita..aku pon slalu basuh toilet masa kat umah sewa. hehehhehe...

ceera,
really? cam 18 tahun? mak soka..mak soka!

diya,
ehem..tak tau la apa ilmu yang akak ada sampai jodoh sume muda2..huuu...

tina,
wah! masyak senang ooo... tina la yang senang kan? takyah nak pening2 kpala nak masak yang susah2..

yatie,
tula pasal. rasa macam dipaksa2 plak. huuu...

dalie,
yeah..i know.. ;P

dalie,
pelik ek? pelik ke? huuuu....

ms pinky,
one thing senang berjodoh muda ni diorang tak akan banyak cakap bila kita suruh mende2 kan? diorang akan turut jek. heeee.....(queen control gitu!)

maksu,
hai! (hehehehe..suka tau!)

tedungs,
meh sini aku pelok sket..oopppss!