Monday, December 10

LIMA!

pagi jumaat aritu,
pi LIMA.

ya, LIMA yang kat langkawi tu. itupon setelah termakan pujuk DALIE yang beria2 mengajak. jam 9++, kami bertolak dari stewan. kami pi bertiga. aku, dalie dan shah.

sampai kuala perlis jam 12++pm. dapat tiket feri jam 1.30pm. sampai langkawi jam 2.45pm.

amek teksi pegi porto malai, sampai sana terus pi kat booth company.

letak bag, jalan2, round2 satu expo. orang punyalah ramai tak terhingga. tapi tak rasa penat lagi. rasa excited.

balek apartment jam 6pm. mandi2, lepak2 jap, pastu pi dinner.

dinner tak la memberangsangkan sangat. makanan tak best. dan suara2 manusia yang berkaraoke pon takle best.

layan je la...

abis dinner, terus balek apartment, tido. tido macam orang mati. tak sedar apa2 pon. sangat letih.

SABTU,

breakfast disediakan pihak apartment. lepas amek2 makanan, cari budak2 ni nak duduk sama. nak tau aku terserempak ngan sapa? dan buatkan aku ternganga mulut kekaguman?




Juruterbang jet pejuang TUDM Kapten Patricia Yapp Syau Yin.

Rupa dia sebijik macam kat atas tu. Baju pon sama. comel!dan dia duduk makan bersama2 semua pilot2 lelaki yang gagah2 lagi ensem. masa aku terserempak ngan dia, diorang beramai2 baru nak bangun, baru lepas makan.

aku masa tu tgh pegang pinggan. memang rasa nak pi salam dia. cuma sempat bertukar senyuman je. takkan la sebelah tangan pegang pinggan, sebelah lagi nak salam orang yang aku kagum kan?

macam ada yang tak kena je. hehehehe...

criter selanjutnya tentang Kapten Yapp ni, sila klik di sini.

sepanjang hari aku rasa macam nyesal tak pi kejar dia, salam2 tanya kabar. rasa rugi ooooo.....


lpas breakfast, jalan2 kat kawasan expo tu lagik. niat hati nak sangat pi tgk expo udara, tapi diorang kata kena bayor. tu yang rasa malas tu.

around tgh hari, pi jeti beli tiket feri. amek tiket kul 5.30pm. pastu, lunch.

dah lepas kenyangkan perut, pi shopping kat pekan kuah. aku cuma beli coklat. budak 2 orang tu beli macam2.

pas soping, naik feri, sampai kuala perlis dah maghrib. off to changloon, pekena mihun sup kat sana. dalie, mihun tu memang sedap la!

sampai stewan dalam kul 11++pm.

jumpa en.alang, borak2, pujuk2, romen2 sket.
dia merajuk sebab aku pi langkawi tak ajak dia.
camne la nak ajak, dia keje.
lepas je dia dah ok, dia balek umah.
aku pon masuk tido.


AHAD,

pi tepeng. sebab nak pujuk en.alang punya pasal.
jalan2 area tasik, bosan.
pi makan, then pi ipoh tgk wayang.
citer HEARTBROKEN KID.
best gak. aku bagi 3.5/5 star.
en.alang gelak berdekah2. sangat klakar.
lepak2 jusco,
sampai umah kul 8 mlam.


PAGI NI,
aku rasa penat.
sebab asik terkejar2 sana-sini.
keje yang memaksa aku untuk turun naik tangga setiap waktu.
fotostat dan asah pensel.
ayah baru kol tadik.
pujuk aku amek cuti next week, nak pi HATYAI.
wah!!!!!!!!!!
peluang keemasan tuuuuuuuuuuu........
hehehehe......
apa2 pon, aku tunggu approval dari bos dulu. tgk dulu camne.




ok korang, slamat hari isnin ya!
daa!

12 comments:

Mak Su said...

selamat hari isnin, alamakk... patut amik gambar berdua ngan kapten yapp tu hari tu.. tak per ler...

aria ayumi said...

HATYAI? nak ikut :p

err... ape istimewa kapten patricia tu yek? die dpt anugerah ape? *adehh diya ni kuno sket* huhu

shasha said...

uiksss..HATYAI??...nak ituuttttt~!!!

Yours Truly ... XOXO said...

selamat hari isnin... saye bgn lambat hari ni...heheeh pastu lupe plak da lock keter ke blom so terpakse turun balik... haih...

selamat hari isnin...
hehe tak relevant langsung kan? ehehehhe

Intan and The Boys said...

maksu,
tu la pasal. ada la bukti dapat jumpa dia kan? hehehe..tapi masa tu baru nak breakfast je. mana le bajet nak bawak kamera.

diya,
yup..HATYAI! tgk dulu kete muat ke tak k?
kapten yapp tu adalah pilot jet pejuang pertama wanita dalam malaysia ni. kagum tak? heeee...
*kenal dia pon masa tgk nona. dia menang anugerah inpirasi nona.

shasha,
jom..jom!

Intan and The Boys said...

xoxo,
heeee..takpe. asalkan u jengah blog i nih. ;)

flush said...

romen2.. best tu.. hahahah

Ceera said...

bestnya coti msia. jelesnya iiii... nak coti2, budget cam larik ajer nie, huhu...

romen??? apakah??? hehehe...

Unknown said...

wehh kembar!! romen tak ajakk yeeeeeeeee.. nak gak tompang sekaki! wahaha

Intan and The Boys said...

flush,
part tu yang aku suka pon..ngehngeh..

ceera,
ni pon macam malas. sebab duit elek. nak buat pinjaman peribadi kat daddy nih. heee......

lindosh,
oit! oit! kemborku!!!
ada plak nak ngajak skali. ni laki aku la! hahahahahhahha!

me3n said...

wah!!!

jelesnya hang pi LIMA...

;p.

Wira Nordin said...

erk, senang sungguh kamu buat keputusan...tak payah fikir panjang2 pun...
apa teori kamu guna?
boleh ajarkan...