Tuesday, December 11

murung





pagi ni, aku bangun2, rasa diri sebesar dia ni. serius. aku tak tipu.
sebab tu aku pakai baju kurung bagak untuk cover segala lemak2 berlebihan.


pagi tadi aku ingat nak minum soya je. malas nak amek breakfast. tapi disebabkan pagi2 tadi ibu masak nasi lemak special just for family, aku pon telah tercedok nasi ke dalam pinggan dan tercedok tomyam smalam untuk di makan dengan nasi lemak.
pelik tak? pelik ke?
aku kan tak makan cili merah, so automatically aku tak makan sambal.
faham tak?
tak faham?
takpela....


dan skarang perut aku rasa penuh sangat2. tak boleh ak masuk apa2 lagi dah. ada satu bag biskut weetameal depan pc ni cuma hanya boleh jadi sajian mata je. perut dah ketat.

ntah kenapa dah 2 hari ni aku rasa mood aku macam roller coaster. kejap happy, kejap murung. buat keje kat ofis ni pon macam ala2 esok dah last day keje je. gile malas! happy2 depan orang ramai hanya dibuat2 untuk menggembirakan orang lain.

aku murung.
aku rasa nak tidor.
tidor sepanjang hari.
sepanjang minggu.
sepanjang bulan.
sepanjang tahun.
sepanjang hidup.


aku serius.



cepat2la citer cuci ni ada kat pawagam. aku tak sabar nak tgk gelagat diorang ni. sebab aku enjoy. dan aku akan lupa semua masalah aku. masalah kami. biarpon untuk seketika.

untuk sinopsis citer ni, sila klik di sini.




aku taknak keje sampai ujung bulan ni bleh ke ha?
aku dah bosan pegang jawatan skarang ni.
aku tak rasa inila kerjaya yang aku inginkan.
aku perlukan kerja yang lebih mencabar.
lebih lasak.
lebih menggunakan otak.


boleh?


sebab skang ni aku makan gaji buta. hari2 datang kerja, tunjuk muka, rehat, buat2 sebok depan pc, cukup time balek.
bos aku pon buat tak tau je ngan aku. dia pon dah malas nak suruh2 aku. sebab aku dah ilang minat.
ya, aku hilang minat nak kerja macam ni. bos aku pon nampak.



so, aku rasa next penilaian nanti aku nak mintak bos aku tambahkan kerja aku. dan tambah gaji. jadi hr ke, keje macam dalie ke. aku tak kesah.
biar aku sebok. aku suka. biar la aku merungut takde masa. aku suka. sebab aku takkan ada masa nak bermurung. takde masa nak fikir masalah peribadi. takde masa nak mengunyah2 setiap masa.


ya, aku tekad. aku akan usulkan perkara ni pada bos aku nanti. suatu ketika nanti.

10 comments:

Qaseh Bidadari said...

sian die,nape ni?ade masalah ke?

Mak Su said...

mak su pun tak sabar tunggu cuci

shasha said...

sis...kita serupa~~!!

Ceera said...

alahai... kadang2 kita pun pikir yang sama, sebab kita pun makan gaji buta. Tapi tu la kan, biarlah masa berlalu...

nanonano said...

huhu, byk kije bersungut,
tade kije, bsungut,
:p

besnye klu ari2 guling2 ngn mkn je kn?
tp duit msuk,
bgee :p

Intan and The Boys said...

mama,
susah hati la.........

maksu,
jom tgk cuci! ;)

shasha,
welcome to my club!

ceera,
yup..skang ni hanya berserah je..

nano,
manusia memang tak pernah puas.

aria ayumi said...

adoi kak. klw tido sepanjang idop tu, mcm koma takmo bangun lak.

muga akk dpt ape yg akk inginkan ;)

cite cuci tu cite afdlin ke?

dedalie said...

nyah,
itu lah life. akupun dah boring ngan keje aku. tak bersemangat. aku pun macam ko.aku sebenanya muka je senyum tapi dalam ati tada sapa yg tau.

uwaaaaaa...

aku jeles kan ko, ko jeleskan aku.

apakah??

nyah,
ko tak besar cam tu la!!!! ko dah kurus sket..takpe..sket2 nanti turun lg la tu..jgn putus asa ok?

apa2 u can always just tell me. ok darling? kita kan teman sejiwa..hehe

marilah cheer up. shah lagi sedih. kazen dia meninggal.

apa aku mepek ni.

nyah i luv u! aku tak sabor nak tgk hans isaac!!! selamat gi hatyai k..hopefully!

Zetty said...

awak, dulu kita pun masa keje kat m*xis selama 3 tahun cam makan gaji buta beribu2 sebulan .. tapi lepas tuh ditakdirkan kena forced transfer pegi dept lain yg dalamnya totally different sbb my dept tuh distructure balik .. take time gak utk adjust diri sendiri with new system and knowledge ...

my advise, mmg akan rasa tensen after few years sbb buat keje yg sama but insyaallah akan tiba masanya bukan kita yg merancang utk bertukar angin .. mungkin management sendiri yg akan tukarkan .. insyaallah masa itu akan tiba juga .. but if u willing to do it urself, just go for it ok . good luck:)

Intan and The Boys said...

diya,
memang pon. dah rasa sangap ngan idup sendirik. anyway, thanx ya!

dalie,
ya..kite saling jeles menjeles. huuuuu.....
yup. aku rasa nak buat liposuction la..rasa mencik ngan badan sendirik.
cian shah kan? tapi dia tabah la. kagum aku.
love u too darling! nanti2 tgk cuci jangan lupe aku ek. ;)

yatie,
harap2 la. tapi untuk kampeni ni nak restructure balek macam lagi 1000 tahun kot. kampeni ni kecik jek.