Friday, November 2

cinta gelapku...

dulu,

ada la sorang mamat ni pernah minat kat aku. masa tu aku keje kat shah alam. pulaknya, masa tu aku awek orang lain, dan dia plak pakwe orang lain. so, kire2 nya kitorang ni berhubung secara senyap la. actually, masa tu aku minat gak kat dia sket2..tapi hati aku masih pada pakwe aku. (pakwe dalam crite ini bukan en.alang, tapi ex-pakwe yang aku penah frust menonggeng dolu2 kala). kebetulan rumah dia satu seksyen ngan aku, memang senang nak seludup kuar. pi makan sama2, shopping sama2, tengok wayang... kami memang punya kenangan indah bersama. aku pernah jumpa maka abah dia. itupon sebab mak abah dia dapat tau aku wujud dalam hidup anak dia.


kemudian,

lpas aku pindah stewan, kami masih contact-mengontek antara satu sama lain. pernah juga dia ke sini semata2 rindu nak tgk muka debab aku nih (pelik kan?). masa ni pon aku ngan en.alang belum berjumpa. aku tak tau yang dia baru putus ngan awek dia, dia tak pernah bagitau aku. tapi. dia tau yang aku dah putus ngan pakwe aku kala itu, dan aku boleh rasa ada sikit godaan yang dilemparkan padaku masa tu. tapi, aku tabahkan hati supaya tak makan godaan dan buat2 tak tau je. sebab masa tu hati aku masih lagi tertutup untuk bercinta lagi. pernah dia tanya padaku, adakah aku kisah sekiranya bercinta ngan orang yang muda 3 tahun dari aku (dia la tu). aku hanya senyum, dan mengangguk2 saja. aku taknak bagi apa2 harapan pada diri sendiri untuk bercinta lagi masa tu. lama-kelamaan, mungkin dia bosan menunggu, terus dia menghilang.


sekarang,

3 hari lepas aku terpandang satu email address yang dah lama aku tak tengok. email address dia! ada nombor telefon di sebelahnya, dan aku cuba dail nombor tu. agak berdebar, dan setelah aku dengar suaranya, jantung aku rasa nak terkeluar. dengan selamba, dia menjawab soalan2 aku walaupon dia agak sangsi dengan siapa dia bercakap. aku kenalkan diriku, dan dia terdiam. kemudian, dia berlagak biasa dan berborak denganku macam aku ni hari2 jumpa dia. dan sekarang, dia masih sms aku setiap hari dan bertanya khabar. aku sudah jelaskan padanya yang aku ni telah jadi tunangan orang. dia agak terkejut. dia kata, sampai skarang dia masih menungguku untuk menjadi isterinya..haaaa?! terkejut tak? hehehhe...aku lagi terkejut tau! tapi ini lah yang dikatakan jodoh. dah ditakdirkan aku dan dia tiada jodoh biarpon perasaan kami sangat kuat. skarang ni aku cuba meyakinkan dia untuk melupakan aku untuk selama2nya, atau hanya berkawan biasa saja. dia tidak pula menidakkan atau mengiyakan pujukan aku tu. sangat rasa serba salah atas situasi ini.

tapi, aku yakin 100% cinta aku pada en.alang tak pernah berubah dan semakin bertambah setiap hari. semoga kami dipercepatkan jodoh.



aku cuma nak kongsi perasaan dengan korang. aku tau, mesti korang kata apsal la aku ni pi gatal tangan dail no.phone dia kan? ntahla, masa tu memang aku ni tak berfikir, pakai dail jek. akhirnya, kena trima padahnya. hahahhaa! ada sape2 berkenan ngan budak umur 23 tahun? tinggi, tegap macam Syawal AF5. muka ada la sket macam tu. sangat gentle dan pemurah orangnya. hehehehe..aku promote dia kat korang plak..lai! lai!

23 comments:

Unknown said...

ha! bab promote ni ai suker...
no. telefon pleaseeee...

wakakak!

Ummi M.I.M.S said...

baca citer putrikure2.. teringat masa lmpau.. hehehe

Mak Su said...

tak per lah kurekure, yg berlalu serupa memori indah di celah2 kepala anda.. doakan moga dia pun bertemu pooojaaan hatinya.

Anonymous said...

hensem tu Syawal..apasal la ko selalu dapat yang muda2..yg aku ni dapat yang tua kerepot nak mampos tak sedar diri..huhu

ish..ish..

dalie(version setan): ko layan je mamat tu..sambil2..hehe

dalie(version muslimah): astaghfirullahalazim..repot kat alang..wakakaa..

peace!

nanonano said...

syawal????????????

nak! nak! nak! nakkkk!!!!!

nk jdkn kasih gelapku jugek bley?

bak no tepon, lalalalallala~ :p

shasha said...

eh eh...mudanya..jeles la dengar citer ada org suka kat awak..kite tak pernah ada org minat kat kiter...issk... *sedih sambil nangis kat sudut office

hajarss said...

saya mahu!! sila beri kpd sy..

Kemat said...

betul la kata orang masa bertunanag nie darah manis... banayk dugaan..dulu cam payah nak cari cinta, dah bertunang ramai pulak yg bertanya

13may said...

errr...nanti tolong promote 13may sekali yea...

hahha :D

Intan and The Boys said...

Cik kema,
Kite dah tanya kat budak tu, dia bleh marah kite sebab promote dia dalam blog nih. Hehhehehe…

Ummi,
Klakar plak rasanya dah tua2 ni masih ada orang tunggu kite. Macam tak percaya!

Maksu,
Saya pon harap macam tu jugak. ;)

Dalie,
Aku pon tak tau la..asik2 dapat budak bawah umor jek. Terasa mak muda remaja gitu. Weh, ko dapat tua kerepot tapi poket lebat..mak suka!
Dalie version setan: aku pon fakir camtu gak.
Dalie version muslimah: kalu ko bagitau kat alang, matila aku..

Nano,
Dia orang pahang tau. Nano nak ke? Betul? (leh kite kenen2 kat dia..hehehehe)

Shasha,
Jangan camtu, rezeki jodoh di tangan Tuhan. Kan? Kan?

Hajars,
Betul? Anda mau?

Kemat,
Tul tuh..tul tuh… ;)

13may,
boleh..apa salahnya…

PROMOSI en.13MAY: MARI, MARI! SIAPA MAU SAMA INI OLANG! LAI! LAI!
;p

Intan and The Boys said...

dalie,
*fakir-fikir
silap taip daa...

nellyberry said...

oh...anda telah menaikkan keaktifan hormon estrogen saya!

bagi email add kamu, nati saya hantarkan gambar dan resume saya kepada kamu untuk dipromote!

ooohh la la ;)

aria ayumi said...

hehe bak dia sini kak.

erm. ade bagusnya jgk akk kol die. sbb nnt msti seumur hidup die masih menunggu akk. so, bile die tahu hal sebenar, xdelah die tertanya2 lagi.

moga2 diya bleh makan nasi minyak akk ngan en alang xlama lagi. huhu

flush said...

aku suka lagu kekasih gelap ku..
hehhe.. baru tunang, belum kahwin (setan bertanduk mencucuk ko)..

Anonymous said...

nelly berry,
sila, sila...
hezliyana@yahoo.com
;)

diya,
wah! sungguh masuk akal kata2 adik akak sorang nih. insyaAllah, akak pon doakan yang serupa juga..

flush,
jangan pengaruh aku lebih2..kang aku cubit kang! ;P

me3n said...

inilah dugaan untuk hang hehe. hadapi dengan tabah k. ;p.

Ceera said...

alamak, betul ke cam syawal nie... menggeletar lutut nie, ngeh~

apa salahnya contact member2 lama. Leh jemput kenduri kawin akan datang, katanya, hehehe... betul tak???

Anonymous said...

ad3ck,
hmm..tul tuh! ;P

ceera,
betul...betul..... ;)

Wira Nordin said...

kamu, tolong jgn mulakan dari awal lagi
saya sgt takut kalau benda2 nie berlaku pada saya jugak nnt
kesian en alang kamu

Qaseh Bidadari said...

x salah sekadar berkawan...

Anonymous said...

wira,
hey, saya sangat sayang dengan en alang! dah takde sape2 yang boleh kacau percintaan kami..kecuali dengan kehendak Allah. tak gitu?

Intan and The Boys said...

mama ranggie,
ye, memang tak salah. tapi en alang seorang yang sangat cemburu buta orangnya..saya sekarang ni pon dah jarang layan sms mamat nih.

chik star said...

ala putri...
awk xnyer gatal dok dail..
nth kekdg cm kite der rase ck ngetest..
tol x..
sajer jer nk cube...
rase ingin taw yg sgt la kuat
kn3?