sesak hati
terlalu banyak kerja, tapi aku sikit pon tak hiraukan semua kerja2 tu. skarang ni, minda aku hanya kepada en.alang dan hubungan kami. ada apa2 yang tak kena dengan hubungan kami? tidak.. cuma kami sedang pening kepala kat mana nak cekau duit untuk majlis kahwin kami tahun depan.
kesian pada en.alang. dia sangat2 susah hati apabila dah 2 bulan ni gaji dia hanya cukup2 makan. nak menyimpan memang tak boleh. sebab bos apek cina pendek bodoh tu tak bagi group dia wat ot. plaknya, hanya dapat kerja shift malam sahaja. kejam kan? baru minggu lepas dia dapat buat ot semula. tapi, itupon tak tau sampai bila keadaan macam ni akan berterusan.
pagi ni, en.alang pergi isi borang permohonan kerja kat HL. company ni wat pelantar minyak. tapi, tula..company ni hanya cotract basis dan lepas habis kontrak, en.alang terpaksa cari kerja lain. tetapi, oleh kerana kami dapat tahu, inila saja cara untuk kami kumpul duit, sebab gaji yang lumayan (3 kali ganda gaji dia skarang), dan kerja yang agak mudah (tapi terpaksa tahan dengan terik matahari), en.alang berkorban.
sedih rasa hati sebab aku cuma dapat tolong apa terdaya sahaja. jaga makan minum, pastikan dia sihat. bab kewangan memang susah aku nak tolong, sebab aku nak kena bayar kereta, ptptn, dan sikit simpanan (untuk emergency). simpanan untuk masa depan tu memang macam jauhhhhhhhhhh je. susahla...........
kami tak pernah bergaduh pasal duit. slalunya bergaduh hanya soal remeh. dan aku taknak pasal duit kami satu hari nanti jadi musuh. aku tak hirau sangat pasal kaya. cukup makan, pakai, tempat tinggal dah cukup. tak perlu nak kaya-raya, dapat hidup selesa pon jadila.
aku kerja kat sektor swasta, dan berkerja kat company ni baru 9 bulan. susah nak wat pinjaman bank. haaaiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhh.............
terlalu banyak dugaan, terlalu banyak cubaan untuk kami mulakan hidup baru bersama. en.alang selalu cakap, 'abang tak sanggup tgk ayang hidup susah ngan abang. abang akan cari kerja yang bagus2. gaji banyak. pastu, ayang nak mintak apa pon abang bagi. nak gelang ngan rantai besar kapal pon abang belikan'.
pernah juga aku usulkan pada en.alang untuk minta tolong ayah aku je soal kewangan ni. tapi dia tak nak. dia nak buktikan pada ayah yang dia boleh jaga aku sendiri dan tak perlukan bantuan dari ayah. dia nak buktikan pada ibu dan ayah aku yang dia mampu untuk memberikan aku hidup yang selesa sama seperti skarang.
aku sangat susah hati. tapi, hidup perlu diteruskan. kalau susah sangat nak dapatkan duit untuk majlis kahwin, mungkin majlis kawin kami akan ditangguhkan sampai tahun 2009. aku minta en.alang tangguhkan je perkahwinan kami, tapi en.alang tak mahu. skarang ni aku dalam proses untuk memujuk en.alang untuk tangguhkan perkahwinan kami.
kepada kalian, minta doakan kami untuk dimudahkan cara kami diijabkabulkan. ya?
16 comments:
nak kawin memang memerlukan duit yang sangat banyak okey... haihhhhhhhhh.. takpe, korang pelan2 k... Semoga Allah menyenangkan urusan awak and alang, insy...
sgt susah hati nampak..haha usaha tangga kejayaan.kalo baik niat insyallah akan dipermudahkan
sgt susah hati nampak..haha usaha tangga kejayaan.kalo baik niat insyallah akan dipermudahkan
abam alanggggg,,, oo0oowhh abam alang..
nanti dah manyak uit,
jgn lupe rantai ngn gelang besar kapal tuh tuk nano jugak eayyy..
yeay!
nano ngah doakan ni :)
same2 doa ngn mrs alang ni..
amin~
Moga semuanya lancar....
Amin.
tapi nanti kalau en.alang beli rantai besaq kapal tuh...nak pakai kat mana??? hahha
'abang tak sanggup tgk ayang hidup susah ngan abang. abang akan cari kerja yang bagus2. gaji banyak. pastu, ayang nak mintak apa pon abang bagi. nak gelang ngan rantai besar kapal pon abang belikan'.
terharu diya baca kata2 encik alang nih. huhu. mmg encik alang2 betul2 sayang akk tuh. bertuah akk :)
setiap kesulitan yang Tuhan bagi... Dia akan gantikan dengan kenikmatan yang lebih berharga... insya Allah... klw usaha, ade lah yang Dia nak bagi kat akk n en alang nnt.
God bless.
=)
insyallah kalau niat baik dipermudahkan...so doa yg semua akan berjalan lancar..
kita doakan moga segala urusan cik kekure dipermudahkanNYA.. InsyaAllah
terima kasih korang..terharu la...
isk..isk....
Hmm..bahagianya dapat bakal suami yg sebaik en.alang nie.. Saya pun doakan yg terbaik utk hubungan kalian berdua..
* Gaji kat HL mmg lumayan, tetapi perlu berhati2 lah, gaji banyak risiko pun banyak kan...
nyah,
ko jgn risau. Allah Maha Adil. Orang kata lagi nak kawin ni lagi byk rezki melimpah2. ok?
jgn susah hati. kita gi makan tom yam teluk muroh lg. hehehehe
p/s: aku kenyang
aku kenyang
aku kenyang
aku kenyang
aku kenyang
hahaha
aku sokong dalie.. ko niat nak kawin je, mcm2 allah murahkan rezeki ko.. aku dah merasa dah sikit2..
takpe..slow2 laa..kalo rasa perlu tangguh..tangguhkan je..macam kite...hik hik hik..tangguh sampai tahun depan...
aarin,
harap2, dapatla en.alang keje kat sana. tak sanggup dah tgk dia asik mengenang nasib jek.
dalie,
aku btul2 harap kitorang dapat rezeki lebih sket. skang ni tgh risau gile. alang takmo tangguh kawen.
ya, 'aku kenyang' adalanh mentera yang sangat 'in' ok!
flush,
insyaAllah. aku pon harap camtu.
shasha,
tunang kite tu takmo tangguh. dah puas bertekak ngan dia pasal nih. ikutkan je la...
Bila i baca ur post nie...teringat dulu masa I and fiancee I pening pikirkan pasal duit.
Memang akan pening bila memikirkan majlis kawen yg kiter save beribu-ribu akan habis dalam masa sehari ajer.
My advice is, mintak dipermudahkan jalan semasa berdoa pada Allah. Kiter nak buat benda baik kan. insya allah Allah akan tunjukkan jalan.
Secondly, try to cut-down on unnecessary expenses and mana yg boleh dipotong-dipotong. Kehidupan selepas kawen tuh lagik penting dari majlis kawen kiter yg sehari atau 3 hari (in my case ler)
Benda macam nie boleh dibawa berbincang, and kena ader permuafakatan antara U and Alang. U are one lucky girl because from your writing nampak Alang sangat sayang kat U, and I raser U memang lucky and that should be your most valuable treasure.
Finally, jgn stress-stress kay. Insya allah semua akan berjalan lancar. I akan sentiasa doakan kebahagiaan you and En Alang.
Post a Comment