Monday, January 28

sepanjang hujung minggu ini.

esok aku ada Management Review Meeting.
tapi hari ni dah rasa macam nak demam.
mungkin sebab aktiviti yang tak berhenti2 dari sabtu.
aku rasa panas dalam badan.
nafas pon dah suam2 nih.
air kosong dah 2 gelas minum, baru kul 11am skang ni.
korang doakan aku sehat esok ya?
supaya aku larat nak layan kerenah bos aku tu esok.


jom check apa yang aku buat sepanjang weekend.


sabtu,
pagi,
kemas2 umah sket.
breakfast ngan family. makan ubi rebus dan sambal ijo.
pastu, en alang sampai umah,
bagi dia makan breakfast,
then around kul 11am, keluar nak settlekan semua hutang2.
sebab jumaat tu dah gaji.
hutang2 settle,
pi amek dalie kat umah.
sebab dah janji ngan dia nak pi tonton CUCI.
macam biasa,
nak tgk wayang kenala pi ipoh.
sampai JJ ipoh around kul 1.40pm.
pi amek tiket, pi surau dan makan kat food court dulu.
lapar gile beb!
aku ngan en alang makan nasi je.
dalie makan sushi.


wayang start kul 2.45pm.
memang full house.
aku suggestkan korang tgk la citer cuci nih. sangat menghiburkan, komedi yang tak putus2 dan cerita yang sangat ringan.
korang tak payah susah2 nak fikir2 motif cerita.
semua dah ada depan mata gitu.

lepas wayang,
pi surau, then
pi jalan2 jap.
lepak kat kopitiam.
pekena roti 'goyang'.
ala, telur separuh masak dilteak atas roti bakar tuu..
mantap seh!
harusla kenyang santak ke malam lpas tu kan.
hahahahahhaha!
dah lepas makan,
pi antar dalie ke parkson.
sebab mak dia ada kat sana.
lepas antar je dalie,
aku ngan en alang terus pulang.
sebab terlalu penat.

oh ya,
kan isnin aritu birthday ibu?
disebabkan ayah berada di kl hari tu,
so sabtu tu je baru ayah sambut.
ayah belanja makan kat lumut bistro.
just makan western food jek.
aku ngan en alang amek chicken chop.
sebab tak larat nak makan banyak2.

lepas je makan ngan family,
en alang ajak main go kart.
aku lak yang tak larat.
dok pusing2 manjung,
aku teringat nak pi try wat reflexology.
so, aku ngan en alang pi la wat reflexology tu...
dari depan kedai, nampak biasa2 saja.
bila masuk je kedai tu,
wah!
macam spa ok!
siap sofa besar bagak,
then siap tanya nak minum apa...
bagi sepinggan buah2an.
harusla penat2 tu, rasa dilayan macam puteri raja kan.
kitorang amek pakej foot, neck and shoulder massage.
60 minit, rm48.
okla kan?
takla mahal, tak murah sangat.
biasa2 saje.
so, untuk 2 orang, kena charge rm96
dahla masa kat ipoh tu memang bawak duit cukup2 je.
masa nak bayar massage, bleh lak aku lupa yang aku takde cash.
en alang plak ada rm50 je.
sib baik dorang terima cc.
kalau tak, bikin malu sajork!
hahahahahhahaha!


masa diorang urut2 bahu,
aku macam blur2 jek.
ye la, tak pernah kena urut ngan org professional kan.
harusla termangu2 gitu.
saket siot!
tapi, lepas dah urut2 bahu ngan leher,
diorang bagi bantal panas,
macam best jek.
oh ya!
orang2 yang mengurut tu tak reti cakap melayu atau english.
diorang diimport dari negara china.
so, aku ngan en alang speaking london,
diorang speaking cina.
boleh?
hahahahha!
last2, kitorang pakai bahasa isyarat je.

en alang tak tahan kalau orang raba pinggang atau paha dia.
mesti dia rasa geli2.
masa amoi tu urut peha dia,
dokla gelak2 tak hingat.
yang si amoi ni pon kemain lagik dok urut paha laki aku.
sib baik dia pro.
kalau pompuan lain, mau kena terajang ngan aku gamaknya.

lepas urut2,
balek umah dan tido!


ahad,
en alang memang dari sabtu tu dok ngajak aku cat umah kami.
aku je cam malas.
ibu lak nak pi kl sebab mak cho, adik ipar pada ucu aku
kena operate kepala.
sebab ada tumor kat situ.
so, aku la yang kena masak kan.
dahla iqa ngan ajik masing2 ada plan sendirik.
aku cuma masak ayam panggang ngan sup cendawan.
itu sajork.
malas nak pikir2 dah.
lepas je buat kerja2 umah tu,
terus aku ngan en alang ke umah sewa tu.
kitorang dok kerjakan dinding umah tu dari kul 11am,
sampai la ke 3.00pm.
lama kan?
sebab sebelom tu aku dok kikis2 kesan double sided tape kat dinding.
tensen je!
en alang plak bersih2kan sawang.
dah settle semua tu, baru la kitorang start cat umah.
sebelom ni, diorang cat kaler ijau.
buruk ya amat!
cam umah kels jek.
kitorang cat balek kaler putih.
baru nampak suci gitu.


dah abis cat2,
on way balek umah,
singgah makan cendol mamak dulu.
hambik kau, kitorang makan 2 mangkuk sorang.
murah jek.
4 mangkuk,
rm4.
murah kan?
tu pon en alang amek cendol pulut.
aku makan cendol biasa saja.
teringat la plak!
nyum!


lepas melantak,
antar en alang balek umah dia dulu.
sebab dia nak mandi.
ye la kan, satu badan dah berlumur cat.
lepas dia siap2,
kitorang balek umah aku plak,
aku mandi2, terus hidang makan.
makan lunch pukul 5pm,
memang rasa lain. aku pelik ngan ceera hari2 makan lunch lambat.
perut dia gagah btol!
lepak2 ngan adik depan tv,
tengok citer Qaseh tu,
then tgk citer Casper.
lama tak layan Casper,
cam best la plak.
kul 7, aku suruh en alang beli makanan je.
pastu, kitorang ramai2 melantak sambil tgk AJL.


AJL tak sempat abis, aku dah terlena atas riba en alang.
adik2 aku semua dah jerit2 suruh aku masuk bilik.
aku pon, lepas salam en alang, terus masuk bilik.
tido santak ke pagi ni.
tak sedar apa2 dah.
cian gak kat en alang,
tgh syok2 tgk tv,
aku lak tetiba masuk bilik.
hehehehehehhe.....

so korang,
aku rasa btol2 nak demam nih.
nak pi klinik la..
tapi cam malas!
tgk dulu camne.
maybe esok half day je kot.

Thursday, January 24

tukar url link

kepada kawan2, aku mohon maaf sebab tukar url link secara tiba2. takde angin, takde ribut.


sebenarnya, pagi selasa haritu aku dikejutkan dengan pertanyaan oleh ofismate aku. leh lak dia cakap kat aku,
"aku google ADT, kuar puterikurekure plak."
lepas tu tersengih2..



aku tensen!
tak soka bila org ofis dah start tau. biar korang2 je yang tau.
so, aku pon ngan kalut nye, tukar url link.
nama baru ni bukannya nak go for international ke, apa ke,
tapi sebab nak mudahkan korang ingat.
kurekure kepada tortoise.
kan ke senang tuh.
2 perkataan berbeza, satu makna yang sama.
kan korang?



semalam cuti thaipusam dan aku sebok macam lebah.
pagi2, dah sebok2 nak ke pantai remis, jumpa naib kadi en alang.
perjalanan pergi balek je dah sejam.
then, lepas settle semua urusan ngan naib kadi tu,
aku ngan en alang amek ibu nak ke ayer tawar pi cari kain langsir.
ye, ibu dan kain langsirnya.
dia kata tak cukup kalau nak buat langsir kat bilik pengantin je.
kena buat satu umah baru puas hati.
aku pon layan kan je la kerenah ibu.


pi satu kedai tu,
tak banyak sangat pilihan.
so, kitorang dah cam putus asa cari kain langsir,
terus ke pasaraya billion manjung.
shopping barang dapur sket.
plaknye, kitorang satu family skang ni dah 3 bulan start pakai beras herbaponi faizah tu.
ye, kami mengamalkan cara makan yang sehat.
menggunakan beras tidak berkanji.
hehehehehe.....
tapi kat billion takde stok plak.
terus kitorang ke giant plak.
nasib baik la ada.
kalau tak,
harusla dapor tak berasap plak kan.
sebab kat umah sebutir beras pon dah takde.
huhuhuhuuhu....


alih2 je, kuar dari giant, tgk jam dah nak kul 1pm.
patotla perut bunyi2.
aku pon bagitau ibu, nak makan kat luar je.
oleh kerana ibu suka makan pizza,
kitorang pi pizza hut je.
oh ya, sebelom tu balek umah amek iqa.
sebab pagi tu dia ada latihan kawad krs.


makan2 kat pizza hut.
sampai rasa nak termuntah balek.
hehehehehe....
lepas tu, balek umah.
lepak2 ngan adik2 aku bersama en alang kat depan tv,
tergolek2,
lepas tu, aku ngan en alang tertidor kat sofa.
aku hanya terjaga dari tidor bila ada tetamu datang umah.
yang en alang plak, tetamu datang, bising2, dia bleh lak tak sedar.
puas aku kejutkan,
ada la dalam 10 minit lepas tu,
baru dia tersedar.
lepas tu boleh plak dia merungut2 nape tak kejutkan dia dari awal?
hello!!!!????
aku sampai berpeluh2 kejutkan dia.
dia bleh lak tido mati kat situ kan.


rupa2 nya tetamu yang datang tu adalah kawan ibu yang jahitkan langsir untuk bilik.
langsir tu sangat la mengagumkan.
tambah mengkagumkan aku lagi, dalam 3 hari je dia leh siapkan semua langsir2 tu.
siap buat sarung bantal lagik.
hehehehhe...
plaknye,
bila dia tgk barang2 hiasan untuk hantaran yang aku lambakkan kat bilik belakang,
dia kata dia bleh tolong settlekan.
huaaa...ini sudah bagus!
mak soka noks!
;)
(aku memang dasar pemalas!)



dah lepas auntie liza tu balek,
ye, nama akak tu auntie liza.
nampak muda noks...
body mantap lagik!
mak tambah2 kagum tau!
kalah body mak yang ala2 j.lo nih.
(kenapa la aku guna ganti diri mak-noks nih?)


dah lepas tgk2 langsir,
ibu dengan selamba je suruh en alang pi tebas pokok bunga kertas depan umah.
yang en alang ni, dia suka je kerja2 tebas-tebas nih,
so, ngan petang yang masih terik,
dia pi menebas.
aku pon kena la ada skalik ngan dia kan.
jadi pembagi semangat gitu.
(dan bagi2 arahan~kat situ bang, sini bang tak kena pon...)
boleh tak?
sampai ibu bising kat aku suruh buatkan air untuk en alang.
oleh kerana aku terlalu leka menengokkan en alang menebas2,
aku terlupa aku ada kelas erobik petang tu.
tensen lagik!
dahla dah rasa badan ala2 berat balek je.
ye la, makan piza tak ingat punya.
lepas tu baru nak nyesal2 bagai.
huhuhuhuhuuuuuu.........


tapi pagi ni kan,
aku telah berjaya memasukkan diri ke dalam baju kebaya labuh yang dah lama aku tak muat selama setahun lebih ni.
MAK SUKA NOKS!
bukannya apa,
aku tak hiraukan sangat kalau berat liat nak turun..
asalkan bentuk badan kembali seperti 2 tahun yang dulu.
tu pon dah cukup kat aku.

oleh itu,
aku akan berusaha untuk memenuhkan semua kelas erobik.
seronok gak erobik2 ni.
peluh kuar,
otak lapang,
badan ringan,
baju leh muat,
hehehe..gituuu......




;)

Monday, January 21

istimewa buat ibu


ibu,
selamat hari jadi.

terima kasih atas kasih sayang dan perhatian dari ibu selama ni.
ini adalah hari jadi terakhir ibu kita sambut dalam satu rumah.
birthday ibu tahun depan, kita dah berasingan rumah kan?
semoga ibu sentiasa ceria,
masak best2 sentiasa.

along ni bukannya apa tau bu,
bukannya malas masak,
tapi masakan ibu memang sangat best.
siapa2 pon yang makan masakan ibu mesti akan termimpi2 masakan ibu tu.
betol bu..
tanya la kat kawan2 along tu.
diorang cukup suka kalau ibu masak.
"mee goreng bodoh" yang ibu bagi nama tu, along bawak ofis,
sampai ada yang makan 2 kali.
ibu ingat tak masa along tunang dulu?
ibu ngan maklong, mak uteh, mak uda, ucu masak asam pedas?
huh...
memang dapat pujian semua orang.
mantap sangat tau bu!


ibu skang ni banyak sangat risau benda yang bukan2.
pernah sekali tu, ibu cakap pasal langsir sehari suntuk.
along angguk2 je. sebab taknak ibu kecik hati.
sebenarnya along pening kepala gak bu.
kejap2 ibu kata nak kaler ni, kejap2 ibu kata nak kaler tu.
mula2 along leh lah layan,
lama2 along sendirik yang pening.
ibu jangan marah ek.
;)


ibu orang melaka kan,
orang melaka memang slalu cakap lepas2 kan.
along bukannye apa bu,
tapi along slalu bagitau kat kawan2 yang nak datang umah,
jangan terasa hati kalau ibu cakap straight jek.
takde tapis2
sebab ibu memang camtu
mulut je cakap macam tu
tapi hati baik kan bu?


along tau skang ni along macam malas sangat2
tak tau la bu, otak ni cam tepu je.
kadang2, bila ibu cakap kat dapur,
along kat ruang tv,
along tak dengar sebenarnya
tapi along nyahut2 gak.
sori ye bu.
sebab along tau ibu tak suka ulang2 cakap.
kan bu kan?


along sebenarnya sangat terharu
bila ibu ngan ayah bersungguh2 buat persiapan along kawen nih.
kadang2, pasal along, ibu ngan ayah selisih pendapat.
ingat tak masa kite kat nilai dulu?
ibu banyak sabar kat ayah.
sebab ayah tetiba cam tak sabar nak balek.
ibu pon cam malas nak layan ayah.
sebab ayah kadang2 suka ikot perangai dia je.
no wonder la along ni panas baran kan?
dapat dari ayah.
hehehehehe...
tapi ibu tahankan sabar tu jugak.
biarpon ibu tgh merajuk kat ayah,
ibu tetap gak makan dok berdepan ngan ayah.
siap belikan lagi rojak buah faveret ayah.
ibu ni memang semangat kuat.
kalau along la,
buat tak heran je ngan ayah tu.
hehehehehe.
sori ayah!
;)



ibu memang seorang ibu yang sangat penyabar.
along memang respek ibu tau!

selamat hari jadi ibu.
along sayang ibu.
mmuuuaahhhhhhhhhhhhhhh!



malam ni kite celebrate kat secret recipe ye.
nak bawak ke budak berdua kat umah tu bu?

Friday, January 18

serabut!

hi u ols!

korang dah tau kan betapa seboknya aku untuk mac 2008 nanti?
huh..tu tak kira lagi dengan serabut kepala aku ni nak plan semua tu.
kalau la aku ni orang kaya takpela jugak kan.
ni tak,
semua2 tu dirancang dan gaji aku untuk bulan feb nanti akan dicatu mengikut kemampuan.
so, oleh kerana nak penuhi hajat orang dan hajat sendiri,
terpaksa aku korbankan masa dan duit.
alamatnya, nak beli perabot umah nanti,
kena tunggu gaji lagik satu.
huhuhuhuuhu.....

skarang ni, aku tengah serabut.
melayan kerenah semua orang.

mula2, en alang.
dia dah mula merungut2 pasal perut dia.
aku penah citer dulu kot pasal perut dia ala2 ada six-pack kan?
nak tau?
skang ni dia dah gendut!
hahahahahaha!
aku soka! (sebab tak payah la aku nak cover2 perut aku lagik)
aku pon mula2 tak le perasan,
tapi dia yang start merungut2.
plaknye, dia leh salahkan aku plak.
sebab slalu ajak dia pi makan luar.
hello?
memang dari dulu lagik makan luar tu acara rasmi kitorang kalau dia keje malam.
korang tau,
en alang skang ni makan nasi macam bangla.
pernah tgk bangla atau indon makan nasi?
banyak kan?
sampai membukit2 gitu..
ha..macam tu la en alang makan skang.
hahahahaha!
aku soka!
biar dia gemok2.
aku soka!
so, tak perlu aku susah2 nak kecikkan badan konon nak satu saiz ngan dia.
ekceli, kalau size t-shirt giordano tu,
aku ngan dia satu size pon.
dulu, dia pakai kurang satu saiz dari aku.
skang dah sama dah!
aku soka!
hahahahahhaha!
tapi tula,
aku ni kena tahan telinga dengar rungutan dia hari2.



orang kedua,
ibu.
hari2 dok merungut benda yang berbeza.
hari ni pasal langsir,
esok pasal katil,
tulat plak pasal kereta,
tonggeng plak pasal kuali,
etc..etc...etc...
ada je modal rungutan yang dia nak rungutkan.
kengkadang pelik gak
macam dia dah plan dalam pale dia benda yang dia nak rungutkan tuh.
huhuhuhuhu...

orang ketiga,
aku sendirik.
merungut tak sudah.
ada je benda tak kena.
slalunya pasal masa la.
macam tak cukup je setiap hari.
pelik tul!
skang ni masa cepat tol berlalu kan?


oh ya!
start bulan feb ni,
aku buat keje part-time.
buat home tuition.
skang ni aku dapat offer ajar budak 5 tahun membaca.
membaca dan reading.
hehehe..
best tul!
kejap jek.
setiap selasa dan khamis,
6pm-7.30pm.
itu sajork.
harap2 boleh la aku ngajor anak orang nih.
kalau rasa takleh nanti,
aku nak pass je kat dalie.
hehehehe.
kan dalie kan?



esok maybe nak ke kuala kangsor.
cenderahati untuk tetamu vip dah siap.
so, kena la amek kan.
ibu dah bising2 soh amek skang. risau tak cukup masa nanti.
so, aku dah book dalie untuk temankan aku esok.
kan dalie kan?


okla korang.
aku tgh serabut nih.
have a nice weekend ya!
love u ols!
muaahhh!

Monday, January 14

second day of internal audit 2008

hohohohoho..
hari ni hari kedua
dan hari yang agak sebok.
pagi ni je 4 SOP dah settle.
bagussssssss.
mendengar kata diorang2 nih.
aku suka.

tapi ada sesetengah(sorang) tu ketegaq yang amat.
ni yang aku nak citer nih.
ada la one of manager kat ofis aku nih,
pompuan,
apa2 pon cadangan yang aku dan bos aku cadangkan,
slalu ditolak mentah2.
skang ni ada isu lain plak,
dah dibilang tak bleh nak wat ayat general je, kena ayat specific,
tapi dia hentam keromo je buat ayat general.
plaknya, trus dapatkan sign MD.
dapat kat aku, ayat bodoh camtu,
plaknya dah bersign authority,
camne aku nak wat?
dahla aku tgh pening pasal internal audit nih,
ditambah lagi pening aku ni.
tensen jek!

aku refer balek kat bos aku,
dia pon dah cam give-up.
bagi dia, "orang tu" memang susah,
susah nak faham.
semua nak ikot kpala otak dia.
susah jugak.
bukan nak kata apa la kan,
sebenarnya ada sebab Allah tak nak pompuan jadi ketua keluarga.
nanti jadik macam ni la.
semua benda cam emo je.
org lelaki ni lain, slalunya kalau part keje,
memang ikut otak.
bukan nak puji kaum lelaki,
tapi sememangnya inila hakikat.
huhuhuhu.....






sabtu aritu aku ngan family pi tgk zaza kat penang nun.
amek dia kat hostel, then trus ke gurney plaza.
lepak2, jalan2 je.
kul 5 lebih dah balek stewan.
sebab ayah penat.
tapi yang peliknya, most of the time aku yang drive.
hmmm...

malam plak,
en alang ada company dinner.
aku takle ngikut, malas.
tunggu dia kat umah je, sebab dia janji nak makan ngan aku lak.
aku pon tunggu dan tunggu, kul 1am baru dia sampai umah.
so, kitorang lepak kat manjung je, pi ramli food court.
makan nasi goreng udang, ngan telur bungkus.
nasi goreng udang cam haram, tapi telur bungkus gak yang bleh layan.
hehehe..

balek umah kul 2.30am.
sebab sebelom tu ronda2 kat lumut dulu.
tapi nampak lembap je, terus kitorang balek.
en alang balek umah dia,
aku sebelom tido layan dvd alvin and the chipmunks.
aku tido kul 5am.


ahad plak,
bangun kul 8.30am.
ye, subuh aku subuh dinasour masa ni.
mandi2, breakfast mee rebus.
call en alang, soh datang umah makan mee rebus.
dia ni memang suka apa jenis mee pon.
kul 10am++ camtu, en alang sampai,
hidangkan makan dia,
kul 10.45am aku antor dia ke kilang.
dia keje aritu.
cari duit lebih...hahahahaha!

aku lak,
masa untuk mencari segala benda yang tak cukup.
memula, pi giant.
ingat nak pi cari bakul,
tapi aku kol ibu, dia kata toksah sebab bakul dah ada 3 kat umah.
so, aku pon beli la benda lain kat sana.
ntah hape2 aku beli
berabis rm20 gak
semua benda ngarut.

pastu,
nak pi billion, cari seluar panjang.
plaknya, sampai2 je kat sana,
aku terus terlupa apa barang yang aku nak beli.
then, ngan muka tak bersalahnya,
duit yang sepatotnya aku beli seluar,
aku dah abiskan ngan beli 2 kaset. (sebab kereta aku takde cd player)
ahli fiqir ngan rossa.
bangang btol aku ni.


then,
pi kedai tudung plak.
nak tukarkan tudung yang aku beli untuk ibu aku kepada selendang.
nasib baik dapat tukar.
fuh!

lepas je pi tukar tudung tu,
pi umah sewa kitorang.
pi check surat2 sepupu aku.
yang ada cuma katalog the store ngan giant je.

then,
ke the store.
nak cari glitter yang dah siap bergam tu.
korang tau kan?
habis satu stewan-manjung ni aku carik.
baru jumpa kat situ.
itupon jumpa satu set, ada 5 kaler.
apa ke hal?
aku nak kaler gold jek.
tak pasal2 aku terpaksa beli jugak 1 set.

lepas membengangkan diri pasal glitter tu,
pi kedai yun yun.
kedai ni aku tempah pelamin ngan baju kawen.
nak pi tanya pasal kasut.
diorang bagi aku try kasut, sah tak muat.
apa lagik, terus aku ke butik rorine,
order sepasang kasut kat situ.
takle cantek mana,
yang penting, aku leh muat sudah.

last2, aku sampai umah kul 2.30pm.
sampai2 je, ibu suruh aku bawak iqa pi amek gambar pasport.
dah la hari panas,
kena keluar balek lak tuh.
nak tak nak,
ikutkan je. malas nak gaduh2.
lepas amek gambar tu,
terus balek umah.
aku hanya dapat makan nasik kul 3.30pm.
huhuhuhuhu.....


kul 6pm, en alang kol soh amek dia.
aku la gatal beria2 nak antor dia pi keje.
last2, aku gak yang malas nak amek dia plak.
huhuhuhu.

amek en alang,
pi kedai yun yun tu lagi.
sebab en alang nak tgk baju dia plak.
ngengada kan?
plaknya,
sebok dia tanya kak ela tu nape baju dia takde labuci2 bagai.
e'eh..
sesoka hati dia je nak berlabuci2..
kengkadang ni en alang ni soklan dia sangat la mencabar minda.
sebab dia ni suka nyakat pada waktu2 tak terduga.
kak ela tu pon sampai tergagap2 nak jawab.
huhuhuhu...



malam,
lepak kat marina wing lumut.
aku makan lamb chop, en alang makan nasi goreng udang.
aku minum coconut shake, en alang minum ayor suam je.
nampak tak berbeza menu kami?
tu baru menu,
lom lagi bab perangai.
;P


okla.
dari pagi tadi aku taip sampai skang dah kul 4.50pm baru abis.
sebab aku taip sangkut2..kan mak bz hari nih.
jaga diri u ols!
:*

Friday, January 11

first day of internal audit 2008

hehe..
pagi ni aku kelam kabut sket.
sebab, pagi ni ada opening meeting untuk 4-hari-internal audit.
so, aku yang organize kan meeting ni, harusla aku yang kena datang awal kan?


tapi, nak dijadikan criter, aku terjaga lambat.
around 7 camtu.
baju tak gosok lagi. baju yang takyah digosok dah abis stok.
so, ngan terhegeh2, pi gosok baju.
then mandi.
mandi lak, takleh kalau tak shampoo rambut.
harusla aku tergaru2 kepala masa meeting nanti kan.
so, shampoo la rambut.
dah shampoo, kena la pakai conditioner.
tunggu 5 minit, baru leh bilas.
kat shower je dah nak dekat 15 minit.
huh!


lpas mandi,
lap2 rambut.
tunggu rambut kering.
nasib baik rambut pendek.
kalau panjang, mau tunggu 15 minit lagik.


so, lepas wat semua2 ni, end up aku kuar umah kul 7.45am.
plaknye, ingatkan nak terus ke rumah en alang.
tapi, baru masuk kereta,
dapat sms dari kawan keje aku, mokh.
dia nak nasi lemak ibu plak.
so, aku kena singgah kat ibu dulu.
lpas amek nasik, terus ke kawasan umah en alang.
beli kuih-muih rm10, beli nasik lemak untuk en alang,
then trus pi umah sewa dia.
lepak2 10 minit je, then trus ke ofis.


sampai ofis dah kul 8.20am.
aku kena susun fail,
susun kuih2 yang aku beli tu.
slalunya ada la akak kerani tu tolong aku.
tapi pagi2 ni dengan dia2 skalik busy.
so, aku wat semua sendirik.
jumpa semua orang kat ofis,
remind diorang meeting kul 9.

tapi alhamdulillah,
meeting berjalan ngan lancar.
dengan bantuan bos aku, yang banyak tolong aku sebenarnya.


minggu depan akan jadi minggu yang sebok.
sebab aktiviti mengaudit dan diaudit akan bermula isnin sampai rabu.
kalau aku senyap je,
bermakna aku tersangatla sebok. ok?



skarang ni aku tengah berusaha nak kecikkan badan.
aku ngan dalie decide pi aerobik.
so, last wednesday, kitorg pi la tempat aerobik tu.
ok gak.
instructor yang ramah,
aku je yang k.o.
sebabnye, bila tgk figure badan sendirik kat cermin besar tu,
terus rasa cam tong dram yang menari2.
huhu..
huduh sungguh rupa!


petang ni pergi lagik.
sebab dah bayar rm55 untuk 10 sesi percuma 2 sesi=12 sesi.
ntah dapat penuhkan jadual ke tak.
harap2 dapatla kan?


ok korang.
weekend ni aku tak wat apa2.
cuma nak relax je.
sebab en alang keje shift petang/malam.
so, takdela masa nak jalan2 macam slalu. huhuhu...

Wednesday, January 9

korang try la ek.

aku baca blog yatie nih,
pasal dubaimlm
memula aku rasa macam tak perlu je,
tapi kalau skali kite cuba apa salahnya kan?
jom cuba!

korang daftar la,
pastu kite tgk apa akan jadik pastu.
tak rugi, cuba je.

sila klik sini------> http://puterikurekure.dubaimlm.com

kalau kaya, kite kaya la beramai2..
tul tak?
hehehehe...

antara benefitnya adalah,
1. Daftar Free mendapat bonus $50DubaiMLMDollars
2. Satu Penajaan dapat $10DubaiMLMDollars
3. Setiap ahli dalam group kita dapat $1DubaiDollars

ayat berikut aku amek dari ayat yatie, (yatie, minta izin pinjam ayat sat naaa...)

"Semua yang mendaftar sekarang akan dimasukan dibawah group kita secara automatic.. jangan laaa korang tunggu lagi.. daftar dulu sekarang sebelum 30 Januari 2008 kerana lepas pelancaran nanti mmg dah takde dah lagi pendaftaran secara percuma..!!

DubaiMLMDollars ni nanti kita boleh cashkan di mana-mana mesin ATM bank seluruh dunia termasuk Malaysia la kan dengan menggunakan kad kredit atau kad debit DubaiMLMDollars

DAFTAR PERCUMA SEKARANG
REBUT PELUANG INI !!"


ok korang? try la ek. mana la tahu..
tuah ayam nampak di kaki, tuah badan sape la yang tahu kan?
hehehehe...

Monday, January 7

post yang terpaksa..

aku rasa terpaksa bila orang tanya aku 'dah update ke belum?'

so, dalam keterpaksaan, aku update gak walaupon kerja aku menimbun2.

aktiviti(s) di hari minggu.

sabtu,
pagi2, tak wat apa2 sangat.
just tengok tv, melantak puas2.
sebab petang, dah janji ngan en alang nak basuh umah sewa.
so, around kul 5pm
kitorang bertolak pergi ke rumah sewa kami
ececemak
umah kami tuuuuuuu.......


barang2 nak basuh umah dah beli awal2 (seminggu awal)
punyala bersemangat!
hahahahaha...
aku first tempat, bilik kitorang la kan
basuh bilik tu sungguh2, then basuh toilet dalam bilik lak.
masyaAllah..punyala seksa
setiap penjuru cam berlumut
saket tangan aku berus lantai ngan dinding toilet tu
sampaikan jari2 aku naik kecut



en alang pulak bersemangat berus living hall
sampai berkilat2 muka dia
hahahaha
masa ni bila aku tgk kesungguhan dia,
terus aku rasa nak kawen skarang gak dengan dia
sangat comel ok!
tgk muka sungguh2 dia tu.
rasa nak gigit2 je.
ooppppss!




lepas aku wat toilet tu,
which is sangat berkilat selepas dikerjakan aku
aku wat lak dapur
tu satu lagi tu
sangat la berminyak tempat tu
so, aku pon apa lagi
singsing lengan
berus kuat2 tempat2 berminyak tu
sampai tingkap pon aku pakai berus dawai kuali tu
susah gile minyak nak tanggal
dah tebal sangat.




tgh gosok2 tingkap tu,
aku rasa geli2 je kat jari kaki aku
aku tgk ada sekor lipas.
aku ni takla takut lipas. geli pon tak.
aku pon apa lagi, en alang tgh pegang kayu berus lantai,
aku suruh dia hancurkan lipas tu.
sambil2 tu,
aku ni nak pedajal,
campur clorox ngan sikit air,
curahkan kat dalam lubang air keluar
sekali tu,
lipas kuar dalam 6-7 ekor,
apa lagi
aku jerit la
en alang kelam kabut cari shieldtox
aku punyala geram,
terus sembur kat lipas2 tu tak berenti2
sampai botol tu rasa ringan je.



oleh sebab dah terlalu banyak sangat menyembur,
ngan aku2 skali terasa lemas.
so, aku asik terbatuk2
en alang soh aku minum air bebanyak
so, aku dengan nak cepatnya
berlari ke bilik nak amek air.
tgh lari2 anak tu, terus tergelincir
pulaknya
aku ni kalau jatuh memang tak jerit ke apa ke
en alang tau pon
sebab dengar bunyi aku jatuh
aku kan berat 50 tan
harusla dia dengar aku jatuh



masa aku jatuh tu,
tuhan je tau betapa paniknya en alang
cian kat dia
muka nak nangis
aku gelak2 je
sebab aku jatuh terduduk
aku kan bonbes (bontot besar)
then slow2 aku letak kepala atas lantai
yang en alang plak ingat aku jatuh terhentak kepala
muka dia toksah kata la kan
aku rasa kalau toreh memang takde darah la.
pucat lesi.
aku bagitau dia, aku ok.
tapi dia paksa2 gak ajak pi klinik
aku sampai kena jerit kat dia kata aku ok baru dia percaya.
hehehehe.
ala,
tgh baru lagi kan
aku rasa, lagi 5 bulan lepas kawen je,
aku jatuh parit besar pon ntah2 dia tak perasan.
kan? kan?



lepas basuh2 umah,
aku hantar en alang balek umah dia
soh dia mandi, tukar baju
sebab dia ajak aku pi makan
aku rasa masa makan haritu la masa yang sangat sebok bagi aku
otak aku ni dok fikir macam2 rancangan masa depan
untuk rumah kami, plan masa untuk berdua,
ye la kan, dia kan keje shift
so, aku la rasa macam ditinggal2kan nanti
maybe aku nak amek keje part-time
lagipon, dah kawen nanti banyak nak pakai duit
so, dia dan aku decide nak berkorban untuk masa depan yang gemilang, cemerlang dan terbilang gitu..



ahad,
pagi, aku tak wat apa2 jugak.
just chill depan tv, tgk movie
'akeelah and the bee'
menjejeh2 airmata aku tgk citer tu
apsal ntah
hehehe
best gak la citer tu
not bad.



petang lak,
actually dah janji ngan en alang nak cat umah
tapi disebabkan kesengalan aku ni,
rasa malas nak cat2
aku ajak ibu dan iqa pi ipoh
pastu ibu soh tanya en alang plak
aku tanya dia
dia on je
so, around kul 4pm kitorg pi ipoh
ala, pi jusco jek
pusing2, beli barang2 umah sket2,
makan2,
kul 10pm sampai stewan balek.
then,
en alang lepak kat umah aku sampai kul 11pm
itupon bila aku dah puas pujuk soh balek
aku dah ngantok sangat.



ok,
itula kisah weekend aku.
sebenarnya draft ni dah dibuat semalam
tapi baru harini aku post
aku kan sengal
hahahahahaha!

Friday, January 4

ngehngehngeh...

aku skang ni tgh sengih sorang2. sebab kejadian semalam.

aku nak criter, tapi mesti korang rasa budak nih ntahape2 ntah. tak kawen lagi pon dah wat benda2 camni.
aku nak citer gak.
pedulik apa aku.
hahahahhhahaha!

camni,
semalam, lepas keje, aku dah janji ngan en alang nak kuar.
cari cat. nak cat umah sewa kami.

then, lpas beli cat, hantar cat tu ke umah sewa tu.
en alang tak duduk kat situ lagi, sebab dia tunggu kitorg basuh umah tu dan cat elok2.
baru dia dok kat situ.
lepas tu, pi makan.
aku makan fish and chips, en alang makan mihun tomyam.

then, dah kenyang, balek umah aku.
alang solat maghrib, aku dok melahu depan tv.
adik2 aku ngan ibu aku ada kat umah ok!
korang jangan nak menyimpang plak.
lpas je dia solat,
kitorang lepak2 la depan beranda.
ada privacy sket.
lagipon kawasan umah aku tu memang sunyi.
memang best kalau nak bercengkerama. hehehehehe..

memang kitorang biasa, tgh borak2, mula2 duduk.
pastu, baring.
baring je tau, tak wat apa2 pon.
sambil borak2, tgk2 bintang.
ntah camne smalam,
en alang tgh cakap2,
aku bleh tertidor.
pulaknya, sambil mengorok la tu.
korang tau ke ngorok tu apa?
dengkur la!
kuat lak tu.

aku masa tu memang nyenyak gila la tido.
tak sedar yang kitorg ni kat beranda sambil ditemankan nyamuk2.
tetiba je aku dengar suara lelaki cakap kat aku,
"B, abg nak rogol ni.."
terus aku terjaga.
takut wei...
ntah sape2 nak rogol aku.
aku terjaga sambil tangan aku menggawang2.
then, tertampar en alang.
en alang pelik, nape aku tampar dia?
aku cakapla, aku terdengar org cakap nak rogol aku.
pastu dia gelak.
memang dia cakap macam tu,
sebab dia kejutkan aku, aku tak sedar2.
dah goncang2 badan aku, suruh bangun,
tapi aku wat dek je.
dahla ngorok kuat2.

lepas tu, en alang cakap,
senang je la nak kejutkan aku,
cakap je nak rogol
mesti aku terjaga punya
hahahahaha!

aku pon tak sangka dia bleh cakap macam tu.
nak rogol2 bagai.
sebab dia bukan org macam tu ok!


hah..mesti korang fikir aku nak citer blue kan?
hohohoho...
citer tu akan kuar bila dan hanya bila aku dah kawen ok?
tapi aku rasa aku tak citer kot.
mana leh citer hal rumahtangga kat org kan?

selamat hari minggu korang!

Thursday, January 3

kerispatih-Mengenangmu

suka sangat ngan video clip dan lagu ni. sedih...






skang ni aku ngan dalie tengah kerispatih mania. hohohoho!

skang ni aku terfikir, kalau aku mati, en alang akan sedih macam ni tak? sampai buat lagu?
tapi aku tak nak lagu. dapat surah yasin pon jadik la.

dalie, this one is for u. i know u really love this song!





enjoy!

Wednesday, January 2

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!

oi! oi!
apa azam tahun baru ni?


azam aku untuk tahun 2008 ini adalah;

1. untuk menjadi muslimah yang lebih bertaqwa.

2. membayar ptptn dengan kadar yang sepatutnya. tahun lepas aku bayar pon lobang2. tgk kemampuan selalunya.

3. nak keje ngan lebih bersungguh2. taknak kutuk2 bos dah. nanti rezeki tak berkat. (ececemak!)

4. kalau boleh nak tukar kereta lain. sebab nanti , cam kurang sesuai dengan keperluan untuk orang berumahtangga kalau dengan kereta skang ni. tgk dulu cam mana. azam ini adalah azam spare namanya. wakakakakkakka.

5. menjadi isteri yang baik. tak nak marah2 en alang lagi. perlu patuh ngan segala arahan dan permintaan suami. ohhh!!!

6. nak lawa2 kan umah kami. tak sabar nak dok sekali. ;P

harapan tahun 2008,
semoga kami bertemu jodoh dan berkekalan sampai mati. itu saja. tak nak harap banyak2.





aktiviti musim cuti akhir tahun;

sabtu,
pagi2 lagi dah bertolak ke penang. jam 0630 dah kuar umah.
sampai penang around kul 0900, jumpa zaza, salam2, antar naik barang2 dia, terus kitorg blah.
zaza hangin je. jumpa 10 minit sajork.
ayah la..nak cepat2.
biasala bekas tentera laut, memang cenggitu la disiplinnya. walaupon dah bersara.


gerak ke ipoh,
sampai ipoh around 1100.
lambat sampai sebab ajik kena cirit birit. kitorg banyak berenti. tensen je!
jumpa katerer. nama awie.
nama company dia, awie katering.
orang kata katering dia ni femes. aku tak tau la plak.
ok la, org nya baik, humble je.
ayah pon naik seronok borak ngan dia. plaknya, apa2 yang si awie ni cadangkan, ayah setuju je.
nama wife awie ni ella.
macam serasi kan?
awie-ella.
hahahaha........


then, kitorg pekena mi kicap.
famili aku sorang pon tak penah rasa mi kicap ni.
lepas dah rasa sekali, terus diorg suka.
korang penah makan mi kicap ni ke?
aku rasa kat perak je ada mi ni.


gerak dari ipoh around 1330 camtu.
then bergegas ke kl sebab ayah ada jemputan kawen anak kawan dia.
tapi jemputan tu untuk diorg berdua je.
so, sampai2 je kl around 1500, ayah turunkan kitorg adik-beradik kat ampang point.
hohoho...aku telah borong t-shirt plain giordano sampai 4 helai.
sebab sehelain harga rm10.45.
murah kan?
:D


pastu,
lepas diorg dah abis kenduri,
amek kitorg, terus ke sogo.
sebab iqa nak beli barang skolah kat sana.
ngada2 kan?
nak barang skolah dari sogo..ntahapehapentah.
ayah plak, layankan je.
mentang2 tinggal sorang je yang bersekolah.
diorg semua sebok pilihkan baran2 iqa,
aku pi cari handbag.
nak yang besor2 sket.
bleh campak semua benda dalam tu.
hehehehe.


abis soping, kul 1800 camtu.
pastu, ayah tanya kitorg, nak ke mana lagi.
kitorg diam je. sebab dah penat.
ayah tanya lagi, nak tgk sehati berdansa final atau tgk world drums festival.
kitorg pilih tgk org main drum.

aku ingatkan diorg ni macam main drum macam citer drumline tu. dah la aku suka gile ngan citer ni.

rupa-rupanya bukan.
orang main gendang mewakili setiap negara.
ada yang main muzik kontemporari, ada tradisi.
best gak.
tapi sambutan macam ala2 je.

soi korang.
gambar ada amek, tapi cam plak ayah dah cilok bawak balek kl.
aku tgh hangin nih.


abis tgk org main gendang tu,
terus kitorg balek umah ayah kat lestari putra, bangi.
sampai umah ayah, mandi2, terus tido. mata memang tak leh bukak dah.


ahad,
pagi2 bangun, lapar.
aku wat megi. makan senyap2 depan tv.
tunggu sorang2 bangun, lambat gile!
around kul 0900, gerak dari umah ayah,
pi umah kawan ayah, dia jemput breakfast kat umah dia.

lepas breakfast tu,
terus gerak gi nilai 3.
sampai sana kul 1200.
tak beli apa2 pon kat sana.
sebab biasala kan, pegi ngan org lelaki ni.
diorang ni bukannye jenis penyabar.
so, tak lama kat situ.
then, terus gerak balek perak.
sampai perak around 1800.
kemas2 umah, bilik, mandi2,
around 1900, jumpa en alang.
makan dan jalan2 ngan dia.
plannning nak ke kuala kangsar dan ipoh esok harinya.
nak cari barang2 sket.


isnin,
pi kuala kul 1200.
ngan ibu dan en alang.
sampai kuala dalam kul 1400. terus pi makan kat benteng.
lepas tu, baru cari barang2.
dah lepas membeli, kitorg gerak ke ipoh lak.

sampai ipoh, dalam kul 1600.
pi parkson, sebab ibu ada voucher parkson rm200.
sebok sangat nak beli kuali tefal.
dah dapat beli tu, jalan2 kat sekitar ipoh parade,
then, balek umah.
sampai umah kul 1930.


around 2100 kitorang pi umah kawan ayah ni, nama ebby rizal dan rose.
diorang wat bbq. sempena menyambut tahun baru.
aku ngan en alang pi asing kete ngan ibu.
sebab lpas bbq tu, kitorg ingat nka lepak lumut plak.

abis bbq, lepas sambut2 new year,
dalam kul 0200, aku ngan en alang pi lumut.
lepak2 kat bistro, sambil dengar org karok.

kul 0300, balek umah.
terus tido.


semalam,
tolong ibu masak. sebab sepupu aku, abg ajim dan isteri, kak ita akan pindah ke kl esok.
so, ibu wat makan2 kecil2an.
lepas je lunch ngan diorg, aku ngan en alang terus pi econsave.
beli barang2 housekeeping untuk umah baru.
umah sewa je.
umah abg ajim pon.
so, skang ni en alang akan dok sorg dulu umah tu.


lepak2 ngan en alang sampai kul 2200,
aku dah ngantuk,
terus halau dia balek.


itu je aktiviti aku.
tak banyak pon.


nak wat keje ni. banyak sangat benda nak kena settle. bloghopping dari tadi pon tak abis2 lagi.