bercanda di tepian pantai chenang....
hah..selesai jugak aku upload gambar2 ni. banyak ko..lantak la korang. tgk muka aku ngan en alang sampai muntah. sila sediakan beg kertas coklat atau beg plastik kecil untuk menampung muntah anda. ngee~
on way ke kuala kedah. actually, plan awal nak ke kuala perlis. tapi dah terlalu penat drive, kitorang decide berhenti kat kuala kedah je. tapi pesan aku pada korang, sila pergi ke kuala perlis. kat sana more cheaper.
parking kereta kuala kedah: rm15 sehari
parking kereta kuala perlis: rm8 sehari.
beza kan? masa ni aku menyesal sangat2. huhuhuu.......... dahla parking kereta 3 hari. tak pasal2 nak dekat rm50 gak abis kat parking je.
remember post yang ini? aku beli cardigan yang mahal kat giordano? cardigan hitam yang aku pakai tu la..hehehhe......
cantik tak? siap ada reben2 tau! :)
korang akan melihat tudung aku adalah tudung yang sama dari hari pertama sampai la hari terakhir aku di langkawi. terlupa bawak tudung beb! huhuhuu.........
"percaya pada diri..dengan harapan dan keyakinan....."
macam baru kuar AF.
en alang ni degil. aku nak pakai beg hiking yang aku pinjam dari ofismate, shah.
tapi dia nak gak bawak beg yang ini.
so, sebab dia dah kata dia yang nak bawak, aku tak kisah.
cian kat dia. berat tau beg tu!
masa mula2 naik feri. masih nampak bersemangat lagi.
en alang dah start mabuk. dia tido untuk hilangkan mabuk dia. asam boi yang masam gile tu pon tak dapat hilangkan mabuk dia. aku maintain steady. kata anak navy!!! ;) i tak heran ngan laut, udara dan darat ni.. hahahhahaa!!!!!!!
sampai2 jeti langkawi je, dah semangat2 nak bergambar ngan langkawi billboard tu. hehee....
kat sini la kitorang tinggal..malibest resort yang terletak kat pantai chenang.
keadaan fizikal dari luar dan dalam chalet. ok tak? rindu plak nak balek kat sana. best tau korang!
kereta yang kami sewa. tgk en alang, dia bergambar ngan kereta yang kami tak sewa. hahahha! konon2 merasa la sewa kereta mahal kan. kitorang sewa kancil cinonet sebelah tu. servis sangat teruk. aircond berfungsi dengan kadar lite2 sugi sajork. tensen ooo...dah la langkawi tu panas pulau!
destinasi pelancongan pertama pada hari pertama adalah makam mahsuri. oleh kerana aku dah biasa ngan tempat ni, aku malas nak bergambar. biar dia sorang je yang gile gambar. hahahhaha!
ini adalah tempat yang diidam2kan en alang bila jejak kaki kat langkawi nih. tak sabar nak amek gambar ngan lang nih. berpusing2 aku cari parking, last2 jumpa gak. dahla panas, plaknye, kena amek gambar dia kat tgh2 panas tu. huhuhuhuhuuuuuuu...
nampak tak en alang?
dia di antara huruk K dan A tuu....
atas kami betul2 tegak matahari. sebab tu gambar ni kabur kot..
masa ni perut lapar gile! so, pencarian restoran terdekat dimulakan.
dah penat jalan kaki, jumpa restoran Hj. Jelani ni. nampak macam restoran yang jual makanan murah2 kan..jom kite jengah!
kami memesan ini, dari kiri nasi goreng nenas (en alang), tomyam seafood (meletop2 sedap dan cukup rasa..walllaaaaaaa!!!!) dan nasi goreng isi ketam dan udang (aku).
makanan kat sini memang sangat sedap dan mengancam!
tapi, servis agak slow dan kena banyak bersabar.
lagi satu, waiternya tak pandai cakap melayu. cakap siam je ye.
hohohohooo........
malam selepas makan kat restoran hj. jelani tu, kitorang serbu kedai runcit untuk beli makanan2 ni. sebagai lapik perut katanya. mak tak sanggup nak bayar harga makanan yang agak mahal kat situ.
lihatlah! betapa dekat sangat jarak dari chalet aku ke pantai tu. hahahah! kat sini leh la tgk mat saleh dan minah saleh seksi2 pakai bikini. yang seksa pon ada gak. ahaks!
ni suasana pagi keesokannya. so, takde orang lagi masa ni. awal lagi. dalam kul 9am camtu.
pemandangan ni boleh dilihat dari salah satu bukit yang terletak kat tepi highway menuju ke tempat beras terbakar. agak mengah juga daki bukit ni. tapi demi "pemandangan indah" yang tertera kat papan tanda tepi highway tu, kami gagahkan juga.
lihat hasilnya, korang boleh tgk saujana mata memandang. ye, airport langkawi la tuuu.....
letak kamera atas tembok. hasil aku berlari2an memeluk en alang. sebab tu tersenget. hahahah!
masa ni takla rasa terik sangat. tapi dah start bahang. en alang suka kerut muka camni. puas dah tegur, tapi dia kerut gak. haihhh....
oh, masa ni kat tempat beras terbakar.
ni kat petronas. tak tau area mana. tapi on way nak ke kompleks cable car.
ni kat kompleks cable car gunung mat cincang. masa mula2 masuk kompleks ni, aku dah tanya kat en alang, nak confirmkan yang kitorang nak naik cable car tu. tapi lepas je dia tgk orang pegang ular sawa ni, terus dia panik--->en alang tak suka benda2 yang panjang2 dan menyusur. dan dan tu jugak dia cancel naik cable car. huhuhu....... melepas gueeee....
damn u orang ular sawa!
ambil gambar dari bawah gunung sajork...
dan lagiii.......
dan lagiii.........
rasa menyesal tak dapat pi. dahla aku ajak pi underwaterworld pon macam2 alasan dia bagi. huhu.. den takleh nak wat apo2..
tengah hari tu kitorang pi lunch, dan balek chalet untuk berehat2.
petang tu kitorang decide nak jalan2 kat area pantai je. gambar di atas diambil masa aku degil nak lintas jalan tinggalkan en alang sorang. dia tarik aku dan nak gigit. this is the best picture stakat ni. aku suka! :)
jalan2 kat pantai sambil tgk sunset. masa ni matahari baru nak melabuhkan tirai. malas nak mandi pantai sebab kaki aku terkena cengkerang siput. saket woooo.......
tgk pemandangan belakang tuu..sangat lomantik loooo.....kehkehkehhhh........
kitorang balek ke darat (kuala kedah) pada keesokan harinya. singgah kat penang, bagi coklat kat zaza dan terus berkejar balek stewan sebab nak tgk konsert AF6. Sorang je yang aku berkenan. Nadia. dia macam Amelia kan?
okeh, stakat ini saja pembentangan bersiri aku. :)