Monday, March 3

semoga kalian berada di dalam keadaan sehat sejahtera.

aku skarang ni menanggung sakit gusi. bengkak. gigi bongsu nak tumbuh agaknya. susah nak makan. tapi tetap makan banyak.


huhuhuuuuu.


hari ni bos tiada. pi kapal. meeting. aku je bersama sorang lagi engineer terkulat2 berdua dalam department ni.

best jugak!

heheheheeeeeeeee........


terlalu banyak nak diceritakan, tapi otak aku berkecamuk. idea berlaga-laga. pastu hilang tiba-tiba. hmm.

sabtu,
ke ipoh dan kampong gajah bersama ibu, ayah dan ajik. pi menjemput sedara mara dan kawan-kawan ayah. iqa takde sebab pi panjat bukit larut. excited sangat dia. bas bertolak 5 pagi, pukul 4 pagi dah kejutkan ibu. padahal jarak umah dan skolah hanya 5 minit berkereta.


dalam perjalanan, ayah bertanyakan aku tentang jurukamera. aku dengan excitednya menceritakan tentang betapa cantiknya gambar-gambar yang diambil dan sudah tentu perihal kos. ayah kata tak masuk akal. rm899 untuk 5 jam? dia kata kawan dia yang punya kedai gambar di lumut caj harga yang sama untuk 2 hari penggambaran.


aku malas nak bertekak. aku terus cancel jurukamera yang dah 2 bulan aku tempah. sedih tau! hukhuk.


sepanjang hari sabtu, tak jumpa en alang langsung. sebab ayah macam ikat kaki aku untuk melekat je dengan dia. aku tak kesah. tapi en alang merungut2. aku tau dia rindu kat aku. dah 2 malam tak jumpa. maunya tak rindu! ;)



ahad,
luangkan hari sepenuhnya dengan en alang. balek gelung pepuyu. hooray! gile ko, dah 2 bulan aku tak jenguk mak abah dia. mak dia nampak je aku, muka excited tak hingat. ehem! (sambil buat muka ala2 berlagak sket.. ;P )


hantar barang-barang hantaran ke sana. aku dah siapkan hiasan sikit2. tapi ada lagi yang macam kureng. takpe. nanti makcik2 dan jiran2 en alang pandai2 la dekorasi hantaran tu.



petang kul 6, balek stewan, pi pasar malam kat manjung, dinner kat restoran teluk muroh dan jalan-jalan kat lumut. kul 10 malam, balek umah, lepak2 kat beranda dan kul 11 malam, dia pon bertolak balek ke rumah sewanya.




hari ni.
aku sedang menahan sakit gusi.
sambil menaip blog.
sebentar lagi akan ke blog kamu semua.
takde keje sangat.


oh ya.
ada aku beritahu kalian majlis nikah ditunda ke 15 mac pagi?
dibuat pada pukul 10 pagi di masjid kampung sitiawan. huhu.
takpela. asalkan semua berjalan dengan lancar.

12 comments:

nur'ain said...

Sakit gusi..?? Tumbuh gigi bongsu??
ni dah cukup umor nak nikah belumm?? hehe ^_~

CPI said...

salam awk...
alahaii...time2 cmni la gg lak buat hal ye...
saba eh...
mesti tgh brdebar2 menanti hari bahagiakn? ngeeeee..bwk2 brtenang ye...
moga bahagia...

CPI said...

salam awk...
alahaii...time2 cmni la gg lak buat hal ye...
saba eh...
mesti tgh brdebar2 menanti hari bahagiakn? ngeeeee..bwk2 brtenang ye...
moga bahagia...

me3n said...

2 malam tak jumpa pong da rindu eh? tuh belom kawen lagi tuh. ehehe. btw that's so sweet. ;p.

dedalie said...

tiannnyaaaaa

get well soon nyah. nak kawin plak bnyak cabarannya..

Intan and The Boys said...

nur'ain,
ha'ah. gigi bongsu nak tumbuh. saket oo...

iman,
thanx awak. awak tu jaga diri tau. :)

ad3ck,
yup. macam tu la kitorg. tak jumpa 2-3 hari dah macam orang gile lagaknya. huhuhuuu..

dalie,
harap2 dapatla get well very soon. aku tak sanggup saket2 gigi nak kawen nih.

flush said...

weii.. dah kawin nanti cane nak cium2.. gigi sakit boleh menjejaskan performance tau.. ahhaha...

Ceera said...

sian awak sakit gusi ye... nak tumbuh gigi ke awak?

eh, saya tau awak nikah 15 pagi, hehehe

peej said...

xpe la..br dua malam x jumpa..bawak2 bersabr..
nanti dah bole bersama 24/7 je..
mcm2 bole explore tuh..haha.. ;p

Intan and The Boys said...

flush,
eh, boleh jejaskan performance ek? ala.....

ceera,
ha'ah. nikah 15 pagi. dah tau tu sila datang awal ye. :)

peej,
explore? nak explore apa ek? hehehehehe........

Qaseh Bidadari said...

darah tgh manis ni sayang oii...

kurangkan jumpa tu nanti baru berseri muka...

ngehngehngeh...mama ikut petua org tua2 je ni...

berdebar x?sure tgh dup dap kan!

semoga semuanya selamat!!

Mak Su said...

alah..tahanlah ya perjumpaan tu, ala-ala jual mahal skit ler. cameraman tu kalau ada duit apa salahnyer, yg penting kita nakkan hasil tu.