Tuesday, May 6

sebu

hari ni rasa sebu.

perut sebu, hati pon sebu.


tau tak sebu tu apa?
rasa macam penuh, tapi takleh nak wat apa-apa.
serba tak kena.




dari Kamus Dewan Edisi Tiga
sebu: 1. penuh berisi: perut saya ~ dan kenyang sebagaimana ~ dan kenyangnya perut-perut Pak Menteri; 2. tersumbat (hidung, saluran, dll), terkambus (parit, sungai, dll), sendat: parit yg ~ diperdalam; 3. ki sebak, sesak: Sharifah Aini tidak bersuara lagi, dadanya terasa ~ benar; menyebu mengisi penuh-penuh, memadatkan, mengambus, menimbus: asap putih yg ~ tekaknya itu dihembusnya perlahan-lahan; menyebukan menjadikan sebu, menimbusi, menimbuni: serpih-serpih itu boleh ~ lubang, dan juga merosakkan mata alat pemotong; sebun.



sejak dari hari ahad lagi punya perasaan macam ni.
nape ek?






hari ni masak udang goreng je kat en alang. cian kat dia.
(gambar ehsan dari google)








rindu sangat-sangat dengan en alang.
dah 3 minggu dia keje petang, kesian kat kami berdua.

tapi takpe, next month en alang dah dapat 2 minggu shift siang, 2 minggu shift malam.
tak sabar nak tunggu bulan depan.
:)




minggu ni nak bawak balek mak ayah en alang.
diorang nak sangat rasa tidur semalam dua kat umah kami.
so, rancangan untuk mnggu ni adalah,
penuhkan peti ais!
yeahhhh!!!!!




beras skang ni dah naik harga sangat mendadak kan?
masa mula2 kawen, bawak rm50 pi kedai boleh la dapat beras, bawang, ayam, telur, ikan.
skang ni cuma dapat beras ngan telur saje. kalau nasib baik, leh beli ikan sket. huhuhu...




semalam, aku dengar radio era on way back ke rumah,
pastu, adala sesi trafik.
ala, yang slalu wat report trafik seluruh negara tu.
yang buat aku terkejut adalah,
manjung dah masuk dalam list trafik!
pelik betul!!!


setahu aku la,
aku bet separuh dari pembaca blog aku ni tak tau kat mana terletaknya manjung nih.
tetiba je leh masuk radio kan.
dan apa kejadahnya plak masuk kat repot trafik?
setahu aku area manjung-lumut-sitiawan ni takde masalah trafik.
jem lagi la pulak kan. jauh panggang dari api.
cuma kena berhenti-henti sebab ada banyak trafik light.
tu je.



hehehe..
tetiba aku rasa lawak sendiri.



ntah kenapa skarang ni aku dapat satu kekuatan.
kekuatan untuk berdepan dengan bos aku.
aku nak mintak tukar tempat duduk @ workstation aku.
nak ubah.
sebab workstation skarang sangat la terbuka.
orang lalu-lalang.
meja dekat sangat dengan pintu pantry.
orang panaskan makanan guna microwave,
aku boleh bau.
bila aku dah bau, aku jadik lapar.
bila dah lapar, harusla kena makan kan?


so, next week aku nak mintak izin bos tukar workstation.
pada tempat yang lebih privacy.
punya little cubicle sendiri.
doakan aku ya!



masih lagi rasa sebu.
kenapa la dengan perasaan ni?
tak fahammmm.....








15 comments:

fealize_eleanoer said...

sebu yek nyah,,

minum lah Eno Halia...

**pesanan ikhlas ala2 kemasyarakatan ini dibawa oleh Fealize Eleanoer...**

yeyehhhhhh ! ;)

aria ayumi said...

huhu. diya still tak leh imagine camne rasanya sebu iteww.

nanonano said...

sebu..sebu..sebu..
mat sabu eyh??
huhuhuhu :p

waaaaaa...
next week cube menjadi menantu misali okeh.
gud luck yunk !
hihi

applepie said...

arinih ari sebu semalaysia kot..
pewut kite pun sebu semacam je dr pagi td...aduh..

Iekan78 said...

iisshh...sesuatu ok!!! ke dh bersi?? mana la tau kan.....

cendawanintim said...

yer, harap2 dapat tuko workstation or cubicle baru...

lindosh said...

saya ada kawan kat manjung. namanya reza keekeke

puterikurekure said...

fealize,
dah 2 peket minum eno tu. sebu tak hilang2 jugak. camno?

diya,
agaknya diya panggil dengan nama lain kot.

nano,
time kasih. hehehe.
tgh fikir menu nak masak nih. abah suka ayam, mak suka sate. hehe..

applepie,
hehe..ye ke? kite serupeeeeee...

iekan,
takde mende lain la nak ingat ek? kalau la betul tekaanmu itu, bersyukur sangat2. :)

cendawan,
harap2 la kan..

lindosh,
reza? siapa itu reza? (ehem!)

Ceera said...

semoga berjaya awak.. kalau bos tak bagi, ugut dia skit, hehehe...

camni la orang dah kawin kan, kena amik tau pasal semua harga pasaran... kita skang tak amik kisah, karang2 confirm tau dah apa naik apa turun. oh tidak..

Mak Su said...

cool down ya puterikurekure, maksu pun tak paham masalah sebu ni, mgkn boleh minum grapewater kot... dah dpt tkr workstation ker?

CAHAYA MATA said...

emm..SAYA pun rasa mcm dah ada "isi" je tu...hehehe...sebab tu mertua nk datang umah u..haa, gi klinik ehh..check tau..

p/s : doakan u dpt tukar workstation..emm...

MAK TEH said...

sebu?sengkak kot...ada makna tuuu..cuba bagi history skit ..boleh doktor ni tolong..makteh tau mana manjung..abg kerja situ..LKIM..salam pu3kurekure...khuda hafiz..

ad3ck said...

firstime dengo sebu. sebelom neh kene serbu penah laa ehehe. geramnye tgk udang itu! ;p.

iman_qaisara said...

perasaan yg sebu? cmne rase die tu awk?

mylife said...

hi awak... lama dah tak tinggalkan jejak kat sini... neway, camana smlm? dpt ke tak pindah station baru? jampi jampi sket ngan boss tuh... hiks...