Monday, April 30

guna ayat

perhatian: dialog dibawah mungkin berlainan dari yang kalian lihat. ini kerana aku tak ingat sangat semua dialognya, cuma yang penting-penting je aku ingat..ok!

seorang anak lelaki yang kelihatan baik memberitahu ibunya yang dia mahu ke kedai..


anak lelaki: mak, saya nak ke kedai

mak: tolong belikan sos cili ye.

anak lelaki: ok.


anak lelaki melihat pada sebuah helmet yang terletak atas meja dan hatinya berkata, 'tak payahlah. dekat saje.'


beberapa minit kemudian, anak perempuan pulang dari sekolah,


anak perempuan: mak, tadi adik tengok ada accident motor, sos cili tumpah melanda, macam darah.


anak perempuan terpandang helmet abangnya di atas meja lalu mengangkat helmet tersebut..


anak perempuan: mak, abang mana?

ibu: motor? sos cili? panggil ayah!


ibu berlari keluar untuk mendapatkan anak lelakinya...


korang perasan tak budak pompuan tu guna ayat sos cili tumpah melanda..ada ke orang guna ayat macam tu? heeee...aku terkesima kejap bila first time dengar budak tu cakap macam tu..korang rasa macam mana?


aku ni nak katakan pakar bahasa tu taklah, tapi bila budak tu pakai ayat macam tu, aku gelak sakan. sos cili tu melanda atas apa? ataupun budak tu memang nak guna ayat bombastic agaknye..heeee...ntahla..

cameron highlands, gambar ni aku tak tangkap, wikipedia punya yang aku cilok dari..haaa...(ape punya ayat daaa...)

sabtu & ahad aku, ibu, ayah dan iqa ke cameron untuk join sedare maraku yang dah berada di sana dari pukul 8 pagi lagi. kami sampai di sana pukul 7pm, sebab ayah terlalu asyik dengan kerjanya..hee..masa ni muka bapak aku kuar teevee ngan paper. yang pasti dalam harian metro ada pic dia, tapi dalam internet ni takdela plak. kalo nak tahu lebih lanjut, sila klik di sini. Bapak aku bukan Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Utara tu, dia cuma orang di bawah pak cik Zammani tu je.. sebab tu nama dia tak kuar kat paper. yang ada cuma muka dia je yang enter frame dalam paper & berita.

pergi cameron, iqa mabuk, muntah2 bila hanya tiba di destinasi.. sangat kelakar! depan blok apartment baru tehegeh-hegeh carik plastik nak muntah. aku plak on way back balek umah baru rasa mabuk, muntah2 bila sampai kat simpang pulai. berlambak siot! hahaha!!! (sorry..rangkap perenggan ni memang tak senonoh sket ye!)

gambar2 dah amek, tapi tak bawak cam la plak ari ni. takpe, pas cuti ni bleh aku tunjuk kat korang yek! dan details kat cameron aku sertakan sekali bersama gambar2 yang tak semonggeh tu ye! heeee...

ok geng, selamat bercuti sakan ye! selamat hari buruh (hari pekerja), selamat hari wesak dan selamat selama-lamanya!


Monday, April 23

hari minggu yang amat memenatkan!

ibu: takde kat umah, pergi bukit tinggi indonesia bersama kawan-kawan gosipnya..
ayah: takde kat umah jugak, keje, keje, keje...

zaza: final exam..takde kat umah jugak.


aku, iqa & ajiq: kat umah sepanjang minggu..tv, tidor, tv, makan, tv, tidor, tv, makan, makan, makan,makan....


yang jadi mangsa last weekend, aku la..adek2 aku tu sangat2 la kuat makan..keje aku asek masak je..penat sangat. dah la demam2..saket2 satu badan melayan kerenah adek2 aku yang sangat mengada bila ibu&ayah takde kat umah. nak dating ngan alang pun tak larat..last2 aku suruh je alang stay kat umah aku..dia la dok mengadap muka aku santak dari pagi sampai malam..hahaha!! start breakfast sampai dinner dia dok berkampung kat umah aku. cian gak dia, yelah dia takut gak kalo tiba2 bpm (badan pencegah maksiat) datang umah..ishh..umah aku tu banyak tingkap, banyak pintu, sume aku bukak..orang sebelah umah pun tahu umah aku ada tetamu..lagipun adek2 aku sentiasa ada dalam umah tu..takde masalah la..sorry ye, tak main la buat maksiat kat dalam rumah sendiri..tak kuasa tau!


maybe this weekend family besor aku yang kat muor ngan kl nak berkampung kat cameron highland. hmm..plan nak pi piknik kat allaga tak jadik la ek! family aku ni memang cenggini..pantang ada cuti panjang sket, kalo takde kenduri-kendara, mesti pi bercuti2 malaysia. last year pi langkawi..padahal tahun tu je 2 kali kitorg pi langkawi..besala, kaum ibu2 ni tak puas shopping..


patrick dan spongebob jadi peneman hidup iqa skang..comel kan? spongebob tu aku belikan masa aku pi penang aritu, patrick tu pulak kawan dia yang bagi.


Friday, April 20

nama-nama ku

Your French Name is:
Jacqueline Belard
Your German Name is:
Anneliese Viki
Your Average American Name Is...
Linda Lynn Clark
Your Irish Name Is...
Roisin O'Donovan

Monday, April 16

seringgit mu, seringgit ku jua..

dulu. aku bersekolah di sekolah kebangsaan pekan satu, w.p. labuan dari darjah satu (1988) hingga darjah tiga(1990). ayah seorang tentera laut, kami sekeluarga mengikut saja ke mana saja tempat dirinya bertugas. pergi dan pulang dari skolah menaiki trak, menunggu trak sejak jam 6 pagi. jarak rumah dan skolah agak jauh (mungkin dalam 20km). selalunya aku adalah orang pertama yang dijemput oleh pemandu trak tersebut dan aku slalunya juga dapat duduk di kepala trak. amat bernasib baik kerana aku tak perlu berhimpit dengan kawan2 lain dan mengalami pening kepala yang teramat kerana hentakan dan bumping yang perlu dialami bila duduk di belakang. tiba di skolah jam 7++, bergegas ke kelas dan mula mengira rakan-rakan kelas yang lain untuk mengesahkan kehadiran semua murid. aku tatkala itu darjah satu dan memegang tanggungjawab sebagai ketua darjah. (aku sendiri taknak jawatan tu, aku bukan seorang yang gile kuasa!). terjadi satu peristiwa yang amat aku kenang sampai skarang dan peristiwa ini terjadi pada suatu waktu rehat @ recess;



aku baru hendak melangkahkan kaki keluar dari kelas, tiba-tiba aku terdengar satu suara menjerit;



budak lelaki nerd: WEI! pulangkan la balek duit saya tu..mak saya suruh beli lencana skolah.. (sambil sore tersekat-sekat nak nangis)


budak lelaki sengal: HAH! lencana tu ko boleh beli lain kali. aku lapar ni, aku pinjam duit ko aja.


budak lelaki nerd: nanti mak saya marah, bagi la kat saya balik..


budak lelaki sengal tu dengan muka belagaknye nak kuar dari kelas dengan duit budak lelaki nerd tu dikepal2.


aku: eh, awak. (sambil jari telunjuk menghala pada budak lelaki sengal) pulangkan la balik duit dia. tu bukan duit awak.



budak lelaki sengal: nak sangat duit ni?? nah amik.

(sambil tangan nye mengoyakkan duit kepada 2 bahagian dengan muka bangga riak sebab dapat koyakkan duit tu. sebelah duit tu diberi pada budak lelaki nerd tersebut.sebelah lagi dipegangnya.)




budak lelaki nerd: terima kasih ye awak.


aku: eh, mana boleh guna dah duit ni kalo dah koyak..makcik kantin tak terima la. duit ni dah tak laku.


budak lelaki nerd: WAAAAAAAAAAAA!!! NANTI KITE BAGITAU CIKGU!!!!!

(nangis-meraung-sambil berlari untuk dapatkan cekgu)


nak tau ape jadik lepas tu? aku ngan budak lelaki sengal tu kena marah ngan cekgu. ishh..ada ke aku yang tak bersalah pun kena marah ngan cekgu. dahlah tak dapat nak rehat, pulaknye free2 je kena marah. heeee...

tapi tu la, seronok sangat bila kenangkan balek zaman skolah rendah ni. tak semua yang aku ingat, tapi cukup bekalan kenangan untuk aku simpan sampai mati. heheh..yang bestnya, balek skolah je, sampai umah, terus campak beg, pi pantai, cari remis. remis tu aku tak bagi pun kat mak aku, aku beri ngan kawan aku sebab mak dia rajin masak remis. mak aku taknak amek remis aku sebab dia kata remis tu sikit sangat, tak berbaloi nak masak. kalau air laut surut, aku suka ikut penduduk tempatan cari tiram. aku tak pasti diorg wat pe ngan tiram tu, makan ke, amek mutiara ke..ntahla. kecik lagik masa tu, dah tak hingat. tempat yang aku paling suka masa kat skolah dulu adalah kelas muzik. kelas tu tinggi, kena naik tangga pastu tempat kelawar berkampung. kengkadang tgh2 blajar, adala 3-4 ekor kelawar kuar masuk kelas. mula2 rasa takut gak, dah lama2 tu rasa biasa, seronok pulak ada binatang skali dalam kelas. heh!

kalo aku citer kat adik2 aku pasal pengalamn aku berskolah kat sana, mesti diorg ternganga dengar. hik..kengkadang aku auta je lebih kat diorang. suka tengok muka diorang yang macam percaya je sume ckap aku..heee...

Friday, April 13

mari makan tomyam poktek!

kehkeh..mari makan!!! aku ngan alang memang cukup suka makan tomyam. abis dah satu kawasan daerah dinding ni kitorang cari yang tersedap. akhirnya, last week kitorang telah terjumpa satu restoran di lumut yang menghidangkan tomyam yang teramat happening skali! sampai licin kuah tomyam tu aku ngan alang dok rebut..heeee...
tomyam poktek, mempunyai pelbagai isi dalam tomyam ini, antaranya; ketam kecil seekor, udang sedang 4 ekor, kepingan kecil ayam dan daging.



udang goreng tepung yang tergolek-golek; semuanya berjumlah 6 ekor.





tada! ini lah dia satu set makanan untuk 2 orang. sila-sila makan, tambah la ye, jangan malu-malu..

Thursday, April 12

suar besar

pada suatu tengah hari yang cukup terik, 2 orang gadis berjalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari barang yang dihajati. setelah 3 kedai pakaian telah dijelajah, dalam kedai yang ke-empat gadis A terjumpa satu seluar yang cukup dihajati. lalu, bertanya lah gadis A kepada gadis B;

lokasi: depan kedai, berhampiran model patung. patung tersebut digantung dan memakai seluar yang gadis A amat hajati.

gadis A: kat mana ye suar ni, kat dalam kedai takde pun.
gadis B: ha'ah la, suar ni best ni..kain dia sedap, tak panas.

lalu, dengan begitu bersungguh-sungguh gadis A bertanya pada tuan punya kedai;

gadis A: suar yang kat depan tu, ada lagi tak?
tuan kedai: eh, ada..tu ha kat deret-deret ni ha..(tuan kedai dengan kondifennye menunjukkan deretan seluar2)
gadis A: takdela, tak sama macam kat depan tu.

gadis B hanya perhatikan, malas nak tengok kat deretan seluar tu, dah tahu takde punye..

isteri tuan kedai: yang kat depan sekali dengan baju coklat ye?
gadis B: ha'ah kak.
isteri tuan kedai: tu seluar untuk orang mengandung dik.

gadis A malu-malu segan.
gadis B: hahahahahahahaha!!
gadis A: ko gelakkan aku ye? (tak guna punya kawan!-dalam hati)

jemputan

di atas permintaan seorang rakan kerja (en. azim), aku ingin membuat satu pengumuman dan jemputan untuk berkelah dan bersuka-ria sambil mencuci mata dan menyejukkan halwa pandangan. makan-makan sampai perut meletup dan minum-minum sampai perut kembung. disertakan di bawah agenda yang bakal disediakan:





perkelahan




tempat: air terjun air laga (tak tau spelling ni betul ke tak)




tarikh: 29 april 2007




acara: makan-makan, minum-minum (bukan untuk mabuk2 tau!), bermain air, sesi mencintai alam sekitar.




jemputan: semua dijemput hadir! lagi ramai lagi bagus..!




nota: mungkin collection akan dibuat.




segala pertanyaan sila majukan pada aku atau en.azim. digalakkan membawa makanan dan minuman dengan jumlah yang gigantic untuk memuaskan nafsu tekak dan perut. harap maklum.




terima kasih daun papaya, jangan malu-malu join ya!




Wednesday, April 11

gelung pepuyu II

heh..dah 2 minggu aku tangguh nak letak gambar-gambar suasana kampung alang. sekarang, aku nak tunjuk kat korang ye..(ini bukan aksi tunjuk-riak-takbur, cuma nak berkongsi saja..ok?)









ni antara jalan denai yang boleh dituju untuk ke rumah family alang..(sebenarnya ada lagi jalan yang lebih besar, tapi slalunya diorang ikut short-cut ni).

ni pulak umahnya..ni umah bawah je, ada lagi umah atas kat depan.(actually masa ni aku ngan alang kat belakang umah tgh tgk 'moon'-sebentar nanti aku ceritakan siapa moon tu)






ni la moon. dia ni beruk betina. masa ni dia tengah sarat bunting. last week, dia dah selamatkan lahirkan baby, tapi sorang pun tak tau jantina apa sebab moon tak bagi orang sentuh anak dia. tengok, haiwan pun sayang anak sangat2 kan?







antara 5 ekor kucing yang dibela. masa ni semua dalam kandang, sebab semua orang nak kuar umah, nak pi piknik. x dapat nak shoot semua skali, tapi aku dapat tunjukkan 2 ekor kucing yang tercantik. pelik, kucing-kucing ni tak berapa gemar nasi biarpun duduk kat kampung. jadinye, terpaksala mertua-to-be aku belikan diorang friskies..

burung puyuh ni pun dibela jugak..setiap satu hari boleh dapat lebih kurang 4-5 biji telur puyuh. masa ni ada lebih kurang 20 ekor burung semuanya. ayah-mertua-to-be cakap ada la jugak nak tambah burung2 ni, nak buat bisnes agaknya.



ni plak 3 ekor ayam-di-atas-batang. ayam2 ni aku tak tau la mak alang bela ke tak, tapi diorang ni berlegar2 kat laman, kebetulan elok berderet kat atas satu batang kayu. kalau korang bleh nampak pemandangan yang ada kat belakang ayam2 tu, nampak sayup kan? umah parents alang ni atas bukit, mengah wei kalo turun-naik hari2!



so, apa pendapat korang? macam happening kan? macam-macam mak alang bela, tu tak masok lagi ada 4 ekor hamster ngan berekor-ekor lagi ikan puyu. haaa..aku sendiri tak penah tgk ada orang bela haiwan peliharaan begitu variety sekali. nanti senang2, aku shoot gambar2 ni yang lagi clear, gambar2 yang ada ni a bit blur sebab hari nak ujan.

Tuesday, April 10

ada apa dengan cinta

dah lama sangat aku x tgk cite ni..it use to be my all time favourite movie. semalam, sebelum tido, sempat lagi aku tgk cd cite ni. dah berjuta-juta kali tgk pun still bleh nangis2 lagi..huuu...cengengnya aku ni..



semua lagu-lagu dalam cite ni aku hafal. dulu, puisi rangga pun aku hafal gak, tapi skang ni dah lupe. saja aku surf carik puisi tu, then aku terjumpa gak kat blog seseorang. sampai skarang aku cari apa maksud puisi ni, tapi masih blur2 lagik. aku faham, tapi aku yakin dan pasti mesti ada maksud yang lebih mendalam dari yang aku faham..



Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku

Aku lari ke pantai, kemudian teriakku

sepi,sepi dan sendiri aku benci

aku ingin bingar, aku mau di pasar

bosan aku dengan penat,

dan enyah saja kau pekat

seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai,

biar mengaduh sampai gaduh,

Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,

kenapa tak goyangkan saja loncengnya,

biar terdera

atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?



sangat best kan puisi ini? aku memang suka cite2 indon ni. bukan bermakna aku tak sokong cite melayu kita, tapi korang boleh tgk dan nilai sendiri kualiti dan persembahan filem kita yang hambar dan cliche. cuma yang aku layan antaranya filem2 yasmin (i really love all her movies so much!), dan yang paling aku tak layan filem2 yusof haslam.



kalau la aku punya skill nak mengarah dan punya ide yang kreatif untuk industri perfileman kita, dah lama aku join pegarah2 ni..tapi tu la, aku ni skill kekreatifan memang xde langsung..sangat2 buta seni. huh...dulu masa skolah pun subjek pendidikan seni memang x pernah dapat A, semedang je dapat B @ C. ibu aku pun pasrah je dapat anak buta seni macam aku ni...

Monday, April 9

gelung pepuyu

haaa...aku rasa korang-korang ni mesti tak tau gelung puyu tu kat ne kan? meh sini aku nak citer..tempat tu berada dalam lebih kurang 30km dari sitiawan, 5km dari beruas. sebenarnya gelung pepuyu ni kampung alang..mak abah dia stay kat sini le..ngeh ngeh..




sepanjang ahad haritu - aku, alang, mak alang, 2 adik alang berjalan-jalan ke taiping. sangat-sangat best dan penat! biasala kan, bawak orang tua ni lain sikit, sat2 nak ke sini, sat2 nak ke situ, sat2 lagi nak ke sinun plak. at last, our final destination, zoo taiping!




tapi tu la, mak-nenek-pelupa-nyanyuk macam aku ni memang la tak boleh diharap. bleh plak tertinggal kamera! huh..terpaksa la menerima hakikat bahawa percutian ku kali ini tidak dapat dirakamkan. so folks, kali ni takdela pictures-of-me-yang-comel-lagi-gebu ni..hahaha!!!




pernah tak korang pegi umah family boyfren @ girlfren @ hubby @ bini korang, bapak dia yang masakkan dinner untuk korang? aku dapat rasa masakan ayah-mertua-to-be aku..sedap sangat, dengan tak malunya aku telah menambah 2 pinggan nasi..kahkahkah! sedap gile siot!




mak-mertua-to-be aku tu lain plak citernye, kalo aku nak balek, ada je bekal soh aku bawak balek..semalam aku dapat sepeket kerepek ubi, 15 biji telor burung puyuh (puyuh ni mak dia bela, ternak kecil-kecilan gitu) dan lauk yang dimasak ayah-mertua-to-be aku..(tadi pagi baru dapat makan lauk tu lagi..semalam balek terus tdo..tak larat!)


mak bapak aku plak baru balek dari kl smalam, sampai umah kul 1am. kelakar plak dengar citer ibu pagi tadi, ibu citer ayah ngigau malam tadi, ade ke dia bangun, angkat tipon, pastu belek2 toilettries dia, then tutup lampu, tdo balek. macam takde kena mengena kan? hahaha..kalo ayah tau ni, matila aku..


Thursday, April 5

akhirnya!

alhamdulillah, aku telah berjaya menyiapkan kerja yang dah seminggu tertangguh tu..cuma skang ni tgh get ready untuk tadah telinga dengar komen dari bos. (pada sesape yang blur, sila rujuk entri ini.)



nak dijadikan cerita, semalam aku bawak balek keje tu senyap2, (yela kan, harta company mana bleh bawak kuar!), then aku bangun kul 4 pagi untuk fikirkan apa patot aku tulis dalam report aku. kann aku dah kata dulu, aku agaknya memang kena bawak balek keje baru bleh siap..



habisla rumahtangga aku lepas ni..(hikhikhik..)

trying to be creative

aku cuba untuk menjadi lebih kreatif bila bermain dengan warna untuk menghasilkan satu blog yang lain dari lain..hasilnya, tada! amacam ok tak?


errrr...macam k*ling ke?


kalau ada cadangan, majukan la pada diriku ya!

Wednesday, April 4

masalah

hari ni rasa relax sikit, biarpun keje yang kena antar friday ni tak buat2 lagi..ide xde la..masalah tul!





sambil2 tu, mari kita relaxkan mata kita dengan gambar di sebelah. gambar ni aku ambil kat teluk senangin haritu..entah kenapa tatkala ini aku merasa ingin ke pantai lagi. mungkin usai waktu pejabat, aku akan singgah ke teluk batik. mungkin.




ada sesiapa yang nak ikut sekali? sila hubungi aku nanti..


sejak dua menjak ni setiap kali aku tidur, mesti tak dapat nak lena. kadang-kadang sampai terjaga 4-5 kali. ada banyak perkara sebenarnya yang bermain kat kepala aku skarang ni..antaranya:

  1. kerja yang sampai skarang tak dapat nak disiapkan. puas aku bertanya-tanya kepada mereka yang berpengalaman, tapi masih tidak punyai jawapan yang pasti.
  2. tentang bertunang&kahwin. alang dah pening nak cari extra duit untuk perbelanjaan event-event tu. kesian kat dia. aku pun skarang ni jengah-jengah juga peluang keje untuk aku keje part-time. harap sangat dapat tolong dia.
  3. masalah kegemukan. aku skang ni terlalu gemuk sampaikan baju-baju di dalam almari hampir 40% daripadanya aku tak boleh nak muat dah. mungkin patut aku cuba hL, tapi itulah, keadaan kewangan tidak mengizinkan. kalau nak diikutkan, aku makan xlah banyak sangat, tapi mungkin kadar metabolisme aku dah makin berkurangan. sesiapa yang kenal aku masa skolah, diorang tahu aku dulu tak lah sebesar skarang ni..(kan korang?)

ada lagi sebenarnya masalah2 yang tak dapat nak diungkapkan kat sini. entahlah, harap2 aku dapat selesaikan semua masalah2 ni secara beransur-ansur.

doakan aku ye?

Tuesday, April 3

ah!

aaahhhh!!! apa yang telah ku lakukan?



hanya surf blog2 mereka2 yang telah melalaikan...



dah nak kul 5 dah ni! satu ape pun takde! matila aku!

keding dah balek!

oh ya! lupe nak bagitau perkhabaran gumbira..kucingku si keding telah kembali! itu pun setelah ibu terjumpa dia merayau2 kat tepi jalan area pasar astaka tu..


sangat2 gemuk dan berbau...eeeeyek! keding dah jadi gemuk mungkin dia dah biasakan diri makan ikan2 kat pasar..yela, 2 minggu x jumpe jalan balek, mesti dah blaja makan ikan kan?


tapi tu la, mimi ngan bam x balek pun. ibu x plak terjumpe ngan diorg..apela jadik kat diorg ye? harap2 diorg pun gemuk jugakla..(hanya dapat berharap...)

focus..focus!

nape la takleh nak kuar ide2 bernas aku nih..penat dah tengok sume QMS, dah naik juling bijik mata nih, susah gak nak carik PAR.


bos aku kata aku ni cerdik..agaknya dia nak amek ati aku kot..yela, dah macam bengong jek.


dah lama x blogging pun still x dapat nak carik PAR tu. kalau ada sesape ada ide, tolong aku bleh?


dulu kan, masa aku keje kilang ayam tu, bos aku penah gak la bagi keje mencabar macam nih, tapi guess what? aku fikir sehari suntuk kat kilang tu satu haram pun tak bergerak, fikir macam nak mati! tapi, nak dijadikan cerita, aku pun bawak la balek keje tu ke rumah, then, x sampai 10 minit, aku dah bleh siapkan keje tu and dapat pujian yang x terhingga dari bos ku.


tapi, keje ni pun nak kena bawak balek ke? aku x suke campur-adukkan kerja ngan rumahtangga..(ecewah!). ntahla, maybe i should try this method again..wish me luck ya!


weekend aritu, aku pi umah bakal mak mertua! hahaha!! sambutan sangat la menggalakkan..siap pi berpiknik '1 family' kat ulu licin lagik. sesungguhnya bakal mertuaku itu sangat2 la menyayangi diriku ini..aku rasa bila dah kawen nanti, silap2 diorang sayang aku lebih dari anak diorang sendirik..ahaks! alang dah pasrah dah..tak leh nak wat ape, dia tahu mak bapak dia lebih sayang aku dari dia..hehehehe.....


plan for this weekend, cuti-cuti ke taiping. mak alang nak sangat jengjalan kat tepeng nun. aku pun selaku 'menantu' mithali, nak la bawak 'mertua' gi jalan2..
aku maybe x dapat la nak slalu update blog nih..yela, sejak aku dah punye 'kerja' ni, susah sket la kot! to azim: jangan asek nak baca jek..ko komen la gak ye! tak best la aku je yang tulis, kalo ko tulis gak, kan ke best!
*nape af aritu macam g*mp*ng je ek? ingatkan konsep ketuhanan bleh la naikkan semangat diorang, tapi haram! sume lembik2 ala2 x makan..sape2 yang sokong dafi tu mesti menyesal x sudah! haha! den skang ni dah bertukar haluan, minat kat mila la plak, lagu 'melukut di tepi gantang' memang best! feel abiss....