Monday, April 9

gelung pepuyu

haaa...aku rasa korang-korang ni mesti tak tau gelung puyu tu kat ne kan? meh sini aku nak citer..tempat tu berada dalam lebih kurang 30km dari sitiawan, 5km dari beruas. sebenarnya gelung pepuyu ni kampung alang..mak abah dia stay kat sini le..ngeh ngeh..




sepanjang ahad haritu - aku, alang, mak alang, 2 adik alang berjalan-jalan ke taiping. sangat-sangat best dan penat! biasala kan, bawak orang tua ni lain sikit, sat2 nak ke sini, sat2 nak ke situ, sat2 lagi nak ke sinun plak. at last, our final destination, zoo taiping!




tapi tu la, mak-nenek-pelupa-nyanyuk macam aku ni memang la tak boleh diharap. bleh plak tertinggal kamera! huh..terpaksa la menerima hakikat bahawa percutian ku kali ini tidak dapat dirakamkan. so folks, kali ni takdela pictures-of-me-yang-comel-lagi-gebu ni..hahaha!!!




pernah tak korang pegi umah family boyfren @ girlfren @ hubby @ bini korang, bapak dia yang masakkan dinner untuk korang? aku dapat rasa masakan ayah-mertua-to-be aku..sedap sangat, dengan tak malunya aku telah menambah 2 pinggan nasi..kahkahkah! sedap gile siot!




mak-mertua-to-be aku tu lain plak citernye, kalo aku nak balek, ada je bekal soh aku bawak balek..semalam aku dapat sepeket kerepek ubi, 15 biji telor burung puyuh (puyuh ni mak dia bela, ternak kecil-kecilan gitu) dan lauk yang dimasak ayah-mertua-to-be aku..(tadi pagi baru dapat makan lauk tu lagi..semalam balek terus tdo..tak larat!)


mak bapak aku plak baru balek dari kl smalam, sampai umah kul 1am. kelakar plak dengar citer ibu pagi tadi, ibu citer ayah ngigau malam tadi, ade ke dia bangun, angkat tipon, pastu belek2 toilettries dia, then tutup lampu, tdo balek. macam takde kena mengena kan? hahaha..kalo ayah tau ni, matila aku..


3 comments:

dedalie said...

amboiiiii...
berbahagia nampaknya..

semuga sampai jodoh korang berdua! :)

Intan and The Boys said...

ha la tu..

nampak je bahagia, tapi aku ni suka gak cari gaduh..

baru malam tadi gaduh lagik..nangis berjurai2 air mata..

dah macam citer ibu mertuaku plak..

hahahahahaha!!!!!

Anonymous said...

sebahagian moral of the story..beli la henpon ada kamera.. g mana2 senang..kalu terdesak leh ambik pic guna kamera tu..muahahaha... tp skrg ni bahaya gak kamera henpon ni takut disalahguna plak..mcm bebudak zaman skang...

berbahagia, berduka, bergaduh, berbaik , berkasih, bersayang, bercinta, berkelahi, dan mcm2 ber dalam sesuatu hubungan telah jadi lumrah asam garam kehidupan ...apatah lagi kalu dah berkahwin..hadapi dengan tenang dan penuh kesabaran... wallla!!!!