masalah
hari ni rasa relax sikit, biarpun keje yang kena antar friday ni tak buat2 lagi..ide xde la..masalah tul!
sambil2 tu, mari kita relaxkan mata kita dengan gambar di sebelah. gambar ni aku ambil kat teluk senangin haritu..entah kenapa tatkala ini aku merasa ingin ke pantai lagi. mungkin usai waktu pejabat, aku akan singgah ke teluk batik. mungkin.
ada sesiapa yang nak ikut sekali? sila hubungi aku nanti..
sejak dua menjak ni setiap kali aku tidur, mesti tak dapat nak lena. kadang-kadang sampai terjaga 4-5 kali. ada banyak perkara sebenarnya yang bermain kat kepala aku skarang ni..antaranya:
- kerja yang sampai skarang tak dapat nak disiapkan. puas aku bertanya-tanya kepada mereka yang berpengalaman, tapi masih tidak punyai jawapan yang pasti.
- tentang bertunang&kahwin. alang dah pening nak cari extra duit untuk perbelanjaan event-event tu. kesian kat dia. aku pun skarang ni jengah-jengah juga peluang keje untuk aku keje part-time. harap sangat dapat tolong dia.
- masalah kegemukan. aku skang ni terlalu gemuk sampaikan baju-baju di dalam almari hampir 40% daripadanya aku tak boleh nak muat dah. mungkin patut aku cuba hL, tapi itulah, keadaan kewangan tidak mengizinkan. kalau nak diikutkan, aku makan xlah banyak sangat, tapi mungkin kadar metabolisme aku dah makin berkurangan. sesiapa yang kenal aku masa skolah, diorang tahu aku dulu tak lah sebesar skarang ni..(kan korang?)
ada lagi sebenarnya masalah2 yang tak dapat nak diungkapkan kat sini. entahlah, harap2 aku dapat selesaikan semua masalah2 ni secara beransur-ansur.
doakan aku ye?
3 comments:
ayayayayaiiii!!! ape kes ni sis... ala... masalah tu, jangan pk sangat lar... kalo de masalah, tido lagi baek... harharhar!!! macam org... pk masalah nak pekse, trus tido! hehehe... mampus kalo ayah tau... huhuhu!!!
hahaha! alng pun dolu mcm tu gak. tapi bile dah keje ni, dah xleh nak tdo plak..
ade ke, lagi byk masalah, lagi banyak aku masak?
hahahah! klaka kan?
seme orang ada masalah kan..yg xde keje nak cari keje..bila dah keje..masalah ngan keje plak...adusss
yg tak kawin lg sibuk nak siap itu ini tuk majlis tu..duit lagi.. tp bila dah kawin ada anak..dtg la plak masalah lain plak..adusss...
gemuk not a big deal dalam hidup ni as long as orang yang kita cintai berada bersama kita.. tp yang pntg usaha untuk menjaga badan amat2 pntg bila dah kawin nnt tau.. satu lagi x la rugi sgt baju yg dah ada tu.. banyak cara skrg ni.. samada nak atau x nak je...
adioossss...!
Post a Comment