dulu. aku bersekolah di sekolah kebangsaan pekan satu, w.p. labuan dari darjah satu (1988) hingga darjah tiga(1990). ayah seorang tentera laut, kami sekeluarga mengikut saja ke mana saja tempat dirinya bertugas. pergi dan pulang dari skolah menaiki trak, menunggu trak sejak jam 6 pagi. jarak rumah dan skolah agak jauh (mungkin dalam 20km). selalunya aku adalah orang pertama yang dijemput oleh pemandu trak tersebut dan aku slalunya juga dapat duduk di kepala trak. amat bernasib baik kerana aku tak perlu berhimpit dengan kawan2 lain dan mengalami pening kepala yang teramat kerana hentakan dan bumping yang perlu dialami bila duduk di belakang. tiba di skolah jam 7++, bergegas ke kelas dan mula mengira rakan-rakan kelas yang lain untuk mengesahkan kehadiran semua murid. aku tatkala itu darjah satu dan memegang tanggungjawab sebagai ketua darjah. (aku sendiri taknak jawatan tu, aku bukan seorang yang gile kuasa!). terjadi satu peristiwa yang amat aku kenang sampai skarang dan peristiwa ini terjadi pada suatu waktu rehat @ recess;
aku baru hendak melangkahkan kaki keluar dari kelas, tiba-tiba aku terdengar satu suara menjerit;
budak lelaki nerd: WEI! pulangkan la balek duit saya tu..mak saya suruh beli lencana skolah.. (sambil sore tersekat-sekat nak nangis)
budak lelaki sengal: HAH! lencana tu ko boleh beli lain kali. aku lapar ni, aku pinjam duit ko aja.
budak lelaki nerd: nanti mak saya marah, bagi la kat saya balik..
budak lelaki sengal tu dengan muka belagaknye nak kuar dari kelas dengan duit budak lelaki nerd tu dikepal2.
aku: eh, awak. (sambil jari telunjuk menghala pada budak lelaki sengal) pulangkan la balik duit dia. tu bukan duit awak.
budak lelaki sengal: nak sangat duit ni?? nah amik.
(sambil tangan nye mengoyakkan duit kepada 2 bahagian dengan muka bangga riak sebab dapat koyakkan duit tu. sebelah duit tu diberi pada budak lelaki nerd tersebut.sebelah lagi dipegangnya.)
budak lelaki nerd: terima kasih ye awak.
aku: eh, mana boleh guna dah duit ni kalo dah koyak..makcik kantin tak terima la. duit ni dah tak laku.
budak lelaki nerd: WAAAAAAAAAAAA!!! NANTI KITE BAGITAU CIKGU!!!!!
(nangis-meraung-sambil berlari untuk dapatkan cekgu)
nak tau ape jadik lepas tu? aku ngan budak lelaki sengal tu kena marah ngan cekgu. ishh..ada ke aku yang tak bersalah pun kena marah ngan cekgu. dahlah tak dapat nak rehat, pulaknye free2 je kena marah. heeee...
tapi tu la, seronok sangat bila kenangkan balek zaman skolah rendah ni. tak semua yang aku ingat, tapi cukup bekalan kenangan untuk aku simpan sampai mati. heheh..yang bestnya, balek skolah je, sampai umah, terus campak beg, pi pantai, cari remis. remis tu aku tak bagi pun kat mak aku, aku beri ngan kawan aku sebab mak dia rajin masak remis. mak aku taknak amek remis aku sebab dia kata remis tu sikit sangat, tak berbaloi nak masak. kalau air laut surut, aku suka ikut penduduk tempatan cari tiram. aku tak pasti diorg wat pe ngan tiram tu, makan ke, amek mutiara ke..ntahla. kecik lagik masa tu, dah tak hingat. tempat yang aku paling suka masa kat skolah dulu adalah kelas muzik. kelas tu tinggi, kena naik tangga pastu tempat kelawar berkampung. kengkadang tgh2 blajar, adala 3-4 ekor kelawar kuar masuk kelas. mula2 rasa takut gak, dah lama2 tu rasa biasa, seronok pulak ada binatang skali dalam kelas. heh!
kalo aku citer kat adik2 aku pasal pengalamn aku berskolah kat sana, mesti diorg ternganga dengar. hik..kengkadang aku auta je lebih kat diorang. suka tengok muka diorang yang macam percaya je sume ckap aku..heee...
9 comments:
aaahhh.. darjah satu. zaman yang indah..
sangat indah..skang dah xleh dapat..huuu :(
wakakakaka..
tahun2 tu aku skolah pekan 2 la..
huhuhu..
flush,
heee...agaknya kalo jumpe awal2 ada jodoh kot kite ni..hehehe...(gurau je)
terkemut2.. kemalu2an..
wakakakak
darjah satu, aku budak nerd..sekolah menengah aku jadi budak sengal..hhaha
kemat,
aku plak dari darjah satu sampai tingakatan lima, jadik budak nerd..
bila dah abis skolah, jadik antu!
kuakuakua!!!
seronok bila tingat zaman sekolah rendah...byak yang blh jadi pengajaran bila dah besau pjg ni.. tapi tu semua dah jadi bahan sejarah yang terbuku dalam lipatan otak kita yang berbillion-bilion bytes ( mcm hard disk pc la plak)...kekekeek
Post a Comment