Thursday, May 31

Mohd Rizki Hazimi

masih ingat pada chiqah dan kimi anak kepada sepupu aku yang sangat keletah tu? mak diorang dah selamat melahirkan seorang lagi baby boy..MOHD RIZKI HAZIMI. Obviously sepupu aku tu minat sangat ngan sinetron Ratapan Anak Tiri. heheh..

chiqah dan kimi..sangat comel, tapi penat sangat nak melayan. suka sangat bertanya.


ain't he cute! comey sangat! aku tak habis2 asik cium dia je..tapi budak ni baik sangat, menguit pon tak..




ibu dan cucu barunye..


PERSIS MUTIARA


Biar kau tunduk bisu

Aku tahu

Gelora hatimu

Engkau mahu
Aku lafazkan rindu

Biar kau hanya diam

Aku selam

Jiwamu terdalam

Perasaan cintamu yang kau pendam

Kata paling terindah

Tak mungkin bisa ku ucapkan

Hakikat rasa yang ku rasakan

Pabila ku renung ke matamu

Terlihat ku hatimu kasih
Persis mutiara
Sinarmu mendamaikan

Pergolakan

Insan yang lelah mengembara

Tak terbilang kesan-kesan luka

Titis hujan airmata

Tenang sebentar pedih semula

Buatku rasa gentar

Membisikkan hasrat hati sebenar

Sekalipun engkau inginku lamar

Kasihku

lagu si milah ni dah terngiang-ngiang kat telinga aku sejak dia nyanyi masa final hari tu. heee..best kan lagu ni kawan2? Hmm..aku tak tunjuk pon ape yang aku beri pada alang masa anniversary haritu kan? Meh sini nak tunjuk..teheeeee...(giggle gatal..)


baju yang alang pakai tu la yang aku beri kat dia..plus ada satu hadiah misteri..(korang takleh tau..rahsia sx nih..huuuu). pic ni diambil masa dinner anniversary haritu. nampak tak muka aku dah macam mengah + ngantuk? tapi sebab nak jaga hati dia, aku controlkan jugak kantuk ku itu..huuu...



Monday, May 28

Atlas Defence Technology Sdn. Bhd.

entri ni dah lama tertangguh..asik lupa bawak cam jek. so azim, dalie and ahyeop..ni la dia gambar2 yang aku amek aritu. takla cantik sangat aku shoot, tapi bolehla untuk kenang-kenangan..kuikuikui.


tak pasti nape budak pompuan 2 orang tu beria la dekat2 muka satu sama lain, takut tak muat gambar ke heh? :p *muka cik yang bertudung hitam itu terpaksa ditutup matanya kerana kuatir berlakunya perkara2 yang tidak diingini ke atas diriku dan dirinya..heee..



barisan jejaka2 adt yang dah tak available lagik..heee..




jejaka cool adt



makan time!




okeh, masukkan je la sume2 tu. lambat nak tunggu. perut dah lapo nih..




ha...sesi makan2 ni diadakan sebab ada one of our staff nak berenti, kak edot ('da hot mama!). masa ni gak anniversary aku ngan alang..so lepas je makan2 ni, aku pi makan2 plak ngan alang..sangat mengah tau! sampai 2 peket eno aku minum..huahuahua..

Friday, May 25

entri seorang budak gumuk

hello semua! lama kan aku tak hapdet menatang nih. nak wat camne, aku dah 'bz' sket bila dah pindah tempat ni, plus ide nak tulis pon macam tersekat2..nanti kalo tulis gak, memaksa otak namanya..macam entri skang nih..huhu.


akceli skang ni bos aku ngan engineer2 lain tengah meeting, so aku selaku pembantu tak bertauliah ni ada la sedikit masa untuk dicuri nak masukkan entri punya pasal..kekekeke. baru tadi call alang, ajak dia pi padang astaka nuu haa. konon2 nak jejalan, jejoging kat sana. nak ajak pi pasar malam, jauh la plak..kat lumut nun. jom kengkawan, kite berjalan-jalan di tengah padang!


weekend ni rasa taknak wat ape pon..nak tido je. ntah apasal aku sejak dua menjak ni asik tido je..malam je aku tido lebih dari 7 jam..kadang2 rehat tengah hari pon aku take a little nap jap. sume orang kata aku nak tambah gemok lagik. entahlah..bila aku kurangkan makan, penyakit tido plak yang melanda. skang ni musim kurekure berhibernasi ke? produktiviti aku pon macam makin kureng. tadi pagi aku wat photostat + bind satu set buku pon amek masa 4 jam. bukannye tebal sangat pon, ada la dalam 200 m/s, depan-belakang, separuh A4. korang rasa logik tak aku amek masa sebanyak tu? aku ni macam dah mengong kan? bende senang macam tu pon amek masa yang tak munasabah.
ntahla, nak kata aku fikir benda bukan2, tak la plak. nak kata aku tak fikir apa2 pon, mungkin jugak. sekarang ni aku lebih senang untuk memilih tidak berfikir dari berfikir benda2 yang boleh buatkan aku nampak tua. korang rasa btul tak apa aku buat nih?

Monday, May 21

tak suka!


kengkadang rasa macam nak jerit je...AKU TAK NAK!!!!! tapi, nak wat camne kan, kalo aku bantah, kang kata aku banyak songeh plak kang..fyi, aku tak suka meja yang aku dok skang..betul2 terbuka, tgk orang lalu lalang depan aku..bosan beb! nak blogging pon nyorok2. meja dulu sangat2 la ulu, takde orang nak perasan pon kehadiran aku kat ofis nih. dah la kat meja baru ni panas..naik pening kepala aku nih. buat masa skang ni aku bersabar lagi..tapi tgk la dulu lagi 3-4 bulan..aku tahan ke tak kat meja nih..kalo ada rasa-rasa macam boleh buat aku migrain, aku blah pi meja lama je la..

Wednesday, May 16

gh...gh....gh.....gaggg...gagap!




malam tadi aku tengok channel home & health, dokumentari pasal budak2 gagap atau kata lainnya stutter. tajuk dokumentari tu "help me to speak". kesian sangat tgk diorang bersungguh2 nak bercakap, tapi susah nak kuarkan satu-satu ayat tu.



korang nak tau satu perkara tak? aku pun sebenarnya gagap jugak..betul..aku tak tipu..aku ni gagap. kadang-kadang aku lebih suka diamkan diri dari bercakap sebabnya aku tau time aku beria-ia nak bercakap la aku jadik gagap..


gagap ni boleh jadi pada aku bila aku ada banyak ide nak luahkan dan sume ide2 tu terstuck kat mulut aku. masa ni la aku tergagap-gagap nak cakap..susah gile nak meluahkan semua dalam kepala otak aku. aku ingat lagi masa final project presentation, nak dikatakan 30% speech aku, gagap je. nasib baik aku dapat A gak untuk final project tu. tapi aku rasa skang ni gagap aku ok sket, tapi kalau orang dah kenal aku lama, diorang boleh tau yang aku ni gagap tahap minor.

*mungkin aku kene beli buku ni..

heee..kengkawan aku masa skolah dulu tau la yang aku ni gagap. aku kena bercakap dalam keadaan rileks baru la tak gagap. aku rasa gagap aku ni start masa skolah rendah lagi. kesian kan kat aku? ala..kalu korang terdengar aku tergagap tu, buat donno je. tak pun korang tolong aku cakap..k?


Monday, May 14

karaoke...lalalala...

semalam aku pegi karaoke ngan alang. kat pusat latihan nyanyian merdu belakang billion seri manjung.



sangat-sangat puas hati, biarpun hanya menyanyikan 7 buah lagu. heee..sore tak sedap pun boleh melalak-lalak kat bilik sempit tu. lepas tension beb..boleh rasa kepala ringan je lepas menjerit-jerit tu. menyanyi ni bagai satu terapi bagi aku dan alang. dah tak ingat nyanyi lagu apa semalam..cuma ingat lagu last je..lagu my heart. hee..sebenarnya my heart tu saje je nak nyanyi..konon-konon berangan jadik macam ebi-mila..heee...






kepada kengkawan ku dalie, azim ngan ahyeop...tak lupa juga pada cik kema..moh le kite bernyanyi-nyanyian..i dah jatuh chenta nak menyanyi-nyanyi nih...



Friday, May 11

nak tau tak?

pssst....nak tau satu mende tak?

hari ni aku tak wat satu keje hape pun sebenarnya..pagi pi klinik sampai kul 10am, then dok menganga depan pc baca blog orang lain..

hik..hik..shhhhhhhh....tulun jangan bagitau kat bos aku ye?

aku sayang korang!!! mmuuuaaaaaaaaahhh!!!

meh la datang umah, nanti aku rasuah korang minum air sejuk yek..heeeee....

Monday, May 7

cuti-cuti cameron highlands

sorry ye kengkawan..lama tak hapdet..ada tragedi menimpa diriku ini..supposely entri ni kuar skali ngan entri pangkor tu..tapi dah tak cukup masa kat ofis ni, aku baru nak entrikan ia skang..


masa kat cameron, ni la apartment kitorang menginap, apartment arabella. apartment ni sebenarnya rumah orang, tapi dia sewakan untuk pengunjung macam kitorang nih. sangat selesa, rumah ada 3 bilik, 2 bilik katil queen size, 1 bilik lagi ada 2 katil single. tapi kitorang ramai, ada lebih kurang 15 orang, so ada yang kena tido kat depan dapur..haha!


dapur apartment tu. comel je, so aku ada la alasan tak ke dapur masa ni..sume keje2 dapur makcik2 aku yang uruskan. alasan aku: sempit la!


ruang tamu. tgk la tu, ni baru suku sedare mara aku yang enter frame. masa ni sepupu2 aku yang lain terhegeh2 pi bersiap, nak pi ladang strawberi la katakan!


ayah dan ibu aku di bahagian kiri. aku kanan skali, sebelah aku tu mak cu aku ngan hubby nye. pakcu aku tu cacat penglihatan, tapi hati dia, terang gile wei! korang tanya je jalan2 kat kl tu, setiap ceruk dia tahu tau!

ladang strawberi..

strawberi..nyum,nyum! aku nak try strawberi coklat, tapi coklat dah habis..huhu..
kudapan harus beli: cendawan goreng! nyum, nyum!

pokok ni boleh halau nyamuk ke? nyaris2 nak beli dah pokok ni, tapi bapak aku cakap; mengarut je..
aku tak pasti ape kebenda ni..macam ulat pokok..ntah! tapi keras jek..sorang pun tak berani tanya kt amoi tu..

bunga ni aku tak beli..makcik aku je yang beli..aku just beli madu je..

sambil menunggu sedara yang lain yang tak habis2 shopping, ujung tu ayah aku. gambar tak clear sangat sebab lens kabut!

tengok tu! sepupu aku ni masa ni tgh tunggu hari je nak bersalin..boleh lagi berjalan2 kat cameron ngan pangkor lagik. k.mas ni dah selamat melahirkan anak lelaki pada 5 may 2007.

makan time! tgk je la sepupu2 aku yang kuat makan ni..masa ni dah takde spot nak berkelah, so kitorang just pull over kat satu ladang strawberi ni dan berkelah..kereta dahla berjujuk2 naik bukit, tengok kitorang berkelah tepi jalan macam kelakar la plak!

sila makan, sila la makan, tambah la lagi ye!

gambar kurang memuaskan, sebab kereta tgh bergerak. aku cukup suka bunga bentuk loceng nih..

haa..tu je la sebahagian gambar2 kat cameron..bagi aku cameron ni not my type sebab aku lagi suka pi pantai..main pasir, berendam santak terbit matahari sampai matahari tenggelam..best gile! aku paling admire pantai chenang, langkawi..pantai bersih, pasir halus sangat! huahuahua..melalut dah ni..oh ya! kitorang kat cameron ni pada 28 & 29 apr 2007.

cuti-cuti pulau pangkor

haritu kan cuti lama..panjaaaannnggg...aku ngan sepupu2 aku pi la pangkor 3hb may aritu. saje mandi-manda je..tak wat ape pun. tour pulau pun dah rasa malas..sepupu2 aku ni ada yang tinggal kat sini, ada yang datang dari jb..penat gak la melayan kerenah sekor2 yang tak de rupa langsung macam bapak orang..haha!

masa pergi..excited gile siot..tgk muke sekor2 happy jek..tapi nanti tgk muke masa balek nanti..poyo jek!

gambar2 semasa sampai dan mandi-manda tak dapat nak disiarkan atas permintaan sepupu2 aku yang bertudung. so, cuma dapat bagi korang tgk gambar dah kemas2 nak balek..si kecik baju kuning tu namanya kimi. ha..tgk, dah garu2 kepala..namanya dah sampai masa nak tido la tu..haha!

baju pink tu kakak pada kimi, nama ciqah. sangat keletah..boleh dia tanya aku kenapa pokok kaler ijau? tak ke naya aku nak jawab tu? kalo aku cerita kitaran fotosintesis nanti bukannya dia faham..kan? diorang berdua ni anak pada sepupu aku yang baju kuning tu..

cepat, cepat kemas..hari nak ujan dah ni..haaa..nampak je macam nak ujan tapi setitik ujan pun takde. baju biru-putih tu sepupu aku, uda dan that girl tu wife dia..

cian kimi, penat giler, tido dari jeti pangkor sampai jeti lumut! yang ciqah plak tgh cakap ngan tok mak dia..tak reti penat budak sorang nih.

tgk..muka sekor2..dah kepenatan..ilang sume excited mula2 tadi. sampai je lumut, aku ngan alang terus rasa kebulur..

jeti pangkor..

pemandangan jeti yang amat mendamaikan..yela tu..pastu aku pening2 sampai 4 hari akibat naik feri..huhuhu..

Friday, May 4

pening!!

kepala aku ni sejak dari semalam asik pening tak berenti2..bila tido je rasa lega..tapi kalo terjaga tu, mesti rasa saket sangat rasa nak pitam. semalam aku tak hadirkan diri ke tempat kerja sebab pening yang tersangat la peritnya. hari ni rasa pening2 lalat, masih boleh bekerja, tapi tak boleh tgk huruf banyak2 dan tak boleh dengar lagu kuat2. slalunya kalo datang keje, aku amek mood dari mendengar muzik sekuat2 gempita dalam kete aku tuh..tapi hari ni bukak radio macam orang berbisik..klakar la plak! korang pecaya tak, aku taip ni pun tak pandang skrin..nanti mabuk2 lagik..hey..pening..pening!




gila pening..rasa nak jatuh je setiap kali berjalan..



hari selasa ni cukup setahun aku ngan alang together-gether..ishh..ni lagi penin..tak tau nak bagi apa kat dia. aku ni suka sangat belikan benda2 kat dia, dia pung camtu gaks..haritu aku merengek2 kat alang nak kan cincin emas putih, dah tunjuk2 kat dia pun..dia kata ok, dia belikan tapi nanti jangan nak menyesal pulak..sebabnya dia tahu aku ni bukannya suka sangat kat emas putih tu. tapi risau gak kalo dia dah terbelikan cincin tu..aku dah fikir2 balek, macam tak best plak cincin tu..aku nakkan benda ni plak..

yeah!!! mari bergolek-golek bersama!

heee..aku tau benda ni murah jek..tapi kalo aku yang nak beli, jangan harapla kan..fikir kalo makan lagi best! huahuahua..aku berdoa sangat dia tak belikan lagik cincin tu..korang pun tolong la doakan skali ye! boleh bagi ide tak nak bagi apa kat dia? aku ada senarai kat bawah, tolong pilihkan? kalu ada tambahan cadangan, lagik bagus!

a) set tali pinggang ngan wallet

b) set perfume

c) takyah belikan apa2, just bawak jalan2 kat penang..

d) set angkat berat - dia suka sangat benda2 untuk fitness nih

e) bangle silver..dia nak sangat benda ni, tapi risau bapak aku plak tak setuju..macam gengster plak karang..

f) emmm..ape ek? suggestion pleaseeee....

to azim, lia, dan kengkawan yang tinggal di kawasan manjung, lumut dan stewan..ada cadangan tak mana2 tempat dinner yang romantik banget? kalo ada, bagitau la ye!