Monday, May 7

cuti-cuti cameron highlands

sorry ye kengkawan..lama tak hapdet..ada tragedi menimpa diriku ini..supposely entri ni kuar skali ngan entri pangkor tu..tapi dah tak cukup masa kat ofis ni, aku baru nak entrikan ia skang..


masa kat cameron, ni la apartment kitorang menginap, apartment arabella. apartment ni sebenarnya rumah orang, tapi dia sewakan untuk pengunjung macam kitorang nih. sangat selesa, rumah ada 3 bilik, 2 bilik katil queen size, 1 bilik lagi ada 2 katil single. tapi kitorang ramai, ada lebih kurang 15 orang, so ada yang kena tido kat depan dapur..haha!


dapur apartment tu. comel je, so aku ada la alasan tak ke dapur masa ni..sume keje2 dapur makcik2 aku yang uruskan. alasan aku: sempit la!


ruang tamu. tgk la tu, ni baru suku sedare mara aku yang enter frame. masa ni sepupu2 aku yang lain terhegeh2 pi bersiap, nak pi ladang strawberi la katakan!


ayah dan ibu aku di bahagian kiri. aku kanan skali, sebelah aku tu mak cu aku ngan hubby nye. pakcu aku tu cacat penglihatan, tapi hati dia, terang gile wei! korang tanya je jalan2 kat kl tu, setiap ceruk dia tahu tau!

ladang strawberi..

strawberi..nyum,nyum! aku nak try strawberi coklat, tapi coklat dah habis..huhu..
kudapan harus beli: cendawan goreng! nyum, nyum!

pokok ni boleh halau nyamuk ke? nyaris2 nak beli dah pokok ni, tapi bapak aku cakap; mengarut je..
aku tak pasti ape kebenda ni..macam ulat pokok..ntah! tapi keras jek..sorang pun tak berani tanya kt amoi tu..

bunga ni aku tak beli..makcik aku je yang beli..aku just beli madu je..

sambil menunggu sedara yang lain yang tak habis2 shopping, ujung tu ayah aku. gambar tak clear sangat sebab lens kabut!

tengok tu! sepupu aku ni masa ni tgh tunggu hari je nak bersalin..boleh lagi berjalan2 kat cameron ngan pangkor lagik. k.mas ni dah selamat melahirkan anak lelaki pada 5 may 2007.

makan time! tgk je la sepupu2 aku yang kuat makan ni..masa ni dah takde spot nak berkelah, so kitorang just pull over kat satu ladang strawberi ni dan berkelah..kereta dahla berjujuk2 naik bukit, tengok kitorang berkelah tepi jalan macam kelakar la plak!

sila makan, sila la makan, tambah la lagi ye!

gambar kurang memuaskan, sebab kereta tgh bergerak. aku cukup suka bunga bentuk loceng nih..

haa..tu je la sebahagian gambar2 kat cameron..bagi aku cameron ni not my type sebab aku lagi suka pi pantai..main pasir, berendam santak terbit matahari sampai matahari tenggelam..best gile! aku paling admire pantai chenang, langkawi..pantai bersih, pasir halus sangat! huahuahua..melalut dah ni..oh ya! kitorang kat cameron ni pada 28 & 29 apr 2007.

1 comment:

Anonymous said...

cameron ni kita takla terasa nak g sgt..dah 4-5 kali pegi.... boleh ingat lg la skit2.. best kat ladang strawbery tu...marvelous sgt kat sini.. hotel pun xde aircond pagi2 cam dok luar negeri la plak...

Best siott family korang ni kat cameron highlands!!