semalam aku mc. bangun2 tido, pale pusing banget. plak tu, ingus tak berenti2 kuar. tensi! tensi!
then, trus pi klinik. daftar, then baru nak duduk, nama dah kena panggil. aku heran gak, sekeliling aku punya la ramai org, nama aku yang dipanggil dulu.
doktor suruh duduk. aku duduk. tanya saket apa, aku cakap maybe aku demam. dia suruh aku nganga, aku nganga. dia masukkan termometer bawah lidah aku. aku tutup mulut. then, dia stetoskop dada aku depan blakang. amek termometer, tengok suhu, kata badan aku panas, then terus kata aku bleh amek mc 2 hari. aku kata nak sehari jek. then dia suruh amek ubat dan mc kat luar.
macam tu je.
takde soal jawab lebih2.
doktor cam malas jek.
hmmmm..........
ok, citer hari wiken yang lepas.
sabtu,
awal2 pagi, jam 7pagi aku ngan en.alang dah bertolak ke penang. konon2 sebab nak start shopping untuk hantaran tahun depan. korang rasa cepat sangat ke? aku rasa cam cepat gitu.....
sampai kat penang around 10 camtu. ya, aku tau kitorg lambat sampai sebab ada accident kat highway melibatkan sebuah lori dan.........(tak tau. tapi yang pastinya kepala lori tu bleh penyek sepenyek2nya. tak tau kena hempap ngan apa. stuck kat situ je dah dekat 1 jam. hangin tul!)
1st destinantion: usm, penang. bawak en.alang jalan2 pusing2 satu kampus. en.alang sangat kagum ngan kampus aku. dia kata memang nampak relaks je kampus ni, banyak pokok2..sebab tu la kampus ni dinamakan kampus dalam taman. serius macam dalam taman ok!
2nd destination: bukit bendera@penang hill. ok, masa ni sangat klakar. on way nak ke sana, aku tengok minyak kereta ada la dalam half tank gitu. tapi disebabkan aku ni suka amek langkah berjaga2, aku pon pi la isi minyak kat caltex. then, masa aku nak isi minyak, aku suruh la en.alang pi beli map penang. sebab aku dah lupa camne nak pi bukit bendera.
bila aku dah isi minyak, dia pon masuk kete ngan satu map yang agak besar. aku tanya kat dia, takde map lagik kecik ke? dia jawab, besar2 la best. bukit bendera sure ada dalam map besor ni. so, aku pon malas nak amek pot, aku pon sruh la dia carik kat mana location tempat tu sambil aku drive. bayangkan, dia pusing2 map tu, tgk depan, belakang tak jumpa2. sampaikan aku terpaksa pull over cari sama kat mana lokasi bukit bendera tu. serius! map besar bagak, tapi tempat pelancongan yang fames cam bukit bendera tu takde dalam map. pelik tak? aku dah bising2 kat en.alang. tapi pastu dia pujuk2 kata kita takyah pi la, kita trus pi shopping jek.
aku ni memang jenis kpala batu, aku kata, takpe, aku nak cari gak jalan nak ke sana. dekat 1/2 jam jugak pusing2 kat area gurney, at last, jumpa gak signboard ke bukit bendera. pada yang tak biasa pi penang, bukit bendera terletak di air hitam. ya, signboard ke air hitam punya la banyak, tapi aku tak tau bukit bendera tu kat air hitam rupanya.huh!
sampai2 je kat sana, masalah parking plak. parking punya la penuh ya rabbi. aku pusing tempat tu 2 kali baru dapat. itu pon kena menapak agak jauh nak pi kaunter tiket. masa nak beli tiket, adala dalam 7-8 orang tgh beratur jugak. aku tgk ada ramai orang tgh duduk2 kat kerusi2 yang disediakan. macam pelik gak, apa la yang diorang tunggu tu agaknya. aku pi toilet, sambil en.alang beratur nak beli tiket. lepas je aku kuar toilet, en.alang tanya aku, nak naik jugak ke? diorang buat announcement tadi, kalau beli tiket skang, (masa tu pukul 11.30am) pukul 3.15pm baru dapat naik. wth? apakah?
selepas berbincang2 dan bertolak ansur sesame kami, kitorang putuskan untuk naik lain kali. sebab takkan nak tunggu 4 jam kat situ. dahla panas melahang. gile betul! kesian kat en.alang je, dia teirngin sangat nak naik bukit bendera tu.
3rd destination: prangin mall dan komtar. sampai je kat sini, kitorang trus pi beli tiket wayang. tgk citer enchanted. heee..lama dowh tak dapat dok couple seat. rasa best je. privasi gitu. tapi aku rasa agak terganggu sebab seat sebelah kanan aku sebok wat 'projek'. hishh..diorang ni, tak senonoh tul! en.alang pon perasan diorang cam sebok tukar2 tempat duduk (nak cari posisi best agaknya nak senang raba2). tension tul!
lepas tgk movie, kitorang jalan2 jap kat prangin. then, disebabkan desakan perut yang amat kebulur, kitorang jalan kaki pi kedai mamak makan nasi kandar kat bawah komtar. best gile! nyum! nyum! ;)
then, pastu kitornag masuk parkson prangin, beli perfume. murah gile beb! rasa cam nak kaut je semua jenis yang ada kat situ. hehehehe....
4th destination: pi gurney plaza. sampai sini around kul 4pm. gile best kat situ. dulu2 4 tahun lepas, takle banyak kedai yang bukak. panggung pon takde lagik. skang ni, aku rasa first place yang aku akan pi bila sampai penang, aku akan pilih gurney plaza. queensbay mall tu cam ala2 klcc. mahal2 kat sana. buat tensen jek. masuk2 je, nampak habib jewel bukak kaunter jualan kat ruang legar. masa tu aku tengok2 camtu je. rasa cam mahal sangat. yela, rm3000,rm40000 sebentuk cincin. mana le mampu kan. then, aku mintak broucher je. bila bukak2 je broucher tu, terus terkenan kat satu wedding band untuk lelaki. simple and nice. potongan harga 50% plak tu! terus aku tanya kat budak jaga kaunter. dia tunjuk, en.alang trus suka. then trus beli. senang kan? lepas tu, en.alang paksa2 aku pilih cincin untuk aku plak. aku dah kata, mahal kat situ. tapi dia berkeras gak. last2 aku beralah, aku tanya kat budak kaunter tu cincin mana yang paling murah. dia tunjuk kat aku cincin harga rm2500. oit! gile mahal! then, dia tgk muka aku cam malas nak layan, dia tunjuk kat aku satu cincin yang sangat affordable dan cantek (pada mata aku la..). aku tanya kat en.alang, dia kata ok, trus kitorang amek cincin tu. aku rasa kitorang la pasangan yang paling senang pilih barang kemas. yela, dah jumpa, trus beli. senang kan? budak jaga kaunter tu senyum tak abis2 sebab senang sangat berurusan ngan kitorang.
lepak kat gurney sampai kul 8pm (sebab tunggu diorang besarkan cincin aku). sambil2 tu lepak2 kat starbucks sejam, en.alang isap rokok ilangkan ketagih dia. nak ajak dia pi redbox nak melalak2, tapi skali tu tgk rate dia cam mahal sangat rm40 sejam. kalau ramai2 takpela jugak. ni berdua jek. gilo ape? just jalan2 pusing2 satu plaza, amek cincin. then terus bertolak balek.
sampai umah around 11pm sebab kitorang sampai stewan, pi singgah kedai mamak pekena mee goreng dulu.
penat gile wei! tapi sangat seronok jugak. ;)
ahad,
rasa cam nak demam. tapi gagahkan diri gak layan ibu kat dapur awal2 pagi. pas breakfast, tgk tv sampai kul 10am, then sambung tido sampai kul 1pm.
itupon setelah dikejutkan en.alang. makan lunch ngan en.alang kat umah, lepak2 tgk tv, then pi pasar malam ngan dia. sangat terkejut bila dapat jumpa coconut shake kat manjung. korang penah rasa? air klapa+eskrem. sedap ooo! dulu first time jumpa masa kat penang. en.alang pon dah suka kat coconut shake nih. heeeeeeee.......
demam agak kebah. tapi pale pening2 lagik. risau gak kalau tetiba aku rebah tak semena2 kang. okla, nak lepak jap. c ya!