Friday, February 29

aku terpaksa!

nak tau satu criter?

huhuhuhuuuuuuuu.......

aku terpaksa jugak mengambil cuti semalam. oleh kerana keadaan dan orang memaksa aku.



begini criternya.

pagi2 smalam, aku dah bangun macam biasala kan. nak pi keje.
dah la malam tu aku takleh tido, sebab pikir macam2 perkara tentang persiapan kahwin, umah sewa..bla, bla, bla.

bila kuar bilik je, ibu cam dah bising2 pasal banyak keje2 kat umah tak settle.
jemputan tak berantar lagik.
camno?
cara ibu cakap tu macam buatkan aku rasa bersalah plak sebab pi keje, then tinggalkan dia ngan keje tak siap bertimbun2.
last2, aku pi ofis, isi borang cuti, mintak cuti sehari.

camtu jek.

satu hari suntuk aku uruskan umah, umah sewa dan barang2 hantaran.
sampaikan pagi ni bangun pon rasa cam tak bermaya.
tapi nak wat camne, datang keje jugak la kan. sebab dah tanggungjawab. hehehe...



skang ni, cuti tahun tinggal 13hari saje ye.

Wednesday, February 27

pening sket

apa pendapat korang?

patot tak aku amek coti awal2?
atau aku cuti nak dekat2 kahwen je nanti?

bukannya apa, aku tak tahan la tgk ibu macam tak cukup tangan. kesian kat dia.
semalam, aku balek umah, tgk2 langsir sekililing umah dah diturunkan.
nasib baik ada ajik, kalau la ajik takde, mesti ibu dah panjat tingkap turunkan langsir tu.


ekceli, nak amek coti on 12 mac, tapi risau la..ibu macam bagi hint nak aku coti awal.
awal tu amek coti dari 10 mac.
memangla dia tak bagi aku coti awal2, tapi disebabkandia slalu criter banyak bende nak kena wat, aku jadik serba salah.
aku confirm bos aku tak kesah kalau aku nak coti 2 minggu pon, tapi coti tahun aku la jadi sikit je nanti.


coti tahun 14 hari.
company bagi coti kahwin 2 hari sajork.
kalau aku coti dari 10 mac sampai 21 mac,
maknanya aku amek coti tahunan 7 hari.
ada balance 7 hari sajork.


raya tahun ni balek spore.
sebab nak jaja en alang pada orang kampung kat sana.
huhuhuhu....
so, masa ni cuti raya maybe dah kena amek 2 hari.
ada lagi balance 5 hari.


lagi satu, maybe big family (belah ayah) vacation nak pi terengganu.
tolak lagi cuti 1 hari at least.
ada lagi balance 4 hari.


ibu ada cakap nak ajak kitorang pi hatyai tahun ni.
remember this?
so, oleh kerana tak dapat pi aritu, ibu nak kitorang jalankan program tu tahun ni jugak.
takut kempunan gitu.
wakakakakka...
tolak lagi annual leave 2 hari.
balance 2 hari.


2 hari ni saja la untuk emergency ke, rasa malas nak keje ke...
cukup ke?
ada lagi 10 bulan dalam tahun nih.
bleh ke aku tempoh tahun ni tanpa coti suka2?



(boleh ke aku preggy tahun ni jugak ha? kalau la bleh, best tu..bleh dapat coti panjang lama2!)
hahhahhahahhahaha!

Tuesday, February 26

nyampah gile!

aku ni paling tak suka kalau orang gurau lebih2 atau over melampau.
bukannya emo, tapi ada sket rasa meluat dan geram.


meh sini nak story sket apa yang terjadi kat aku 2 jam yang lepas (agak2 kul 2pm tadi)...



sambil menunggu dalie letak jari kat thumb print machine...

phone aku berlagu2 riang. aku tau siapa yang call. rasa happy.
"because of you..I never stray too far from the sidewalk...."
aku angkat phone.

dia: (dalam nada kesakitan) ayang, abang accident nih....
aku: (dalam nada cemas+takut+jantung rasa nak terkeluar) hah! abang kat mana ni?
dia: hahahahhahahha! hehehehehehhehe! abang kat umah la. mana ada accident. saja2 je nak gurau ngan sayang abang nih...
aku: dah! malas nak layan lagik! (tgh marah gile neh!)

tup! aku letak phone.

berseling seminit,
"because of you..I never stray too far from the sidewalk...."

aku angkat.

dia: sayang, sori la. abang memain je tadik. sori ye sayang.
aku: ha, len kali, abang nak wat lawak camtu lagi, bagitau je "sayang, abang dah kat alam barzakh dah ni"
dia: (gelak tak hingat)
aku: (menahan geram yang amat)

dia: ala sayang bucuk abang, manja abang nii.....jangan la marah2...meh sini abang pujuk.
aku: (senyum je. tak larat nak marah. ye, aku cepat marah dan senang sejuk.)



kalau korang la, marah tak? hishhhh!!!!!!!!!!

Monday, February 25

ada lagi 17 hari. hah?!!!! 17 hari jek lagik?

aku memula tgk date counter tu macam rileks jek. 17 hari lagi...(dalam hati). then, bila teringatkan 17 hari tu hanya la beberapa hari yang ciput yang tinggal, aku cam panik. gabra pon ada gak. huhuhu...


sabtu haritu just melepak2 ngan ibu dan adik kat umah. ajik lak menghabiskan kerja2 mengecat tembok. pagi2, pi breakfast kat kampong sitiawan, pekena roti canai yang memang sangat best. then, pi pasar beli barang2 dapur sket.

malam, habiskan buat deko hantaran. dah siap pon. ada sket2 kerja2 minor yang perlu dibuat.




ahad,
ibu buat ini,




pastu, borak2 ngan ibu pasal zaza. dia ngan dukhan dah putus. dia leh menangis2 sampai seminggu. ibu risau, terus ajak aku pi penang jengok dia.

aku drive pakai kereta ayah aku yang ni,

dari stewan kul 2pm, sampai penang kul 4.15pm.
laju tak aku bawak kete?
hahahha..harusla kan. sebab ibu dah macam risau2 kat anak dara dia yang sorang tu..



sampai uitm, amek zaza, jalan2 kat sunway karnival. then lepak lama2 kat sini,



dah brapa lama tak pekena nasi ayam kat sini. masyuk ooo.........hehehehe. aku ngan en alang makan nasi ayam.

ibu pekena laksa kari,

zaza ngan iqa pekena wantan sup,

kitorg melantak sampai rasa nak terkeluar balek. hahahahha.
tapi, favourite food of the day is,


percaya tak?
family aku memang gile taugeh.


ibu masa ni tak habis2 pesan kat zaza supaya lupakan dukhan. yang si dukhan ni plak bila ibu call, off hp plak. agaknya dia malas nak panjang2 crite.

then, sampai stewan kul 10.00pm.



skang aku masih lagi lenguh2 badan. jap gi nak pi tgk umah sewa kami. ibu dah janji nak belikan set bilik. langsir pon tak payah beli sebab amek je yang lama2 kat umah.


harap2 sempat la persediaan aku ni kan? macam tak sedia je..huhuhuu...

Friday, February 22

external audit 2008

fuuhhhhh!!!!!!!!!

baru tgh hari, tapi, aku dah rasa lega bila alami sendiri audit ni. rasa best pon ada gak. sebab auditor bernama En. Ramli dari LRQA tu sangat la sporting, siap borak2 pasal kampung halaman, family-mily...



selalunya audit ni diorang audit proses dokumen dan company process. tapi, kali ni lain sket. diorang nak kami raise satu theme atau topik dan tumpukan pada topik tu jek. ini bermakna....

kerja aku jadi senang!

kerja diorang la yang susah!

wakakakakakkakakaka!!!!!!!!!!!!! (jahatnye aku gelakkan org tu. btw En.Ramli, you are the nicest man i've ever met. seriously!)


skarang ni pukul 12.15pm, dan aku sedang bersenang lenang update blog. En. Ramli tu berada di conference room siapkan report. cuma pukul 3pm nanti ada meeting dengan semua department rep. untuk dengar kuliah Quality dari En. Ramli tu.




sat2 gi, nak lunch ngan en alang. aku tgh happy sangat ni, kang ada yang tershopping lak. hehehehe..




ok korang, aku nak pi chatting jap. have a nice weekend u ols! :)

Wednesday, February 20

Jemputan Perkahwinan Hamba....Sesi II

puas dah aku kenen-kenen kad jemputan yang aku scan ni, tapi takleh nak dapat image yang lagi besar.

kalau kabur2 tu, maaf la ye, memang susah nak besarkan imej kad nih.


kalau rasa2 nak datang majlis aku nanti, nak imej yang sangat clear, aku boleh hantar kad ni pada korang. sila tinggalkan alamat anda di hezliyana@yahoo.com kalau segan sangat nak tinggalkan kat kotak mesej. ok?





*perhatikan peta ke rumah parents aku ni, sangat la senang rupanya kan? padahal, ada banyak lagi landmark, ayah aku nak korang2 cari balai bomba dan hotel sitiawan sahaja. hehehehhe...


*update pukul 2.45pm: sesiapa yang bagi alamat pada aku sebelom jumaat minggu lepas, aku dah pos kad hari isnin lalu. mungkin akan sampai ke tangan korang hari ini atau esok. ok?

Monday, February 18

kepala pusing, pening

skang ni kpala otak aku berserabut.


sebab, macam2 benda kena fikir. sampai ibu sendiri naik rimas bila tgk aku cam kalut2. last2, dia kata, "pengantin takyah buat apa, fikir apa2. dok je dalam bilik tu diam2."


boleh?


tapi yang kelakarnya, ayahla. diala cam sangat2 serabut dari aku. biasala dia, kalau dah serabut, asik la nak hangin satu badan kan. so, sepanjang sabtu tu asik la bergema je suara dia kat umah. ada je yang tak kena. aku dok gelak2 je dalam bilik. kalau orang tak tau camne perangai ayah, orang akan fikir ayah ni garang. tapi sebenarnya memang perangai dia camtu. kalau dia tgh hangin, jangan sesekali bantah cakap dia. angguk2 dan iyekan je la. tapi lepas tu, kalau nak betulkan cakap dia, cakap dengan nada slow, berhemah gitu. baru la dia leh trime.


zaza pernah cakap, "ayah kalau dia panik, suka marah2".


memula, aku tak perasan, tapi ada la satu insiden kat umah, bila ajik eksiden motor, ayah bukannya nak pujuk2 si ajik ni, marah2 lagi adala. hahahhahahha.


bagi kitorang, kalau ayah marah2 tu, maknanya dia sayang la tuuu. kalau dia diam, tak de bunyi, lagi kitorang risau. sebab nanti jadi dendam. so, kalau dia membebel pasal ada yang tak kena,kitorang sepakat diam je. malas nak bantah2.


pelik tak ayah aku?

hehehehehhehhe...........


yang penting, ayah aku sayang aku. ye, aku tau dia sayang aku sebab dia beri izin aku kawen ngan en alang. dia tak kesah orang nak kata apa2 biarpon menantu dia orang kampung, hanya keje kilang. ekceli, pekerja kilang tu pon tak caye yang aku kawen ngan en alang.




ektiviti wiken,

sabtu,
pepagi buta dah terjah umah kawan ayah aku, uncle amran sebab nak suruh dia sain borang permohonan nikah. dia jadik saksi kedua majlis pernikahan aku kelak. saksi pertama adalah pak uteh aku (belah ayah).

then, kul 8.50am, gerak ke umah naib kadi kat kampung sitiawan untuk buat wakalah. sampai2 je kat umah naib kadi tu, semua orang diam je. oh ya, aku pi bersama ibu dan ayah. just 3 of us. dah lama tak kuar bertiga je. rasa macam lain pon ada gak.

bukan senang nak menikah, korang. susah rupanya. kena sain borang tu, borang ni, buat lafaz antara aku, kadi dan ayah. ayah pon kena wat lafaz gak. masa nak wat lafaz tu, ayah buat surprise. sebab dia taknak akadkan aku ngan en alang. dia minta naib kadi tu akadkan. huhuhuhuu...so, en alang kena la ready kan? ready lelebih sket persiapan nak bernikah. ayat2 pendek, ayat2 dalam solat harusla perfect 10, kalau tak, haru nanti.


dah abis wat wakalah tu, kitorang pekena roti canai kpg sitiawan. kat sini, roti canai dia memang la sangat sedap.ibu makan 2 keping lak tu! hahahhahahha. aku ngan ayah sorang sekeping je sebab pagi tu dah breakfast kat umah.

then, pi pasar dan econsave. beli barang dapur. terserempak ngan kawan lama aku, bob. rupa2nya mak dia dah setahun meninggal, aku yang tak tau. teruk kan aku ni? mak kawan meninggal pon aku tak tau.


petang, uruskan kad2 jemputan bersama ibu, ayah dan ajik. nak tau tak, dari 600 keping kad jemputan, aku hanya dapat 100 keping je ok! yang lain2 tu untuk kawan2 ibu dan ayah. huhuhu...



seterusnya, macam biasa, makan, dan tido, dan tv.

begitu juga hari ahad. sama je ektiviti. makan, tido, tv.

kecuali tgh hari tu pi kenduri adik pada kawan aku masa keje kilang ayam dulu. aku perhatikan skang ni orang dah tak bersanding ek? macam tak best bila pengantin dah grand2 sampai ngan beca, tetiba just amek gambar kat pintu gerbang sajork. tak feel langsung.

huhu. aku kawen nanti ada feel ke?

matilaaaaaaaaaaaa!

oh, korang tgk tak ntv7, malam2 ahad ada movie 'indie' dari kul 11pm? smalam aku tgk movie tajuk 'kurus'. best gak citer tu. asik la gelak2 je.


skang ni aku tgh pening nak uruskan hantaran. tak abis2 lagik ngan hantaran ni. (sebab aku wat sket2.)

Thursday, February 14

Jemputan Perkahwinan Hamba....

wahai rakan2 bloggersku yang jelita/hensem/chantek/macho...

dengan sukacitanya hamba ingin menjemput kalian ke majlis perkahwinan hamba yang tidak seberapa pada 15 Mac 2008, bertempat di Sitiawan, Perak.



arakian sudilah kiranya meninggalkan alamat kalian di dalam kotak komentar hamba untuk hamba pos kad2 jemputan yang banyak ini kepada kalian.

tapi janji tau kalian datang! hamba tak sabar nak menatap wajah kalian secara live unplugged gitu.


kerjasama kalian amat hamba hargai. hamba nantikan alamat kalian ye!

Tuesday, February 12

sila muntah k?

10 sebab ayang sayang pada abang

1) abang pandai pujuk ayang, slalu buat klakar2 bila ayang merajuk atau marah.

2) abang pandai buat muka cute bila ayang tengah hangin, so ayang tak jadi nak hangin bila tengok muka cute abang tu.

3) masa mula2 kite kenal, ayang suka makan, abang pulak suka tengok ayang makan. sebab abang kata, ayang nampak comel bila makan.

4) abang suka pegang tangan ayang. sebab abang kata risau ayang tetiba ilang dari pandangan abang. ayang kengkadang rasa terharu jugak bila abang cakap macam tu.

5) abang manja. kalau kite duduk2, abang suka je hulur kepala abang tu kat ayang, minta ayang urut2kan dan picit2kan kepala abang. ayang tau abang keje kat tempat super sejuk, sebab tu senang sakit kepala. ayang tak kesah, ayang lagi suka bila picit kepala abang.

6) abang senang dibawa berbincang. jarang bantah cadangan ayang. ayang hargai pengertian abang.

7) abang suka bagi pesanan2 yang baik. contohnya: "bawak kereta pi kerja tu elok2" , "jaga tingkah laku ayang depan orang"...etc..etc...

8) bila abang sampai kilang, first thing abang buat adalah tipon ayang. bagitau yang abang slamat sampai. bila abang balek keje pon, abang tipon ayang gak. bagitau ayang yang abang dah selamat sampai umah.

9) abang suka manjakan ayang. panggil ayang dengan nama2 gelaran, "comel", "manja", "bucuk", "baby"...macam2 la.

10) abang suka sangat cium pipi ngan dagu ayang. abang kata sebab utama abang suka kat ayang disebabkan dagu ayang ni. ayang pon pelik apa la yang special kat dagu debab ayang ni. memang betulla sayang, cinta itu buta.


10 perkara ayang tak berapa gemor abang bila buat camtu...

1) kadang2 abang buat lawak tak kena. buat ayang nak marah adala..tapi ayang faham.. abag buat tu semua sebab taknak kite gaduh lama2 kan? bagus laki aku ni, ada inisiatif nak jaga hati bini dia.

2) muka cute abang tu kengkadang buat ayang rasa nak picit2 je. kang ayang picit muka abang depan orang awam kang orang ingat ayang ni pendera plak.

3) skang ni plak, ayang makan kurang, abang plak makan banyak2. skang ni kalau abang amek nasik, mesti membukit punyala! banyak sangat. nanti lepas kawen mesti kite kena beli beras berkampit2 kan? hehehehhehehhe....

4) skang ni ayang senang rasa rimas la abang. pegang tangan kejap2 tu bolehla. tapi, kalau lama2 sampai tangan ayang peluh2, ayang lepas kejap je nak lap tangan pon muka abang dah lain. abang, ayang kena lap tangan tau. peluh2 camtu tak cool la abang.

5) kepala abang berat tau. ayang boleh picit2 kepala abang kejap2 je. abang suka sambil ayang picit2 kepala abang, abang sambung tido plak lepas tu. ayang ni gemok tau abang. senang kebas kaki. tak suka.

6) abang memang hebat kat part ni. ayang tabik spring kat abang! ;)

7) abang kengkadang suka bagi pesanan cam bagi bebelan plak kat ayang. pesan tu, pesan ni, sampai ayang tak larat nak dengar. sori sayang!

8) abang harapkan benda yang sama dari ayang. kadang2 tu ayang sampai2 ofis, bos dah panggil ayang. memang tak sempat nak kol abang. pastu, bila ayang terlupa kol abang, abang dah marah2. kata risau la, apa la. ayang ok la abang. takat 4-5 km ofis-umah tu takde mende nye. percayalah!

9) abang suka panggil ayang camtu depanmak ngan abah gak. ayang segan la abang. kalau antara kite je takpela jugak. ayang ni kan pemalu..(bluwek!)

10) no komen! hehehehehe.....


persiapan nikah+sanding:

1) pelamin-settled!
2) tok kadi-err..checked!
3) photogrpaher-orait!
4) catering - ok!
5) hantaran - belah aku tak siap2 lagi. belah dia semua dah settle.
6) apa lagi ek? entah..nanti kalau aku ingat, aku tambah je kat sini.


persiapan umah sewa kami:

1) langsir-satu apa pon tak buat lagi. memang umah kami nanti macam dewan le. tak berlangsir. huhu...
2) set sofa-ibu ngan ayah decide nak bagi kitorang set yang lama. set indon, berkerawang2 bagai. huhu. (umah orang bujang macam umah orang dah ada anak 5 ok!)
3) set meja makan-ibu ngan ayah bagi jugak. set ni adalah hak kerajaan malaysia. (masa ayah aku navy dulu)
4) set dapur- tang dapur ni memang kosong gile babas. ada mug 2 biji, set teko ngan gelas plastik, sudu 6 ketul, garpu pon 6 ketul, kain lap tangan separuh dozen (6 helai gak). itu sajork.
5)bilik-satu hapa barang pon elek! huhuhu......... (ada sape2 nak bagi set bilik? hmmmm)

bila dikenang2kan, memang terlalu banyak nak kena kerjakan kat umah sewa kami ni.
tapi bak kata orang, slow2 dulu. orang baru kawen memang umah kosong lagi. ye dak? heheheheh...


aku perhatikan sejak aku tukar url link ni, makin kurang orang bagi komen kat kotak komentar aku ni. kan? kan?



Monday, February 11

masak dan makan nasi goreng saja.

ini je la aktiviti aku sepanjang cuti raya cina selama 4 hari...

ibu ngan ajik pi kl, jumpa ayah kat sana, terus balek kampung dan spore pi 'menjemput'.
korang tau ke menjemput tu apa?
ini istilah orang tua2 untuk berbahasa sebagai menjemput kenduri kawen.
hehehehe...

oh ya, kampung aku kat johor merata2 ok!
kesian kat ayah kena drive sorang2. kalau aku ada, lama dah aku drive.
tapi diorang sangat2 tak bagi aku ngikut.
sebab diorang kata mana ada pengantin ikut menjemput.


so, yang ada kat umah hanya aku, iqa dan zaza.
sib baik zaza ada jugak.
kalau tak, maunya aku sangap berdua je ngan iqa.
dahla budak tu suka memerap je dalam bilik.
bila time nak makan je dia kuar, lain2 time, dia berhibernasi dalam bilik je.


meh sini aku nak citer menu weekend aku yang panjang nih.



khamis,
hantar ibu ngan ajik ke stesen bas.
masa ni aku ngan zaza je. iqa takmo ikot. (see?)
lpas ibu ngan ajik naik bas, kitorang pi lumut pekena roti bakar ngan telur rebus separuh masak.
note: orang2 ke pangkor sangat ramai! dan semua parking lot di lumut penuh!
then, ke giant untuk beli barang2 dapur sket.
sebab perlu isikan peti sejuk penuh2. zaza suka memasak.
(yeay! jimat duit makan aku! ;))

lpas je abis shopping,
balek umah, tanak nasi dulu,
pastu, karok puas2 ngan zaza.
dah puas karok, baru la zaza start masak.
menu tgh hari: nasi goreng tomyam dan telor goreng mata kerbau.
simple je.
sebab iqa suka sangat nasik goreng.
petang,
lepak2 umah.
menu dinner: mee goreng mamak (ini dibeli di kedai mamak. sebab semua malas masak)

jumaat,
karok lagi. pepagi lagi dah memekak.
jiran sebelah umah pon dok pelik kitorg dok berkarok2.
dialog jiran aku kepada iqa yang sedang menyidai baju,
"ramai ke kat umah?"
iqa menyengih je, as usual.
sebab segan, kat umah bertiga je, cam ada 12 orang kat umah.
menu tgh hari: nasi goreng kampung dan telur mata.
petang, jalan2 ngan zaza.
macam biasa, ajak iqa, takmo ikut.
menu dinner: kuey teow kung fu. sedap oo! zaza buat. along dia tgk sajork.


sabtu,
bangun pepagi aku masak breakfast.
menu breakfast: mihun goreng kaw2.
sengaja buat tak bubuh sayur, sebab zaza tak makan sayur.
tapi, oleh kerana dia ngan ex dia dok tgk cd korea sampai kul 5 pagi,
secara otomatiknya, dia kurang berselera.
so, around 10.20am kitorang bertolak dari umah.
nak antar zaza pi stesen bas. dia nak balek penang dah.
bas dia kul 11am, so dok lelama kat stesen bas sambil baca paper dan minum milo.
bas datang kul 11.20am, zaza naik,
aku blah terus.
balek umah,
lepak2 depan tv,
tak sedar sampai kul 1pm.
iqa sampai kata,
"along, perut iqa dah menggigil nih"
hehehhehehe...
cian adik aku tuh.
so, aku pon masak la.
menu tgh hari: nasi goreng cendawan, kentang goreng+ikan bilis goreng+cili padi, ayam panggang.
ha ko, amek! memang meriah menu tgh hari tu.
dok lepak2 tgk tv,
petang2 sket tu, aku ajak en alang pi pasar malam.
beli dinner.
menu dinner: aku-char kuey teow. en alang-nasi ayam. iqa-nasi goreng kerabu dan secucuk pedal ayam goreng.
makan dinner sambil tgk tv.
bersenang lenang baring2 tgk tv,
tertido kat situ jugak.
apa da!


ahad,
en alang keje petang.
so, aku la kena masak awal2 kan.
kul 11am dah tercongok kat dapor. kemas2 dan masak2.
menu lunch: nasi putih, sup cendawan, ayam (dipanggang separuh) dan kemudian digoreng bersama cendawan butang dan cili padi.
hasilnya: en alang dan iqa makan sampai 2 pinggan sorang. walla! (terer gak aku masak..hehe..)
lpas makan, en alang pi keroje.
aku plak, as ususal layan tv.
pastu, masuk bilik, ngorok.
tido dalam 2 jam gitu.
en alang abis keje, datang umah aku, ketuk2 pintu sorang pon tak sedar ok.
sampai aku dapat miss call 3 kali.
huhuhu.
sangat la pekak kan.
aku terjaga tido,
kol dia, suruh dia datang sebab aku nak masak.
so, dia kena jadi QC aku.
menu dinner: kuey teow goreng.
nyum!
teringat2 plak.
hehehehehhe.

ha, apa kata korang?
menu yang lebih kurang sama tapi tak serupa kan?


korang nye cuti mesti lagi happening kan?
aku je yang dok melangut kat umah. huhu..........

Wednesday, February 6

GONG XI FA CAI!

hai korang!

pagi2 tadi, dengan senang lenangnya aku bersiap2..
sebab aku tau, bos aku coti harini.
bila aku melenggang lenggok depan ofis dia,
aku pandang kanan, dia ada.
cis! puas la aku senang hati hari ni.
ropa2nya dia keje plak.

huhuhuhuuuuuuuu........



so, pagi2 ni aku pon terkocoh2 la siapkan keje2 yang dia soh siapkan 2 hari lepas.
cecemak..pepagi ni aku bentang full report kat dia,
terus dia kata "ok, ok..."
hehehehe....
kalau tak, aku yang slalu kena bambu ngan dia balek.
sebab slalu sangat la tak ready.
ye la, aku baru jejak kaki masuk ofis,
dia nampak je kelibat aku melintas,
dah panggil2 aku, soh bentang report.
mana la sempat kan.
bukak pc pon tak lagik,
dah pi mengadap.



lepas je ngadap bos aku tuh,
terus je aku pi amek en alang.
dah janji ngan dia nak breakfast sesame.
lagipon, aku nak pi bayar bil air.
bil air=RM6.
boleh?
hahahahhahaha!
sebulan pakai 3 hengget jek?
klakar tol!
then, aku ngantor la en alang pi kilang dia.
sampai2 kat sana,
aku la dok gatal nak pi beli 'fried crispy'..
fried crispy ni macam popcorn KFC tu.
yap. sedap ok!
sekilo RM3 jek.
pulaknya, aku borong la sampai 3 kilo.
ingat nak jual balek kat sesape kat ofis yang nak beli.
diorang takmo!
cis!
nasib baik dalie yang beria2 nak...
so, aku jual kat dia satu kilo.
lagi 2 kilo sape plak yang nak membaham?
aisehmen.......
mende ni diorang dah salut ngan tepung.
just panaskan minyak, dan goreng sajork.
nyum! nyum!
tapi takleh makan banyak2,
sebab akan muak.
ye la kan, bahagian banyak lemak. (bahagian utama, kulit ayam)

dah lepas memborong tu,
aku pon pi la masuk kete balek,
start2 enjin, tak mau start la plak.
ni mesti problem bateri lagik.
cis!
benci tol!
aku kol en alang,
dia tak angkat.
sebok sangat keje la tu.
so, aku tepon ibu.
sebab 'jumper' ada dalam kete dia.
ibu soh ajik datang antor jumper.
dan dia jugak la yang tolong aku jump.
hehehehe..akak boleh je wat.
dah ada orang jantan, soh je la diorang yang wat kan?


so, skang ni aku tengah bermalas2an lagik.
malas oooooooo........
bila labos apek aku ni nak cuti...
time cuti2 pon dia keje..haaaiiiiihhhhhhhh!!!
takpe2, next week for the whole week dia takde.
yeaayy!


KORANG NAK KE BELI LAGI 2 KILO NEH?
SEDAP OOOOOOO!
;)

Tuesday, February 5

currently i'm addict to....

www.extdk.net

kalau aku tak singgah blog korang,
maaf ye.
aku tgh gilekan web yang satu nih.
addict seh!

Monday, February 4

oh yeah!

kerja ofis yang bertimbun2,
kerja kawen yang tak selesai2,
borang2 nikah yang tak settle2.....


tidor aku skang ni pon tak nyenyak dah.
ditambah dengan timbunan sms dari en alang dan kawan2,
sering ganggu lenaku.


cpu aku kat ofis ni plak dari jumaat haritu wat hal jek.
kipas tak jalan.
so, budak2 engineer kat ofis aku ni bertungkus-lumus tukar kipas.
tak jalan jugak.
apa ntah yang diorang kenen,
last2 jalan gak cpu aku nih.
tapi, bila cpu dah ok,
monitor lak wat hal.
skrin terpampang halus yang amat.
terpaksa tukar monitor ngan monitor yang lama..

aku tak kesah asalkan boleh guna.
yang penting, leh wat keje, leh blogging.
hahahahhahahahha!


sabtu,
just dok umah dan hias hantaran.
ada reben tak cukup ni.
kena pi beli sat gi.

ahad,
petang kul 4pm pi cat umah ngan en alang dan zaza.
abis kul 6pm.
cat dah abis,
cuma dapat litup kawasan hall dan bilik utama serta dapur sket.
so, lagi 2 bilik cam haram!
huhuhuhuhuuuu....


ada lagi 39 hari menuju ke tarikh nikah aku.
perasaan campur baur.
takut, sedih, gembira, suka, penat..
macam2 la!


malam sabtu haritu aku termimpikan ex-bf aku.
bukan yang mat rockers tu.
ni ex-bf masa aku skolah.
budak bangsa siam.
ensem banget. cam cina.
dalam mimpi tu, aku ngan dia cam tangkap cintan balek.
beria2 bercintan-cintun.
sambil tunggang motor harley.
siap mimpi bercium2 gitu.
ni mimpi je ok!
bukan sebenar2...
aku sendirik tak tau apa rasa bercium ngan dia.
tak pernah kissing2 ngan dia lagik. hahahhahahhaa!
yelah, masa bercinta ngan dia dulu,
kitorang baru form 1.

terjaga je dari tidor,
terus aku rasa macam hampa.
sebab dah lama sangat tak jumpa mamat nih.
last skalik masa last day kat maktab.
last day spm1998.
dia jumpa aku, minta maaf, salam2.
aku sendirik tak sangka dia akan jumpa aku masa tu.
sebab sejak kitorang clash penghujung form 2,
terus kitorang tak bercakap.
3 tahun beb!
tak bertegur sapa langsung.
memang gile ah!
kawan2 kitorang yang lain tak tau gak mana dia pegi.
ada yang kata dia dah jadik tok sami.
yela, dia tu sangat kuat pegangan buddha nya.
pernah masa bercinta, aku ajak dia masuk islam.
dia tak nak.
bleh plak dia ajak aku masuk agama dia.
nak mampos?
hahahhahahhha!
gile ah masa tu.
bercinta sakan.
orang pi solat jumaat,
kitorang dating2.
hahahahahhahaha!


korang rasa mimpi ni ada alamat/petanda tak?
atau sekadar mainan setan semata2?

Friday, February 1

tak sehat

selama 2 hari sebelom ni aku amek mc.

sebab aku dari isnin haritu rasa pening2 lalat. pulaknya, selasa tu aku dah rasa maximum. pening+cirit-birit+batok2+selsema+panas dalam badan.

ha ko..ambik!

macam2 saket aku ada.

en alang la pengaruh2 aku soh amek mc. aku malas sebenarnya, memandangkan keje2 ofis berlambak2. sampaikan en alang merajuk kat aku, sebab aku taknak jaga kesihatan diri.



bukan taknak jaga, tapi dah rasa keje2 tu menunggu2. plaknya semua tu ada dateline. kalau suka2 keje tu lain criter la kan.
erobik pon dah 2 kali minggu ni aku skip. aku nak pi, tapi en alang halang. dia kata takde maknanya kalau niat hati nak kurus2, tapi sebenarnya tgh saket. aku kan tunang mithali, harusla dengar kata kan. hukhuk!



ekceli, semalam aku tak le dok melepak je kat umah. habis satu bilik aku punggah dan kemas, serta buang2 benda2 yang aku, iqa ngan zaza dok 'kumpul' sejak kitorang dok umah tuh. 3 beg plaktik itam aku buang. penat dowh! tapi badan rasa cergas jek lepas wat aktiviti tu. lega sket. tapi bila aku dah siap kemas2, selsema ngan pening datang balek. haaaiiihhhhhhhhhh! mak tak sanggup nyah!


semalam petang, umah aku dihiasi ngan kedatangan cik dalie. sambil tgk spa q (last episode), sambil minum air soya. hehehehe. puas la dok ngutuk2 setiap pelakon yang ada. seronok ada dalie nih, syok je dok komen2 pelakon2 yang ada, baju2 diorang pakai, pasal mekap...


plan untuk weekend ni, nak siapkan hiasan hantaran dan sambung cat umah sket.






korang nak tolong? meh la tolong2 cat, hias2 hantaran..meh la..
aku tgh tak larat nih...meh la ek?



cuba teka siapa kah gerangan jejaka ganteng ini..
korang layan je la ek?