Monday, February 4

oh yeah!

kerja ofis yang bertimbun2,
kerja kawen yang tak selesai2,
borang2 nikah yang tak settle2.....


tidor aku skang ni pon tak nyenyak dah.
ditambah dengan timbunan sms dari en alang dan kawan2,
sering ganggu lenaku.


cpu aku kat ofis ni plak dari jumaat haritu wat hal jek.
kipas tak jalan.
so, budak2 engineer kat ofis aku ni bertungkus-lumus tukar kipas.
tak jalan jugak.
apa ntah yang diorang kenen,
last2 jalan gak cpu aku nih.
tapi, bila cpu dah ok,
monitor lak wat hal.
skrin terpampang halus yang amat.
terpaksa tukar monitor ngan monitor yang lama..

aku tak kesah asalkan boleh guna.
yang penting, leh wat keje, leh blogging.
hahahahhahahahha!


sabtu,
just dok umah dan hias hantaran.
ada reben tak cukup ni.
kena pi beli sat gi.

ahad,
petang kul 4pm pi cat umah ngan en alang dan zaza.
abis kul 6pm.
cat dah abis,
cuma dapat litup kawasan hall dan bilik utama serta dapur sket.
so, lagi 2 bilik cam haram!
huhuhuhuhuuuu....


ada lagi 39 hari menuju ke tarikh nikah aku.
perasaan campur baur.
takut, sedih, gembira, suka, penat..
macam2 la!


malam sabtu haritu aku termimpikan ex-bf aku.
bukan yang mat rockers tu.
ni ex-bf masa aku skolah.
budak bangsa siam.
ensem banget. cam cina.
dalam mimpi tu, aku ngan dia cam tangkap cintan balek.
beria2 bercintan-cintun.
sambil tunggang motor harley.
siap mimpi bercium2 gitu.
ni mimpi je ok!
bukan sebenar2...
aku sendirik tak tau apa rasa bercium ngan dia.
tak pernah kissing2 ngan dia lagik. hahahhahahhaa!
yelah, masa bercinta ngan dia dulu,
kitorang baru form 1.

terjaga je dari tidor,
terus aku rasa macam hampa.
sebab dah lama sangat tak jumpa mamat nih.
last skalik masa last day kat maktab.
last day spm1998.
dia jumpa aku, minta maaf, salam2.
aku sendirik tak sangka dia akan jumpa aku masa tu.
sebab sejak kitorang clash penghujung form 2,
terus kitorang tak bercakap.
3 tahun beb!
tak bertegur sapa langsung.
memang gile ah!
kawan2 kitorang yang lain tak tau gak mana dia pegi.
ada yang kata dia dah jadik tok sami.
yela, dia tu sangat kuat pegangan buddha nya.
pernah masa bercinta, aku ajak dia masuk islam.
dia tak nak.
bleh plak dia ajak aku masuk agama dia.
nak mampos?
hahahhahahhha!
gile ah masa tu.
bercinta sakan.
orang pi solat jumaat,
kitorang dating2.
hahahahahhahaha!


korang rasa mimpi ni ada alamat/petanda tak?
atau sekadar mainan setan semata2?

11 comments:

me3n said...

counting 39 days down!!! ;p. alaa mainan tidur je tuh. jgn laa ko ikut2kan ngat. ko tuh da nak kawen ehehe jk.

nanonano said...

post la gambar2 brg yg dah ready tuuuuuu,
xsabar nk engok !!
wuuwu

dedalie said...

kekure,
sudah semestinya itu mainan semata. i think you have cold feet my dear. gemuruh nak kahwin, that's why mimpi ngarut2 pasal ex lah, subconcious kau je tuh. you and alang make a cute couple lah. believe me. dah dah. kasik kat aku koleksi jantans2 kau..kuang kuang kuang.. :p

Mak Su said...

eiii. mcm gatai jer ek, seb bek mimpi. mainan setan je tuh, ludah ke kiri, cepat ludah....

Intan and The Boys said...

ad3ck, yaa...mimpi itu mainan tidor...

nano, nape? nak ilham ek? hehehehe..mana leh post kat sini awal2, tak surprise la yang!

dalie,
meh aku bagi kat ko nombor ex aku. ntah dia kawen dah ke tak. hehehehehe...

maksu,
ok..ok..haarrkk tuihh! dah ludah kiri dah. :)

aria ayumi said...

hehe. mcm2 le akk ni. jap mimpi itu. jap mimpi ini. adoiii. agaknya tu dugaan je kot kak. nak suwuh akk makin setia ngan en alang. :D

waaa pejam celik pejam celik, dh tinggal 39hari lg. harapnya akk tenang2 lah ye... insya Allah, sume bleh berjalan lancar klw kene caranya... ;)

peej said...

sape kak intan??
x ingat la..
abang suraphong ke??
abg tuh batch akak ke??
ingat2 lupe la..
x tau lak mrsm kite ade budak siam..

hajarss said...

jgn curang2 ok (^_*)v

Unknown said...

erkk anggap je mainan tido.. kekadang sbb kita terllau pk kannya

Intan and The Boys said...

diya,
ye la tu. akak pon rasa camtu. mimpi2 camni buatkan akak makin kuat perasaan pada alang. sebab dah curang2 dalam mimpi, haruslah rasa bersalah kan. hahahahhahaha!

pija,
ye la. abang aphong ko tu la. bercinta kejap jek. tapi kesannya boleh terasa sampai skarang. ye la, cinta pertama la katakan. hahahahahaha!

hajars,
jangan risau k. diriku takkan curang.

kembor,
haa.. tu la pasal. memang sangat la mainan syaitoonnirrajim!

who i am? said...

mimpi itu mainan tido!

biasala..time2 ni la jentera2 syaitan sedang memainkan peranannya..

kena la bertahan & bersabar menghadapi dugaan...

39 days to go and still counting...