5 perkara yang pertama kali terjadi dalam hidup kita
ya, aku telah di tag.
oleh tina dan kelat.
meh sini nak jawab.
perkara pertama: accident
aku ni, masa kecik2 memang tak pernah accident. accident pertama berlaku hanya apabila aku berumur 9 tahun. tahun 1990. aku ingat lagi sebab masa tu ajik, adik lelaki aku nombor tiga tu baru dalam beberapa bulan je.
kejadian berlaku di johor baru. raya puasa hari kedua. menaiki van kepunyaan pak tam aku. dia ni meniaga ikan dan hasil laut di pasar. jadinya, secara automatiknya, van kami naiki tu memang berbau ikan. hahahaha...
masa ni ayah tak beraya dengan kami. sebab ayah ada kursus kat US.
so, nak dijadikan cerita,
kami dari kulai nak ke singapore. paktam nak hantar kitorang ke rumah nenek.
tetiba, sampai kat satu simpang ni. lampu isyarat jalan kitorang memang hijau. so, pak tam pon jalan la.
tetiba, "BAMMMMM!!!!!!!"
van pak tam dilanggar dari tepi oleh kereta mewah. (aku tak ingat kereta jenama apa, yang aku ingat kereta tu jenis convertable)
sebenarnya semasa kejadian aku tidor. sebab letih beraya.
aku ni memang jenis tidor mati.
lepas accident tu, nak tau aku kat mana?
aku hanya tersedar bila aku rasa badan aku tersepit.
rupa2nya aku berada bawah kerusi van.
(masa skolah rendah aku memang sangat kurus kedengking dan hitam legam-->cam anak kels)
bukan stakat aku je yang terperosok ke bawah kerusi,
ajik yang umur tak sampai setahun pon tercampak bawah kerusi.
aku dapat luka kat lutut dan siku. minor saja.
ajik lak bengkak kat kepala. macam benjol tapi teruk sikit.
orang-orang lain pon dapat minor injury sahaja.
sampai skarang kami rahsiakan perkara ni dari ayah.
ayah tak tau yang kami pernah accident kat jb.
lebih2 ajik cedera kat kepala.
nasib baik ajik tu boleh tahan jugak geliga kepala otaknya.
kalau kepala mereng, kami tau apa penyebabnya.
hehehehe....
perkara kedua: berputiknya cinta aku dan en alang
lokasi: kilang ayam dindings. nama komersil, dindings poultry processing.
aku: coldroom department.
en alang: tunnel freezer department.
oleh kerana aku kerja kat bahagian stor, yang di mana hanya aku sorang je perempuan yang bekerja kat area stor2 simpan ayam, maknanya aku sangatlah glamer kat kilang tersebut.
aku tak kenal orang. aku memang susah nak ingat muka orang. oleh kerana tu, setelah setahun lebih bekerja kat kilang tu barulah aku berjumpa en alang. padahal hari2 lalu tempat dia kerja untuk minta stok2 ayam dari bahagian production.
en alang cakap, macam mana aku nak kenal orang. sebab aku selalunya lalu kat department dia jalan menonong atau tgk bawah sebab takut jatuh. jalan licin.
nak tau cam mana aku ngan en alang kenal? camni ceritanya...
pada suatu hari yang indah permai (hahahaha..poyoooo), aku shift petang. en alang pulak masa ni dia shift biasa. aku baru masuk keje kul 2pm. muka memang berseri2 . sangat fresh gitu. baru lepas mandi la katakan.
aku masuk2 keje je, bos aku suruh amek report data dari production. so, kalau nak ke production, haruslah lalu kat area tunnel freezer kan? lepas je amek report data, harusla lalu tunnel freezer lagi kan? ha..on the way back ke department aku tu la pertemuan kami yang pertama.
(aku sedang berjalan dengan lajunya..)
intan!! intan!!
(aku pandang belakang)
awak panggil saya ke?
meh sini kejap. --> tgk, tak menjawab soklan aku..degil tul!
(aku pon jalan ke arah dia)
nape?
nak nombor tipon, boleh?
siapa yang nak?
ada kawan saya ni, dia berkenan sangat ngan awak. boleh ke beri nombor tipon?
takleh. kalau nak, dia kena mintak sendiri.
errr.....tapi dia segan la. sebab tu dia mintak saya tolong mintak dari awak.
saya kata tak boleh! tapi, kalau awak yang nak, saya boleh bagi.
(en alang muka terkejut)
oo..ok. saya nak nombor awak. boleh beri?
ok. bak pen dan kertas. saya tulis.
(aku tulis nombor)
janji dengan saya, jangan bagi nombor saya kat budak tu, ok?
ok. boleh ke saya sms awak?
boleh. (sambil senyum simpul)
ok. tu dialog2 pertama aku ngan en alang. klakar kan? skema gile! huhuhu...
then, pastu, kitorang jadik kawan. then nak jadik cam serius, tapi tak jadik sebab aku dan dia realize yang perbezaan umur kitorang sangat banyak. then, kitorang realize balek, wth kan..lantak la kalau aku umur 30, dia umur 15 pon tapi kalau dah jodoh tu, kitorang on je la. hahaha...
sebab keserasian tu amat la menakjubkan. tak tau nak kata apa dah. memang rasa jodoh dah kuat dah tu. (cecemak..ayat yang poyo ye. sila muntah darah)
perbezaan umur kami 5 tahun. en alang muda 5 tahun dari aku. (note kepada sesiapa yang baru di blog aku ni)
pastu, terus la kami bercouple. bermula dengan dialog yang tak semenggah, terus ke sms2 berbunga2..hehehe.
alhamdulillah, jodoh kami masih ada. kami bertunang, dan kini sudah genap sebulan setengah berkahwin.
perkara ketiga: pekerjaan.
first job aku ialah menjadi kerani akaun di Pan Pacific Pangkor Resort @ nama skarang ialah Pangkor Island Beach Resort.
memang best gile keje kat sini. tiap2 pagi, aku akan pergi dan balek kerja dengan ayah. ayah akan turunkan aku kat jeti lumut. feri akan tiba jam 8.30am dan kerja bermula jam 9.00am. memula naik feri memang agak mabuk. lama2, aku dah boleh berlari-larian dalam feri tu. hehehe..
kat sini jugak aku menimba pelbagai ilmu semasa bekera. kerja aku bukan setakat jadik kerani akaun, tapi merangkap juga sebagai pengira inventori, operator dan jalan2 kacau akak2 housekeeping. best wooo!
memang aku jatuh hati dengan dunia perhotelan. sebab kerja memang sebok dan hubungan antara pekerja sangat2 rapat.
kerja di sini menuntut aku supaya memakai kebaya. kain bersilang. kalau angin pantai tiup, aku takleh gerak mana-mana. sebab angin akan membuatkan aku begitu seksi sekali. hahhaha!
pernah menjadi idaman jejaka-jejaka di situ. dari bellboy hingga ke chef. best kan? tapi yang nightmare nya, aku dikejar oleh budak bellboy mengajak aku berkahwin dengan dia. huhu..
perkara keempat: sekolah.
dari darjah 1 sampai ke darjah 3, aku bersekolah di labuan, sabah. so, aku membesar dengan dialek2 sabah yang pekat sampaikan aku terikut2 dialek mereka. (budak2 kan senang terikut2..)
setiap ayat aku mesti ada 'bah' kat ujung. susah nak buang.
so, aku darjah empat, dipindah kan ke skolah methodist (acs) sitiawan. sudah tentu cara percakapan mereka2 di sitiawan berbeza dengan labuan. aku kaget. (ceh..kaget gitu..)
hari pertama di sekolah..
scene di kantin:-
makcik, kuih ni sebatang berapa posen?
(sambil menunjuk ke arah sebatang cekodok yang dicucuk2)
sekupang nak.
aku blur. sekupang tu berapa posen? adakah aku perlu beli kupang dan memberikannya kepada makcik kantin itu? disebabkan aku terlalu malu nak tanya2 balek kat makcik kantin tu, aku terus blah dari kantin dan terus kembali ke kelas.
balik rumah je, aku tanya ibu. ibu gelak tak sudah. kesian anak aku ni katanya. so, ibu pon ajar la beberapa dialek orang perak kat aku.
perkara kelima: internet dan kawan chatting pertama.
pertama kali menggunakan internet hanya ketika aku berusia 17 tahun. tahun 1998. selepas abis SPM.
so, atas jasa arwah angah, aku belajar internet darinya. selalu la kena cubit dengan dia.
so, masa tu aku berkenalan dengan sorang mamat tu melalui chatting room. aku namakan dia john. (nama sebenar dirahsiakan. bimbang dia terbaca blog aku)
john sangat baik. pernah poskan pada aku bear yang sangat comel. aku beri dia cyber pet. kami berdua menamakan kedua2 benda tu dan kami berhubung seperti pasangan kekasih.
tapi aku je yang macam takde perasaan. mamat john ni sangat la romantik dan naif dan kuat agama serta agak cute (rupa john dan en alang agak serupa). bayangkan, dia hanya akan call aku bila dia nak ke surau dan balek dari surau menggunakan telefon awam kat kampung dia.
oh ya, dia orang tapah.
tapi, bila aku masuk matriks, aku menjadi semakin sebok. john sangat pandai, dia masuk matriks kat UIA. aku hanya kat kulim.
john selalu beri surat. tapi aku hanya diamkan je. memang aku malas nak menulis2 ni. tidor lagik best. lama-kelamaan, dia stop beri surat kat aku. merajuk mungkin.
bila aku habis matriks, kami berhubung balek. tapi atas usaha john. aku macam malas2. tak tau kenapa dengan aku masa tu. mungkin rasa rendah diri kot. sebab john pandai dan aku biasa2 saja.
so, lama-kelamaan hubungan kami terus lenyap ditelan waktu. terima kasih...
hehehe..........
nak tag siapa ek..
meh sini nak tag orang..