Wednesday, April 30

5 perkara yang pertama kali terjadi dalam hidup kita

ya, aku telah di tag.
oleh tina dan kelat.

meh sini nak jawab.




perkara pertama: accident

aku ni, masa kecik2 memang tak pernah accident. accident pertama berlaku hanya apabila aku berumur 9 tahun. tahun 1990. aku ingat lagi sebab masa tu ajik, adik lelaki aku nombor tiga tu baru dalam beberapa bulan je.
kejadian berlaku di johor baru. raya puasa hari kedua. menaiki van kepunyaan pak tam aku. dia ni meniaga ikan dan hasil laut di pasar. jadinya, secara automatiknya, van kami naiki tu memang berbau ikan. hahahaha...

masa ni ayah tak beraya dengan kami. sebab ayah ada kursus kat US.

so, nak dijadikan cerita,
kami dari kulai nak ke singapore. paktam nak hantar kitorang ke rumah nenek.
tetiba, sampai kat satu simpang ni. lampu isyarat jalan kitorang memang hijau. so, pak tam pon jalan la.

tetiba, "BAMMMMM!!!!!!!"
van pak tam dilanggar dari tepi oleh kereta mewah. (aku tak ingat kereta jenama apa, yang aku ingat kereta tu jenis convertable)
sebenarnya semasa kejadian aku tidor. sebab letih beraya.
aku ni memang jenis tidor mati.
lepas accident tu, nak tau aku kat mana?
aku hanya tersedar bila aku rasa badan aku tersepit.
rupa2nya aku berada bawah kerusi van.
(masa skolah rendah aku memang sangat kurus kedengking dan hitam legam-->cam anak kels)

bukan stakat aku je yang terperosok ke bawah kerusi,
ajik yang umur tak sampai setahun pon tercampak bawah kerusi.
aku dapat luka kat lutut dan siku. minor saja.
ajik lak bengkak kat kepala. macam benjol tapi teruk sikit.
orang-orang lain pon dapat minor injury sahaja.

sampai skarang kami rahsiakan perkara ni dari ayah.
ayah tak tau yang kami pernah accident kat jb.
lebih2 ajik cedera kat kepala.
nasib baik ajik tu boleh tahan jugak geliga kepala otaknya.
kalau kepala mereng, kami tau apa penyebabnya.
hehehehe....




perkara kedua: berputiknya cinta aku dan en alang



lokasi: kilang ayam dindings. nama komersil, dindings poultry processing.
aku: coldroom department.
en alang: tunnel freezer department.

oleh kerana aku kerja kat bahagian stor, yang di mana hanya aku sorang je perempuan yang bekerja kat area stor2 simpan ayam, maknanya aku sangatlah glamer kat kilang tersebut.

aku tak kenal orang. aku memang susah nak ingat muka orang. oleh kerana tu, setelah setahun lebih bekerja kat kilang tu barulah aku berjumpa en alang. padahal hari2 lalu tempat dia kerja untuk minta stok2 ayam dari bahagian production.

en alang cakap, macam mana aku nak kenal orang. sebab aku selalunya lalu kat department dia jalan menonong atau tgk bawah sebab takut jatuh. jalan licin.

nak tau cam mana aku ngan en alang kenal? camni ceritanya...

pada suatu hari yang indah permai (hahahaha..poyoooo), aku shift petang. en alang pulak masa ni dia shift biasa. aku baru masuk keje kul 2pm. muka memang berseri2 . sangat fresh gitu. baru lepas mandi la katakan.

aku masuk2 keje je, bos aku suruh amek report data dari production. so, kalau nak ke production, haruslah lalu kat area tunnel freezer kan? lepas je amek report data, harusla lalu tunnel freezer lagi kan? ha..on the way back ke department aku tu la pertemuan kami yang pertama.

(aku sedang berjalan dengan lajunya..)

intan!! intan!!

(aku pandang belakang)
awak panggil saya ke?

meh sini kejap. --> tgk, tak menjawab soklan aku..degil tul!

(aku pon jalan ke arah dia)
nape?

nak nombor tipon, boleh?

siapa yang nak?

ada kawan saya ni, dia berkenan sangat ngan awak. boleh ke beri nombor tipon?

takleh. kalau nak, dia kena mintak sendiri.

errr.....tapi dia segan la. sebab tu dia mintak saya tolong mintak dari awak.

saya kata tak boleh! tapi, kalau awak yang nak, saya boleh bagi.

(en alang muka terkejut)
oo..ok. saya nak nombor awak. boleh beri?

ok. bak pen dan kertas. saya tulis.
(aku tulis nombor)

janji dengan saya, jangan bagi nombor saya kat budak tu, ok?

ok. boleh ke saya sms awak?

boleh. (sambil senyum simpul)

ok. tu dialog2 pertama aku ngan en alang. klakar kan? skema gile! huhuhu...

then, pastu, kitorang jadik kawan. then nak jadik cam serius, tapi tak jadik sebab aku dan dia realize yang perbezaan umur kitorang sangat banyak. then, kitorang realize balek, wth kan..lantak la kalau aku umur 30, dia umur 15 pon tapi kalau dah jodoh tu, kitorang on je la. hahaha...

sebab keserasian tu amat la menakjubkan. tak tau nak kata apa dah. memang rasa jodoh dah kuat dah tu. (cecemak..ayat yang poyo ye. sila muntah darah)

perbezaan umur kami 5 tahun. en alang muda 5 tahun dari aku. (note kepada sesiapa yang baru di blog aku ni)

pastu, terus la kami bercouple. bermula dengan dialog yang tak semenggah, terus ke sms2 berbunga2..hehehe.

alhamdulillah, jodoh kami masih ada. kami bertunang, dan kini sudah genap sebulan setengah berkahwin.

perkara ketiga: pekerjaan.

first job aku ialah menjadi kerani akaun di Pan Pacific Pangkor Resort @ nama skarang ialah Pangkor Island Beach Resort.

memang best gile keje kat sini. tiap2 pagi, aku akan pergi dan balek kerja dengan ayah. ayah akan turunkan aku kat jeti lumut. feri akan tiba jam 8.30am dan kerja bermula jam 9.00am. memula naik feri memang agak mabuk. lama2, aku dah boleh berlari-larian dalam feri tu. hehehe..

kat sini jugak aku menimba pelbagai ilmu semasa bekera. kerja aku bukan setakat jadik kerani akaun, tapi merangkap juga sebagai pengira inventori, operator dan jalan2 kacau akak2 housekeeping. best wooo!

memang aku jatuh hati dengan dunia perhotelan. sebab kerja memang sebok dan hubungan antara pekerja sangat2 rapat.

kerja di sini menuntut aku supaya memakai kebaya. kain bersilang. kalau angin pantai tiup, aku takleh gerak mana-mana. sebab angin akan membuatkan aku begitu seksi sekali. hahhaha!

pernah menjadi idaman jejaka-jejaka di situ. dari bellboy hingga ke chef. best kan? tapi yang nightmare nya, aku dikejar oleh budak bellboy mengajak aku berkahwin dengan dia. huhu..

perkara keempat: sekolah.

dari darjah 1 sampai ke darjah 3, aku bersekolah di labuan, sabah. so, aku membesar dengan dialek2 sabah yang pekat sampaikan aku terikut2 dialek mereka. (budak2 kan senang terikut2..)

setiap ayat aku mesti ada 'bah' kat ujung. susah nak buang.

so, aku darjah empat, dipindah kan ke skolah methodist (acs) sitiawan. sudah tentu cara percakapan mereka2 di sitiawan berbeza dengan labuan. aku kaget. (ceh..kaget gitu..)

hari pertama di sekolah..

scene di kantin:-

makcik, kuih ni sebatang berapa posen?

(sambil menunjuk ke arah sebatang cekodok yang dicucuk2)

sekupang nak.

aku blur. sekupang tu berapa posen? adakah aku perlu beli kupang dan memberikannya kepada makcik kantin itu? disebabkan aku terlalu malu nak tanya2 balek kat makcik kantin tu, aku terus blah dari kantin dan terus kembali ke kelas.

balik rumah je, aku tanya ibu. ibu gelak tak sudah. kesian anak aku ni katanya. so, ibu pon ajar la beberapa dialek orang perak kat aku.

perkara kelima: internet dan kawan chatting pertama.

pertama kali menggunakan internet hanya ketika aku berusia 17 tahun. tahun 1998. selepas abis SPM.

so, atas jasa arwah angah, aku belajar internet darinya. selalu la kena cubit dengan dia.

so, masa tu aku berkenalan dengan sorang mamat tu melalui chatting room. aku namakan dia john. (nama sebenar dirahsiakan. bimbang dia terbaca blog aku)

john sangat baik. pernah poskan pada aku bear yang sangat comel. aku beri dia cyber pet. kami berdua menamakan kedua2 benda tu dan kami berhubung seperti pasangan kekasih.

tapi aku je yang macam takde perasaan. mamat john ni sangat la romantik dan naif dan kuat agama serta agak cute (rupa john dan en alang agak serupa). bayangkan, dia hanya akan call aku bila dia nak ke surau dan balek dari surau menggunakan telefon awam kat kampung dia.

oh ya, dia orang tapah.

tapi, bila aku masuk matriks, aku menjadi semakin sebok. john sangat pandai, dia masuk matriks kat UIA. aku hanya kat kulim.

john selalu beri surat. tapi aku hanya diamkan je. memang aku malas nak menulis2 ni. tidor lagik best. lama-kelamaan, dia stop beri surat kat aku. merajuk mungkin.

bila aku habis matriks, kami berhubung balek. tapi atas usaha john. aku macam malas2. tak tau kenapa dengan aku masa tu. mungkin rasa rendah diri kot. sebab john pandai dan aku biasa2 saja.

so, lama-kelamaan hubungan kami terus lenyap ditelan waktu. terima kasih...

hehehe..........

nak tag siapa ek..

meh sini nak tag orang..

cik bawang

cik kema

aswa

nano

rafflesia merah

Monday, April 28

oh! oh!

hari ni sebok.
sebab ada FAT.
bukan FAT=GEMUK. bukannn...
FAT=Factory Acceptance Test.
untuk Combat System department.
dilakukan untuk memuaskan hati pelanggan.
pelanggan=Navy.


korang faham ke?
tak faham takpe.
boleh YM aku atau dalie.
kitorang boleh terangkan dengan lebih lanjut.
hehehehe....




sepanjang wiken takde apa2 yang best sangat.

oh! oh!
semalam pergi ke Hari Terbuka Armada.
Navy buat hari terbuka gitu.
so, orang awam boleh masuk dan tengok2 kapal dengan dekat.
i mean, dekat tu korang bolehla naik kapal2 tu dan tanya2 la soklan2 yang korang rasa patut ditanya kepada leftenan kapal atau anak2 kapal.
contoh soalan: macam mana kapal boleh terapung?

hehehe...
takla.
korang leh tengok2 saja atau pada yang nak tahu lebih lanjut, boleh la tanya2 soalan. gitu...


macam karnival sure heboh.
cam gempak je.
siap ada pertunjukkan drift la, pameran kereta2 mini dan kancil la..
booth2 jual merchandise pon banyak.
ada booth rtm, radio2 nasional,
pertandingan karaoke,
ada demonstrasi rampasan kapal,
ada booth2 pameran senjata2, pakaian navy,
konsert (malam),
boleh naik bot laju..(tapi beratur panjang ya amat! mak tak sanggup beratur..)


dulu2 kan,
masa diorang tak commercialkan lagi hari terbuka armada ni,
3-4 tahun lepas,
siap ada masak2 atas kapal lagi.
so, korang boleh beli dan rasa masakan kapal yang biasa anak2 kapal makan.
memang best!
sebab chef2 kapal navy masak sedap2.
biasanya diorang masak western stail.
nyum!
teringat2 kesedapan steak KD Indera Sakti.
sedap gile...!



malam ni ada jamuan makan2 ditaja oleh company sempena perpisahan kami dengan dalie dan sorang lagi staff.



dalie dapat keje tempat lain,
aku gak yang stuck kat sini.
takpe,
rezeki dia kan.
rezeki aku akan tiba jua kelak.
harap2 la!!!!

Thursday, April 24

malam jumaat

setiap kali en alang kerja shift malam,
membuatkan aku sampai ofis lambat.

sebab apa?
sebab tak sampai hati tinggalkan dia kat umah.
rasa macam tak puas bermanja2 gitu.




en alang pon rasa macam tu jugak.
disebabkan dia kerja dalam freezer,
so automatically handphone memang takde line la.
then, aku terpaksa tunggu dia call aku time rehat je.

setiap kali kul 8pm atau 7.30pm, en alang call.
tanya makan dah ke, tgh wat apa..
tapi before letak phone,
mesti bagitau aku...
'abang cuba balek awal ye. cian kat baby abang ni..'



dah masuk hari keempat minggu ni,
setiap hari jugak la aku datang lambat.
huhuhu..



nak buat macam mana,
cian kat cik abang aku tu.
dia tu kalau dok umah,
abis satu umah dia kerjakan.

baju dibasuh,
umah disapu,
dapur dikemas...


aku?
wat bodo jek...
hahahhaha....



skang ni en alang sedang berusaha cari kerja lain.
kerja yang tidak memerlukan dia untuk shift2 lagi.



oleh kerana ralit sangat melayan kerenah en alang pagi ni,
buatkan aku lewat lagi ke kerja.
bertolak dari rumah jam 8.35am.
tertinggal bekal nasi goreng.
dan skarang, aku sangat lapar.
huhuhu....




nampak sedap kan? aku pinjam gambar ni dari siapa ntah. hehehe....
kepada empunya gambar. ampunnn..saya pinjam gambar awak ye.


sebelum pergi kerja tadi,
en alang ada cakap.
nak balek awal2 malam ni.
sebab malam ni malam jumaat.
aku gelak je.
apa beza malam2 lain dengan malam jumaat kan?
dia kata,
nak baca yassin sama2.
bila dia cakap macam tu,
automatik rasa macam terharu sangat2.
tak sabar nak tunggu malam ni.
mesti best!
:)

nak masak apa ek malam ni?
kena masak best2 ni.
hehe..
pas baca yassin, makan malam
dan ehem!
:D

kepada pembaca yang belom berkahwin lagi tu,
sila jangan jeles.
giliran anda akan tiba jua.

kepada pembaca yang telah berkahwin,
sila plan malam anda hari ini.
ok?


Wednesday, April 23

macam mana ye?

entahla..
walaupon sebelum ni aku kata tak kesah,
tapi skarang ni macam rasa nakkkkk sangat2.
tak boleh nak deny perasaan lagi.
huhuhu...


baru sebulan lebih kawen, dah sebok2 nak baby.



camno?



comel kan?



en alang pon perasan.
setiap kali kalau kitorang lalu kat sebelah baby, atau nampak toddler ke..
mesti aku pandang diorang tak lepas.
huhu...
mungkin aku rasa boring stay kat umah sorang2 bila en alang kerja malam kot.



ye,
sangat boring stay kat umah sorang2.
nak sangat bela kucing. tapi, bila zie bagitau bulu kucing boleh mendatangkan mudarat kepada orang2 yang sedang berusaha mendapatkan baby,
zie cakap bulu kucing tu boleh 'makan' fetus.
so hasrat nak bela kucing dibatalkan.


nak bela ikan pulak,
amat merisaukan aku.
ikan tak pandai mengiau, berkokok atau mengaum.
so, kalau aku terlupa bagi diorang makan camno?
pulaknya, nak kena basuh akuarium lagi..
ishh..tak brape gemor le..






ntahle.
ada jugak google petua dapatkan baby.
tapi kitorang kan baru sangat kawen.
so, rasa2 nya, kalau nak pi jumpa doktor nak uji tahap kesuburan tu rasanya macam tak perlu lagi.
tapi, apa kata korang?
perlu ke?
aku rasa macam tunggu dalam 6 bulan camtu, kalau takde hasil jugak,
barula pi wat ujian tu.



kalau berurut2 tu,
biasanya orang lelaki la yang pergi kan?
hmmm...
nak suruh en alang pi berurut la!



kalau korang ada nasihat nak bagi kat aku,
aku alu-alukan.
entahla.
rasanya usaha berdoa dan usaha fizikal dah slalu sangat buat.
tapi,
kalau korang ada petua2 lain ke..
aku alu2kan.
sila la beri ye!
sayang korang!!!!
*mmuuuuuuaaaaaahhhhhhhhhhh!!!!!!!!*




alangkah indahnye kalau punya baby seindah ini..........

Tuesday, April 22

Selamat menyambut hari bumi!

Today is 22nd April.
Earth Day.





ekceli, aku tak le brape amek tau sangat benda2 macam ni kan.
tapi oleh kerana aku pasang adio, radio cakap pasal Hari Bumi.
aku bukak tv, tv cakap pasal Hari Bumi jugak.
jadinya, aku secara automatically terus teringat yang hari ni adalah Hari Bumi.




aku google sambutan Hari Bumi ni kat Malaysia,
diorang raikan kat pulau tioman.
buat acara menyelam.
sila klik sini untuk maklumat lanjut.


aku ada cadangan.
apa kata Hari Bumi ni diberi cuti sehari.
aktiviti yang boleh dilakukan:

1. semua rakyat jelata diwajibkan menikmati keindahan alam sekitar.

2. berkenderaan hanya menaiki basikal atau berjalan kaki.

3. mengharamkan penggunaan material yang tidak boleh dikitar semula untuk sehari.

4. mengalu-alukan rakyat jelata membersihkan kawasan rumah dan kawasan perumahan masing-masing.

5. menggalakkan rakyat bercuti. i mean go for holiday! :) pi pulau2 ke, bukit2 ke..apa2 je la...

6. mengharamkan penggunaan kenderaan berenjin.




ada lagi la..tapi tak leh pikir skang.
tapi, aku rasa perkara2 kat atas tu macam tak mungkin je boleh terjadi.
huhuhu....


pada pembaca yang punya sedare2 atau kawan2 atau anda sendiri yang bekerja di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
anda perlu buat sesuatu.
sarankan kepada management level. Tingkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan alam sekitar.
bila aku google Kementerian ni,
takde pulak cerita pasal Earth Day.
macam tak ambil kisah je.
hmm....
ini hanya cadangan.
dari blogger yang hanya menyuarakan pendapatnya.



HAPPY EARTH DAY PEOPLE!
semoga hari ini mungkin merubah tanggapan kita pada bumi ini.
menjadi orang yang lebih bertanggungjawab tentang alam sekitar.



P E A C E !

Monday, April 21

mimpi bersalah

errr.....
nak tanya.......



hmm....




seganla pulak.






takpe, tanya je la. blog sendiri pon. huhu...



korang rasa kan, aku bersalah tak ha?
macam ni criternya..



malam tadi, aku mimpi.
mimpi aku couple ngan orang lain.
pelik!
siap gelar diri abang-ayang lagik.

oopps!
mimpi tersebut tidak melibatkan adegan2 sx.
tapi, sangat romantiko laa...
huhu...



dan mamat yang aku berkasih-kasihan dengan aku itu adalah kawan lama aku!
gile ah!
hahahaha.



dahla tidor kat sebelah suami sendiri kan.
apa kena mengena plak aku mimpikan mamat lain?
nasib baik aku tak ngigau panggil2 nama mamat tu.
kalau tak, kantoi la wa beb!
huhuhu...........




hasil bersama dengan jantan lain..ooppss!!!







korang rasa aku bersalah tak?
sebab kan, pepagi ni aku bangun, terus rasa bersalah.
hmm...


dahla malam sebelum tu, aku tak sedap badan.
en alang la yang jaga aku.
tuam perut aku ngan tuala panas.
gosokkan minyak,
gosok-gosok perut, dada aku.
sampaikan dia tersengguk-sengguk nak jaga aku.





betul-betul rasa bersalah.
tak tau nak wat camne.
korang ada idea?

Friday, April 18

lapar...laparrrr....








perut ku sangat kebulur.
padahal pagi tadi dah breakfast teh o dan biskut petak lemak berkrim.


adakah aku hendak menggemuk lagi?
oh TIDAKKK!!!!!!!





CONGRATS kepada CEERA,
kerana akhirnya sampai jugak seru dia dan ciput untuk bersama...
aku rasa happy over2 plak.
hehehe....


to ceera,
sila jemput diriku ye.
dan jangan lupa bagitau tarikh skali.
kalau tak jemput, akan ku serbu rumahmu.
hehehe..
tak malu kan kite ni?
:D






hari ni dah jumaat.
esok peti ais akan sampai ke rumahku.
peti ais ni pemberian sepupu ku. second hand je.
skang ni, aku rembat je apa2 pon orang nak beri.
aku takkan kata taknak.
tapi ada sorang kawan ofis aku janji nak beri mesin basuh.
tapi, sampai skang tak beri lagi.
takkan la hari2 nak tanya dia kan?
harusla muka jadi tebal konkrit kan..hehhhee........

ye, aku ni taste takla tinggi mana pon.
yang biasa2 sudah.
semua barang2 keperluan aku biasa2 je. macam baju, kasut, beg...
asal boleh pakai, cukupla.









okla korang,
selamat berwiken ya!
daaa~




hehehe.........

Thursday, April 17

geram!!!

rasa diri ni dibodohkan orang lain.

bukan oleh kawan-kawan, tapi dengan bos sendiri.
aku tak tau apa yang dia dengki sangat kat aku. skang ni aku tgh meluat gile kat dia!




meh sini nak criter...

a) aku kat kampeni ni sebagai quality supervisor. dulu2, bos aku janji after 1 year keje, dia nak naik kan pangkat aku jadik quality controller. tapi, sampai skang dia wat bodo je. aku wat tak kesah lagi. malas nak amek pot.



b) keje2 aku meliputi semua kerja2 admin untuk quality dan company admin serta technical admin. tak cukup banyak lagi? kalau COSYS (combat system) department (dalie kat department ni) ada terima sistem baru, aku jugak la yang kena wat incoming inspection dan key-in data.



c)aku memang amalkan cara kerja yang rileks. tetapi teratur dan sistematik. tapi, bos aku tu sangat la tak percayakan aku. aku bukannye jenis yang, "hey bos, tgkla jadual kerja saya ni. sangat sistematik bukan?" aku percaya setiap sorang tu ada cara kerja masing2. bukan begitu? aku ada cara kerja aku sendiri. aku tahu apa yang aku buat. tak perlu nak heboh2 satu dunia yang aku ni sebenarnya banyak kerja dan sepatutnya kerja lebih masa. tapi aku boleh managekan semua kerja dalam lingkungan masa yang diberi.






ntahla. dalie dah nak blah dari kampeni ni. aku plak baru je keje kat sini, baru setahun lebih. aku takde masalah ngan kawan2 kerja, semua ok je. tapi bos aku yang satu ni buatkan aku geram!!!!

huh!!!

Wednesday, April 16

sambutan semalam

ok.

semalam was really fun.





lepas balek dari ofis, aku terus ke rumah ibu, lepak2 kat sana. ajak zaza kuar, pi beli barang rumah sikit.

disebabkan aku makan malam kat rumah ibu, so automatically aku tak masak untuk en alang. lagipon, en alang balek dah tgh malam. sure dia pon tak nak makan banyak-banyak sangat.

aku kuar dari umah ibu jam 10pm selepas tonton sindarela. balek rumah, dan terkocoh-kocoh kemas rumah dan tutup semua lampu. hanya cahaya dari tv saje yang ada.





en alang balek jam 11pm. dia bukak2 je pintu, aku dah ready nyalakan lilin sebatang. aku pose baik punya tepi meja.

sebatang lilin mencerminkan sebulan sudah kami menikah. hehehe....









aku just hidangkan chocolate wafer dan air F&N berperisa warna hijau.







en alang masuk2 je rumah, dia terkejut sangat2. dia ingatkan aku dah tidor, sebab rumah gelap gulita. dia rasa terharu sangat, bertalu2 jugakla dapat kiss dari dia. hehehe....



kitorang borak-borak, kenangkan semula pertemuan pertama kami, gelak2, guling2...
it was really, really fun!
:)


and guess what?
malam itu aku dengan sengaja kenakan pakaian ini.... (sila lihat bawah)













tapi, takla aku pose baik punya macam akak cun kat atas ni. hehehehe....

lepas tu, apa yang terjadi, korang sendiri fikir la ye! ehem..!




puas la jugak dok gelak2 kenangkan peristiwa yang lalu. kalau takat kisses dari en alang, aku tak tau brape banyak dapat. tak terkira ok! hahahhaa...

matila korang, kena bayangkan aku dan en alang pulak kan? tak yah susah2 noks, buat bodo je. kalau dah malas dan meluat nak baca, tekan je tanda 'x' kat sudut kanan atas page korang ye. hehehe...





ntah bila aku nak masak sedap2 kat dia. aku rasa dapur skang ni cam kurang best. hmm....

Tuesday, April 15

HaPpY!!!!

Alhamdulillah..

akhirnya,




:)

patutlah hari ni rasa macam berat hati je nak tinggalkan en alang kat rumah. rupa-rupanya hari ni anniversary kami. (ceh! anniversary konon...). genap sebulan kami dinikahkan. rasa macam masih lagi pengantin baru. (perasan sungguh!)






kenangan manis aku dan dia....






pagi2 ni tadi, aku dahla bangun lambat. oleh kerana lambat, aku pegi mandi, en alang gosokkan tudung aku. then, dah siap2 semua, dah kat pintu pon, tapi hati rasa cam berat sangat. tak sampai hati tinggalkan dia tanpa aku masakkan dia walau satu lauk.

at last, aku masak jugak la.
nak tau aku masak apa?

aku masak:
1. nasi
2. kentang (hiris nipis)+bawang+cili padi=goreng sebati. jangan lupa letak garam.

then, aku suruh dia goreng je telur sendiri. hehehehe.

kesian kan lauk yang aku masakkan dia pagi2 ni? sebab semalam lupa sangat nak beli ikan/ayam/daging buat lauk.

tapi, sempat pulak aku buat breakfast. telur rebus separuh masak je. pastu makan ngan roti. air teh en alang yang buat. en alang ni kiranya dah lulus wat air. :)


ok, aku kuar rumah dah pukul 8.40am. diingatkan di sini, aku sepatutnya masuk ofis kul 8.30am ye. dengan terhegeh2nya, aku pon gerak la dari rumah.

bila aku dah gerak tu, aku tgk minyak kereta dah sampai E. nak tak nak, singgah la kat petronas, isi minyak.

tapi, yang aku geramkan tu, pam minyak tu asik sangkut2. tensen je! at first aku nak isi minyak full, tapi bila dah asik sangkut2, terpaksa la aku isi rm50 saje.


dan aku sampai ofis jam 8.55am.



huhuhu..

saya sangat pandai kan?

rasa macam nak masak special2 kat en alang malam ni. korang ada cadangan?

Monday, April 14

selamat tengah hari! :)

hai korang!

rindu aku tak? hahahaha...



jumaat aku mc.
khamis malam gusi sangat sakit. ada bengkak sket.
makan ponstan,
dan nekad nak cabut lagi sebatang gigi bongsu ni esok hari.
esok harinya,
bengkak surut.
terus aku ke klinik gigi.
cabut gigi. dan balek rumah terus tido.
sepanjang hari aku tak buat apa2.
masak pon tidak.
sebab en alang tak beri. dia suruh aku rehat je.


sabtu,
aku demam.
demam disebabkan hilang gigi mungkin.
hahhahhaha!
dari pagi sampai petang, semua kerja2 rumah, en alang bereskan.
aku hanya melahu tonton tv sambil golek2.
orang demam la!
:)
petang tu,
ibu call.
kata nak datang rumah. bawak ayah dan iqa.
aku pon dengan tergesa2 goreng cucur manis.
diorang datang je umah, elok je aku baru lepas masak.
iqa yang abiskan semua cucur manis tu.
budak tu memang sangat pelahap.
:)

lepas je ibu, ayah dan iqa balek,
aku ngan en alang pegi pasar malam.
sebab aku tak larat masak.
pegi pasar malam pon cuma jalan satu lane je.
memang aku tak larat hari tu.
balek rumah, terus je aku sambung golek2 depan tv.
sambil tunggu en alang solat maghrib dan makan sekali ngan dia.
tonton af6,
tapi memang gile tak best!
aku rasa macam konsert yang paling tak bleh blah malam tu la!
huhuhuhu........


ahad,
aku rasa macam orang yang baru dilahirkan gitu.
sangat fresh ya!
bangun2 je, aku ligat buat breakfast dan lunch.
kemas2 umah sket.
ibu ajak lunch kat umah sana,
aku tak nak. sebab dah masak kan. sape plak yang nak makan?
petang tu plak, ibu hantar lauk pauk.
so, petang aku tak payah la masak2.
hehehe..
selamat mak, nyah!




tu je aktiviti aku.
takde apa yang nak direpotkan pon.
hahahhaaha!
oh ya, aku kena tag oleh kelat.
kelat, sabor ya. esok lusa akan ku jawab tag mu ituuu........

Thursday, April 10

cuaca khamis yang suram

pepagi lagi kuar umah, ujan lebat turun menderu.

aku sampai ofis dengan serabai dan lencun.
bukannye aku pi keje naik motor,
tapi walaupon bawa kereta, gate rumah tetap kena buka dan tutup.
sebab tu la aku kena ujan.

tapi, bila sampai ofis je, ujan renyai2 saje.
pelik! sebab jarak antara umah aku dan ofis tak sampai 2km pon.
hmm......



aku nak kongsi beberapa perkara ngan korang ni.
rutin harian aku.
yela kan, sejak jadik bini orang ni, rutin harian memang totally berubah!
no more berpeleseran kat kopitiam ngan kawan2.. ~tapi ini akan berubah tak lama lagi. mesti kena lepak ngan member2 jugak. sejak kawen, susah sangat nak lepak ngan kawan2.
no more tidor2 lepas balek keje..
no more, semua makanan dah tersedia...
semua kena usaha sendiri.


hidup sebagai seorang isteri merubah aku menjadi orang yang lebih prihatin dengan orang sekeliling.



ok, ni antara aktiviti aku setiap hari. aktiviti ini berubah2 mengikut kesesuaian shift kerja en alang.

en alang shift pagi (macam minggu ni)
0400-bangun. kejut en alang. en alang pegi mandi, tapi aku pi masak lauk. nasi dah dimasak sebelom tido. sediakan breakfast juga. en alang suka makan telur ayam kampung separuh masak dan minum kopi o.
0430-biasanya time ni aku dah siap masak. bekalkan semua lauk pauk. temankan en alang breakfast. aku memang tak lalu nak makan awal2 macam ni.
0440-en alang pegi keje. aku sambung kemas2 dapor.
0500-sambung tido.
0630-bangun. solat subuh. mandi. kemas2 bilik. basuh baju. kalau rasa tak cukup tido, aku sambung tido sampai kul 8am.
0815-sidai baju dan terus bertolak ke ofis.
0825-sampai ofis. keroje lee....
1730-balek umah. kalau rasa nak beli ayam atau daging atau ikan, singgah pasaraya ceria atau econsave.
1810-en alang pulang. selalunyamasa ni kami berdua golek2 depan tivi tgk citer bella.
1900-en alang mandi, aku masak makan malam. kalau en alang rajin, dia tolong aku masak.
1930-aku plak mandi, solat. lepas semua tu, baru leh makan.
2000-tgk berita dan makan malam.
2030-kemas2 dapur. lepas tu, sambung tgk tivi sampai ngantuk sambil lipat baju atau gosok baju.

en alang shift petang
0630-bangun solat subuh. masak dan bekalkan makanan en alang.
0715-siap masak. breakfast skali ngan en alang.
0815-aku pi keje. en alang kat umah wat keje2 umah. cam membasuh baju ke..sapu umah ke...
1100-en alang pi keje.
1730-aku balek. masak makan malam. lepak2 depan tivi.
1900-aku dinner sengsorang.
0010-en alang sampai umah. siapkan makanan dia, teman dia makan.
0100-kami tido.


cam susah kan?
memang agak susah jugak la..
aku skang ni pon masih nak adjust lagi time tido aku.
kengkadang rasa cam tak cukup rehat.



kengkadang rasa sunyi kat umah kalau en alang keje shift malam.
aku rasa cam nak bela kucing atau ikan la..
ni nak kena wat proposal kat en alang nih.
:D

Wednesday, April 9

dah ok dah! :)

hari ni aku dan en alang dah ok sket.

semalam kami sangat susah hati. tapi, telah diselesaikan cara baik dan harap2 semuanya ok lepas ni. tak nak "kejadian" kelmarin berlaku lagi.

biarlah "kejadian" itu kami simpan sendiri. biarlah rahsia.....




skarang ni aku sedang menaip sambil mengunyah cupcake chocolate yang sangat enak!
cupcake ni kawan kerja aku beri. sayang nak makan sebenarnya, sebab terlalu sedap hingga menjilat jari u ols!



apa nak cerita lagi ek? hmmm........




disebabkan aku rasa curios sangat2, disebabkan asik demam berpanjangan,
semalam aku wat pregnancy test.
negative.

takpe, usaha tangga kejayaan.
hehehe.....
baru 3 minggu kawen, susah la nak bunting pelamin ni kan?


lagipon, aku rasa nak puas2 hidup berdua dulu. tapi, kalau rezeki Allah nak beri, kami terima ngan hati yang terbuka.





ada sesiapa yang ada habit tengok tv dengan:

1. kepala teleng

2. menyengetkan kepala (tgk tv dengan ekor mata)

3. julingkan mata

4. kerut muka

5. cebik mulut

6. dan lain2 habit yang korang tak sedar, tapi ada orang tegur. atau korang sendiri tau korang ada habit camtu.


en alang ada beberapa habit seperti di atas. bila tgk tv, aku suka pandang dia.

memula, dia buat muka serius. then, bila dah ngalit sket, dia kerut muka sambil sengetkan kepala dengan melihat tv hanya dengan ekor mata. bila dah lama2 sket, mata dia automatically jadi cam juling sket.


serius! aku tak tipu la...

tapi takla juling macam kucing kat bawah niii...


dia juling lite2 je. ala2 juling air gitu. hehehe....


korang bagi la tau habit tgk tv korang kat aku ek. cam aku, habit tgk tv, tetiba je aku cebik2kan mulut. hehehe..aku pon tak tau nape. tapi yang pasti, cebik2 mulut ni diturunkan oleh ibu aku. kiranya macam keturunan laa...


kepala teleng plak, ada sorang makhluk tuhan tu (aku tak nak sebut nama, tapi dia tau dia siapa! hehehhehe..), memang tgk tv teleng kepala. memang pelik la...first time aku jumpa orang tgk tv kepala teleng sampai camtu sekali. i mean, kepala hampir jejak bahu ye. hehehhehe...


ok, nak pi layan ym jap. daaa....

Tuesday, April 8

jiwa kacau

hari ni jiwa cam tak brape tenang sangat.

sebab ada masalah domestik. huhuhuhu......



pagi2 tadi, dalie hantar mms. dia dah sampai puncak gunung kinabalu. very happy for her! :)




kepala buntu, pening, pusing. en alang pon sama. doakan yang terbaik untuk kami ya!

Monday, April 7

exam SPA dan balek kampung mertua

terlalu banyak nak diceritakan,
aktiviti aku sabtu dan ahad.

sabtu,
ada exam SPA. korang tau exam SPA ni? pada sesiapa yang ada dan pernah minta jawatan kerajaan, kena amek exam SPA ni. nak tau dah brape kali aku amek exam ni? since tahun 2003 sampai 2008 aku amek exam ni. every year! tak pernah miss. tapi tak pernahnya aku lepas sampai interview. tension gak. tapi, nak wat camno, aku tak nak la pulak nama kena blacklist. nanti, lagi haru. tapi, 2 tahun kebelakangna ni je dah 4 kali aku amek exam ni. dahsyat kan? soalan2 yang diberi tak banyak beza dari soalan2 yang lepas2.


pada mulanya, aku tak beri en alang ikut sama. sebab exam ni dari pagi santak ke petang. tapi, dah dia yang beria2 sangat nak mengekor aku, aku pon ngalah je la. malas nak gaduh2 pasal benda kecik.


exam kali ni diorang bagi aku kat Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. ni kali kedua aku amek exam kat sini. so, takla sesat2 macam dulu. nak ke sini makan masa gak la. aku bertolak dari manjung kul 7am, sampai kat matriks ni jam 8.30am. adakah aku yang bawak kereta macam kurekure? hmmmm.....



pemandangan dari atas bukit kat matriks perak ni. cam tenang je. seronok la bebudak yang blajo kat sini. matriks ni sangat besar!



sambil menunggu giliran masuk dewan peperiksaan. lepak kat tangga jap. masa ni, aku ngan en alang kelaparan! tapi tgh kontrol perut gak sebab dah lambat nak masuk dewan. cari parking tu yang agak lama. huhuu....


lepas first kertas abis, en alang bawakkan aku roti dan air. okla. dia ingat gak kat bini dia ni. huhuhuu. tapi nak tau apa yang dia makan? dia makan kueyteow goreng ok! cis! aku diberi roti je?


exam diadakan jam 9.30am sampai ke 4pm. lunch kat dewan makan bebudak ni. makan ala kadar je sebab orang ramai sangat ya rabbi. tak selesa sangat.



lepas je exam abis, kitorang terus ke ipoh parade. sebab en alng nak sangat tonton kl drift. aku layankan aje. sebab tgk preview citer ni macam best gak. dapat tiket jam 5.10pm. memang cantek sangat la. sampai2, beli tiket, beli popcorn-yang buatkan aku batuk tak henti2 sampai skang..oohhh!!!~, tunggu dalam 10 minit terus masuk panggung.




aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk rate filem melayu. lakonan yang hidup, drift yang sangat la real dan sound sistem diorang buat cam agak best jugak.


lagi 0.5 bintang aku jatuhkan sebab lakonan syamsul agak kontrol ensem. pesanan untuk syamsul-'wa tau la lu hensem beb! tapi takkan la kena tumbuk pon muka still nak ensem2, rambut takkan tak gegar?' huhuhuhu...


aku ni tak la berapa kenan sangat ngan fasha. nak tau sebab apa? sebab suara dia tu cam keluar tak lepas. geram je! tapi, memang lakonan dia best. cuma bab suara je aku tak kenan. hahahhaha....


joke yang dibuat buzen pon memang menjadi. sebab apa? sebab aku ni bukannya suka sangat lawak2 tak jadi nih. tapi bila buzen bukak mulut je, aku dah nak start gelak. sebab dia memang klakar!


abis je tgk wayang, pusing2 ipoh parade, then terus balek umah mak mertua aku. sampai umah sana jam 9.30pm. umah dah gelap beb! hehehe...biasala, umah kampung. kul 9pm je dah ada orang masuk tido. huhuhu.


dapat jumpa ngan kakak en alang yang stay kat sabah. dia balek sebab sini sebab ada masalah family.




ahad,
aku tak sehat.
pening kepala dan batuk2 tak berhenti2.


en alang jaga aku bukan main lagi. lepas breakfast je, terus aku rasa nak tumbang. mak mertua dan en alang suruh aku baring je. at first aku gagahkan diri gak nak wat kerja2 kat dapur, tapi lepas je aku sapu sampah, kepala dah berat tak hingat. terus aku naik umah, masuk bilik dan tido.


aku tersedar hanya bila terasa tangan en alang dok tepuk2 badan aku. suruh makan panadol. aku telan panadol, tapi batuk2 still tak nak kurang. makin teruk adala. ni semua gara2 popcorn. en alang tak habis2 salahkan popcorn yang aku makan.


then, mak mertua aku plak masuk bilik. sapukan balm kat dahi. memula memang rasa tak selesa, tapi bila angin dari balm tu menusuk hidung, aku rasa lega plak. berat kepala pon tak rasa sangat lpas tu.


lepas lunch, kitorang balek manjung. sebelum tu, en alang dah bising2 sebab kepala dia gatal2 banyak kelumumur. dia tanya aku, nak botak licin je. aku setuju. then, terus je kitorang ke kedai mamak gunting rambut.



en alang setelah dibotakkan.



close-up sket abang botakku ini. lepas je dia dibotakkan, senyum je dia. sebab dia kata kepala dia ringan sangat. hehehehhe.....


memula ingat nak singgah umah ibu, tapi en alang dah bising2 kata gatal leher, badan. nak mandi. so, terus je singgah kedai, beli ayam. sampai umah, lepak2 depan tv, then makan megi.


malam aku masak mihun goreng je. sebab dah malas nak kuar. hehehhe. ingat nak masak yang best2, tapi cam malas pulak.


lepas makan je, nak tau kitorang wat ape?


main batu seremban.
hehehe..
ye, main batu seremban.
sebab en alang cabar aku, dia kata dia terer sangat main batu seremban.
aku kata la ok, kite tgk siapa lagi hebat.
then, malam2 tu dia gagahkan diri gak cari batu kat depan umah.
nak tau resultnya?


aku:200 mata
en alang: 48 mata



dah sah2 la aku ni lagi terer kan? so, dia kalah bet, dia kena tolak trolley untuk shopping barang umah malam ni. hehehehe..




kitorang ni ngarut2 je kan? nak wat camne, dok berdua ni agak bosan la sket. tu yang cari alternatif lain. hehehhe....

Friday, April 4

rumahku, syurgaku...

aku ada beberapa permintaan supaya tunjukkan rumahku setelah berkahwin ni. meh sini aku nak tunjuk.

diingatkan disini, aku bukan nak menunjuk2, tapi cuma berkongsi pengalaman aku yang tak seberapa ni sebagai isteri en alang.

kalau korang ada cadangan nak tambahkan barang hiasan atau ubah kedudukan perabot kat umah aku ni, aku alu2 kan. ok?



ni lah keadaan depan rumahku ini. biasa2 saja. rumah ni ada 3 bilik, 2 bilik air. okla kan?




pepagi tadi ada 6 biji helikopter berterbangan atas bumbung umah aku. sambil mendongak kekaguman, sempat jugak aku ambik gambar heli nih.




masuk2 je umah aku, korang leh tengok suasana camni. ada set sofa indonesia kaler ijau. set ni la yang parents aku beri. nak tau brapa lama dah family aku guna perabot ni? dah 17 tahun ye.. harap maklum.

tv tu plak dari kawan2 dari ofis aku. diorang kongsi duit 5 orang belikan aku tv. thanks korang!




close up sket furniture ni. throw pillow tu sebenarnya digunakan masa aku kawen dulu, letak kat bilik pengantin.




ini dapur. dapur ni dinding nya tak semenggah rupa ye. sebab orang yang duduk sebelom kitorang suka tampal2 benda. huhuhu..

ini lah keadaan dapur kitorang skang. dalam periuk tu rasa2nya sup cendawan kot..





3-3 benda ni orang beri hadiah kawen. yang paling aku suka, mesin air ni. senang mak, nyah..tak payah masak2 air gitu. :D



frame gambar dari ikea ni ceera beri. suka sangat! tapi, gambar takde lagi. so, letak dulu kat bilik.






ni plak di courier khas dari pahang. nanonano beri. tiap2 malam kitorang guna. sebabnya? en alang tak suka tido bergelap. dia suka tgk muka bulat aku sebelom tidor. hahahhaha!





ni plak, dari aarin. aku andaikan dia buat sendiri cross stitch ni. comel tak? aku suka sangat2 mende alah ni. :)




nak dikatakan 85% barang2 dalam umah kitorang semua pemberian orang. bahkan langsir pon atas ehsan orang tau!

alhamdulillah, biarpon umah kami tak seberapa, tapi stakat ni kami bahagia tinggal dalam umah ni. harap2 kalau ada rezeki lebih nanti, boleh la difikirkan nak tambah harta plak. beli umah la pulak kan. tak best la sewa2 umah orang ni. rasa cam kureng je.



p/s: gambar bilik tidak dapat disiarkan kerana tidak mendapat keizinan en alang. sori la korang ek. kalau nak tgk gak, marile ke manjung! :)

Thursday, April 3

benci laaa!!!!!!!

pagi2 ni, bangun pagi,
gosok gigi,
masak breakfast dan lunch untuk en alang,
tengok tv sambil golek2,
dan lepas tu mandi,
pakai baju, siap2 ala kadar,
kiss goodbye kat en alang,
masuk kereta,
lambai2 en alang,
reverse kereta,




dan... 'BAMMMM!!!!!!'






ye, aku langgar kereta orang.
sebab aku nak cepat dan leka lambai2 kat en alang.
bodoh je kan?


kereta tu kepunyaan orang depan umah aku.
tak pernah bertegur sapa pon, tapi oleh kerana accident tu,
dengan lajunya makcik yang punya kereta tu kuar.
nasib baik aku tak kena sembur ngan makcik tu.
cuak jugak sebenarnya.



rupa2nya kereta tu anak dia yang punya.
so, tak settle lagi hal ni.
aku suruh en alang bagi je no phone aku kat makcik tu.


pasal aku _______,
tak lah!
saje je aku wat korang gabra..hahahaha!
takkan la baru 2 minggu kawen dah berisi kot?
huhuhuhu..
apa la korang niii........




buat pengetahuan korang,
aku cuti mc 2 hari.
sebab hari selasa pi cabut gigi bongsu.
sebatang je baru.
so, bile2 plak aku kena cabut yang lagi sebatang.
doktor risau sebab kat pipi aku dah putih2 sebab bergesel ngan gigi yang tumbuh melencong tu.
selasa dah mc, rabu plak aku demam sebab mebi badan tak tahan terima gigi yang ilang.


sedang menghela nafas yang sangat panjang tika ini.
memikirkan brapa rm yang perlu dikeluarkan untuk beri pada owner kereta yang aku langgar tu?

Tuesday, April 1

korang...

.......aku terpaksa cabut gigi hari ni. dua batang gigi bongsu atas.

takut oooooooooooo!!!!!!!!!

doakan aku ek. maybe aku akan mintak mc hari nih.

post2 yang lain akan ku update sejurus balek ke ofis. okeh?






semalam en alang demam kuat.

sebab tu aku cuti, jaga dia. cian aku tgk. wat apa2 pon tak lalu. huhuhuhu...





dah dua pagi (pagi hari ni dan semalam) aku bangun ngan perasaan loya2 dan pening kepala yang teramat.

adakah ini bermakna aku _________?

ohh...aku tak bersedia lagi!!!!

jeng jeng jeng!!!!!