Friday, September 28

puasa - day 16

pernah tgk citer kat tv3 tu? semalam first time aku tgk citer tu biarpon dah beberapa episod terlepas. at first, aku macam malas nak tgk, tapi bila tgk benjy & khairiah ngan gaya orang cacat, sangat2 tersentuh hati ni. ben sangat pandai memainkan watak dia sebagai orang cacat yang sanggup membela 'anak'nya. pada yang belom tgk citer ni, haruslah tonton ye..benjy 'my ex-boyfren' nih berlakon memang besh!



sorry peeps, hari ni dan hari2 berikutnya maybe aku akan sebok seseboknya. sebab tu hari ni aku cuma dapat update entri petang.



semalam 'ter'mimpi my-ex. dalam mimpi tu sangat pelik. ok, citernya cenggini..
first - aku mimpi aku jalan2 ngan en.alang kat taman tasik shah alam. en.alang nak kitorang pi jumpa ex aku untuk tahu keadaan dia skang.
second - carik umah ex. tak jumpa, tapi at last terserempak ngan dia kat kedai runcit.
third - ex ajak kitorang pi umah dia. dalam mimpi tu, umah dia sangat2 la daif. dok umah flat yang dah usang..tapi kalernye tak tau la kan..(mimpi kan black&white!)
forth - ex ngan en.alang berbual mesra, siap minum kopi lagik. tapi yang peliknya, masa ni aku tau ex aku dah kawen, tapi tak nampak wife dia.
fifth - kitorang pon nak balek, ex aku citer wife dia dah setahun meninggal donia..

wei, ni mimpi je tau! aku sendirik tak tau nape aku leh ingat plak mimpi yang satu nih. yang peliknya, aku bleh mimpi benda nih sampai abis citer, slalunya memang takkan abis citer tu, dan tak akan ingat mimpi tu.

korang ada tau apa2 firasat sebalik mimpi ni tak?tolong bagitau ye apa tafsir mimpi ku yang satu nih. tadi pagi hampir2 nak terbagitahu kat en.alang pasal mimpi ni..tapi bila fikir2 balek, haruslah gaduh besar plak lpas tu kan..nanti dia ingat aku takleh lupakan ex aku tuh.


ok peeps, have a nice weekend ya! pada sesiapa yang dah plan buat biskut raya tu, buatla sedap2 ek. pada yang plan nak jahit baju husband @ wife @ anak2 @ boyfren @ girlfren @ tunang, silalah jahit ngan penuh kasih sayang dan tekun ye. pada yang nak shopping raya tu, berbelanjalah seadanya. toksah la sorang sampai 5-6 pasang baju kan..membazir namanya..


aku cuma nak berhibernasi saja weekend nih. bye korang!

Thursday, September 27

puasa - day 15

okeh, semalam gaji udah masuk. smalam jugak settlekan segala utang piutang, bayar itu dan ini, dan skarang ni aku lega dan pokai.




ye...aku pokai...






bankrupt...








sen takdak...









gila tul!







memang sah raya ni aku papa kedana. nasib baik la aku stay ngan ibu, kalau dak...memang aku bleh masuk show next top model. ---> sebab masa tu dah kurus kering.............



tak sempat nak berbuka kat umah, then kitorang berbuka kat kedai jek. kebetulan en. alang teringin nak makan ciken cop. ---> sila baca bahawa biarpon masa ni aku yang dah masuk gaji, dia yang bayar untuk dish ini yek! makan2 sampai dah sendat perut, then trus balek umah sebab ibu dah merajuk kitorg tak berbuka kat umah..




kan nak amek hati ibu kan, kitorang at first memaksakan diri memasing makan soto ayam ibu tu. memula memang rasa cam liat jek, lepas makan sesuap, terus makan tak berhenti2. en. alang plak makan sampai bertambah2. gila kan? sesungguhnya kitorang ni memang gila makan. korang tolong jangan tertipu dengan rupa fizikal en.alang, rupa je kurus slim, tapi makan memang tak hingat donia.




then, bila ibu tgk masakan dia kat atas meja tu abis, maka dia pon tau yang makhluk 2 ekor ni yang mengerjakan soto ayam dia tu. pagi2 lagik dia dah mood ceria, dah tak merajuk dah....ngehngehngeh..pandai tak kitorang amek hati ibu?






bisnes kuih ibu berjalan lancar. memang yang slalu amek kat dia pon orang yang sama jugak, cuma order makin tahun makin banyak. memang sape2 dah rasa biskut raya ibu, susah nak kata tak nak order. cuma tahun ni ibu tak wat sample biskut sebab dia serik penah dikenakan orang tahun lepas, order sample banyak2, pastu dia jual biskut orang lain plak. keji tak?





hari ni nak pi audit orang finance nama syed. aku tak wat senarai soklan lagi nih. nak pi wat jap. daaa!







Wednesday, September 26

puasa - day 14

semalam berbuka ngan nasi berserta kari daging power. ibu kalau wat kari, mesti kaw2 punye!

*yeah, i know, smalam kata nak masa nasi kari daging kan, tapi ibu takmo, dia nak masak kari daging tu asing. so, trima je la..heheheh....



pagi ni masih rasa sebesar lori tangki minyak. sebab tu pakai skirt dan baju hitam. biar nampak ala2 langsing sket..(langsing? apakah????!!!)



dalam pale otak ni masih terfikir2 apa nak wat ngan gaji seciputku ini. tolak itu, tolak ini, tambah yang situ..last2 tinggal brape rat jek. sedih wooooo....tu tak kira lagik nak shopping raya ke, nak pi makan besar ke..aaaaaaahhhhhh! pening ah! camne nak kawen kalu cenggini? duit asik tak cukup jek..cian kat en alang tu, dia bukannya bleh tgk aku takdek duit, mesti dia nak bagi nafkah bulanan kat aku. cian kat dia, mana nak kumpul duit lagik, belanja diri dia lagik, nak memenuhi selera dan kehendak nafsu materialku lagik...kalu cenggini la kan..sampai ke sudah masalah duit tak abis2..


skang ni pon dah lama tak shopping baju, kasut, handbag....

aku rindu zaman uni dulu..belanjakan duit ptptn tanpa fikir apa2 langsong. shopping tak hingat donia.




okla..nak happy2 je ari ni. nak pi baca blog korang plak..






Tuesday, September 25

puasa - day 13

pagi ni rasa diri amat gemok. aku naik penimbang, berat langsung tak gerak dari haritu. aku dah start risau nih. mati la cenggini...............*camne nak look vogue raya nanti?*


maybe aku banyak minum ayor masa berbuka kot. tapi takleh tahan diri bila tgk air laici kang pakcik tu menari2 depan aku. susah nak tahan nafsu yang satu nih. teruk tul!



smalam en.alang berbuka kat umah aku. nyampah tgk dia, depan ibu kemain lagik tersipu2, malu2. berbuka kfc smalam, then ibu masak nasik kalau2 ada orang yang nak makan ayam ngan nasik plak. at first, aku tanya en.alang tu, nak nasik tak, dia senyum sipu2 geleng2 kepala. then, bia dia tgk aku makan nasi ngan ayam macam ala2 best jek, dia bisik2 kat aku nak nasik jugak. benci tau! konon2 segan nak makan banyak2 depan ibu.



malam plak bercanda-ria ngan en.alang tgk tv citer apa ek? hmmmmmmmm......ooo..citer take the lead. ala, citer yang antonio banderas jadik cikgu ballroom dancing tuh. pas abis je crite tu, en.alang cam dah berangan2 nak menari cenggitu jugak. bleh plak dia ajak aku pi carik kelas tarian. aku layankan aje, angguk2, sengih2. tapi mesti klakar je rasanya bila bayangkan aku ngan dia menari camtu. dah la aku ni sebesar tong dram, mesti dah jadik cam no.10 jek..hehehhe...




ari ni teringin nak makan nasi kari daging. so, maybe aku akan masak nasik nih. senang je, cuma tumis kari, ngan segala rempah ratus pastu masukkan daging. then, bila dah masak, masukkan kari daging tu dalam nasik yang separuh masak, masak la nasik macam biasa (jangan lupa kacau tau!)..eh, aku bagi korang resepi lak. takpe, korang pon leh cuba. pakai ayam pon bleh, udang pon bleh..tapi aku lagik suka daging. nyumnyum!




rasa lapor plak crita pasal foods nih. okla korang, aku nak pi blog hopping sat.

Monday, September 24

puasa - day 12

hello!!!! hello!!!! (sila baca dengan nada yang ceria dan riang..!)

camne ngan pose korang? ada ok ka? weekend plak? watpe bulan pose nih?

ha, apa? aku wat ape? nak tau aku wat ape? nak tau ke? takyah lah..korang tak berminat punye! takyah citer la ek!

.






..







...







....







.....







......







.......







........







.........







..........













ngehngeh...aku acah sket jek..korang dah panik (ye ke panik?).

aku tolong mak aku buat biskut raya lah! kan dah kata, tak menarik langsung..yang korang baca gak ni nape? dah takdek keje lain kat ofis tuh? shoh..shoh...! (aik? halau nampak?)



heeee.....cian korang kan? badan aku ni lenguh2 sebab asik menunduk packing biskut ngan seal plastik. penat la weii....tak larat sangat. pagi tadik pon malas gile sahur, cuma minum air masak jek. nak bancuh HL gile malas! tapi pagi ni aku nyesal, sebab perut ala2 berirama merdu rap keroncong.



hari sabtu GADUH BESAR ngan en.alang. ni kes gaduh yang susah nak maaf2 punye..gile ah..gaduh jerit2, teriak2 cenggitu. first time en.alang tu jerit kat aku. mungkin jugak aku ni keras kpala sangat, dia dah takleh tahan sabar. dinding kilang tu ditumbuknya. aku tak faham la, apsal marah2 nak tumbuk2 dinding, cermin, lantai dsbgnya...? baru jumaat haritu sorang kawan keje pompuan aku tumbuk dinding sebab tak puas hati ngan bos dia. wth? ko tak puas hati ngan orang tu, pi la tumbuk orang tu kan? wat pe la nak tumbuk benda2 keras lagi pejal untuk menyakitkan diri sendirik? tak faham.....


berbalik pada kisah aku ngan en.alang. lepas gaduh2, jerit2 to each other, en.alang minta maaf. kata salah dia. aku plak malas nak maafkan dia, sebab dia yang start jerit2 kat aku. malas nak layan. aku buat muka donno jek. dia bengang, bleh marah aku balik. nape taknak maafkan abg? dah malas nak layan la tuh? dah ada jantan lain? aku masa ni aku dah cukup malas nak layan, aku cakap, dahlah b, kita takyah jumpa seminggu. senang. abis crita. pastu, b fikir balek apa b ckp. lepas sminggu, b datang balek kat ayg, kita bincang samaada kita patot teruskan ke tak hubungan nih. kalau b tak caya kat ayg, susah. ayg keje, jantan ramai kat ofis nun. kawan sekolah pon ramai lelaki, tapi sume ayg dah tak contact diorang sebab b. kalau pasal hal kecik ni b dah kata ayg ada jantan lain, baik kita putus jek. bila dia dengar word putus tu, terus dia panik. b, abg minta maaf ek. (dengan nada yang sangat romantik okay!, masa nih aku dah start cair dah...). aku angguk2 jek. tapi..........yang sangat peliknya, tak sampai 10 minit pas gaduh tu terus leh gurau senda. GILE HAPE?


aku ngaku ok, aku tak tahan tgk muka 2 kupang en.alang minta maaf ngan nada romantis tuh. tapi bukan sebarang orang yang bleh wat cenggitu ngan aku. sebab dulu masa ex aku wat cenggitu, aku buat tak tau jek. aku rasa en.alang ni ada pakai minyak senyonyong kot! kahkahkah! takla...memang aku suka raut muka dia. bila dia ada je, automatik rasa tenang. susah nak marah2. pelik kan? padahal aku ni seorang yang temper.


oklah. dah abis dah crita aku untuk hari ni. aku nak wat keje nih. korang pon patot buat benda yang sama..----> ayat macam bagus! bluwek!





Thursday, September 20

puasa - day 8

gambar ni diambil sebulan selepas kitorang buat pengisytiharan menjadi couple. ngehngeh.gambar agak blur sebab pakai phone cap ayam.


belek2 gambar dalam pc, jumpa plak gambar nih. teringat masa mula2 bercinta ngan en.alang ni, rasa macam aku ni budak baik je sebab dia sangat la sopan dan tertib orangnya. aku la yang ajar dia benda yang tak senonoh dan kurang sopan slalunya. kehkehkeh...


tiba2 pagi ni rasa macam gemok balek. aku timbang badan tadik, naik 0.5kg. apsal ek? takut gak..kalau2 HL dah tak berkesan kat sistem badan aku nih. sebab tu hari ni pakai baju kurung balek, rasa tak confident.


semalam berbuka kat luar ngan en.alang. makanan kat restoran tu teruk sangat! tomyam takdek rupa pon..macam makan air berperisa serai je..! serik dah nak berbuka kat luar. tunggu gaji nanti nak makan buffet plak. skang ni memang dah betul2 pokai. duit yang ada pon cukup2 untuk belanja minyak kete seminggu akan datang.


tak sabar nak gaji next week. macam2 plan dah ada dalam pale otak aku nih. tapi setelah dikira2, anak2 sedara aku memang dapat sket je duit raya. hehehehe...maklong lin tgh pokai anak2 sekalian. oh ya, nama lin tu hanya family saudara2 je yang panggil. kalau korang nak panggil aku lin pon leh je.. ;)

Wednesday, September 19

puasa - day 7

hari ni rasa aman damai sket. tenang dan ceria.

HL update:

weight: turun another 3kg. so, overall baru turun 4kg. i know, beratku susah sangat nak turun, sebab ada akak ofis nama aida bagitau aku ni berat daging. huh? camne tu? kalau berat daging kena lapah la kot baru leh kurus..hahahha!


shape: baju2 yang takleh pakai, dah boleh pakai balek..yeay! ;) ayah pon dah tak marah kalau aku pakai baju 'adik' tu. kalau dulu, mesti dia bising, badan dahla debab ada hati nak pakai baju fit.


health: ok. kakiku semakin sembuh dari sakit terjatuh hari tu.



serabut kepala pasal hal semalam aku dah totally lupakan. malas nak fikir lagik. en.alang perlu diutamakan. semalam pi hantar bekal berbuka kat dia, dia sangat comel dengan overall kerja! heee...sib baik bulan pose tau, kalau tak.......ngengeh...


semalam pi padang ngan dalie jalan2 lenggang kangkong keliling padang. bleh plak kena jerit ngan budak2 bawah umur kata kitorang tak pose? tak koser tau! ingat, pose2 takleh exercise ke? note: aku ngan dalie pose tau! :)


sangat teringin nak makan steak 3 suku masak. yang ada darah2 sket tu. kat stewan ni tak tau nak carik katne. aku ni meat freak tau. sangat suka pada daging merah. ya aku tau takleh makan daging merah banyak2..tapi daging lembu dan daging kambing sangat sedap dipanggang dan dimasak kari (ni pengaruh peej la ni!).


Dayang Nurfaizah - Hilang
Bagai semalam ku bersua
Wajah yang memiliki cinta
Masih teguh kupelihara setia
Sanggup kau tinggalkan semua
Membawa segala
Di mana ku letakkan jiwa ini
Seakan berterbangan untuk mencari tempatnya
Hatiku kan selama
Memuja dan menyinta
Kau kekasihku
Hilang
Pergi merantau
Mengapa
Tak rela diriku terjaga
Belum sedarku buka mata
Siang malam berlalu sama
Saja
Sukar untukku lepasi
Hari yang mendatang
Tak daya menahan air mata
Dan meratapi hiba menyesal dan meronta oh
Hatiku kan selama memuja dan menyinta
Kau kekasihku
Hilang
Jauh melangkah
Tinggalkan semua
Berakhirlah sudah tiada gunanya menyalahi
Sesiapa
Bangunkan daku segera
Dari lena
Jauh melangkah
Menghilang
Tiada ku kesalkan
Biarlah
Kurela

*lagu ini ditujukan khas untuk mantan kekasih aku. semoga dia bahagia.

lagu ini boleh didengar kat ruang sebelah ni je. sila tekan play. harap maklum. terima kasih.









Tuesday, September 18

susah nak cakap

ok..tajuk kat atas tu mungkin korang confuse..takpe..meh sini aku nak citer..


alkisah..aku ngan family aku pi kl last weekend jumpa ayah kat sana. sambil2 tu cuci2 mata dan layan hawa nafsu shopping. overall, okla.


sampaila hari Ahad tu, aku ngan Zaza pi Shah Alam sebab nak jumpa boyfriend dia. kitorang janji untuk berjumpa kat SACC. sepanjang perjalanan, aku dah rasa tak sedap hati, macam ada benda nak jadik. tapi aku buat boh layan je. aku dari sri kembangan, so pi shah alam lalu puchong je, senang. bila masuk shah alam je, kitorang haruslah lalu kat kilang F&N kan. dalam hati, aku tahankan je hati jangan teringat2 orang yang dah DILEPASKAN (note: ex aku keje kat kilang botol dalam kawasan kilang F&N tu). pastu, ntah camne, lepas sikit je simpang F&N tu, aku terpandang lelaki bawak RXZ merah. aku buat dek jek. then, ntah camne, aku terpandang lagik kat motor tu, mamat yang bawak motor tu pandang aku, AKU TERSENTAP! orang tu EX AKU! aku rasa dia perasan kot aku yang bawak kete tu, tapi lepas jek dia terpandang aku, dia bawak motor slow2 je, taknak bersaing ngan kete aku lagik. terus fikiran aku dah melayang2 teringat memori kitorang. aku dah macam orang sewel..asik teringat2 kat dia. macam2 aku fikir, antaranya, 'eh, dia kat sini lagik la..tak pindah kat johor pon..takdek jodoh ngan pompuan tu kot!', 'dia dah ada misai..ntah2 dah ada anak..'. teruk kan aku ni? sampai hari ni hati aku macam saket sangat..asik teringat kat dia. aku sayang sangat2 kat en.alang ok! tapi aku masih lagi ada rasa sayang kat ex aku tu. ye la, aku ngan dia kan terpaksa berpisah..


sampai je kat SACC, aku dah terfikir nak kol ex aku tu. tapi mungkin bulan pose ni setan takde kan, so hati nurani aku ni soh tipon je en.alang instead kol ex aku tu. masa aku kol en.alang tu, suara aku tergetar2, en.alang pon pelik, nape sore aku macam orang nak nangis. memang masa tu aku tahan nangis, sebab aku risau kalau2 aku tiba2 berubah hati dengan dia. SUSAH LA KORANG!!!!!!!!!!!!!!!!

dahlah..aku dah takleh tulis lagik ni..aku sedih. aku takut ngan perasaan aku sendiri.korang tolong aku........?


korang jaga diri ek.










Friday, September 14

puasa - day 2

semalam pose yang selesa. cuaca ok-ok je, aktiviti pon tak la buat aku penat. at first ingat nak pi pasar ramadhan, tapi ibu masak la pulak.


en.alang balek kampong berbuka ngan family dia semalam. note: kampong en.alang ngan stewan ada dalam 30km. pastu kul 10 malam tiba2 dia tercongok depan umah aku. tengok, betapa rempitnya dia bawak motor. risau gak sebab semalam ujan, jalan licin. puas dah nasihat, susah tul dia nak ikut. dia datang umah pon cuma nak bagi telor burung puyuh ngan ikan masin mak dia kirim. kejap jek, sebab aku dah ngantok dan dia pon sakit2 pinggang.


hari ni Zaza balek umah. itupon sebab esok birthday dia. Then, esok gak kitorang satu family maybe kena pi KL sebab ayah tak balek sini minggu ni. Jadinya, aku la yang kena bawak kete. Huuuuuuuuu..........akan tahankah aku drive sambil berpose? hik..hik..


okla, hari ni takde keje sangat, bleh la mengular dengan jayanya. korang berbuka apa semalam? aku berbuka simple je, kari ayam ngan ikan goreng. see, simple kan? tapi hari ni ibu nak masak Nasi Beriyani...yeaaayyyyyyyy!


saborje la kan? pose pon rupa macam tak pose jek..heee...

Thursday, September 13

puasa - day 1

hey peeps! camne ngan pose hari ni? boleh tahan tak? heee..


smalam pi dinner ngan kengkawan kilang ayam. kitorang makan2 kat lumut waterfront bistro. tengah syok2 borak2, tetiba datang jeep bomba buat announcement. mula2 takle dengar apa yang diorang announcekan, lepas beberapa ketika tu baru aku sedar yang diorang wat announcement pasal tsunami.


hoh. betapa la diriku ni pelupa. padahal petang tu dah dengar kat radio amaran pasal tsunami, tapi leh lagik berjoli2 kat tepi laut. gile hape!


ape lagik, lpas je dengar amaran tu, kitorang pon blah la ramai2. tapi yang peliknya pelanggan yang lain sikit pon tak beranjak, macam takdek perasaan pasal amaran tu.

terserempak sorang ponds ngan pakcik segak. en.alang siap bertekak ngan aku pasal ponds tu. dia bleh kata ponds tu pompuan. buta warna ke buta seni dia ni? kengkawan kitorang gelak jek tengok kelurusan en.alang ku itu. oohh..betapa ku sayang dirimu abang! - uweeekkk!!!! bleh muntah ijau dibuatnya.


tak tau nak berbuka apa lagik hari ni. ibu pon macam ala2 malas nak masak, yela kan, suaminya kat station lain, jadinya harini dan seterusnya berkemungkinan besar makan lauk tunjuk2 jek.





Wednesday, September 12

maafkan diriku.

sempena kita nak menyambut bulan penuh mulia , RAMADHAN esok, aku dengan ini ingin;

MEMOHON KEMAAFAN DARI KORANG SEMUA PEMBACA2 BLOG AKU SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK, KENAL ATAU TIDAK, YANG LALU-LALANG SECARA TIDAK SENGAJA DAN SENGAJA KAT SINI, MANA LA TAHU AKU ADA TERSENTUH HATI SAPE2 YANG MEMBACA BLOG NI ATAU ADA TERASA HATI. MAAFKAN LAH HAMBA PACAL YANG HINA INI.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YA! ;)


amacam? korang mesti dah tak sabar nak sambut pose kan? esok je dah, tak lama je lagik.

malam ni ada dinner ngan kawan2 kerja kilang ayam. sempena nak nyambut bulan pose ni. apa plan korang malam ni? pi tarawih tak? :)






Tuesday, September 11

kalut

pagi ni sangat la kalut dan kabut. pagi2 lagi en.alang tipon kata kantin kilang tak bukak. so, aku ngan rela hati sedia nak antar bekal kat dia. note: ibu aku jual nasik lemak berlauk dan mihun pagi2. so, aku hantar bekal dari jualan ibu jek..heehee..


jadinya pagi2 lagik aku dah bungkuskan dari umah. pulaknya, bila aku dah siap2 nak pi hantar kat dia, ada plak kengkawan dia yang GATAL sangat nak jugak nasik lemak ngan mihun. eeerrrrrggghhhhhhhhh........maunye aku tak hangin. dahla aku dah lambat. ibu plak awal2 lagik dah pi kedai. so, dengan masa yang amat singkat, aku terpaksa pi kedai dulu pastu baru bleh ke kilang en.alang.


aku lambat 10 minit sampai ofis. nasib baik bos aku tak tanya apa2.


ingat lagik tak pasal aku tergelincir dan menyebabkan lutut aku saket balek? malam tadi puas aku tahan saket..saket yang rasa macam nak tercabut kaki. tapi yang peliknya, aku bangun tido pagi ni, saket tu dah hilang plak. sangatla ajaibnya! heeee.......


sangat jeles ngan cik dalie. dia diet sendirik2 takdek bantuan supplement pon dah bleh turun 3kg. jeles sangat.

takpe, akan ku kuatkan azam untuk menvoguekan diri masa raya nanti..ngehngeh.





Monday, September 10

week 2

okeh, HL update:

weight: turun 1 kilo

shape: i got my waist back! takde lemak2 gelebeh kat tepi2 pinggang. perut pon macam ala2 susut sket. tapi tu la, ukurlilit tak berkurang lagik. huuu...

health: overall ok, sakit2 lutut dah ok sepatutnya. tapi semalam sudah tergelincir daa...jadinya, sakit balik la lutut nih..hampeh tul!


hmm...tak tau la kan. part berat tu macam ala2 slow je. sebabnye, Adina kata dia makan HL ni dia berak2, aku takdela pulak. buang air macam biasa je. sebab aku takde masalah dalam buang air tu.
tapi buang angin tu slalu la. buang angin ni jenis yang sehat nya tau..takdek bau.



weekend, kemas2 umah. sabtu, ibu pi kl, beli barang buat kuih raya. oh ya! kepada sape2 nak order kuih raya, bolehla pesan kat aku. pada yang tinggal di kawasan kl, aku bleh minta sepupu aku yang tinggal kat sana uruskan.



almond london (100 biji) - RM32
tart nenas (100 biji) - RM32
cornflakes chocolate (100 biji) - RM32



ahad, dok umah je dari pagi sampai petang. malam tu plak, kuar makan ngan en.alang kat kedai mamak dj.

okla, u ols selamat menempuh hari isnin yang terang (cuaca) dan suram (mood) ye! daaa!!!



Friday, September 7

errrrrrgggggggghhhhhhhh!!!!!!!!!!

kurekure, you have to do this.

kurekure, you have to do that.

kurekure, did you see the company objective in the pantry have'nt changed since last year? did you notice it?
duh! i notice it since i first came in this office!

kurekure, you have to organize and plan what you do. please.
hello..my brain can remember what you've said and what you didn't said!

kurekure, have you keep track the SOPs we discuss about?
camne nak keep track? orang yang sepatotnya buat keje tu asik wat keje lain jek. konon2 keje yang aku bagi tu tak penting kat dia. huh!


okeh, sume kat atas tu perkara2 yang buat aku malas nak datang keje hari2. tapi, sebabkan aku niat nak cari rejeki (sila baca dengan dialek jowo ye!), aku terima je apa2 pon tohmahan dan segala arahan yang dia bagi.

rasa annoyed skang nih. tapi sib baik ada kawan2 kerja yang sangat mengerti hati dan perasaan ku.

hey, my lutut and my belakang tak rasa sakit2 pon bangun pagi tadik. skang ni pon aku tak pakai knee brace tu, sebab sakit tu dah takdek. menakjubkan kan? aku confirm, ni mesti HL punya keje. thanx HL! (sambil tersenyum manja dan mengerdip2kan mata).



oopps! godaan di ofis pagi ni tak dapat ditahan. i wonder nape sume orang bawak makanan banyak sangat, macam ada pot luck party je. and aku dah TERmakan sekeping karipap dan sebijik cempedak goreng. abisla diet!!!


Thursday, September 6

こんにちは

sape pandai translate kan word kat atas tu aku bagi kiss 10x .. okeh? ;) (macam boleh dapatla kan?)

good morning y'all! apa citer?

aku smalam ada sikit bad mood. but today, i sing and humming my favourite song over and over again. apsal ntah hari ni badan rasa ringan, hati rasa senang. lutut pon takla rasa saket sangat.

errr...kesan dari pengambilan 'kehidupan herba' tu ke? naaahhhhhhh! (sambil geleng2 kpala)

most probably oleh kerana kesan aku cukup tido. dan telah plan kerja untuk hari ni. dan telah gosok baju malam tadi (so, pagi ni takla terkocoh2). dan telah kemas almari baju semalam. dan telah mengulit bobby sampai tertido. dan makan ayam panggang semalam malam. dan hari ini hari khamis, esok jumaat dan yahoo! the day after cuti day. dan membeli bekas susu baby untuk protein powder 'kehidupan herba'.

korang tau ke rupa bekas susu baby tu?



meh sini aku tunjuk.

tada! ini la dia. selalunya dia ada 3-4 ruang dalam satu bekas. kalau tak clear gak, pi kat pasaraya, dept. baby. sure korang jumpa. ok?



okla korang. nak wat keje nih. take care ya!




Wednesday, September 5

start taking Herbalife

ok, hari ni officially my first day with Herbalife. stakat ni, okey, perut tak rasa lapar, x rasa ngidam nak makan apa2 pon. overall, OKLA!

hmm..kita bersama2 tengok my weekly weight yek. okeh skang nih beratku 83kg. (sangat GEMOK kan?)

boleh capai 80kg tak next week? kita tunggu.........

thanx to Adina, younger sister to my bestfriend, Ida Merissa sebab tak putus2 ngajak aku amek mende alah nih.

tak sabar plak nak tunggu tiba Ramadhan..bleh pi pasar ramadhan, pastu bleh beli makanan yang pelbagi, pastu bleh pi tarawih (tak tau dapat pi ke tak, my lutut kan cedera,so macam pelik sengsorang solat pakai krusi).

hee...pastu raya, pastu balek kampong, pastu bleh mintak duit raya (aku suka tipu umur..heee), pastu bleh jalan2 cari makan..(err..bleh skip pantang tak masa raya nih?), pastu bleh jumpa sedara-mara, pastu bleh round singapore (my nenek tinggal kat sini), pastu bleh shopping (ingat nak beli handphone la...maybe la..), pastu bleh drive jauh2, pastu bleh cuti lama2..kahkahkah..banyaknyeee!!!!! tak sabar sesangat nihhh!!!!!!!!!

ngehngehngeh....seronoknya!!!!!!

Tuesday, September 4

just for you DALIE!

hmm..setelah aku baca entri ko pagi ni, aku rasa down jugak. apasal ek? mungkin sebab aku sensitif jugak atau terlebih emo?

hmmm.....camno?

dulu, lepas aku putus hubungan ngan ex, aku rasa lost sangat2. asik berkurung dalam bilik, aku hanya pi keje, balik keje, makan dan tido. tv pon jarang2 aku tengok. asik mengenang nasib diri je. aku putus ngan ex aku pon sebab dia kena kawen ngan pilihan mak dia, ex aku tu dah macam orang tak betul bila aku tinggalkan dia, last2 dia hisap ganja sebab tak tahan tekanan hidup. mak dia suka paksa2 dia..pastu aku plak tinggalkan dia, haruslah hilang fikiran kan? tapi aku rasa dia kawen jugak ngan minah tu. sebab, haritu aku try kol dia, tak angkat phone pon. ntah2 dah ada anak 2-3 orang.

aku ni kalau hubungan tu tak direstui orang tua, terus je aku blah. mak dia siang2 dah cakap kat aku, dia nak anak dia kawen ngan minah tu jugak. bleh tak?

tapi syukur,Tuhan tau aku tak bleh idup tanpa lelaki..(ayat sangat poyo!), aku ditemukan ngan en.alang. mula2 ramai jugak la kawan2 aku tak setuju sebab en.alang tu kan ke muda 5 tahun dari aku, pastu keje gaji pon kecik je. aku pon masa tu dah rasa belah bagi, nak teruskan hubungan atau stop jek. kitorang penah try kekalkan hubungan just sebagai kawan, tapi rasa sayang tu dah atasi segala2 nya. cinta tu buta kan? sangat buta sampaikan semua orang tak percaya Ayah ngan Ibu aku bleh terima en.alang jugak.

so dalie, please jangan rasa down sangat. setiap orang tu ada rezekinya. macam ko, aku jeles tau ko ada rezeki wang dan harta yang lebih dari aku. yelah, ko muda dari aku kan, but you make more money than me. kita ni saling jeles-menjeles kesimpulannya. heee..

but dalie, you'll always be my best friend! ko je la kawan baik aku dalam sitiawan nih. in fact, dalam perak. so my darling, if anything, you can count on me. okeh?

*BIG HUG* just for you!

cheer up gal! ;)

Monday, September 3

Welcome September!



okay, september baru jengah, aku dah pokai. camno? pi kl ngan berbekalkan wang yang agak banyak pon bleh abis ngan sekelip mata..hahahaha! sebenornya banyak abis kat jalan2 ngan makan je.


sangat seronok dapat jumpa Siti, rakan aku yang baru lepas bersalinkan Mohd Danish Hakimiey. Member aku Ida pulak baru dirisik selasa lepas. kiranya majlis kitorang nak dekat2 la..tak sabar pulak bila semua dah kawen, baru bleh rasa lega. pastu, nak pi mana2 bersama2 pon takla menimbulkan syak wasangka, kan?

1hb birthday Ajik, 15hb plak birthday Zaza. hmm..Ajik dah dibelikan hadiah..shirt radioactive yang sangat la cost me $$$. dah dapat baju tu, terus dia senyap, kalau tak, dok merengek je. birthaday Zaza tak beli apa2 pon lagik. rasa2nya by the time sampai birthday dia tu, aku dah pokai sangat2. heee...

Ajik dapat handphone , Zaza dapat PDA dan MP3 player dari Ayah. masa birthday aku haritu, aku tak dapat apa2 pon..alasan, aku dah bleh carik duit sendirik..macam tak adil kan? dulu2 masa aku baya diorang, dapat kek pon dah lebih dari cukup. skang nih diorang dah terlalu dimanjakan.

apa korang wat cuti merdeka haritu? ceritala kat aku ek..

en.alang sangat bersemangat nak belikan aku set herbalife. aku sangat excited tapi kesian jugak kat dia sebab gaji dia bukannya banyak sangat kan, pastu nak belikan aku benda yang mahal2. aku at first berkeras jugak dok tolak pemberian dari dia, dah gaduh2 plak pasal nak beli herbalife tu. last2, aku pon lembut hati bila tengok dia bersungguh2 nak belikan. dalam keterpaksaan, aku terima jugak la. (padahal dalam hati sangat la GUMBIRA!)

p/s: sesape yang kaya raya tu, bleh la bank-in kat aku ek..kekekeke...(gurau je)