Friday, December 28

pagi ini dan esok yang kalut.

pagi2 lagi dah buat aku kalut.

kul 7.10am, amek en alang. sebab semalam dah janji ngan dia nak breakfast sama2. slalunya dia datang umah aku. tapi kali ni, aku lak pi amek dia. sebab smalam dia balek keje kul 2am, cam kesian la plak.

breakfast kat mcd, then terus ke ofis untuk bukak pintu ofis. aku duty tutup (semalam) dan bukak pintu. thank god aku tak diberi hari jumaat. aku paling malas nak bukak pintu pagi isnin.

pastu, pi plak stesen bas ngantor zaza naik bas. ingatkan sempat la nak masuk ofis kul 8.30am, tgk2 bas kul 8.45 pon tak sampai lagi. oh ya, bas zaza sepatotnya sampai kul 8.30am. last2 ibu suruh aku blah dulu. sebab tunggu bas tu memang la makan tahun, makan hati.



then, sebelom ngantor en alang balek umah, aku singgah le bank. niat hati nak bayor utang kereta. sampai2 je, ada orang tgh godek2 mesin atm tu, masukkan duit, kuarkan duit. ada la dalam 10 minit tunggu, tak settle2 gak. so, aku decide antor en alang balek dulu.

dah antor en alang balek, aku pi semula bank tu. okla. takde org. sebab pagi2 lagi kan. then, mesin lak wat hal. proses duit aku sket punya lama. sampai pakcik sekuriti tu pon siap abis temuramah aku macam2, baru settle. rasa cam penat lak bergegas ke sana ke sini. huh!

sampai ofis kul 9.15am. macam ribut kan?



lepas ni, ingat nak pi workshop. pi tukar dashboard. tak, bukan dashboard yang besor tu. kat part aircond tu je. sebab button aircond aku dah terjelobos masuk ke dalam. so, setiap kali aku on enjin, automatically aircond aku pon on. memang la best, tapi risau kete tu hayat tak lama plak. so, lpas aku hapdet ni, aku nak pi workshop. hehehehe............



esok, lusa, dan tulat aku akan berada di penang, ipoh, kl dan nilai 3.



pagi2 esok, bertolak ke penang untuk hantar barang2 zaza. dia terpaksa pergi hari ni sebab nak mendaftar.

then, lpas tghari, akan straight ke ipoh untuk jumpa katerer. at first nak jumpa orang katerer tu hari ahad, tapi org tu buat katering untuk wedding zul yahya. gempak tak? katerer fames lagik. hahahaha! sebenarnya katerer ni org belakang umah aku yang suggest. sebab ayah aku nak serve org makan hidang. skang ni most of katerer nak buffet je. org ni sanggup nak wat makan hidang, ayah aku trus on.


yang nak ke kl dan nilai 3 tu, ibu yang beria2. kalau harapkan aku, beli je la semua barang2 kat sini. penat, minyak, tol semua nak kena kira gak kan? tapi oleh kerana nak kesana dengan kereta ayah, so aku terus on join diorang. akan ku bawak duit berkepuk2 ke sana esok. hahahahaha!


isnin nanti baru sampai sini balek. itupon aku terpaksa pujuk en alang untuk jumpa selasa nanti. ingat nak ajak dia pi ipoh tgk wayang la. dah lama sangat hasrat nak tgk movie2 tu tertangguh.



to ceera: darl, tag awak kite jawab next week ek. oleh sebab kekalutan melampau pagi ni, terlupa bawak cam. ok?

Thursday, December 27

kenapa ek?

sejak dua menjak ni, aku tak cukup tido.
tido awal, bangun plak terlebih awal.
macam malam tadi, aku tido kul 11pm, terjaga kul 3am, tak boleh nak tido2 lagi dah.
so, main sudoku dan layan bobby sampai ke pagi.
dan skang aku dalam kemengantukkan yang sangat2 dan menggagahkan diri untuk menaip entri ini.


plaknya, skang ni asyik la hangin je ngan en alang.
belom sempat dia cakap sepatah dua, aku dah mencelah. sebab macam boring dengar dia cakap.
kalau dia bagi suggestion, aku bangkang. ini tak kena, itu tak kena.
tapi yang amat aku respek, dia boleh buat muka manis.
senyum je bila aku buat perangai.
pernah sekali lepas je aku buat perangai huduh tu, dia bleh plak kata..."takpe, buatla lagi. abg tgh sabar ni. lagi 2 bulan lebih je. siapla dia"...
boleh tak?
dia ugut aku camtu?
silap aku gak. buat perangai tak agak2.
hehehehe.
tapi dia cakap macam tu sambil sengih2. konon2 aku takut la dia cakap macam tu.
aku tolak dia sebelah tangan je dia dah terhuyung-hayang.
ada hati nak kenakan aku balek?





skang ni memang family aku tgh sebok mengkalutkan diri dengan persiapan.
ayah sebok ngan katering, khemah dan jemputan
ibu sebok ngan hantaran2
zaza ngan boyfren dia, dukhan sebok cari baju nak jadi pengapit aku
iqa sebok ngan bobby. sebok ke?
aku dan alang sebok kira duit. cukup ke tak cukup. cukup ke tak cukup.


matilaaaaaaaaaaaaaa!

Wednesday, December 26

merry christmas!

cuti krismas korang wat apa ek?


aku tak wat apa2 pon.

pagi-pi survey kad jemputan ngan en alang. last minute, ibu plak join kitorang.
tgh hari- pi kenduri kawen azim.
petang-tido..tido..tido...........
malam-pi kamdar ngan en alang. cari langsir untuk umah kat kampung dia. jumpa gak yang berkenan, tapi agak mahal jugak. pastu, supper kat kedai mamak dj.

itu sajork!


boring kan? ntah la. en alang ajak pi umah naib kadi dia kat pantai remis. aku cukup malas nak ke sana. sebab kawan aku pernah cakap, jangan pi umah naib kadi berdua2an, nanti kena bebel ngan naib kadi tu.

sepatotnya isnin haritu aku cuti, tapi disebabkan boring dok umah, aku pon datang keje. cuti tu aku ingat nak ganti je untuk 31hb dis nih. lama sket cuti new year kan?




ada sesape nak ajak aku celebrate new year?

Monday, December 24

korang perasan tak?

perasan tak wedding ticker kat atas tu dah tercepat? dari ada lagi 8 bulan, dah jadik 2 bulan 2 minggu 6 hari?

perasan tak?


hehehe...





sebenarnya, aku ngan en alang telah percepatkan tarikh kawen kami.

jangan tanya kenapa. kami memang dah gatal nak kawen. dah wajib kawen pon.

jangan tanya dari mana kami dapat duit nak kawen. yang penting, kami tak pinjam dari along.



bak kata pepatah, hendak seribu daya, taknak seribu dalih, kan?





sebenarnya kisah nya bermula begini,

aku: b, kite kawen cepat nak? abg faizal (abang en alang) kawen bulan 3 kan? kite kawen ngan dia serentak la.
en alang: betul ke b nak kawen cepat ni? dah ready ke?
aku: (tersenyum simpul konon2 malu..bluwek!)
en alang: ok, nanti abg tanya kat mak ngan abah camne k?
aku: ok, nanti ayg tanya ibu ngan ayah gak.


aku: ibu, kitorg ingat nak kawen cepat la.
ibu: bila?
aku: bulan 3 ni. ibu rasa cepat sangat tak?
ibu: takla. sempat je nak wat persiapan pon.


ibu: ibu dah tanya ayah. ayah kata ok. suruh mak abah dia datang next week.
aku: iye? betul ke ni?
serius, masa ni aku betul2 tak sangka ayah akan terus bagi green light camtu je. masa ni aku dah rasa nak lompat2 happy..heeee...........


en alang: b, mak abah happy sangat bila abg bagitau kite nak kawen cepat
aku: ha? tul ke? tak caya la..
en alang: tul la. meh sini abang tipon mak, b cakap sendiri ngan mak.
aku: takmola. segan la b.


so, smalam mak abah en alang datang umah berbincang tentang tarikh nikah, majlis sanding, hantaran, dan mas kahwin.

jangan tanya berapa hantarannya. kitorang org biasa2 sajork. hantaran tak la setinggi orang lain.


oh ya, tarikh yang dipersetujui adalah,
15hb Mac 2008 (sabtu)

details yang lain akan aku bagitau kat korang k? korang sume dijemput. kad tak buat lagik. haiihh..

aku pening gak ngan sume details kecik2 yang perlu diambil kira. bunga telur pon dah cukup buat aku nak pecah kepala.


camne raya korang? raya aku biasa saje. memang haritu ingat nak turun kl, tapi ayah plak keje. so, kitorang pi ipoh je. soping tak hingat, berabis agak2 nak dekat rm seribu gak. waaaaaaaa!!!!!! mak dah kurang wang!!!!

Wednesday, December 19

salam aidiladha kepada semua!

Tuesday, December 18

Tag. lagi..dan lagi..dan lagi....

Aku tak tau apa tujuan tag ni. tapi disebabkan tak nak menghampakan permintaan orang mengetag aku tu, aku pon jawab la..heee.........


1) Name of a person who made you laugh last night?
gelak gile2 punya kat en alang. dia geletek aku sampai rasa nak tendang dia. hahahahaha!!!

2) What were you doing at 0800?
breakfast kat kfc. mahal gaks. tapi bubur nasi dia memang boleh layan...

3) What were you doing 30 minutes ago?
buat kerja2 mendokumenkan report untuk COSYS.

4) What happened to you in 2006?
keje kat kilang ayam. shift yang panjang, keje teruk, suhu super frozen (-20 darjah celcius!), tapi hati manyak senang! ;)

5) What was the last thing you said out loud?
apa ek..oh..."OK!". cakap kat akak admin sebab dia suruh aku macam2..hahahaha!

6) How many beverages did you have today?
tiga. segelas teh o, 2 gelas air masak.

7) What colour is your hairbrush?
hitam. tak tau jenama apa. jenama cap ayam.

8) What was the last thing you paid for?
my breakfast.

9) Where were you last night?
kat umah. tgk tv. tido kul 8.45 rasanya. lpas tu terjaga kul 3 pagi. bukak pintu depan jerit2 panggil bobby balek. macam pompuan meroyan. pagi2 buta terjerit2. hahahaha!

10) What color is your front door?
coklat gelap. kaler syelek.

11) Where do you keep your change?
kat kete ada, kat dalam purse, dalam coin purse...

12) What's the weather like today?
nampak cam cerah. tapi tak tau la kalau petang nanti camne..

13) What's the best ice-cream flavour?
biasanya choc+vanilla. tapi skang ni addict pada cornetto mcflurry strawberry. nyum!

14) What excites you?
en alang cium dahi. tak tau nape. huhuhuhuu..... (mungkin sebab rasa dah nak dekat kawen kot.)

15) Do you want to cut your hair?
dah potong pon. dan menyesal.

16) Are you over the age of 25?
dah...skang aku 26 tahun 4 bulan 2 hari.

17) Do you talk a lot?
tengok gak. tgk orang, persekitaran. kalau kat tempat orang2 elite, aku akan senyap je. rasa macam tak setaraf jek. huhu...

18) Do you watch the O.C?
sori. tak pernah tgk.

19) Do you know anyone named Steven?
ada. bos en alang yang gemuk- pendek- kalut setiap masa tu. memang nama dia steven.

20) Do you make up your own words?
kadang2.

21) Are you a jealous person?
kadang2. ntah. skang ni rasa en alang dah makin nampak serabut. tak macam mula2 aku kenal dia. smart jek. so, aku kurang jeles. boleh tak?

22) Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
afiza. dak ni aku kenal masa amek kursus quality kat kl. nice girl. tapi ada satu incident yang buat kitorang renggang. dan skang kami hanya biasa2 saja.

23) Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
hehe. rasa macam tiru tina plak. tapi memang aku ada kawan nama kurin. masa skolah dulu.

24) Who's the first person on your received call list?
mr yusuf hussin. bos kecik aku. dia cakap dia lambat datang keje sebab amek orang kat naval base.

25) What does the last text message you received say?
dari mr amir. kawan keje. dia bagitau dia cuti 19hb dec.

26) Do you chew on your straw?
tak. tapi aku suka gigit kuku.

27) Do you have curly hair?
memang la. rambut aku ni kerinting kecik2 macam anak kels. harap maklum.

28) Where's the next place you're going to?
harap dapat pi bandung atau hatyai. harap sangat2.

29) Who's the rudest person in your life?
tak ingat. tapi memang ada.

30) What was the last thing you ate?
scramble egg, bun, chicken meat, whipped potato ngan bubur nasi.

31) Will you get married in the future?
harap sangat. dah gatai sangat dah ni.

32) What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
nanny diaries. the holiday. enchanted.

33) Is there anyone you like right now?
suka kat mamat nama akmal. jumpa masa lima, langkawi. kat booth pdrm. ensem gilos!

34) When was the last time you did the dishes?
pagi tadik.

35) Are you currently depressed?
depress la jugak. pasal duit nak kawen. waaaaa!!!!!!! nak kawen cepat!

36) Did you cry today?
tak. belum lagik.

37) Why did you answer and post this?
sebab Tina yang tag aku. terharu gak dia ingat kat aku.

38) Tag 5 people who would do this survey.
a) Dalie
b) Peeja
c) Nano
d) Saharil (kalau la dia nak kan..)
e) Diya (aria-ayumi)



Monday, December 17

cian kat en alang

pagi2 tadik aku kol en alang. ngan suara slow, antara dengar ngan tidak, dia bagitau dia tak sedap perut.

so, aku amek dia, pi ofis, tulis kehadiran, on pc, cabut bawak dia pi klinik.

doktor bagitau dia kena food poisoning. cian btul!



so, skang ni en alang kat umah dia. doktor bagi mc.

tgh hari ni aku ingat nak antar makanan kat dia. kesian btul dia. badan lemah jek. ;)



pagi tadi, lepas subuh, terus je family aku bertolak pi langkawi. ceh! awal2 lagi dah plan nak tinggalkan aku. buruk bebenor rupa.

so, skang ni aku stay kat umah sengsorang. haaaiiiiiiiihhhhhhhhhhhhh.............



ada sesape sudi temankan aku kat umah? ;)

Saturday, December 15

hatyai..........tak jadi la!


hello peeps!

mesti korang pelik aku blogging hari sabtu kan? sebenarnya aku temankan zaza ngan iqa pi cc, kebetulan ada cc nama imax baru bukak kat stewan ni. pulaknya, diorang bagi pakai free untuk hari ni. apa lagi, sorang conquer satu pc la ! wakakakakaka! sangat best!

bagi orang yang dok kat ulu2 cam aku ni, dapat masuk cc yang punyai setiap pc ada sofa memang rasa jakun teramat sangat. heh.

oi orang2 stewan, manjung, lumut, ayer tawar, pantai remis, bota, bruas! moh le try cc kat imax stewan nih! best wooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!




ayah dah confirmkan ketidakjadian kami untuk ke hatyai. so, diorang sume decide nak pi langkawi jek. aku kan baru balek dari sana, so cam malas nak ikot. yeay! sorang2 kat umah! best...best!


skang ni tgh layan youtube band hujan. wakakakaka! ni si azim la ni pengaruh aku.



so, cuti aku cancel. aku akan bekerja seperti biasa. korang tak payah rindu2 aku k? ;)





en alang bila dapat tau aku tak jadik pi hatyai, dia punyala seronok tak terkata. jerit2 sambil lompat2. aku plak muncung sedepa dah. sib baik dia pujuk aku plak pastu. :D




hari ni pagi2 pi antar ibu ngan ajik pi stesen bas. ibu ngan ayah ada jemputan kenduri kawen kat kl. lpas tu, malamnya plak diorang ada jemputan gathering batch ayah masa mula2 masuk navy dulu. so, kami 3 anak dara je la kat umah. main masak2 dan main tidor2 kat umah. skang ni je la baru nak kuar umah. tu pon sebab nak amek kasut iqa kat cobbler.




tak tau nak wat pe weekend ni. at first, nak pi ipoh, konon2 nak wat movie marathon kat sana. tadi pagi bagitau kat ibu, ibu tak bagi pulak. so, aku bagitau en alang, dia pon cam tak sedap hati kalau nak jalan jauh2 tak dapat restu orang tua ni. jadiknya, kitorang tangguh aktiviti tgk wayang next week je.

antara movie yang aku nak tgk,
1. Anak Halal
2. Alvin and the Chipmunk
3. The Golden Compass
4. Lagenda Sundel Bolong


tak sabarnyeeeeeee.............

sabar..sabar...




ini la hakikat yang aku kena terima bila tinggal ngan parents. biarpon tinggal hitung bulan je aku nak kawen, tapi setiap pergerakan, aku memang kena mintak izin diorang. en alang pon dah biasa minta restu dulu dari ibu ayah aku kalau nak kuar mana2 ngan aku.

adakah kami ini boleh dikategorikan antara anak yang soleh?

takla....aku ni rajin gak protes.

:)

bagi dalie makan hati jap..hehehehe........



korang, aku stop dulu la ek. makin ramai orang plak kat cc nih. rasa rimas plak. c ya on monday!

Friday, December 14

hatyai....maybe not!

smalam ayah call. maybe hajat nak ke hatyai akan tertangguh. sebab imigresen dan jpj tak bagi feedback lagi tentang permohonan ayah nak bawak kereta masuk siam.

so, ayah suruh kami fikir apa next destination kami. lawatan hanya kat negeri2 tidak dilanda banjir. dan boleh pergi dengan kereta. korang ada idea?

nak pi langkawi, cam boring. kedah, perlis sume dah biasa pegi. hmmmmmmm.........



tak tau nak pi mana.............


smalam bawak en alang pi kfc saja. orang punyala ramai, nauzubillah! pelik btul. gomen dah gaji ke ha? pelik tul!

ok korang. slamat hari minggu ye. dan slamat hari raya haji. maybe aku tak online sampai 21hb. daaaa...........

Thursday, December 13

baby....HAPPY BIRTHDAY!


Abang,

I woke up today thinking about you, just like everyday. But today’s a special day not only for me but for all the people that surround you and love you for you accomplish another year of your life and the first thing I did was to thank God for you. Yes, my love, it’s your birthday but the gift is mine, the fact that you exist is what really makes me happy and brings meaning to my life. On this special day I would like to tell you that all I wish for you is that you share this happiness.


All I want is to give you peace, tranquility, joy and “endless hugs, kisses and cuddles…”, I want all the best for you and that I may give you the best in me, all my love, my devotion to your happiness, my hand to hold on to, my comforting embrace warmest kisses. You can always count on me, not just today, but every single day, month, year… every single birthday from now on. You can always count on me because I love you and I want this love to withstand any difficulties we may have to face.


As I said in the beginning, it’s your birthday but the gift is mine. I’m the one who feels like the luckiest person in the world on this day when the world looks even more beautiful for today we celebrate another year in your life, and you’re one of the many wonders God has created.

A very tender kiss from
Your Ayang.



ok..ok..words kat atas tu bukan word aku. just copy-paste je. tapi aku suka kata2 tu. apa salahnya aku cilok kan?

heee........

hari ni birthday en.alang.


tgh malam smalam aku tunggu dia balek keje. dia keje shift malam minggu ni.

aku tunggu..dan tunggu.

kul 12am. aku call. dia tak jawab.

kul12.30am. aku call. dia jawab. tapi putus2. sebab keje dalam freezer. memang takdek line.

kul 1am. en alang call. kata dia balek lambat. sebab ayam2 tu kena masuk freezer. production lambat.

ok, aku tunggu. takpe. birthday dia pon. cian kat dia je.

at last, dia datang umah aku kul 2 am. cian sangat kat dia. muka dah kepenatan, nampak letih sangat.

kitorang lepak kat beranda. aku bagi dia minum air soya, dan lepas tu bawak kuar kek.

ala, kek kecik. mini. ada seketul lilin kat atas kek.

nyanyi2 lagu birthday, then dia buat wish. tiup lilin.

suap2 kek tu kat dia. sebab dia mati2 taknak makan. sebab dia dah letih sangat. tak larat.


PAGI NI,

aku pergi umah dia bawak 2 bungkus nasi jagung. breakfast dalam kereta ngan dia.

en alang tak putus2 cakap terima kasih. aku pulak rasa biasa2 je. mungkin sebab dia rasa hari ni hari special dia. malam ni nak bawak dia pi dinner. tapi tak tau lagi nak bertandang kat mana.



dalam pale otak ni tgh berkira2 mana aku nak bawak dia dinner. dia takleh kuar lama2. sebab rehat malam 1 jam je. hmmmmmmmm..........




selamat hari jadi sayang!mmuuuuaah! ;)

Wednesday, December 12

hepi semula.

pagi ni dapat peluk cium dari en.alang.

rasa happy. happy sangat.



aku ni tak mintak banyak. kalau aku murung, dapat ciuman mesra pon jadila.

itu je.





tak payah nak bawak2 aku pi shoping bagai. tak perlu bawak aku pi makan besar.

satu ciuman. satu pelukan. aku jadi hangat. cukup buat aku gembira.




Tuesday, December 11

murung





pagi ni, aku bangun2, rasa diri sebesar dia ni. serius. aku tak tipu.
sebab tu aku pakai baju kurung bagak untuk cover segala lemak2 berlebihan.


pagi tadi aku ingat nak minum soya je. malas nak amek breakfast. tapi disebabkan pagi2 tadi ibu masak nasi lemak special just for family, aku pon telah tercedok nasi ke dalam pinggan dan tercedok tomyam smalam untuk di makan dengan nasi lemak.
pelik tak? pelik ke?
aku kan tak makan cili merah, so automatically aku tak makan sambal.
faham tak?
tak faham?
takpela....


dan skarang perut aku rasa penuh sangat2. tak boleh ak masuk apa2 lagi dah. ada satu bag biskut weetameal depan pc ni cuma hanya boleh jadi sajian mata je. perut dah ketat.

ntah kenapa dah 2 hari ni aku rasa mood aku macam roller coaster. kejap happy, kejap murung. buat keje kat ofis ni pon macam ala2 esok dah last day keje je. gile malas! happy2 depan orang ramai hanya dibuat2 untuk menggembirakan orang lain.

aku murung.
aku rasa nak tidor.
tidor sepanjang hari.
sepanjang minggu.
sepanjang bulan.
sepanjang tahun.
sepanjang hidup.


aku serius.



cepat2la citer cuci ni ada kat pawagam. aku tak sabar nak tgk gelagat diorang ni. sebab aku enjoy. dan aku akan lupa semua masalah aku. masalah kami. biarpon untuk seketika.

untuk sinopsis citer ni, sila klik di sini.




aku taknak keje sampai ujung bulan ni bleh ke ha?
aku dah bosan pegang jawatan skarang ni.
aku tak rasa inila kerjaya yang aku inginkan.
aku perlukan kerja yang lebih mencabar.
lebih lasak.
lebih menggunakan otak.


boleh?


sebab skang ni aku makan gaji buta. hari2 datang kerja, tunjuk muka, rehat, buat2 sebok depan pc, cukup time balek.
bos aku pon buat tak tau je ngan aku. dia pon dah malas nak suruh2 aku. sebab aku dah ilang minat.
ya, aku hilang minat nak kerja macam ni. bos aku pon nampak.



so, aku rasa next penilaian nanti aku nak mintak bos aku tambahkan kerja aku. dan tambah gaji. jadi hr ke, keje macam dalie ke. aku tak kesah.
biar aku sebok. aku suka. biar la aku merungut takde masa. aku suka. sebab aku takkan ada masa nak bermurung. takde masa nak fikir masalah peribadi. takde masa nak mengunyah2 setiap masa.


ya, aku tekad. aku akan usulkan perkara ni pada bos aku nanti. suatu ketika nanti.

Monday, December 10

LIMA!

pagi jumaat aritu,
pi LIMA.

ya, LIMA yang kat langkawi tu. itupon setelah termakan pujuk DALIE yang beria2 mengajak. jam 9++, kami bertolak dari stewan. kami pi bertiga. aku, dalie dan shah.

sampai kuala perlis jam 12++pm. dapat tiket feri jam 1.30pm. sampai langkawi jam 2.45pm.

amek teksi pegi porto malai, sampai sana terus pi kat booth company.

letak bag, jalan2, round2 satu expo. orang punyalah ramai tak terhingga. tapi tak rasa penat lagi. rasa excited.

balek apartment jam 6pm. mandi2, lepak2 jap, pastu pi dinner.

dinner tak la memberangsangkan sangat. makanan tak best. dan suara2 manusia yang berkaraoke pon takle best.

layan je la...

abis dinner, terus balek apartment, tido. tido macam orang mati. tak sedar apa2 pon. sangat letih.

SABTU,

breakfast disediakan pihak apartment. lepas amek2 makanan, cari budak2 ni nak duduk sama. nak tau aku terserempak ngan sapa? dan buatkan aku ternganga mulut kekaguman?




Juruterbang jet pejuang TUDM Kapten Patricia Yapp Syau Yin.

Rupa dia sebijik macam kat atas tu. Baju pon sama. comel!dan dia duduk makan bersama2 semua pilot2 lelaki yang gagah2 lagi ensem. masa aku terserempak ngan dia, diorang beramai2 baru nak bangun, baru lepas makan.

aku masa tu tgh pegang pinggan. memang rasa nak pi salam dia. cuma sempat bertukar senyuman je. takkan la sebelah tangan pegang pinggan, sebelah lagi nak salam orang yang aku kagum kan?

macam ada yang tak kena je. hehehehe...

criter selanjutnya tentang Kapten Yapp ni, sila klik di sini.

sepanjang hari aku rasa macam nyesal tak pi kejar dia, salam2 tanya kabar. rasa rugi ooooo.....


lpas breakfast, jalan2 kat kawasan expo tu lagik. niat hati nak sangat pi tgk expo udara, tapi diorang kata kena bayor. tu yang rasa malas tu.

around tgh hari, pi jeti beli tiket feri. amek tiket kul 5.30pm. pastu, lunch.

dah lepas kenyangkan perut, pi shopping kat pekan kuah. aku cuma beli coklat. budak 2 orang tu beli macam2.

pas soping, naik feri, sampai kuala perlis dah maghrib. off to changloon, pekena mihun sup kat sana. dalie, mihun tu memang sedap la!

sampai stewan dalam kul 11++pm.

jumpa en.alang, borak2, pujuk2, romen2 sket.
dia merajuk sebab aku pi langkawi tak ajak dia.
camne la nak ajak, dia keje.
lepas je dia dah ok, dia balek umah.
aku pon masuk tido.


AHAD,

pi tepeng. sebab nak pujuk en.alang punya pasal.
jalan2 area tasik, bosan.
pi makan, then pi ipoh tgk wayang.
citer HEARTBROKEN KID.
best gak. aku bagi 3.5/5 star.
en.alang gelak berdekah2. sangat klakar.
lepak2 jusco,
sampai umah kul 8 mlam.


PAGI NI,
aku rasa penat.
sebab asik terkejar2 sana-sini.
keje yang memaksa aku untuk turun naik tangga setiap waktu.
fotostat dan asah pensel.
ayah baru kol tadik.
pujuk aku amek cuti next week, nak pi HATYAI.
wah!!!!!!!!!!
peluang keemasan tuuuuuuuuuuu........
hehehehe......
apa2 pon, aku tunggu approval dari bos dulu. tgk dulu camne.




ok korang, slamat hari isnin ya!
daa!

Thursday, December 6

mari makan!

smalam adalah hari makan sedunia.

sebab semalam asek la ingat nak melantak je. tensen tul!

ok..breakfast, makan roti dan air soya.

pagi, tak dapat nak makan apa2 sebab takde mende nak makan. huhuhuhu......

lunch, mc d satu set! spicy chicken mcdeluxe. fries, and light coke. luckily tak amek bubur. sebenornya ada hati nak amek bubur lepas tu. huhuhu... (this meal dibelanja oleh dalie..thanx nyah!)

ok, minum petang, segelas air mineral.

lepas keje, at first nak ajak en.alang pi padang. tapi, en.alang tgh tensen pasal keje. so, ajak dia pi makan.

menu kami berdua: nasi 3 pinggan, tomyam special, tauhu goreng cendawan, telur dadar.

lepas makan, pi giant, shopping. foods, foods, foods!

beli weetameal biscuits 2 tin (1 aku, 1 en.alang), air soya 5 kotak, sneakers mini 1 peket (this one for adik2), sneakers biasa 1 untuk aku+en.alang, satu balang kentang goreng jenama wise. ni semua untuk bekalan perut aku untuk minggu nih.

teruk kan? banyak sangat la makan2...

oh ya, lepas shopping, minum milo. lpas tu, dah nak sampai umah, bleh plak singgah kedai makan. makan sate 20 cucuk.

haiihhhhhhhh........buruk noo perangai!


sampai umah, ingat nak tido. tapi perut meragam plak. so, ulang-alik bilik-toilet sebanyak 5-6 kali.

lepas tu takleh tido. layan ibu borak sambil tgk Jangan Tidor Lagi (JTL).

kutuk2 azwan, puji2 adlin, puji2 lagik pierre andre ngan marsha, kutuk2 sket ajai, pastu puji2 plak ajai. sambil makan biskut weetameal dan minum coke.

bleh?

abis JTL, tido.


pagi ni plak,

ngidam nak makan sausage burger mcd.
pi mcd, masuk drive-tru, beli set rm4 tu.
kenyang.

sebelum tu, kat umah,
dah bungkus 2 peket nesvita+kira2 10 keping biskut weetameal.
dan skang kat ofis tgh taip sambil makan weetameal.



saya sangat kuat makan.
saya dah gemok macam mak giant.
matila...camne nak muat baju kawen ni?
eh, lambat lagi kawen..sempat..sempat..
oit!lagi 8 bulan je la..
tensen!
makan lagi...
dan lagi......
dan lagi.......



matilaaaa.............

Wednesday, December 5

demam..pening..batuk2..saket tekak..

semalam aku mc. bangun2 tido, pale pusing banget. plak tu, ingus tak berenti2 kuar. tensi! tensi!

then, trus pi klinik. daftar, then baru nak duduk, nama dah kena panggil. aku heran gak, sekeliling aku punya la ramai org, nama aku yang dipanggil dulu.

doktor suruh duduk. aku duduk. tanya saket apa, aku cakap maybe aku demam. dia suruh aku nganga, aku nganga. dia masukkan termometer bawah lidah aku. aku tutup mulut. then, dia stetoskop dada aku depan blakang. amek termometer, tengok suhu, kata badan aku panas, then terus kata aku bleh amek mc 2 hari. aku kata nak sehari jek. then dia suruh amek ubat dan mc kat luar.

macam tu je.

takde soal jawab lebih2.

doktor cam malas jek.

hmmmm..........





ok, citer hari wiken yang lepas.

sabtu,

awal2 pagi, jam 7pagi aku ngan en.alang dah bertolak ke penang. konon2 sebab nak start shopping untuk hantaran tahun depan. korang rasa cepat sangat ke? aku rasa cam cepat gitu.....


sampai kat penang around 10 camtu. ya, aku tau kitorg lambat sampai sebab ada accident kat highway melibatkan sebuah lori dan.........(tak tau. tapi yang pastinya kepala lori tu bleh penyek sepenyek2nya. tak tau kena hempap ngan apa. stuck kat situ je dah dekat 1 jam. hangin tul!)

1st destinantion: usm, penang. bawak en.alang jalan2 pusing2 satu kampus. en.alang sangat kagum ngan kampus aku. dia kata memang nampak relaks je kampus ni, banyak pokok2..sebab tu la kampus ni dinamakan kampus dalam taman. serius macam dalam taman ok!

2nd destination: bukit bendera@penang hill. ok, masa ni sangat klakar. on way nak ke sana, aku tengok minyak kereta ada la dalam half tank gitu. tapi disebabkan aku ni suka amek langkah berjaga2, aku pon pi la isi minyak kat caltex. then, masa aku nak isi minyak, aku suruh la en.alang pi beli map penang. sebab aku dah lupa camne nak pi bukit bendera.

bila aku dah isi minyak, dia pon masuk kete ngan satu map yang agak besar. aku tanya kat dia, takde map lagik kecik ke? dia jawab, besar2 la best. bukit bendera sure ada dalam map besor ni. so, aku pon malas nak amek pot, aku pon sruh la dia carik kat mana location tempat tu sambil aku drive. bayangkan, dia pusing2 map tu, tgk depan, belakang tak jumpa2. sampaikan aku terpaksa pull over cari sama kat mana lokasi bukit bendera tu. serius! map besar bagak, tapi tempat pelancongan yang fames cam bukit bendera tu takde dalam map. pelik tak? aku dah bising2 kat en.alang. tapi pastu dia pujuk2 kata kita takyah pi la, kita trus pi shopping jek.

aku ni memang jenis kpala batu, aku kata, takpe, aku nak cari gak jalan nak ke sana. dekat 1/2 jam jugak pusing2 kat area gurney, at last, jumpa gak signboard ke bukit bendera. pada yang tak biasa pi penang, bukit bendera terletak di air hitam. ya, signboard ke air hitam punya la banyak, tapi aku tak tau bukit bendera tu kat air hitam rupanya.huh!

sampai2 je kat sana, masalah parking plak. parking punya la penuh ya rabbi. aku pusing tempat tu 2 kali baru dapat. itu pon kena menapak agak jauh nak pi kaunter tiket. masa nak beli tiket, adala dalam 7-8 orang tgh beratur jugak. aku tgk ada ramai orang tgh duduk2 kat kerusi2 yang disediakan. macam pelik gak, apa la yang diorang tunggu tu agaknya. aku pi toilet, sambil en.alang beratur nak beli tiket. lepas je aku kuar toilet, en.alang tanya aku, nak naik jugak ke? diorang buat announcement tadi, kalau beli tiket skang, (masa tu pukul 11.30am) pukul 3.15pm baru dapat naik. wth? apakah?

selepas berbincang2 dan bertolak ansur sesame kami, kitorang putuskan untuk naik lain kali. sebab takkan nak tunggu 4 jam kat situ. dahla panas melahang. gile betul! kesian kat en.alang je, dia teirngin sangat nak naik bukit bendera tu.

3rd destination: prangin mall dan komtar. sampai je kat sini, kitorang trus pi beli tiket wayang. tgk citer enchanted. heee..lama dowh tak dapat dok couple seat. rasa best je. privasi gitu. tapi aku rasa agak terganggu sebab seat sebelah kanan aku sebok wat 'projek'. hishh..diorang ni, tak senonoh tul! en.alang pon perasan diorang cam sebok tukar2 tempat duduk (nak cari posisi best agaknya nak senang raba2). tension tul!

lepas tgk movie, kitorang jalan2 jap kat prangin. then, disebabkan desakan perut yang amat kebulur, kitorang jalan kaki pi kedai mamak makan nasi kandar kat bawah komtar. best gile! nyum! nyum! ;)

then, pastu kitornag masuk parkson prangin, beli perfume. murah gile beb! rasa cam nak kaut je semua jenis yang ada kat situ. hehehehe....

4th destination: pi gurney plaza. sampai sini around kul 4pm. gile best kat situ. dulu2 4 tahun lepas, takle banyak kedai yang bukak. panggung pon takde lagik. skang ni, aku rasa first place yang aku akan pi bila sampai penang, aku akan pilih gurney plaza. queensbay mall tu cam ala2 klcc. mahal2 kat sana. buat tensen jek. masuk2 je, nampak habib jewel bukak kaunter jualan kat ruang legar. masa tu aku tengok2 camtu je. rasa cam mahal sangat. yela, rm3000,rm40000 sebentuk cincin. mana le mampu kan. then, aku mintak broucher je. bila bukak2 je broucher tu, terus terkenan kat satu wedding band untuk lelaki. simple and nice. potongan harga 50% plak tu! terus aku tanya kat budak jaga kaunter. dia tunjuk, en.alang trus suka. then trus beli. senang kan? lepas tu, en.alang paksa2 aku pilih cincin untuk aku plak. aku dah kata, mahal kat situ. tapi dia berkeras gak. last2 aku beralah, aku tanya kat budak kaunter tu cincin mana yang paling murah. dia tunjuk kat aku cincin harga rm2500. oit! gile mahal! then, dia tgk muka aku cam malas nak layan, dia tunjuk kat aku satu cincin yang sangat affordable dan cantek (pada mata aku la..). aku tanya kat en.alang, dia kata ok, trus kitorang amek cincin tu. aku rasa kitorang la pasangan yang paling senang pilih barang kemas. yela, dah jumpa, trus beli. senang kan? budak jaga kaunter tu senyum tak abis2 sebab senang sangat berurusan ngan kitorang.

lepak kat gurney sampai kul 8pm (sebab tunggu diorang besarkan cincin aku). sambil2 tu lepak2 kat starbucks sejam, en.alang isap rokok ilangkan ketagih dia. nak ajak dia pi redbox nak melalak2, tapi skali tu tgk rate dia cam mahal sangat rm40 sejam. kalau ramai2 takpela jugak. ni berdua jek. gilo ape? just jalan2 pusing2 satu plaza, amek cincin. then terus bertolak balek.

sampai umah around 11pm sebab kitorang sampai stewan, pi singgah kedai mamak pekena mee goreng dulu.


penat gile wei! tapi sangat seronok jugak. ;)



ahad,

rasa cam nak demam. tapi gagahkan diri gak layan ibu kat dapur awal2 pagi. pas breakfast, tgk tv sampai kul 10am, then sambung tido sampai kul 1pm.

itupon setelah dikejutkan en.alang. makan lunch ngan en.alang kat umah, lepak2 tgk tv, then pi pasar malam ngan dia. sangat terkejut bila dapat jumpa coconut shake kat manjung. korang penah rasa? air klapa+eskrem. sedap ooo! dulu first time jumpa masa kat penang. en.alang pon dah suka kat coconut shake nih. heeeeeeee.......


demam agak kebah. tapi pale pening2 lagik. risau gak kalau tetiba aku rebah tak semena2 kang. okla, nak lepak jap. c ya!

Monday, December 3

tag, tag dan tag lagik.

7 perkara pelik tentang diriku.

okey, tag ni dibuat disebabkan aku telah di tag oleh 2 orang manusia bernama peej dan hajarss, so terpaksa la jugak jawab kan. kang maunya dema band blog aku, takmo singgah dah. oohhh..terasa diri ini dipaksa2. heheheheh...


so, mari kita mulakan.


1) aku tak suka tengok lecah2 dan kotor kat dapur atau bilik air. biarpon aku pakai slipar rumah, aku akan terjengket2 kegelian. ya, aku seperti peej ada masalah geli2 nih. hakikat yang sebenar, antara aku suka pada en.alang, rumah family dia walaupon rumah kampung, tapi kebersihan sangat la tip-top! bersih, kering dan selesa.



2) aku tak makan cili merah. tapi cili hijau sangat la suka. lagi pedas lagi bagus. tapi, yang peliknya aku sangat suka makan kari mamak. sebab diorang hanya gunakan rempah ratus dan cili pon pakai cili serbuk. oh ya, cili serbuk aku tak kesah. tapi tolong la jangan ada cili merah bersepai2 dalam pinggan aku. sampai kesudah tak akan aku makan guna pinggan tu.



3) aku tidor suka pakai selimut. biarpon hari panas melahang pon aku suka selimut badan. tak tau nape. slimut tu macam satu keselesaan dan rasa selamat. masa kecik2 dulu aku suka tido berselubung satu badan. tapi skang ni cukup syarat ada atas badan pon dah cukup. percaya tak, aku dapat selimut besar blanket baby pon dah mencukupi. untuk syarat jek.



4) one thing pasal tido ni, aku jenis cam peej gak, suka tido peluk mende. apa2 pon tak kesah asalkan dapat peluk. bolster yang ada skang ni tak yah la cakap kan, dah macam bantal leper yang panjang jek. dah takde rupa bantal peluk pon. tapi dapat en.alang yang kurus kedengking, takle huggable sangat la kan. tapi, aku skang ni tgh paksa dia main gym balek. dulu2 dia rajin workout, badan dia memang berotot kekar bagai la kan. skang je dia cam dah malas. mungkin sebab dapat aku yang susah nak workout agaknya. huuuuuu...



5) apa ek..oh! aku sangat suka kari ayam dalam tin. tak tau nape, kari ayam tu rasa cam best gile! kalau tambah cili padi..woooo masyuk ooo!




6) tak berapa nak makan sardin (sardin yang dibuat sebagai lauk, sandwich sardin..etc). tapi sardin roll aku makan pulak. korang tau ke sardin roll tu apa? sesape yang penah satu maktab ngan aku dulu, familiar sangat la ngan sardin roll nih. sardin yang di'roll' dalam roti dan kemudian dicelup dalam telur yang telah dipukul kemudian goreng. masa kat maktab dulu, kawan2 aku punya sardin roll slalu aku kibab (sapu)! hehehehe.




7) selalu sangat dapat 'jodoh' ngan orang yang lebih muda dari aku. kalau stakat muda bulan atau setahun dua takpe lagik. ni dah sampai 3-5 tahun beza. gile ah! korang tau kan en.alang muda 5 tahun dari aku? hmm...slalu sangat rasa diri ni macam mak hayam. yela, jalan ngan anak ikan. glamer mak noks! wakakakakakaka! (slalu sangat aku terfikir, aku ni nampak muda sangat ke sampai orang2 muda ni bleh buta hati minat kat aku?)



lagi satu tag, di tag oleh shasha.

First Name- Intan
Nickname- Intan, Lynn (family sahaja), Along, Along Lynn, Intan Hez.
Name you wish you had- Sarah. tak tau nape, suka sangat nama ni.
What do people normally mistake your name as- Hezliana, Hezliaya (ye, dah 2 kali orang silap tulis camni.)
Birthday- 16 Ogos 1981
Birthplace- Hospital Besar JB
Time of Birth- menurut dokumen sijil beranak, 5.20pm. tgh panas hari tu. sebab tu aku panas baran. hehehehe...
Parents together or divorced- together2 gitu..
Get along with them- yup.
Single or taken- engaged maaa....
Zodiac sign- Leo

-Your Appearence-

How tall are you- tak hingat la...
Wish you were taller- yup
Eye color- light brown
Eye color you want-blue as the sky..
Natural Hair color- black
Current Hair color- black
Short or long hair- very2 short. tomboy short.
Ever dye your hair a bizarre color- hari tu inai rambut. tapi kaler tak naik pon.
Curly,Straight,Wavy- very curly. kerinting kecik2..macam anak kels.
Last time you did something dramatic with your hair- potong sangat pendek. dan menyesal.
Glasses or contacts- glasses. tak reti pakai cl.
Do you wear make-up- sometimes.
Ever had hair extensions- yeak! geli!!!!
Paint your nails- berdosa la...

-In the opposite gender-

What color eyes- grey..i wish!
What color hair- black. hitam gaya keunggulan.
Shy or Outgoing- mana2 pon tak kesah. i'm very flexible!
Looks or personality- personality definitely! rupa paras yang manis2 dahle.
Sexy or Cute- sexy...aauuummm!
Serious or Fun- serious+fun
Older or Younger than you- kalau boleh lebih tua. tapi jodoh tetap yang muda jugak dapat. hmm...
A turn on- muat muka seposen mintak simpati maafkan dia. memang takleh tahan!
A turn off- kentut..kentut...!

-This or that-

Flowers or Chocolate- chocolate
Pepsi or Coke- coke!
Rap or Rock- rock
Relationship or One night stand- relationship
School or Work- school!
Love or Money- money+love
Movies or Music- movie
Country or City- country
Sunny or Rainy days- sun shiny day!
Friends or Family- friends and family. macam package digi tuu...

-Have you ever-

Lied- yes
Stole something- yes
Smoked- no
Hurt someone close to you- yes
Broke someones heart- yes
Had you heart broken- no..slalunya aku yang patahkan hati orang.
Wondered what was wrong with you- hmm...always!
wish you were a prince/princess- kalaulah..
Liked someone- not always
Liked someone who was taken- jarang-jarang
Shaved your head- no..never
Been in love- i am in love!
Used chopsticks- i like!
Sang in the mirror to yourself- hmm..slalula jugak. perasan sore sedap la konon..

-Favorites-

Flower- tuba rose
Candy- clorets
Song- seribu tahun. by imran ajmain.
Scent- elizabeth arden. 5th avenue.
Color- pink, white, black, green
Movie- yang best je la..
Singer- yang best je la..
Word- comel
Junk food- chips
Website- blogger
Lotion-olay
Animal- cat, rabbit, hamster..
Ever cried over someone- yes. saya sangat cengeng
Is there anything you wish you could change about yourself- i wish i have smaller body figure.
Your biggest fear- death
Do you think you're attractive- maybe. bila rasa seksi.
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose- heroin citer enchanted tu..
Do you play any sports- tenis, baminton, lompat getah, batu seremban, congkak, ting-ting, konda-kondi..




ok..itu sajork. tak nak tag orang lain. aku tau seksa nak jawab tag2 nih. hehehe...

Wednesday, November 28

aku patut bahagia........

aku rasa aku patot bahagia kerana;

i) ada orang yang ambil berat tentang aku. contohnya, aku makan apa tadi, makan banyak mana, nape aku makan banyak, nape aku dah jarang pi padang, dan sebagainya.


oi! suka hati aku la nak wat apa pon! korang sebok apsal? aku pakai duit mak bapak korang ke makan banyak2? aku ada mintak sedekah ke kat korang? easfjbvhgaeivbnc'KNFAlawsgv!!!!!!




ii) aku punya perut 3 lapis. boleh simpan makanan dengan kadar yang banyak. lagipon, ianya amat berguna apabila aku berhibernasi.

ya la sangat! hibernasi konon..
MAKAN+MAKAN+MAKAN+TIDO=GEMOK SEBESAR TRAK NAVY. ya, aku sangat besar ok!




iii) punya kereta yang nampak ganas. apabila memotong jalan dan membelok tak perlu bagi signal. kan kereta aku ganas!

sebenor2nya signal kereta aku dah rosak. gagagagaggagagagagagagagaga!




iv) punya adik perempuan yang sangat baik. semua kerja2 rumah yang sepatotnya aku buat, dia tolong buatkan sebab skarang ni cuti skolah.

kena tadah telinga setiap kali aku balek keje. 'along ni malas la..semua nak orang buatkan'. mana taknya, amek air dari peti ais pon aku suruh dia. wakakakakkakaka!





v) punya ibu yang tak suka anak perempuannya berada di dapur. rimas katanya.

jangan komplen lelebih kalau masakan aku tak sesedap mana. kang aku ketuk kang!





vi) punya kucing jantan bernama bobby yang sangat manja. pagi2 dah mengiau depan pintu bilik minta makan. lepas aku bagi bobby makan, aku akan masuk bilik air dan bobby akan mengekor bontot besar aku nih masuk bilik air gak. ya, bobby adalah seekor yang suka pada air dan suka mengendap tuannya mandi. lepas aku mandi, bobby ikut aku masuk bilik tukar baju sambil golek2 atas katil aku. ya, aku bahagia punya kucing yang amat manja.


kengkadang rimas bila bobby mengekor aku ke mana2 saja aku pegi. slalu sangat terpijak kaki atau ekor dia. huhuhuhu...





vii) punya kawan yang baik. dalie. dia sanggup tadah telinga dengar semua kesah aku ngan en.alang. juga sanggup dengar semua caci maki aku terhadap segala kejadian yang berlaku di sekelilingku. thanx dalie! *wink!wink!*

tapi slalu sangat kena marah ngan aku. huahuahua..sori dalie daling! itula kasih sayang aku sebenornya...ngeeeeeeeeeee........





viii) selama 2 minggu ni aku makan lunch free sebab ada FAT. ohhh..bajet sungguh! ;)

lepas ni dah takdek FAT. makan pon kena duit sendirik la..huuuu....





ix) punya cuti lagi 3 hari untuk tahun ini. memang boleh sangat aku nak cuti panjang hari raya haji nih.

oi! oi! mana cukup 3 hari je lagik? nak pi jalan2 lagi, holiday kat ganu, nak bercuti panjang masa krismas...





x) punya tunang yang murah hati. en.alang pagi tadi awal2 datang umah aku untuk menanam pokok keladi dan mencantas pokok bunga kertas ibu yang merimbun. trima kasih abang! *muah!*

tu la...sape suruh offer diri kat ibu. kan dah kena kerah.






adakah aku patot bahagia?

Friday, November 23

berhenti dan mula

aku terasa sangat bosan sebab FAT dah abis tgh hari tadi. sambung senin la plak.

dan skang ni aku tengah menghitung waktu nak jumpa en.alang. ye, aku nak cabut dari ofis ni cepat2. aku rasa bosan.

skang ni aku dah berhenti amek HL. sebab bajet ciput. dan skang ni terlalu banyak bahagian wang yang perlu aku ketepikan untuk simpan dan bayar utang. so, cita2 nak kurus tetap aku teruskan dengan cara manual. mula makan secara sederhana, senaman lite2-sebab aku tak leh lari2 dan aerobik dan banyakkan makan buah2an.





ok, entri di atas adalah entri hari jumaat. kat bawah ni entri hari ni.




sabtu, pi ipoh bersama dalie. dalie ada jemputan makan2 kat tempat dia beli abdul rahman. aku tumpang sekaki. sebenarnya niat hati nak pi shopping. biar pon duit takdek. dan aku telah swap dengan membeli sehelai cardigan kat giordano. mahal gile siot! tapi terlalu mahukan sangat cardigan tu, beli la jugak. en.alang menahan hati nak membebel kat aku. tapi dia kata nanti dia nak bayar half. hooreey!!!!! ;P

jalan2 dan tengok movie. citer wonder emporium tu. takle best sangat, tapi boleh la layan. aku bagi 2.5 bintang dari 5 bintang.


oh ya, malam sabtu tu tido kat umah dalie. sebab dia tinggal sorang2 kat umah. mama dalie mintak jasa baik aku temankan anak dara dia yang sorang nih tido. huahuahua. tido kat sebelah dalie...sure la si dalie ni dengar betapa maha kuatnya dengkuran aku nih. tapi dia tak komen apa2. mungkin takut aku kecik hati. sesungguhnya aku berdengkur memang kuat. en.alang pon penah dengar aku berdengkur. macam anak jin. hahahahahaa!




tengah hari ahad pi kenduri kawen adik pada housemate en.alang. pasangan pengantin comel, makanan best, kenduri kecil2an jek. sederhana. tapi yang paling best bila ada kumpulan main gamelan dan sekumpulan kanak2 kecil bersilat. memang best gile! rasa macam nak tempah budak2 ni masa aku kawen nanti.. heheheh.


lepas kenduri, balek gelung pepuyu. mak en.alang citer dua pupu en.alang baru lepas berkahwin. hantaran 11ribu dan kereta sebijik. aku dah jeling2 en.alang. (ehem..bagi petunjuk macam nak benda yang sama la konon), tapi en.alang kata yang kaya tu bukan dua pupu dia, tapi bapaknya. almaklumlah, tokei getah. skang kan getah tgh naik harga gitu. ada sapa2 nak kenalkan aku dengan tokei getah@kelapa sawit?




harap2 hari ni gaji. sebab dah janji ngan budak2 kilang ayam nak blanja diorang pizza. janji dari aku start keje dulu. matila...aku kena balun ngan budak2 nih.


okla. peace!

Thursday, November 22

tolongla jangan...

selama 4 hari aku menahan ketagihan berbloging ni. dah macam orang ketagih ganja pon. terlalu rindu tau! hehehehe...


sori, umah takde tenet. memang tak nak pasang sementara ajik tengah SPM nih. maybe lepas SPM abis. pulaknya, ada orang mengong (i think TM people kot) terpotong wayar modem ofis nih. apekebenda jadah la diorang bleh 'ter' dalam kes2 camni. 4 hari semua orang dalam ofis nih menganga jek (sebab orang2 kat ofis nih memang takde keje..wakakakaka). sampai akak admin tu naik bengang ngan orang2 TM sebab tak amek tindakan sepatotnya. semalam aku terdengar dia dah tepon cakap kasar2 ngan operator TM tu. sape tak bengang beb!



selama 4 hari ni jugak la macam2 citer aku nak bagitau korang. tapi bila tenet dah ada balek kat ofis nih, rasa cam tak perlu nak citer plak. huhuhu.....sebab rindu aku ni dah terubat bila baca komen2 korang dan tak kurang juga ada yang sms aku tanya mana aku hilang.




cuma aku nak pesan satu jek...(pada pembaca wanita saja ye!)
tolong jangan berjoging/berlari/berjalan laju/beriadah apabila anda memakai coli baru. tetek anda akan saket macam ada orang picit tak lepas. serious. aku tak tipu. kalau ye pon nak wat aktiviti beriadah, pakai la coli yang selalu korang pakai. bagi ruang coli baru tu memeri getahnya dan ada keserasian dulu. aku tahu sebab aku dah terkena last week. wakakakakaka!


kalu en.alang tau aku tulis camni, matila.....tapi ni adalah pesanan khidmat masyarakat tulus dari hati aku yang suci murni. kaum lelaki, toksah nak bayang2kan camne rupa aku ngan kesakitan tu. dan toksah ngada2 nak bayangkan rupa coli atau isi dalamnya. aku cubit karang!





last weekend aku pi mandi laut kat teluk batek. sangat best, tapi aku dapat bahana nya jugak. muka itam legam. aku panggil muka terbakar, tapi en.alang kata muka jelaga. hah? jelaga? first time aku dengar orang cakap camtu. ntah mana ntah en.alang dapat word tu. tapi yang pasti muka aku macam kels. gila ah!



ya, skang ni aku sangat sebok. ada FAT lagik. tapi yang best, dapat balek awal. wooohoooooo! best gile! balek golek2, then tido. dah lama tak jalan2 kat padang, sebab aku kesakitan (seperti di atas) dan kaki agak lenguh. remember aku penah cedera ligamen? ya, kaki aku wat hal lagik, tapi minor jek. aku gagahkan diri gak untuk berjalan2 kat padang tu dan petang ni dah wat appoinment ngan en.alang pi jalan ngan dia.



ini adalah post aku yang ke-100. tak sangka dah banyak rupanya aku post ek. hehehehe....

Friday, November 16

perubahan drastik

isnin lepas, aku telah mengubah rambutku dari ini;









kepada ini;
(gambar hanya ilustrasi. sila bayangkan stail rambut ini dengan wanita gemuk, muka bulat, punyai pipi tembam yang sangat tidak sesuai sengan stail rambut ni).






sangat hodoh, buruk, ugly, tak semenggah rupa. en.alang plak suka aku rambut macam ni. ada ke dia cakap nanti senang, takyah susah2 nak sikat rambut, nak ikat2 rambut. biarkan je rambut tu pendek sampai bila2.


eh, eh...suka hati je. aku dah la tgh nyesal potong pendek. skang ni tgh berdoa setiap hari supaya rambut ni cepat panjang. huhuhuhuhu.....

plan untuk weekend,
sabtu- kemas umah, kemas bilik yang dah macam tongkang pecah..ribut-ributan lagik! basuh kolam ikan, sapu porch, basuh baju, sidai baju, kemas dapur, mop satu umah dan sebagainya. umah tu dah macam tak terbela dah. sebab ibu dah malas nak amek pot umah tu, dia sendirik penat balik meniaga nasi lemak.
ahad- nak ajak en.alang pi mandi pantai. dalie, ko nak pi tak? jomla ramai2...heeeeeheeee.....



hari ni kerja ku hanya gunting2 kertas jek. mak suka! hikhikhik!

Wednesday, November 14

sesak hati

terlalu banyak kerja, tapi aku sikit pon tak hiraukan semua kerja2 tu. skarang ni, minda aku hanya kepada en.alang dan hubungan kami. ada apa2 yang tak kena dengan hubungan kami? tidak.. cuma kami sedang pening kepala kat mana nak cekau duit untuk majlis kahwin kami tahun depan.


kesian pada en.alang. dia sangat2 susah hati apabila dah 2 bulan ni gaji dia hanya cukup2 makan. nak menyimpan memang tak boleh. sebab bos apek cina pendek bodoh tu tak bagi group dia wat ot. plaknya, hanya dapat kerja shift malam sahaja. kejam kan? baru minggu lepas dia dapat buat ot semula. tapi, itupon tak tau sampai bila keadaan macam ni akan berterusan.


pagi ni, en.alang pergi isi borang permohonan kerja kat HL. company ni wat pelantar minyak. tapi, tula..company ni hanya cotract basis dan lepas habis kontrak, en.alang terpaksa cari kerja lain. tetapi, oleh kerana kami dapat tahu, inila saja cara untuk kami kumpul duit, sebab gaji yang lumayan (3 kali ganda gaji dia skarang), dan kerja yang agak mudah (tapi terpaksa tahan dengan terik matahari), en.alang berkorban.


sedih rasa hati sebab aku cuma dapat tolong apa terdaya sahaja. jaga makan minum, pastikan dia sihat. bab kewangan memang susah aku nak tolong, sebab aku nak kena bayar kereta, ptptn, dan sikit simpanan (untuk emergency). simpanan untuk masa depan tu memang macam jauhhhhhhhhhh je. susahla...........


kami tak pernah bergaduh pasal duit. slalunya bergaduh hanya soal remeh. dan aku taknak pasal duit kami satu hari nanti jadi musuh. aku tak hirau sangat pasal kaya. cukup makan, pakai, tempat tinggal dah cukup. tak perlu nak kaya-raya, dapat hidup selesa pon jadila.



aku kerja kat sektor swasta, dan berkerja kat company ni baru 9 bulan. susah nak wat pinjaman bank. haaaiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhh.............



terlalu banyak dugaan, terlalu banyak cubaan untuk kami mulakan hidup baru bersama. en.alang selalu cakap, 'abang tak sanggup tgk ayang hidup susah ngan abang. abang akan cari kerja yang bagus2. gaji banyak. pastu, ayang nak mintak apa pon abang bagi. nak gelang ngan rantai besar kapal pon abang belikan'.


pernah juga aku usulkan pada en.alang untuk minta tolong ayah aku je soal kewangan ni. tapi dia tak nak. dia nak buktikan pada ayah yang dia boleh jaga aku sendiri dan tak perlukan bantuan dari ayah. dia nak buktikan pada ibu dan ayah aku yang dia mampu untuk memberikan aku hidup yang selesa sama seperti skarang.


aku sangat susah hati. tapi, hidup perlu diteruskan. kalau susah sangat nak dapatkan duit untuk majlis kahwin, mungkin majlis kawin kami akan ditangguhkan sampai tahun 2009. aku minta en.alang tangguhkan je perkahwinan kami, tapi en.alang tak mahu. skarang ni aku dalam proses untuk memujuk en.alang untuk tangguhkan perkahwinan kami.


kepada kalian, minta doakan kami untuk dimudahkan cara kami diijabkabulkan. ya?

Friday, November 9

selamat hari deepavali!

ntah kenapa, sejak dua menjak ni, bila aku tengok citer omputih, subtitle yang ditulis mesti ada perkataan cemerkap. setahu aku la kan, perkataan ni aku kenal hanya bila aku jejak kaki kat uni. itupon tv yang ajar. korang plak? adakah perkataan ini hanya direka untuk memudahkan translator untuk mengalih-bahasakan perkataan clumsy?

oh ya..apakah perkataan yang sesuai untuk dialih-bahasakan dari perkataan clumsy selain daripada cemerkap? ada sesiapa yang boleh bantu?



apa yang korang buat hari cuti semalam? aku hanya pi workout (workout la sangat, padahal berjalan2 di taman kat lumut sambil berhujan kat sana)..makan, tidor, baca mags, kacau bobby, kacau adik, masak kobis-cendawan-kentang goreng bersama cili padi power, dan seterusnya tonton chandramukhi. tak sangka chandramukhi sangat best critenya. aku dan ibu tonton citer ni sampai ternganga2 mulut masa scene gangga kena rasuk, plaknya menari2 macam orang gile. best gile! hahahaha..aku pon dah gile! gile filem tamil plak.


hari rabu aritu aku half-day.sangat sangap kat tempat keje, sebab bebudak yang aku bekerja dengan=i work with (ni team dalie nih) sebok wat keje lain. jadiknya, dengan tanpa notis kat diorang, aku pon amek la half day dan berjaya menghasut en alang untuk temankan aku ke ipoh semata2 nak tengok the bee movie. klakar la jugak citer tu, tapi jalan citer agak sedikit hampeh. pasal rebutkan madu jek? tak mencabar minda langsung! wakakakka.. (ada ke nak cabar2 minda tengok katun..pigi dah mabok!)

sesambil nak tunggu waktu tayangan tu, aku hasut en alang pi mph, konon2 nak jalan2 jek. (padahal en alang tau, aku kalau masuk mph, mesti nak beli barang..at least satu mag atau suratkabor). dan aku terbeli ini..






aku perasan ada satu lagi yang bertitle size 14 is not fat either. cam best gak tu. tapi tunggu yang ni abis dulu, baru leh beli yang nih. kite takleh tamak, buat benda tu satu-satu..kehkehkeh...


esok nak pi amek barang2 zaza kat uitm penang nun. hanya barang2 saje, orangnya terpaksa stay selama sebulan lagik sebab dia ada kursus apekebendantah..yang aku tau, sebab dia nak panjat bukit kat perlis@kedah, then ada kursus komander (kesatria) . maybe tido penang sehari, sebab ayah soh zaza riki line hotel uitm tuh. yahoooo! bestnya! rasa2 nak hasut ayah nak naik bukit bendera la plak. dah rindu nak naik.


hari ni tak wat apa2. tadi akak admin ofis nih bagitau ada jamuan makan2 pukul 11.30am ni. tak tau la apa plak muslihat di sebalik jamuan ni, yang penting, kita sental je la. toksah la banyak songeh. hehehehe.....


ok guys, u ol jaga la diri ek. pada sesiapa yang nak balek kampong atau berjalan jauh2 tu, hati2 bawak kereta. nak bawak laju bleh, tapi make sure korang dalam keadaan fizikal dan mental yang segar dan boleh berfikiran waras. ok?


note untuk saharil: nape bukan aku yang menang ipod tu? why? why? err....bagila aku waima satu mp3 player ke? takdek ke? hehehehe..
takla saharil, aku memain jek. selama ni aku ikhlas baca dan bagi komen kat blog ko. ;P
kepada bluehikari dan sinaganaga, tahniah ye. kalau rasa2 nak jual ipod tu pada harga yang rendah, saya dengan menadah pelepah kelapa menerimanya. hehehehe...

Friday, November 2

cinta gelapku...

dulu,

ada la sorang mamat ni pernah minat kat aku. masa tu aku keje kat shah alam. pulaknya, masa tu aku awek orang lain, dan dia plak pakwe orang lain. so, kire2 nya kitorang ni berhubung secara senyap la. actually, masa tu aku minat gak kat dia sket2..tapi hati aku masih pada pakwe aku. (pakwe dalam crite ini bukan en.alang, tapi ex-pakwe yang aku penah frust menonggeng dolu2 kala). kebetulan rumah dia satu seksyen ngan aku, memang senang nak seludup kuar. pi makan sama2, shopping sama2, tengok wayang... kami memang punya kenangan indah bersama. aku pernah jumpa maka abah dia. itupon sebab mak abah dia dapat tau aku wujud dalam hidup anak dia.


kemudian,

lpas aku pindah stewan, kami masih contact-mengontek antara satu sama lain. pernah juga dia ke sini semata2 rindu nak tgk muka debab aku nih (pelik kan?). masa ni pon aku ngan en.alang belum berjumpa. aku tak tau yang dia baru putus ngan awek dia, dia tak pernah bagitau aku. tapi. dia tau yang aku dah putus ngan pakwe aku kala itu, dan aku boleh rasa ada sikit godaan yang dilemparkan padaku masa tu. tapi, aku tabahkan hati supaya tak makan godaan dan buat2 tak tau je. sebab masa tu hati aku masih lagi tertutup untuk bercinta lagi. pernah dia tanya padaku, adakah aku kisah sekiranya bercinta ngan orang yang muda 3 tahun dari aku (dia la tu). aku hanya senyum, dan mengangguk2 saja. aku taknak bagi apa2 harapan pada diri sendiri untuk bercinta lagi masa tu. lama-kelamaan, mungkin dia bosan menunggu, terus dia menghilang.


sekarang,

3 hari lepas aku terpandang satu email address yang dah lama aku tak tengok. email address dia! ada nombor telefon di sebelahnya, dan aku cuba dail nombor tu. agak berdebar, dan setelah aku dengar suaranya, jantung aku rasa nak terkeluar. dengan selamba, dia menjawab soalan2 aku walaupon dia agak sangsi dengan siapa dia bercakap. aku kenalkan diriku, dan dia terdiam. kemudian, dia berlagak biasa dan berborak denganku macam aku ni hari2 jumpa dia. dan sekarang, dia masih sms aku setiap hari dan bertanya khabar. aku sudah jelaskan padanya yang aku ni telah jadi tunangan orang. dia agak terkejut. dia kata, sampai skarang dia masih menungguku untuk menjadi isterinya..haaaa?! terkejut tak? hehehhe...aku lagi terkejut tau! tapi ini lah yang dikatakan jodoh. dah ditakdirkan aku dan dia tiada jodoh biarpon perasaan kami sangat kuat. skarang ni aku cuba meyakinkan dia untuk melupakan aku untuk selama2nya, atau hanya berkawan biasa saja. dia tidak pula menidakkan atau mengiyakan pujukan aku tu. sangat rasa serba salah atas situasi ini.

tapi, aku yakin 100% cinta aku pada en.alang tak pernah berubah dan semakin bertambah setiap hari. semoga kami dipercepatkan jodoh.



aku cuma nak kongsi perasaan dengan korang. aku tau, mesti korang kata apsal la aku ni pi gatal tangan dail no.phone dia kan? ntahla, masa tu memang aku ni tak berfikir, pakai dail jek. akhirnya, kena trima padahnya. hahahhaa! ada sape2 berkenan ngan budak umur 23 tahun? tinggi, tegap macam Syawal AF5. muka ada la sket macam tu. sangat gentle dan pemurah orangnya. hehehehe..aku promote dia kat korang plak..lai! lai!

Thursday, November 1

headache!

terasa sangat pening kpala ni.

tak sangka kat area ofis aku ni dah macam2 kedai bukak. plaknya, macam2 bunyi keluar dari setiap kedai!

selang 2 pintu dari ofis, ada kedai welding. bunyi orang wat welding kat besi buat aku ngilu dan sakit telinga.

depan ofis, ada workshop...orang2 yang keje kat situ suka ramp2 kereta. aku sendirik tak faham apa sebab kena wat camtu.

belakang ofis plak ada kedai aksesori kereta. kadang2 ada bunyi hon berulang2 kali, kadang2 ada bunyi alarm yang tak reti nak senyap.


kepala aku pon secara automatik jadik pening ngan segala gabungan bunyi2an nih.




betul2 memerlukan tidor dan rehat yang cukup. dah la semalam kul 2 pagi en.alang terpacak depan umah gara2 nak memujuk aku.

hello...esok pagi dah takdek ke cik abang oi?

kisah rajuk-pujuk ni sangat panjang. takpe, aku bagi korang reka2 je kisah aku ngan en.alang kali nih. aku malas menaip.



tolong aku! aku pening kpala niiiii.........

HAPPY BIRTHDAY DALIE!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 31

selamat pagi!

yesterday, i got this from my bank:






and i got this too...





nak tau apa first thing yang aku beli ngan kredit kad ni?

nak tau ke?

malu aaa...









hehehe..segan nak bagitau..tapi first thing yang aku beli adalah sehelai bra.

yup..a bra!


kehkehkeh....


then, setelah beberapa kali bertangguh nak beli blender, aku pon beli la sebuah blender jenama khind berharga rm66.90 kat the store. hehehehe..


pastu en.alang dok pesan kat aku, dah dapat kredit kad tu, jangan nak boncah-boncah. (boncah-boncah adalah word ibu aku untuk boros). tapi memang pon, aku akan try untuk menahan diri dari membeli segala tok nenek barangan impian aku. sebaliknya kad itu digunakan untuk membeli barang2 hantaran.

kiranya, kad tu untuk kegunaan bersama gitu..nak bayor nanti, kire half-half la..


hehehe..bagus jugak ek. dia bukannya tau aku wat pe ngan kad tu kan? hehehehe...


rindu la kat korang..korang pi mana? aku bukak blog sorang2..hampeh! so, aku pon menghampehkan diri untuk tidak hapdet beberapa lama.

buat masa ni aku agak sebok. tapi akan dicelah-celahkan juga waktu untuk jenguk blog korang. k? dan juga menghapdet post.

take care!

Thursday, October 25

raya kedua, ketiga dan keempat

RAYA KEDUA

okeh, masuk raya kedua, lepas makan tengahari je kitorang blah dari spore. but before that, kitorang singgah kat woodlands, saja nak jengok2 price handphone terkini. kalau handphone2 yang dah 3-4 bulan kuar tu, bila dah convert ngan duit kita, baik beli kat malaysia jek. tapi, kalau handphone yang betul2 baru kuar dan terhangat di pasaran, baik beli kat spore jek. ayah aku skang nih dok usha Nokia Communicator E90.



masa ni kat danga bay. saja jek lepak2 kat sini, sebab baru lunch kan, just pekena abc jek. masa ni, kat sini sangat la ramai indonesians. dah rasa cam kat indon jek.


rumah pertama kitorang singgah lepas kuar dari spore. ni umah tok benah (pakai tudung putih), tok benah ni tok sedara ayah aku. orang tua ni sakit2 last year, takleh bangun pon, tapi tahun ni alhamdulillah, dia sehat plak. oh ya, umah tok benah ni kat yong peng.


ni plak umah kedua kitorang singgah. pakcik ni (pakai baju melayu) adalah kawan sekolah ayah aku masa sekolah rendah dulu. dah 30 tahun tak jumpa. amazing kan? rasa seronok bila dengar diorang cerita pasal zaman sekolah2, pasal kawan2 lama...ayah aku citer, pakcik ni adalah orang pertama pakai motor pi sekolah time tu. kirenya parents dia orang kaya la. ayah aku plak, pi skolah jalan kaki jek. kasut sekolah sampai haus tapak, koyak2 sebab ayah jalan kaki jauh. sedih tau kalau dengar citer kesusahan ayah dulu2..


then, pas pi beraya, kitorang pegi umah mak uda. kitorang tidor kat umah ni. masa ni, semua orang rasa cam nak pengsan..kami sangat kepenatan ok! sampai2 je, terus pi dapur makan dan pastu, golek2 depan tv dan tertidor sampai santak ke pagi. hehehehe....


tengok bebudak ni, tido tak hingat..ni semua anak sepupu aku. semua nampak sama jek..



RAYA KETIGA

ni kat umah ucu nab. ucu nab ni biras ayah. tapi, kitorang dah macam family rapat. umah dia ni memang wajib pergi setiap kali balek kampong. suami ucu nab penghulu kampung, so umah dia ala2 grand la sket kan. hehehe... baju kurung itam tu mak long aku. kitorang kat area dapur ni, sebab tu agak sepah jugak la..

haa..ni kat area living hall umah ucu nab. nampak la rupa rumah kan. ayah elok jek pelok cucu sedara dia, si chiqah. baju kuning tu, satu2 nya anak jantan ucu nab, dia ni keje kat spore, jadi bomba kat sana. ujung tahun ni dia nak kawen dah, ngan orang sana gak.


raya ketiga ni, kitorang tak pi mana pon, just pi mall, jalan2 belanja duit raya. hahaha! malam tu kitornag tido kat umah pak uteh kat muor.


RAYA KEEMPAT
okeh, bangun pagi2, breakfast siap2 pakia baju kurung, dan sesi gambar ngan family pak uteh. sajela amek gambor buat kesekian kalinya.

pastu, kitorang off to melaka, jalan2 kat Mahkota Parade. then, lepas dah penat shopping, kitorang pi tampin untuk jumpa sepupu ayah kat sana.



gambar atas: ayah dan uncle din kat beranda umah dia.
gambar bawah: kitorang kusyuk je dengar auntie tie bercerita.


on way nak masuk highway kl, ayah singgah kat stall tepi jalan ni untuk beli dodol.


ni la dodol nya! sampai skang, sorang pon tak bukak lagi bungkusan dodol nih.



last destination untuk di singgah, umah ucu ani. ucu ani ni adik ayah yang bongsu. lepas maghrib je kitorang pon terus bertolak balek stewan. see...sangat penat kan perjalanan kitorang. sampai stewan dalam kul 11 mlam.

raya kelima, pi umah mak abah en.alang dan petang tu, terus pi berjoli ngan en.alang. hehehehe...


okeh..tu je report raya aku buat masa ni. buat masa ni, aku masih lagik rasa sayu sebab xoxo nak stop blogging. sedih ooooooo......