aku pindah.
aku dah pindah ke url baru.
sila ke---> http://princesstortoise2.blogspot.com
saje nak berubah angin.
aku dah pindah ke url baru.
sila ke---> http://princesstortoise2.blogspot.com
saje nak berubah angin.
sori lama tak menulis (menaip?).
sebab kesibukan yang agak melampau dan terlampau.
korang rindu aku kan?
cepat ngaku!
kalau tak, aku piat sorang2 kang...
hehehe..........
wiken aku best.
melayan mak mertua dan adik ipar aku.
bawak jalan2, makan2...
abah tak dapat nak join. sebab ada seminar felda.
penat jugak la melayan mak mertua ni.
nak kena rajin bercakap.
sebab mak mertua aku ni asik nak borak je.
huhuu...
tapi, overall, memang agak fun!
skang ni rindu kat en alang.
sebab rasa tak puas bermesra dengan dia semalam.
disebabkan ibu dan adik2 datang umah,
so, masa bersama kurang.
dahla wiken kena layan family mertua plak kan.
huhuhu..
tentang tukar workstation tu tak mintak izin lagik.
sebab kesian plak tgk bos aku tu.
macam berserabut gile aku tgk.
so, aku akan mintak permission slow2 la.
kang dia lagi serabut, tak pasal2 aku kena maki plak kang.
tak mau akak!
okla korang,
tak dapat nak taip banyak2
kerja banyak sangat dek non!
apa2 hal,
korang roger la aku kat ym (id:hezliyana) atau isi kotak borak di ruangan sebelah.
insyaAllah aku jawab k?
today is our love anniversary!
it's 2nd anniversary.
rasa sekejap sangat dah masuk tahun ke-2 ulangtahun perkenalan/declare kami.
aku berkobar2 nak sambut anniversary ni dari malam semalam.
1. ice cream cake (checked!)
2. ayam goreng ayamas (checked!)
3. sexy lingerie (checked!)
4. aromatic candle (checked!)
hah! ni la antara benda2 yang aku dah sediakan konon2 nak wat surprise kat en alang.
tapi, aku dah tertido kat ruang tamu dari pukul 10pm lagi.
aku hanya tersedar bila en alang kejutkan aku dari tidor jam 1am.
so, dah tak surprise lagi dah.
huhuhu....
tak best betul!
tapi, pagi2 ni en alang pulak mengambil inisiatif untuk gembirakan hatiku.
buatkan air kopi, siapkan baju aku untuk ke ofis,
dan pasang dvd gambar kawen.
---> lupa nak bagitau korang, gambar kawen aku dah siap! yeaayyy!!!!!!!!!
:)
rasa sangat terharu.
sambil tgk dvd gambar2 kawen tu, aku rasa terharu dan sebak sangat2.
en alang pon terharu.
sambil tgk, sambil hug each other.
tak bercakap apa pon, just watch the tv.
rasa sangat romantik!
hehehe...pepagi lagi dah wat adegan romantik. matilaaaaaaaa!!!!!!!!
teringat kisah pertama kali berjumpa en alang.
dan pertama kali mendeclarekan cinta kami.
masa tu, rasa sangat la tak romantiknyeee...
hehehehe...
aku cuma harapkan hubungan kami bahagia sampai bila2.
cuma, sekarang ni nak stabilkan keluarga kecil kami agak payah sket.
keadaan wang, masa dan tenaga tak pernah cukup.
harap2 zaman kegelapan ini akan berubah suatu hari nanti.
------------------------------------------------------------------------------------------------
ok, citer lain la plak.
hari ni FAT tamat.
yeayyy!!!!
aku dah bleh concentrate kat keje2 aku yang lain.
dan berlambak2 itu.
huhuhuhu....
tapi, hari ni ada misi lain.
nak pi cari souvenir untuk orang2 yang terlibat FAT kali ni.
aku tak mintak izin dari bos aku lagi untuk tukar workstation.
minggu depan la aku buat.
sebab minggu ni aku kalut ngan benda lain.
malam ni ada dinner.
sempena tamatnya FAT.
dinner lagi ek?
bulan ni memang murah rezeki aku (dan jimat poket..)
sebab takyah pening2 nak masak apa.
hehehehe..
rindu pada lia.
malam ni dapat la jumpa minah tu.
tak sabarnyeeeeee......... (cam nak jumpa pakwe lak.)
Label anniversary, kasih 25 Komentar
hari ni rasa sebu.
perut sebu, hati pon sebu.
tau tak sebu tu apa?
rasa macam penuh, tapi takleh nak wat apa-apa.
serba tak kena.
dari Kamus Dewan Edisi Tiga
sebu: 1. penuh berisi: perut saya ~ dan kenyang sebagaimana ~ dan kenyangnya perut-perut Pak Menteri; 2. tersumbat (hidung, saluran, dll), terkambus (parit, sungai, dll), sendat: parit yg ~ diperdalam; 3. ki sebak, sesak: Sharifah Aini tidak bersuara lagi, dadanya terasa ~ benar; menyebu mengisi penuh-penuh, memadatkan, mengambus, menimbus: asap putih yg ~ tekaknya itu dihembusnya perlahan-lahan; menyebukan menjadikan sebu, menimbusi, menimbuni: serpih-serpih itu boleh ~ lubang, dan juga merosakkan mata alat pemotong; sebun.
sejak dari hari ahad lagi punya perasaan macam ni.
nape ek?
ni ada beberapa keping gambar semasa majlis perpisahan dalie atau nama sebenar, dahlia. majlis ni diadakan di bengkel (?) COSYS. Tempat ni nampak tak brape best, tapi makanan2 yang ada best2 belaka.
Menu: Nasi ayam, air sirap limau, kek chocolate strawberry dan kek blueberry cheese. (kedua2 kek ni adalah kek secret recipe)
nota kaki: gambar2 yang tersenget tu takleh nak dibetulkan keadaannya. so korang layan je la ek. sila telengkan kepala anda ke kanan.
aku dan lia. aku bertudung biru, lia ayu berbaju kurung ungu. pakai kasut tinggi melahang. terer tul dak lia nih. sambil nak potong kek strawberry coklat. aku tak brape gemor kek ni. rasa nya kureng sket.
lia ngan muka happynye. nak berenti, siap happy2 lagik. hehhee...
sedang buat ucapan penghargaan. aku tgk je dia wat ucapan. sebab tu tangan dia takleh dok diam. asik nak goyang2.
bersama bro syed. keje finance. slalu berebut surau ngan dia.
tgk tu! happy je dak lia ni terima cenderahati dari tuan MD. Lia dapat gelang kaki emas.
masa ni kitorang sambut skali orang2 yang sambut birthday bulan 5. tak aci tau..bulan2 lain takde pon wat celebration. huhuhuhu.........
ya, aku telah di tag.
oleh tina dan kelat.
meh sini nak jawab.
perkara pertama: accident
aku ni, masa kecik2 memang tak pernah accident. accident pertama berlaku hanya apabila aku berumur 9 tahun. tahun 1990. aku ingat lagi sebab masa tu ajik, adik lelaki aku nombor tiga tu baru dalam beberapa bulan je.
kejadian berlaku di johor baru. raya puasa hari kedua. menaiki van kepunyaan pak tam aku. dia ni meniaga ikan dan hasil laut di pasar. jadinya, secara automatiknya, van kami naiki tu memang berbau ikan. hahahaha...
masa ni ayah tak beraya dengan kami. sebab ayah ada kursus kat US.
so, nak dijadikan cerita,
kami dari kulai nak ke singapore. paktam nak hantar kitorang ke rumah nenek.
tetiba, sampai kat satu simpang ni. lampu isyarat jalan kitorang memang hijau. so, pak tam pon jalan la.
tetiba, "BAMMMMM!!!!!!!"
van pak tam dilanggar dari tepi oleh kereta mewah. (aku tak ingat kereta jenama apa, yang aku ingat kereta tu jenis convertable)
sebenarnya semasa kejadian aku tidor. sebab letih beraya.
aku ni memang jenis tidor mati.
lepas accident tu, nak tau aku kat mana?
aku hanya tersedar bila aku rasa badan aku tersepit.
rupa2nya aku berada bawah kerusi van.
(masa skolah rendah aku memang sangat kurus kedengking dan hitam legam-->cam anak kels)
bukan stakat aku je yang terperosok ke bawah kerusi,
ajik yang umur tak sampai setahun pon tercampak bawah kerusi.
aku dapat luka kat lutut dan siku. minor saja.
ajik lak bengkak kat kepala. macam benjol tapi teruk sikit.
orang-orang lain pon dapat minor injury sahaja.
sampai skarang kami rahsiakan perkara ni dari ayah.
ayah tak tau yang kami pernah accident kat jb.
lebih2 ajik cedera kat kepala.
nasib baik ajik tu boleh tahan jugak geliga kepala otaknya.
kalau kepala mereng, kami tau apa penyebabnya.
hehehehe....
perkara kedua: berputiknya cinta aku dan en alang
lokasi: kilang ayam dindings. nama komersil, dindings poultry processing.
aku: coldroom department.
en alang: tunnel freezer department.
oleh kerana aku kerja kat bahagian stor, yang di mana hanya aku sorang je perempuan yang bekerja kat area stor2 simpan ayam, maknanya aku sangatlah glamer kat kilang tersebut.
aku tak kenal orang. aku memang susah nak ingat muka orang. oleh kerana tu, setelah setahun lebih bekerja kat kilang tu barulah aku berjumpa en alang. padahal hari2 lalu tempat dia kerja untuk minta stok2 ayam dari bahagian production.
en alang cakap, macam mana aku nak kenal orang. sebab aku selalunya lalu kat department dia jalan menonong atau tgk bawah sebab takut jatuh. jalan licin.
nak tau cam mana aku ngan en alang kenal? camni ceritanya...
pada suatu hari yang indah permai (hahahaha..poyoooo), aku shift petang. en alang pulak masa ni dia shift biasa. aku baru masuk keje kul 2pm. muka memang berseri2 . sangat fresh gitu. baru lepas mandi la katakan.
aku masuk2 keje je, bos aku suruh amek report data dari production. so, kalau nak ke production, haruslah lalu kat area tunnel freezer kan? lepas je amek report data, harusla lalu tunnel freezer lagi kan? ha..on the way back ke department aku tu la pertemuan kami yang pertama.
(aku sedang berjalan dengan lajunya..)
intan!! intan!!
(aku pandang belakang)
awak panggil saya ke?
meh sini kejap. --> tgk, tak menjawab soklan aku..degil tul!
(aku pon jalan ke arah dia)
nape?
nak nombor tipon, boleh?
siapa yang nak?
ada kawan saya ni, dia berkenan sangat ngan awak. boleh ke beri nombor tipon?
takleh. kalau nak, dia kena mintak sendiri.
errr.....tapi dia segan la. sebab tu dia mintak saya tolong mintak dari awak.
saya kata tak boleh! tapi, kalau awak yang nak, saya boleh bagi.
(en alang muka terkejut)
oo..ok. saya nak nombor awak. boleh beri?
ok. bak pen dan kertas. saya tulis.
(aku tulis nombor)
janji dengan saya, jangan bagi nombor saya kat budak tu, ok?
ok. boleh ke saya sms awak?
boleh. (sambil senyum simpul)
ok. tu dialog2 pertama aku ngan en alang. klakar kan? skema gile! huhuhu...
then, pastu, kitorang jadik kawan. then nak jadik cam serius, tapi tak jadik sebab aku dan dia realize yang perbezaan umur kitorang sangat banyak. then, kitorang realize balek, wth kan..lantak la kalau aku umur 30, dia umur 15 pon tapi kalau dah jodoh tu, kitorang on je la. hahaha...
sebab keserasian tu amat la menakjubkan. tak tau nak kata apa dah. memang rasa jodoh dah kuat dah tu. (cecemak..ayat yang poyo ye. sila muntah darah)
perbezaan umur kami 5 tahun. en alang muda 5 tahun dari aku. (note kepada sesiapa yang baru di blog aku ni)
pastu, terus la kami bercouple. bermula dengan dialog yang tak semenggah, terus ke sms2 berbunga2..hehehe.
alhamdulillah, jodoh kami masih ada. kami bertunang, dan kini sudah genap sebulan setengah berkahwin.
perkara ketiga: pekerjaan.
first job aku ialah menjadi kerani akaun di Pan Pacific Pangkor Resort @ nama skarang ialah Pangkor Island Beach Resort.
memang best gile keje kat sini. tiap2 pagi, aku akan pergi dan balek kerja dengan ayah. ayah akan turunkan aku kat jeti lumut. feri akan tiba jam 8.30am dan kerja bermula jam 9.00am. memula naik feri memang agak mabuk. lama2, aku dah boleh berlari-larian dalam feri tu. hehehe..
kat sini jugak aku menimba pelbagai ilmu semasa bekera. kerja aku bukan setakat jadik kerani akaun, tapi merangkap juga sebagai pengira inventori, operator dan jalan2 kacau akak2 housekeeping. best wooo!
memang aku jatuh hati dengan dunia perhotelan. sebab kerja memang sebok dan hubungan antara pekerja sangat2 rapat.
kerja di sini menuntut aku supaya memakai kebaya. kain bersilang. kalau angin pantai tiup, aku takleh gerak mana-mana. sebab angin akan membuatkan aku begitu seksi sekali. hahhaha!
pernah menjadi idaman jejaka-jejaka di situ. dari bellboy hingga ke chef. best kan? tapi yang nightmare nya, aku dikejar oleh budak bellboy mengajak aku berkahwin dengan dia. huhu..
perkara keempat: sekolah.
dari darjah 1 sampai ke darjah 3, aku bersekolah di labuan, sabah. so, aku membesar dengan dialek2 sabah yang pekat sampaikan aku terikut2 dialek mereka. (budak2 kan senang terikut2..)
setiap ayat aku mesti ada 'bah' kat ujung. susah nak buang.
so, aku darjah empat, dipindah kan ke skolah methodist (acs) sitiawan. sudah tentu cara percakapan mereka2 di sitiawan berbeza dengan labuan. aku kaget. (ceh..kaget gitu..)
hari pertama di sekolah..
scene di kantin:-
makcik, kuih ni sebatang berapa posen?
(sambil menunjuk ke arah sebatang cekodok yang dicucuk2)
sekupang nak.
aku blur. sekupang tu berapa posen? adakah aku perlu beli kupang dan memberikannya kepada makcik kantin itu? disebabkan aku terlalu malu nak tanya2 balek kat makcik kantin tu, aku terus blah dari kantin dan terus kembali ke kelas.
balik rumah je, aku tanya ibu. ibu gelak tak sudah. kesian anak aku ni katanya. so, ibu pon ajar la beberapa dialek orang perak kat aku.
perkara kelima: internet dan kawan chatting pertama.
pertama kali menggunakan internet hanya ketika aku berusia 17 tahun. tahun 1998. selepas abis SPM.
so, atas jasa arwah angah, aku belajar internet darinya. selalu la kena cubit dengan dia.
so, masa tu aku berkenalan dengan sorang mamat tu melalui chatting room. aku namakan dia john. (nama sebenar dirahsiakan. bimbang dia terbaca blog aku)
john sangat baik. pernah poskan pada aku bear yang sangat comel. aku beri dia cyber pet. kami berdua menamakan kedua2 benda tu dan kami berhubung seperti pasangan kekasih.
tapi aku je yang macam takde perasaan. mamat john ni sangat la romantik dan naif dan kuat agama serta agak cute (rupa john dan en alang agak serupa). bayangkan, dia hanya akan call aku bila dia nak ke surau dan balek dari surau menggunakan telefon awam kat kampung dia.
oh ya, dia orang tapah.
tapi, bila aku masuk matriks, aku menjadi semakin sebok. john sangat pandai, dia masuk matriks kat UIA. aku hanya kat kulim.
john selalu beri surat. tapi aku hanya diamkan je. memang aku malas nak menulis2 ni. tidor lagik best. lama-kelamaan, dia stop beri surat kat aku. merajuk mungkin.
bila aku habis matriks, kami berhubung balek. tapi atas usaha john. aku macam malas2. tak tau kenapa dengan aku masa tu. mungkin rasa rendah diri kot. sebab john pandai dan aku biasa2 saja.
so, lama-kelamaan hubungan kami terus lenyap ditelan waktu. terima kasih...
hehehe..........
nak tag siapa ek..
meh sini nak tag orang..
hari ni sebok.
sebab ada FAT.
bukan FAT=GEMUK. bukannn...
FAT=Factory Acceptance Test.
untuk Combat System department.
dilakukan untuk memuaskan hati pelanggan.
pelanggan=Navy.
korang faham ke?
tak faham takpe.
boleh YM aku atau dalie.
kitorang boleh terangkan dengan lebih lanjut.
hehehehe....
sepanjang wiken takde apa2 yang best sangat.
oh! oh!
semalam pergi ke Hari Terbuka Armada.
Navy buat hari terbuka gitu.
so, orang awam boleh masuk dan tengok2 kapal dengan dekat.
i mean, dekat tu korang bolehla naik kapal2 tu dan tanya2 la soklan2 yang korang rasa patut ditanya kepada leftenan kapal atau anak2 kapal.
contoh soalan: macam mana kapal boleh terapung?
hehehe...
takla.
korang leh tengok2 saja atau pada yang nak tahu lebih lanjut, boleh la tanya2 soalan. gitu...
macam karnival sure heboh.
cam gempak je.
siap ada pertunjukkan drift la, pameran kereta2 mini dan kancil la..
booth2 jual merchandise pon banyak.
ada booth rtm, radio2 nasional,
pertandingan karaoke,
ada demonstrasi rampasan kapal,
ada booth2 pameran senjata2, pakaian navy,
konsert (malam),
boleh naik bot laju..(tapi beratur panjang ya amat! mak tak sanggup beratur..)
dulu2 kan,
masa diorang tak commercialkan lagi hari terbuka armada ni,
3-4 tahun lepas,
siap ada masak2 atas kapal lagi.
so, korang boleh beli dan rasa masakan kapal yang biasa anak2 kapal makan.
memang best!
sebab chef2 kapal navy masak sedap2.
biasanya diorang masak western stail.
nyum!
teringat2 kesedapan steak KD Indera Sakti.
sedap gile...!
malam ni ada jamuan makan2 ditaja oleh company sempena perpisahan kami dengan dalie dan sorang lagi staff.
dalie dapat keje tempat lain,
aku gak yang stuck kat sini.
takpe,
rezeki dia kan.
rezeki aku akan tiba jua kelak.
harap2 la!!!!
setiap kali en alang kerja shift malam,
membuatkan aku sampai ofis lambat.
sebab apa?
sebab tak sampai hati tinggalkan dia kat umah.
rasa macam tak puas bermanja2 gitu.
en alang pon rasa macam tu jugak.
disebabkan dia kerja dalam freezer,
so automatically handphone memang takde line la.
then, aku terpaksa tunggu dia call aku time rehat je.
setiap kali kul 8pm atau 7.30pm, en alang call.
tanya makan dah ke, tgh wat apa..
tapi before letak phone,
mesti bagitau aku...
'abang cuba balek awal ye. cian kat baby abang ni..'
dah masuk hari keempat minggu ni,
setiap hari jugak la aku datang lambat.
huhuhu..
nak buat macam mana,
cian kat cik abang aku tu.
dia tu kalau dok umah,
abis satu umah dia kerjakan.
baju dibasuh,
umah disapu,
dapur dikemas...
aku?
wat bodo jek...
hahahhaha....
skang ni en alang sedang berusaha cari kerja lain.
kerja yang tidak memerlukan dia untuk shift2 lagi.
oleh kerana ralit sangat melayan kerenah en alang pagi ni,
buatkan aku lewat lagi ke kerja.
bertolak dari rumah jam 8.35am.
tertinggal bekal nasi goreng.
dan skarang, aku sangat lapar.
huhuhu....
entahla..
walaupon sebelum ni aku kata tak kesah,
tapi skarang ni macam rasa nakkkkk sangat2.
tak boleh nak deny perasaan lagi.
huhuhu...
baru sebulan lebih kawen, dah sebok2 nak baby.
camno?
errr.....
nak tanya.......
hmm....
seganla pulak.
takpe, tanya je la. blog sendiri pon. huhu...
korang rasa kan, aku bersalah tak ha?
macam ni criternya..
malam tadi, aku mimpi.
mimpi aku couple ngan orang lain.
pelik!
siap gelar diri abang-ayang lagik.
oopps!
mimpi tersebut tidak melibatkan adegan2 sx.
tapi, sangat romantiko laa...
huhu...
dan mamat yang aku berkasih-kasihan dengan aku itu adalah kawan lama aku!
gile ah!
hahahaha.
dahla tidor kat sebelah suami sendiri kan.
apa kena mengena plak aku mimpikan mamat lain?
nasib baik aku tak ngigau panggil2 nama mamat tu.
kalau tak, kantoi la wa beb!
huhuhu...........
perut ku sangat kebulur.
padahal pagi tadi dah breakfast teh o dan biskut petak lemak berkrim.
adakah aku hendak menggemuk lagi?
oh TIDAKKK!!!!!!!
CONGRATS kepada CEERA,
kerana akhirnya sampai jugak seru dia dan ciput untuk bersama...
aku rasa happy over2 plak.
hehehe....
to ceera,
sila jemput diriku ye.
dan jangan lupa bagitau tarikh skali.
kalau tak jemput, akan ku serbu rumahmu.
hehehe..
tak malu kan kite ni?
:D
hari ni dah jumaat.
esok peti ais akan sampai ke rumahku.
peti ais ni pemberian sepupu ku. second hand je.
skang ni, aku rembat je apa2 pon orang nak beri.
aku takkan kata taknak.
tapi ada sorang kawan ofis aku janji nak beri mesin basuh.
tapi, sampai skang tak beri lagi.
takkan la hari2 nak tanya dia kan?
harusla muka jadi tebal konkrit kan..hehhhee........
ye, aku ni taste takla tinggi mana pon.
yang biasa2 sudah.
semua barang2 keperluan aku biasa2 je. macam baju, kasut, beg...
asal boleh pakai, cukupla.
okla korang,
selamat berwiken ya!
daaa~
hehehe.........
rasa diri ni dibodohkan orang lain.
bukan oleh kawan-kawan, tapi dengan bos sendiri.
aku tak tau apa yang dia dengki sangat kat aku. skang ni aku tgh meluat gile kat dia!
meh sini nak criter...
a) aku kat kampeni ni sebagai quality supervisor. dulu2, bos aku janji after 1 year keje, dia nak naik kan pangkat aku jadik quality controller. tapi, sampai skang dia wat bodo je. aku wat tak kesah lagi. malas nak amek pot.
b) keje2 aku meliputi semua kerja2 admin untuk quality dan company admin serta technical admin. tak cukup banyak lagi? kalau COSYS (combat system) department (dalie kat department ni) ada terima sistem baru, aku jugak la yang kena wat incoming inspection dan key-in data.
c)aku memang amalkan cara kerja yang rileks. tetapi teratur dan sistematik. tapi, bos aku tu sangat la tak percayakan aku. aku bukannye jenis yang, "hey bos, tgkla jadual kerja saya ni. sangat sistematik bukan?" aku percaya setiap sorang tu ada cara kerja masing2. bukan begitu? aku ada cara kerja aku sendiri. aku tahu apa yang aku buat. tak perlu nak heboh2 satu dunia yang aku ni sebenarnya banyak kerja dan sepatutnya kerja lebih masa. tapi aku boleh managekan semua kerja dalam lingkungan masa yang diberi.
ntahla. dalie dah nak blah dari kampeni ni. aku plak baru je keje kat sini, baru setahun lebih. aku takde masalah ngan kawan2 kerja, semua ok je. tapi bos aku yang satu ni buatkan aku geram!!!!
huh!!!
ok.
semalam was really fun.
lepas balek dari ofis, aku terus ke rumah ibu, lepak2 kat sana. ajak zaza kuar, pi beli barang rumah sikit.
disebabkan aku makan malam kat rumah ibu, so automatically aku tak masak untuk en alang. lagipon, en alang balek dah tgh malam. sure dia pon tak nak makan banyak-banyak sangat.
aku kuar dari umah ibu jam 10pm selepas tonton sindarela. balek rumah, dan terkocoh-kocoh kemas rumah dan tutup semua lampu. hanya cahaya dari tv saje yang ada.
en alang balek jam 11pm. dia bukak2 je pintu, aku dah ready nyalakan lilin sebatang. aku pose baik punya tepi meja.
sebatang lilin mencerminkan sebulan sudah kami menikah. hehehe....
aku just hidangkan chocolate wafer dan air F&N berperisa warna hijau.
en alang masuk2 je rumah, dia terkejut sangat2. dia ingatkan aku dah tidor, sebab rumah gelap gulita. dia rasa terharu sangat, bertalu2 jugakla dapat kiss dari dia. hehehe....
kitorang borak-borak, kenangkan semula pertemuan pertama kami, gelak2, guling2...
it was really, really fun!
:)
and guess what?
malam itu aku dengan sengaja kenakan pakaian ini.... (sila lihat bawah)
tapi, takla aku pose baik punya macam akak cun kat atas ni. hehehehe....
lepas tu, apa yang terjadi, korang sendiri fikir la ye! ehem..!
puas la jugak dok gelak2 kenangkan peristiwa yang lalu. kalau takat kisses dari en alang, aku tak tau brape banyak dapat. tak terkira ok! hahahhaa...
matila korang, kena bayangkan aku dan en alang pulak kan? tak yah susah2 noks, buat bodo je. kalau dah malas dan meluat nak baca, tekan je tanda 'x' kat sudut kanan atas page korang ye. hehehe...
ntah bila aku nak masak sedap2 kat dia. aku rasa dapur skang ni cam kurang best. hmm....
Alhamdulillah..
akhirnya,
:)
patutlah hari ni rasa macam berat hati je nak tinggalkan en alang kat rumah. rupa-rupanya hari ni anniversary kami. (ceh! anniversary konon...). genap sebulan kami dinikahkan. rasa macam masih lagi pengantin baru. (perasan sungguh!)
hai korang!
rindu aku tak? hahahaha...
jumaat aku mc.
khamis malam gusi sangat sakit. ada bengkak sket.
makan ponstan,
dan nekad nak cabut lagi sebatang gigi bongsu ni esok hari.
esok harinya,
bengkak surut.
terus aku ke klinik gigi.
cabut gigi. dan balek rumah terus tido.
sepanjang hari aku tak buat apa2.
masak pon tidak.
sebab en alang tak beri. dia suruh aku rehat je.
sabtu,
aku demam.
demam disebabkan hilang gigi mungkin.
hahhahhaha!
dari pagi sampai petang, semua kerja2 rumah, en alang bereskan.
aku hanya melahu tonton tv sambil golek2.
orang demam la!
:)
petang tu,
ibu call.
kata nak datang rumah. bawak ayah dan iqa.
aku pon dengan tergesa2 goreng cucur manis.
diorang datang je umah, elok je aku baru lepas masak.
iqa yang abiskan semua cucur manis tu.
budak tu memang sangat pelahap.
:)
lepas je ibu, ayah dan iqa balek,
aku ngan en alang pegi pasar malam.
sebab aku tak larat masak.
pegi pasar malam pon cuma jalan satu lane je.
memang aku tak larat hari tu.
balek rumah, terus je aku sambung golek2 depan tv.
sambil tunggu en alang solat maghrib dan makan sekali ngan dia.
tonton af6,
tapi memang gile tak best!
aku rasa macam konsert yang paling tak bleh blah malam tu la!
huhuhuhu........
ahad,
aku rasa macam orang yang baru dilahirkan gitu.
sangat fresh ya!
bangun2 je, aku ligat buat breakfast dan lunch.
kemas2 umah sket.
ibu ajak lunch kat umah sana,
aku tak nak. sebab dah masak kan. sape plak yang nak makan?
petang tu plak, ibu hantar lauk pauk.
so, petang aku tak payah la masak2.
hehehe..
selamat mak, nyah!
tu je aktiviti aku.
takde apa yang nak direpotkan pon.
hahahhaaha!
oh ya, aku kena tag oleh kelat.
kelat, sabor ya. esok lusa akan ku jawab tag mu ituuu........
pepagi lagi kuar umah, ujan lebat turun menderu.
aku sampai ofis dengan serabai dan lencun.
bukannye aku pi keje naik motor,
tapi walaupon bawa kereta, gate rumah tetap kena buka dan tutup.
sebab tu la aku kena ujan.
tapi, bila sampai ofis je, ujan renyai2 saje.
pelik! sebab jarak antara umah aku dan ofis tak sampai 2km pon.
hmm......
aku nak kongsi beberapa perkara ngan korang ni.
rutin harian aku.
yela kan, sejak jadik bini orang ni, rutin harian memang totally berubah!
no more berpeleseran kat kopitiam ngan kawan2.. ~tapi ini akan berubah tak lama lagi. mesti kena lepak ngan member2 jugak. sejak kawen, susah sangat nak lepak ngan kawan2.
no more tidor2 lepas balek keje..
no more, semua makanan dah tersedia...
semua kena usaha sendiri.
hidup sebagai seorang isteri merubah aku menjadi orang yang lebih prihatin dengan orang sekeliling.
ok, ni antara aktiviti aku setiap hari. aktiviti ini berubah2 mengikut kesesuaian shift kerja en alang.
en alang shift pagi (macam minggu ni)
0400-bangun. kejut en alang. en alang pegi mandi, tapi aku pi masak lauk. nasi dah dimasak sebelom tido. sediakan breakfast juga. en alang suka makan telur ayam kampung separuh masak dan minum kopi o.
0430-biasanya time ni aku dah siap masak. bekalkan semua lauk pauk. temankan en alang breakfast. aku memang tak lalu nak makan awal2 macam ni.
0440-en alang pegi keje. aku sambung kemas2 dapor.
0500-sambung tido.
0630-bangun. solat subuh. mandi. kemas2 bilik. basuh baju. kalau rasa tak cukup tido, aku sambung tido sampai kul 8am.
0815-sidai baju dan terus bertolak ke ofis.
0825-sampai ofis. keroje lee....
1730-balek umah. kalau rasa nak beli ayam atau daging atau ikan, singgah pasaraya ceria atau econsave.
1810-en alang pulang. selalunyamasa ni kami berdua golek2 depan tivi tgk citer bella.
1900-en alang mandi, aku masak makan malam. kalau en alang rajin, dia tolong aku masak.
1930-aku plak mandi, solat. lepas semua tu, baru leh makan.
2000-tgk berita dan makan malam.
2030-kemas2 dapur. lepas tu, sambung tgk tivi sampai ngantuk sambil lipat baju atau gosok baju.
en alang shift petang
0630-bangun solat subuh. masak dan bekalkan makanan en alang.
0715-siap masak. breakfast skali ngan en alang.
0815-aku pi keje. en alang kat umah wat keje2 umah. cam membasuh baju ke..sapu umah ke...
1100-en alang pi keje.
1730-aku balek. masak makan malam. lepak2 depan tivi.
1900-aku dinner sengsorang.
0010-en alang sampai umah. siapkan makanan dia, teman dia makan.
0100-kami tido.
cam susah kan?
memang agak susah jugak la..
aku skang ni pon masih nak adjust lagi time tido aku.
kengkadang rasa cam tak cukup rehat.
kengkadang rasa sunyi kat umah kalau en alang keje shift malam.
aku rasa cam nak bela kucing atau ikan la..
ni nak kena wat proposal kat en alang nih.
:D
hari ni aku dan en alang dah ok sket.
semalam kami sangat susah hati. tapi, telah diselesaikan cara baik dan harap2 semuanya ok lepas ni. tak nak "kejadian" kelmarin berlaku lagi.
biarlah "kejadian" itu kami simpan sendiri. biarlah rahsia.....
skarang ni aku sedang menaip sambil mengunyah cupcake chocolate yang sangat enak!
cupcake ni kawan kerja aku beri. sayang nak makan sebenarnya, sebab terlalu sedap hingga menjilat jari u ols!
apa nak cerita lagi ek? hmmm........
disebabkan aku rasa curios sangat2, disebabkan asik demam berpanjangan,
semalam aku wat pregnancy test.
negative.
takpe, usaha tangga kejayaan.
hehehe.....
baru 3 minggu kawen, susah la nak bunting pelamin ni kan?
lagipon, aku rasa nak puas2 hidup berdua dulu. tapi, kalau rezeki Allah nak beri, kami terima ngan hati yang terbuka.
ada sesiapa yang ada habit tengok tv dengan:
1. kepala teleng
2. menyengetkan kepala (tgk tv dengan ekor mata)
3. julingkan mata
4. kerut muka
5. cebik mulut
6. dan lain2 habit yang korang tak sedar, tapi ada orang tegur. atau korang sendiri tau korang ada habit camtu.
en alang ada beberapa habit seperti di atas. bila tgk tv, aku suka pandang dia.
memula, dia buat muka serius. then, bila dah ngalit sket, dia kerut muka sambil sengetkan kepala dengan melihat tv hanya dengan ekor mata. bila dah lama2 sket, mata dia automatically jadi cam juling sket.
serius! aku tak tipu la...
tapi takla juling macam kucing kat bawah niii...
dia juling lite2 je. ala2 juling air gitu. hehehe....
korang bagi la tau habit tgk tv korang kat aku ek. cam aku, habit tgk tv, tetiba je aku cebik2kan mulut. hehehe..aku pon tak tau nape. tapi yang pasti, cebik2 mulut ni diturunkan oleh ibu aku. kiranya macam keturunan laa...
kepala teleng plak, ada sorang makhluk tuhan tu (aku tak nak sebut nama, tapi dia tau dia siapa! hehehhehe..), memang tgk tv teleng kepala. memang pelik la...first time aku jumpa orang tgk tv kepala teleng sampai camtu sekali. i mean, kepala hampir jejak bahu ye. hehehhehe...
ok, nak pi layan ym jap. daaa....
hari ni jiwa cam tak brape tenang sangat.
sebab ada masalah domestik. huhuhuhu......
pagi2 tadi, dalie hantar mms. dia dah sampai puncak gunung kinabalu. very happy for her! :)
kepala buntu, pening, pusing. en alang pon sama. doakan yang terbaik untuk kami ya!
terlalu banyak nak diceritakan,
aktiviti aku sabtu dan ahad.
sabtu,
ada exam SPA. korang tau exam SPA ni? pada sesiapa yang ada dan pernah minta jawatan kerajaan, kena amek exam SPA ni. nak tau dah brape kali aku amek exam ni? since tahun 2003 sampai 2008 aku amek exam ni. every year! tak pernah miss. tapi tak pernahnya aku lepas sampai interview. tension gak. tapi, nak wat camno, aku tak nak la pulak nama kena blacklist. nanti, lagi haru. tapi, 2 tahun kebelakangna ni je dah 4 kali aku amek exam ni. dahsyat kan? soalan2 yang diberi tak banyak beza dari soalan2 yang lepas2.
pada mulanya, aku tak beri en alang ikut sama. sebab exam ni dari pagi santak ke petang. tapi, dah dia yang beria2 sangat nak mengekor aku, aku pon ngalah je la. malas nak gaduh2 pasal benda kecik.
exam kali ni diorang bagi aku kat Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. ni kali kedua aku amek exam kat sini. so, takla sesat2 macam dulu. nak ke sini makan masa gak la. aku bertolak dari manjung kul 7am, sampai kat matriks ni jam 8.30am. adakah aku yang bawak kereta macam kurekure? hmmmm.....
pemandangan dari atas bukit kat matriks perak ni. cam tenang je. seronok la bebudak yang blajo kat sini. matriks ni sangat besar!
sambil menunggu giliran masuk dewan peperiksaan. lepak kat tangga jap. masa ni, aku ngan en alang kelaparan! tapi tgh kontrol perut gak sebab dah lambat nak masuk dewan. cari parking tu yang agak lama. huhuu....
lepas first kertas abis, en alang bawakkan aku roti dan air. okla. dia ingat gak kat bini dia ni. huhuhuu. tapi nak tau apa yang dia makan? dia makan kueyteow goreng ok! cis! aku diberi roti je?
exam diadakan jam 9.30am sampai ke 4pm. lunch kat dewan makan bebudak ni. makan ala kadar je sebab orang ramai sangat ya rabbi. tak selesa sangat.
lepas je exam abis, kitorang terus ke ipoh parade. sebab en alng nak sangat tonton kl drift. aku layankan aje. sebab tgk preview citer ni macam best gak. dapat tiket jam 5.10pm. memang cantek sangat la. sampai2, beli tiket, beli popcorn-yang buatkan aku batuk tak henti2 sampai skang..oohhh!!!~, tunggu dalam 10 minit terus masuk panggung.
aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk rate filem melayu. lakonan yang hidup, drift yang sangat la real dan sound sistem diorang buat cam agak best jugak.
lagi 0.5 bintang aku jatuhkan sebab lakonan syamsul agak kontrol ensem. pesanan untuk syamsul-'wa tau la lu hensem beb! tapi takkan la kena tumbuk pon muka still nak ensem2, rambut takkan tak gegar?' huhuhuhu...
aku ni tak la berapa kenan sangat ngan fasha. nak tau sebab apa? sebab suara dia tu cam keluar tak lepas. geram je! tapi, memang lakonan dia best. cuma bab suara je aku tak kenan. hahahhaha....
joke yang dibuat buzen pon memang menjadi. sebab apa? sebab aku ni bukannya suka sangat lawak2 tak jadi nih. tapi bila buzen bukak mulut je, aku dah nak start gelak. sebab dia memang klakar!
abis je tgk wayang, pusing2 ipoh parade, then terus balek umah mak mertua aku. sampai umah sana jam 9.30pm. umah dah gelap beb! hehehe...biasala, umah kampung. kul 9pm je dah ada orang masuk tido. huhuhu.
dapat jumpa ngan kakak en alang yang stay kat sabah. dia balek sebab sini sebab ada masalah family.
ahad,
aku tak sehat.
pening kepala dan batuk2 tak berhenti2.
en alang jaga aku bukan main lagi. lepas breakfast je, terus aku rasa nak tumbang. mak mertua dan en alang suruh aku baring je. at first aku gagahkan diri gak nak wat kerja2 kat dapur, tapi lepas je aku sapu sampah, kepala dah berat tak hingat. terus aku naik umah, masuk bilik dan tido.
aku tersedar hanya bila terasa tangan en alang dok tepuk2 badan aku. suruh makan panadol. aku telan panadol, tapi batuk2 still tak nak kurang. makin teruk adala. ni semua gara2 popcorn. en alang tak habis2 salahkan popcorn yang aku makan.
then, mak mertua aku plak masuk bilik. sapukan balm kat dahi. memula memang rasa tak selesa, tapi bila angin dari balm tu menusuk hidung, aku rasa lega plak. berat kepala pon tak rasa sangat lpas tu.
lepas lunch, kitorang balek manjung. sebelum tu, en alang dah bising2 sebab kepala dia gatal2 banyak kelumumur. dia tanya aku, nak botak licin je. aku setuju. then, terus je kitorang ke kedai mamak gunting rambut.
aku ada beberapa permintaan supaya tunjukkan rumahku setelah berkahwin ni. meh sini aku nak tunjuk.
diingatkan disini, aku bukan nak menunjuk2, tapi cuma berkongsi pengalaman aku yang tak seberapa ni sebagai isteri en alang.
kalau korang ada cadangan nak tambahkan barang hiasan atau ubah kedudukan perabot kat umah aku ni, aku alu2 kan. ok?
ni lah keadaan depan rumahku ini. biasa2 saja. rumah ni ada 3 bilik, 2 bilik air. okla kan?
pepagi tadi ada 6 biji helikopter berterbangan atas bumbung umah aku. sambil mendongak kekaguman, sempat jugak aku ambik gambar heli nih.
masuk2 je umah aku, korang leh tengok suasana camni. ada set sofa indonesia kaler ijau. set ni la yang parents aku beri. nak tau brapa lama dah family aku guna perabot ni? dah 17 tahun ye.. harap maklum.
tv tu plak dari kawan2 dari ofis aku. diorang kongsi duit 5 orang belikan aku tv. thanks korang!
close up sket furniture ni. throw pillow tu sebenarnya digunakan masa aku kawen dulu, letak kat bilik pengantin.
ini dapur. dapur ni dinding nya tak semenggah rupa ye. sebab orang yang duduk sebelom kitorang suka tampal2 benda. huhuhu..
ini lah keadaan dapur kitorang skang. dalam periuk tu rasa2nya sup cendawan kot..
3-3 benda ni orang beri hadiah kawen. yang paling aku suka, mesin air ni. senang mak, nyah..tak payah masak2 air gitu. :D
frame gambar dari ikea ni ceera beri. suka sangat! tapi, gambar takde lagi. so, letak dulu kat bilik.
pagi2 ni, bangun pagi,
gosok gigi,
masak breakfast dan lunch untuk en alang,
tengok tv sambil golek2,
dan lepas tu mandi,
pakai baju, siap2 ala kadar,
kiss goodbye kat en alang,
masuk kereta,
lambai2 en alang,
reverse kereta,
dan... 'BAMMMM!!!!!!'
ye, aku langgar kereta orang.
sebab aku nak cepat dan leka lambai2 kat en alang.
bodoh je kan?
kereta tu kepunyaan orang depan umah aku.
tak pernah bertegur sapa pon, tapi oleh kerana accident tu,
dengan lajunya makcik yang punya kereta tu kuar.
nasib baik aku tak kena sembur ngan makcik tu.
cuak jugak sebenarnya.
rupa2nya kereta tu anak dia yang punya.
so, tak settle lagi hal ni.
aku suruh en alang bagi je no phone aku kat makcik tu.
pasal aku _______,
tak lah!
saje je aku wat korang gabra..hahahaha!
takkan la baru 2 minggu kawen dah berisi kot?
huhuhuhu..
apa la korang niii........
buat pengetahuan korang,
aku cuti mc 2 hari.
sebab hari selasa pi cabut gigi bongsu.
sebatang je baru.
so, bile2 plak aku kena cabut yang lagi sebatang.
doktor risau sebab kat pipi aku dah putih2 sebab bergesel ngan gigi yang tumbuh melencong tu.
selasa dah mc, rabu plak aku demam sebab mebi badan tak tahan terima gigi yang ilang.
sedang menghela nafas yang sangat panjang tika ini.
memikirkan brapa rm yang perlu dikeluarkan untuk beri pada owner kereta yang aku langgar tu?
hah..selesai jugak aku upload gambar2 ni. banyak ko..lantak la korang. tgk muka aku ngan en alang sampai muntah. sila sediakan beg kertas coklat atau beg plastik kecil untuk menampung muntah anda. ngee~
on way ke kuala kedah. actually, plan awal nak ke kuala perlis. tapi dah terlalu penat drive, kitorang decide berhenti kat kuala kedah je. tapi pesan aku pada korang, sila pergi ke kuala perlis. kat sana more cheaper.
parking kereta kuala kedah: rm15 sehari
parking kereta kuala perlis: rm8 sehari.
beza kan? masa ni aku menyesal sangat2. huhuhuu.......... dahla parking kereta 3 hari. tak pasal2 nak dekat rm50 gak abis kat parking je.
remember post yang ini? aku beli cardigan yang mahal kat giordano? cardigan hitam yang aku pakai tu la..hehehhe......
cantik tak? siap ada reben2 tau! :)
korang akan melihat tudung aku adalah tudung yang sama dari hari pertama sampai la hari terakhir aku di langkawi. terlupa bawak tudung beb! huhuhuu.........
"percaya pada diri..dengan harapan dan keyakinan....."
macam baru kuar AF.
en alang ni degil. aku nak pakai beg hiking yang aku pinjam dari ofismate, shah.
tapi dia nak gak bawak beg yang ini.
so, sebab dia dah kata dia yang nak bawak, aku tak kisah.
cian kat dia. berat tau beg tu!
masa mula2 naik feri. masih nampak bersemangat lagi.
en alang dah start mabuk. dia tido untuk hilangkan mabuk dia. asam boi yang masam gile tu pon tak dapat hilangkan mabuk dia. aku maintain steady. kata anak navy!!! ;) i tak heran ngan laut, udara dan darat ni.. hahahhahaa!!!!!!!
sampai2 jeti langkawi je, dah semangat2 nak bergambar ngan langkawi billboard tu. hehee....
kat sini la kitorang tinggal..malibest resort yang terletak kat pantai chenang.
keadaan fizikal dari luar dan dalam chalet. ok tak? rindu plak nak balek kat sana. best tau korang!
kereta yang kami sewa. tgk en alang, dia bergambar ngan kereta yang kami tak sewa. hahahha! konon2 merasa la sewa kereta mahal kan. kitorang sewa kancil cinonet sebelah tu. servis sangat teruk. aircond berfungsi dengan kadar lite2 sugi sajork. tensen ooo...dah la langkawi tu panas pulau!
destinasi pelancongan pertama pada hari pertama adalah makam mahsuri. oleh kerana aku dah biasa ngan tempat ni, aku malas nak bergambar. biar dia sorang je yang gile gambar. hahahhaha!
ini adalah tempat yang diidam2kan en alang bila jejak kaki kat langkawi nih. tak sabar nak amek gambar ngan lang nih. berpusing2 aku cari parking, last2 jumpa gak. dahla panas, plaknye, kena amek gambar dia kat tgh2 panas tu. huhuhuhuhuuuuuuu...
nampak tak en alang?
dia di antara huruk K dan A tuu....
atas kami betul2 tegak matahari. sebab tu gambar ni kabur kot..